translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Kereta terhumban dalam tali air


  • Kereta terhumban dalam tali airKereta milik Bee Chiang terpaksa ditarik menggunakan trak penunda setelah tenggelam di dalam tali air.
 1 / 1 
KUALA KURAU - Gara-gara terlelap ketika memandu, seorang nelayan nyaris lemas apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam tali air dalam satu kejadian di Jalan Baharu, di sini, kelmarin.

Tindakan pantas mangsa, Ong Bee Chiang, 53, memecahkan cermin tingkap bahagian pemandu menyelamatkannya daripada tenggelam bersama kereta jenis Toyota Camry miliknya.

Bee Chiang berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dia dalam perjalanan pulang dari Tanjung Piandang ke rumahnya di Kuala Kurau.

Katanya, dia gagal mengawal kereta dipandunya ketika tiba di sebuah kawasan selekoh sebelum kenderaan itu terbabas dan terhumban ke dalam tali air.

“Selepas lima minit kejadian itu berlaku, saya berusaha untuk keluar segera dari kereta dengan memecahkan cermin tingkap bahagian pemandu menggunakan tangan.

“Mujurlah setelah beberapa kali mencuba, akhirnya cermin tingkap itu pecah dan saya segera berenang keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Bee Chiang berkata, sebaik berjaya keluar dari tali air tersebut, dia segera meminjam telefon bimbit dari sseorang penduduk yang datang ke lokasi kejadian dan menelefon anak lelakinya untuk memaklumkan insiden tersebut.

“Kejadian berkenaan benar-benar memberi pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati ketika memandu.

“Saya bersyukur kerana nyawa saya masih dipanjangkan tuhan dan peristiwa berkenaan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts