translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Spring kembali dengan album baru


  • SpringSpring
 1 / 1 
KUMPULAN Spring yang telah sembilan tahun menyepi kini kembali dengan pelancaran single album terbaharu, ‘Spring-Slavemaster’, di bawah naungan syarikat Bayintera Network Sdn Bhd.

Majlis pelancaran album yang memuatkan dua buah lagu bertajuk ‘Pengemis’ dan ‘Titipan’ itu disempurnakan Exco kerajaan Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar di Kuala Pilah, malam kelmarin.

Ia sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Pegawai Eksekutif Bayintera Network Sdn Bhd, Datuk Baharin Abdullah di Jalan Bahau, Juasseh di Kuala Pilah.

Bercakap kepada media, ketua kumpulan, Zaha Mohd berkata, album berkenaan adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih buat penyokong, peminat yang tidak jemu memberi sokongan serta galakan untuk Spring terus bertapak dalam industri muzik tanah air.

“Kita menghasilkan sebuah konsep lagu dan susunan muzik yang lebih segar dan moden agar kehadiran kumpulan kami dapat memberikan satu transformasi dalam menelusuri arus ritma muzik tanah air,” katanya.

Selain Zaha (gitar utama) sebagai anggota lama, Spring turut dianggotai muka baharu iaitu Mizal (bass), Fayzaid (keybord) dan Adeen (drum) serta  penyanyi Jai.

Sementara itu, Baharin berkata sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi menghasilkan dan mempromosikan album single kumpulan itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts