translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Persiapan Rajagobal terencat 'ketiadaan' pemain tonggak...


Dua minggu lagi menjelang pusingan kelayakan Kumpulan D Piala Asia 2015 berdepan Bahrain di Stadium Shah Alam, namun melihatkan kepada persiapan Harimau Malaya, jelas membuatkan pengendalinya, Datuk K. Rajagobal tidak senang duduk.
Hanya 11 daripada 28 pemain sahaja yang dapat hadir pada sesi latihan skuad kebangsaan pertama di Wisma FAM ekoran masih ramai lagi terbabit dengan komitmen Piala Malaysia selain kemungkinan kehilangan beberapa pemain utama kerana masalah kecederaan.
Sedangkan lawan mereka yang akan temui pada 15 Oktober ini, Bahrain telah berjaya mengumpul semua pemain dan bakal melalui dua perlawanan persahabatan sebagai persiapan rapi sebelum bertemu Malaysia.
Setakat semalam, dua nama yang sudah pasti tidak akan membantu Harimau Malaya adalah dua tonggak pasukan Bawah 23 tahun, Mohd. Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal Wan Nor sementara penyerang Pahang, Azamuddin Mohd. Akil masih bergelut untuk pulih.''Dalam situasi hari ini (semalam), saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana hanya pemain dari negeri-negeri yang sudah tersingkir (Piala Malaysia) sahaja dapat menyertai sesi latihan sementara pemain lain akan datang pada 6 Oktober ini apabila mahu bertandang ke China menentang UAE (Emiriyah Arab Bersatu).''Dua pemain dalam senarai menunggu, Syahrul Azwari dan penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid telah saya panggil hari ini (semalam) untuk melapor diri di samping berharap tiada pemain-pemain dalam senarai utama akan mengalami kecederaan."Bahrain pula saya difahamkan sedang mengadakan persiapan rapi menentang kita dengan mengatur dua perlawanan sebelum ke sini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts