translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Insiden mati lemas pertama


  • Insiden mati lemas pertamaSungai di kampung tersebut sering menjadi lokasi mandimanda penduduk setempat.
 1 / 1 
KUALA KANGSAR - Kejadian dua remaja mati lemas ketika mandi di Sungai Perak, Kampung Mandah di sini, baru-baru ini, adalah kes pertama dilaporkan berlaku di kawasan terbabit.

Ketua Kampung berkenaan, Mootridy Mohd Shah berkata, kawasan terbabit sering menjadi lokasi anak kampung mandi sebelum ini, namun tiada insiden buruk berlaku sehinggalah kejadian mati lemas berkenaan.

Menurutnya, anak kampung sudah biasa dengan keadaan sungai itu dan masing-masing pandai berenang.

“Kalau ikutkan, memang ramai anak kampung mandi di kawasan berhampiran jeti itu, namun tidak pernah pula saya dengar ada kes lemas.

“Insiden lemas ini kes pertama dan mangsa yang meninggal dunia juga bukan anak tempatan,” katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian, Mootridy berpesan berkali-kali kepada bapa mangsa supaya berhati-hati ketika mereka mandi-manda di sungai berkenaan.

Menurutnya, dia bimbang kerana mereka bukan anak tempatan dan difahamkan ada antara mereka tidak pandai berenang.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan remaja terbabit dilepaskan untuk mandi di kawasan berkenaan kerana ada pengawasan daripada ibu bapa mereka.

“Sebelum mereka pergi mandi, berkali-kali juga saya ingatkan kepada bapa mangsa supaya jaga anak dan berhati-hati di sungai.

"Tapi, tidak sampai 20 minit, penduduk datang ke rumah memberitahu ada mangsa lemas di kawasan berhampiran jeti,” katanya.

Mootridy berkata, dia bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan berita itu dan melihat menantunya yang turut lemas namun terselamat diangkat penduduk kampung.

“Saya bersyukur kerana anak dan menantu saya tidak menjadi korban dalam kejadian itu. Namun saya terkilan kerana ada mangsa lemas meninggal dunia.

"Lebih terkilan rasanya kerana saya sudah melarang mereka untuk mandi di sungai sebelum itu,” jelasnya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mayat Muhammad Fasi Norisham, 14, berjaya ditemui anggota penyelamat kira-kira jam 6.10 petang, kelmarin.

Manakala, mayat Muhamad Badrul Amin Muhamad Nazri, 17, dijumpai penduduk kira-kira jam 4.01 petang, Ahad lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts