Pengerusinya, Mustakim Abdul Jalel berkata, kenaikan harga tambang itu berikutan kenaikan kos yang bakal ditanggung oleh pemandu teksi.
Menurutnya, kenaikan harga tambang teksi itu masih di peringkat perbincangan dan belum dikuatkuasakan kerana kenaikan harga petrol dan diesel diumumkan secara mengejut semalam.
“Kami terpaksa naikkan harga tambang teksi selepas berbincang dengan ahli persatuan serta pihak berkaitan.
“Kami berhadapan kos diesel yang agak tinggi akibat kenaikan tersebut, namun kami percaya tambang baru nanti tidak akan menyusahkan pelanggan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Mustakim berkata, pihaknya tidak akan menaikkan tambang teksi pada kadar tinggi kerana khuatir pelanggan enggan menggunakan perkhidmatan teksi.
Katanya, kenaikan harga petrol perlu dipertimbangkan semula kerana ia membebankan golongan rakyat kurang kemampuan
0 comments:
Post a Comment