translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Segelintir pensyarah ikut fahaman Syiah


  • Mazlan NgahMazlan Ngah
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU – Segelintir pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu dikenal pasti mengikut fahaman Syiah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata, setakat ini pihak penguat kuasa  mengenal pasti segelintir pensyarah terbabit dan menjalankan pemantauan kerana bimbang ia disebarkan kepada penuntut universiti di negeri ini.

“Individu yang kita kenal pasti ialah pensyarah tempatan. Bilangannya agak kecil dan kini kita sedang memerhatikan mereka.

“Apa yang sukar bagi pihak penguat kuasa ialah untuk mendapatkan bukti bahawa individu terbabit terlibat dalam fahaman dan ajaran Syiah ini. Jadi, ia akan mengambil sedikit masa untuk mereka lakukan siasatan,” katanya pada sidang media selepas Seminar Eksekutif Talk: Ancaman Gerakan Syiah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, semalam.

Mazlan berkata, IPTA yang terlibat ada yang berlatarbelakangkan pengajian Islam dan ada juga yang tidak berlatarbelakangkan pengajian Islam.

“Kita kenal pasti individu terbabit sejak berleluasanya penularan gerakan ini di Malaysia, namun, bilangan sebenar yang terlibat kita masih tiada lagi.

“Gerakan fahaman Syiah secara terbuka di Terengganu sehingga kini masih tiada. Sebab itulah kita ambil langkah berjaga-jaga supaya tiada yang terjebak dengan fahaman ini kerana khuatir sekiranya mereka gagal menembusi negeri lain, mereka akan menyasarkan Terengganu,” katanya.

Seminar yang berlangsung empat jam bermula jam 9 pagi hingga 1.30 tengah hari itu disertai hampir 1,000 peserta.

Mazlan berkata,  seminar itu pertama kali diadakan dan merupakan inisiatif pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu untuk mengekang fahaman Syiah.

“Gerakan dan fahaman Syiah perlu dikenali oleh masyarakat Terengganu, mereka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai gerakan dan fahaman ini oleh individu yang arif,” katanya.

Mazlan berkata, seminar begini dijangka diteruskan dan diadakan di seluruh IPTA di negeri ini pada hujung September atau awal Oktober.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts