KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan kumpulan kongsi gelap di negara ini kini bersaing hebat sesama sendiri bagi menjadi taikun dadah di sesebuah kawasan.
Beliau berkata `perang' di antara kongsi-kongsi gelap itu, yang kini mencetuskan kegusaran orang ramai ekoran penggunaan senjata api secara berleluasa, berlaku kerana mereka mahu menakluk sesebuah kawasan bagi tujuan pengedaran dadah selain menjadi pusat operasi mereka.
"Geng-geng ini berperang sekarang kerana mereka nak merebut kawasan, nak jadi 'gabenor' dadah...jadi mereka akan menghapuskan musuh-musuh mereka yang cuba memasuki kawasan mereka dengan senjata api," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Menurutnya kebanyakan kongsi gelap yang aktif di negara ini telah dibekalkan dengan senjata api oleh sindiket dadah antarabangsa, yang dipercayai turut membekalkan pistol dan bom tangan kepada kumpulan itu.
Ditanya mengapa polis sukar membanteras kongsi-kongsi gelap itu, Zaman Khan berkata sejak dahulu lagi, kekangan yang dihadapi polis ialah keengganan saksi tampil memberikan maklumat kepada polis kerana bimbangkan keselamatan mereka.
Beliau berkata ada sesetengah kes, orang awam menjadi mangsa kekerasan senjata api oleh kongsi gelap kerana mungkin dipercayai cuba menjadi 'hantu polis' (pemberi maklumat polis).
"Semasa saya jadi pengarah dahulu, perkara ini yang menjadi kekangan polis untuk memerangi kongsi gelap kerana keengganan saksi untuk memberikan maklumat. Jadi, polis perlu memikirkan kaedah untuk mendapatkan maklumat dengan melindungi saksi-saksi ini," katanya.
Beliau turut mendedahkan kegiatan kongsi gelap bukan sahaja tertumpu kepada pengedaran dadah, malah mereka meminta wang perlindungan daripada setiap premis perniagaan yang dijalankan di `kawasan' mereka.
Zaman Khan tidak menafikan bahawa selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat dimansuhkan, bekas-bekas tahanan jenayah berat dipercayai menubuhkan geng mereka dan bergerak aktif meneruskan kegiatan lama selain membalas dendam terhadap musuh-musuh mereka.
"Perkara ini perlu diperangi habis-habisan oleh pihak polis...ini untuk mengelakkan rasa takut dalam kalangan rakyat," katanya.
Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.
Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, PDRM menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.
Zaman Khan secara sinis juga menempelak sesetengah pihak yang mengkritik tindakan polis menembak mati lima anggota kongsi gelap Geng '04' di Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 19 Ogos lepas.
Sambil mempertahankan tindakan Polis Pulau Pinang itu, beliau berkata pihak berkuasa berbuat demikian setelah diancam dengan senjata api.
GILA KUASA!!! KONGSI GELAP BEREBUT JADI TAIKUN
21:53 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
-
-
عين ازال للعطورات3 years ago
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 years ago
-
AFRINA BEAUTY10 years ago
-
Lawak Gelak Suami Sendiri10 years ago
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 years ago
-
-
-
feedjit
Archives
-
►
2014
(7)
- ► 02/16 - 02/23 (3)
- ► 01/19 - 01/26 (4)
-
▼
2013
(951)
- ► 12/22 - 12/29 (11)
- ► 12/15 - 12/22 (24)
- ► 12/01 - 12/08 (6)
- ► 11/24 - 12/01 (10)
- ► 11/10 - 11/17 (15)
- ► 11/03 - 11/10 (30)
- ► 10/27 - 11/03 (40)
- ► 10/20 - 10/27 (22)
- ► 10/13 - 10/20 (5)
- ► 10/06 - 10/13 (18)
- ► 09/29 - 10/06 (50)
- ► 09/22 - 09/29 (59)
- ► 09/15 - 09/22 (85)
- ► 09/08 - 09/15 (45)
-
▼
09/01 - 09/08
(65)
- Simon Cowell's girlfriend is expecting baby boy
- Rasuah: FAM beri kerjasama
- Nick Matthew harap skuasy ke Olimpik 2020
- Nadal, Robredo mara ke separuh akhir
- WATAK ANTAGONIS BERI IMPAK BUAT INDUSTRI
- Noraniza Idris ingin hamil lagi!
- Segelintir pensyarah ikut fahaman Syiah
- DEMI KEADILAN SEORANG BAPA TANGGUH PENGKEBUMIAN AN...
- Kereta terhumban dalam tali air
- Insiden mati lemas pertama
- Persatuan teksi cadang naik tambang
- Warga emas maut nahas
- Penyokong Mursi dihukum penjara
- POKOK BESAR BAHAYAKAN MURID
- BUAT MALU KAUM...... REMAJA TUNGGANG MOTORSIKAL DA...
- Jennifer Lopez dibayar RM57.5 juta jadi juri Ameri...
- "BLACK JESUS" MATI DITETAK
- KERANA 20 SEN ITU...............
- Korea Selatan pertahan Piala Asia 2013
- Piala Dunia 2022: Qatar pelawa Malaysia
- 2 lelaki ragut eksekutif AirAsia X diberkas
- Polis cari rakan wanita China mati dibunuh
- Tahanan lolos, 4 anggota polis ditahan
- 2 kanak-kanak lemas ketika memancing
- Siti Nurhaliza bakal gegar IB September ini
- Spring kembali dengan album baru
- Kardashian masih bertahan
- Kejutan Radcliffe
- Cetus kontroversi lagi!
- GILA !! Gaun perkahwinan 25kg!
- Fizo bakal buka 20 gerai burger!
- GILA KUASA!!! KONGSI GELAP BEREBUT JADI TAIKUN
- Lelaki ditahan bawa pistol palsu
- Warga Syria di AS bantah cadangan Obama
- WANITA 64 TAHUN BERJAYA BERENANG DARI CUBA KE FLORIDA
- NELAYAN DITEMUI MATI SELEPAS MENCANDAT SOTONG
- Kemalangan Di Weston, Beaufort- 1 Maut, 5 Parah
- Keluarga Terima Calon Isteri Syamsul
- Campbell craves control
- Charlie Hunnam, Dakota Johnson teraju Fifty Shades
- Beckham and Ramsey plan cafe chain
- Sophie plans Prince George meeting
- Beyoncé performs at Made In America festival
- Pippa Middleton reportedly engaged to stockbroker ...
- DALY: STRICTLY RUNNING OUT OF STARS
- APPLETON TO MENTOR ON X FACTOR
- KES TEMBAK LAGI!!! PEMILIK KEDAI EMAS PARAH DITEMBAK
- GEMPAR !!! BEKAS ANGGOTA TUDM MAATI DITEMBAK
- ALLAH TAK SANGGUP TENGOK !!! PENCURI DIBAKAR HIDUP...
- GILA KENTANG!!! PENJARA MACAM NI PUN ADA KE???
- GILA !!! SEMBUNYI KAN WANG TUNAI RM16,370 DALAM DUBUR
- ZAIN SAIDIN DIHASUT TINGGALKAN ROZITA CHE WAN
- PRAMUGARI KOMA DI TANAH SUCI....
- MAKAN MAYAT-KALAU TAK LOYA TENGOK LAAAA......
- AKIBAT KENAIKAN MINYAK PETROL- BERLAKU KEMALANGAN ...
- TAK KAN SAYA NAK PAKAI BAJU KELAWA??-FIDA IBRAHIM
- APA NAK JADI !!! BAYI SATU TAHUN MATI DITEMBAK DI ...
- NGERI !!! KERETA NYARIS DIHEMPAP BATU SEBESAR RUMAH
- (Tahniah) Syanie Hisham Dan Nadi Putera Bertunang
- Benarkah Stacy AF Peluk Islam?
- WOW !!! SO SWEET- ABBY ABADI BERSANDING
- MESIE !! BOIKOT KERJA, TARIK SIMPANAN DALAM BANK
- MALANG TIDAK BERBAU !!! PESAKIT PATAH KAKI MENINGG...
- BOLEH PERCAYA KE???? PENEMUAN JARI RAKSASA DI MESIR
- KURANG AJAR !!! MERTUA JADIKAN MENANTU TEMPAT LEPA...
- ► 08/25 - 09/01 (38)
- ► 08/18 - 08/25 (29)
- ► 08/04 - 08/11 (17)
- ► 07/28 - 08/04 (65)
- ► 07/21 - 07/28 (62)
- ► 07/14 - 07/21 (37)
- ► 07/07 - 07/14 (70)
- ► 06/30 - 07/07 (23)
- ► 06/23 - 06/30 (24)
- ► 06/16 - 06/23 (16)
- ► 06/09 - 06/16 (27)
- ► 06/02 - 06/09 (34)
- ► 05/26 - 06/02 (1)
- ► 05/19 - 05/26 (5)
- ► 05/12 - 05/19 (9)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (1)
- ► 04/21 - 04/28 (1)
- ► 04/14 - 04/21 (4)
- ► 04/07 - 04/14 (2)
Followers
Popular Posts
-
Sama ada gambar ni betul atau palsu tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi gambar ni banyak terdapat di internet. anda nilaikan lah sendiri s...
-
BAHARU sahaja dikhabarkan mempunyai masalah hutang, kediaman aktres Sri Devi dan Boney Kapoor musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu. ...
-
Military action against Syria will deter North Korea from using chemical weapons, a US defence chief says. Under secretary of defence ...
-
Pengarah dan pelakon, Nam Ron membuat kejutan apabila mengakui dirinya adalah wanita selepas tamat mengarahkan teater Kompilasi Nam Ron lak...
-
Kisah suka dan duka seorang seniman agung Malaysia iaitu Allayarham Tan Sri P. Ramlee yang akhir hayatnya mempunyai kisah tersembunyi yang...
-
Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka mene...
-
Fighters allied to Al-Qaeda tightened their grip on a Syrian border town Thursday, as President Bashar al-Assad claimed most of the rebels f...
-
Sorang wanita bernama HLA HTAY (40) magkin cukup berani.Perawt yang bekerja di YANGON ZOOLOGICAL GARDEN di MYANMAR ini bersedia meny...
-
Kazakhstan ialah negara yang menjadi bahan jenaka Sacha Baron Cohen didalam filem Borat. Tapi tahukah anda negara bekas ahli Kesatuan Sov...
-
Samuel L. Jackson has just been confirmed for a role in the film adaptation of Stephen King's novel "Cell", which will also ...
0 comments:
Post a Comment