Lelaki Bersenjata Tembak Jatuh Helikopter
Kirkuk (Iraq): Sekumpulan lelaki bersenjata menembak jatuh helikopter Iraq semalam, menyebabkan empat anggota keselamatan terbunuh ketika operasi tentera memburu militan di sebuah kawasan padang pasir.
Pegawai tentera berkata, mereka yang mati ialah dua kru dan dua anggota tentera yang berada di dalam helikopter ketika ia jatuh ditembak di padang pasir barat Baji, bandar di utara Baghdad.
Helikopter Iraq sering ditembak ketika menjalankan operasi, termasuk sebuah bulan lalu apabila juruterbangnya cedera.
Terdapat kebimbangan Iraq mungkin kembali kepada perang saudara membabitkan masyarakat Sunni dan Syiah seperti yang berlaku 2006-2007 hingga meragut puluhan ribu nyawa.
Iraq menyaksikan peningkatan ketara dalam keganasan termasuk beberapa siri serangan antara fahaman agama bulan lalu dengan PBB menyatakan, purata 1,000 orang mati setiap bulan.
Kerajaan Iraq kelmarin meluluskan bayaran elaun ‘bahaya’ untuk anggota keselamatan di tujuh “kawasan panas” termasuk Baghdad, menandakan keadaan keselamatan yang kian buruk.

0 comments:
Post a Comment