Bintang kelahiran Sheffield itu sabar menanti pengumuman rasmi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang bakal membuat keputusan sama ada skuasy, gusti, bola lisut dan besbol dimasukkan ke dalam kejohanan itu pada 8 September ini di Buenos Aires, Argentina.
“Sukan ini akan menikmati lonjakan populariti jika dipertandingkan kelak. Skuasy tidak dimainkan di London tahun lalu jadi saya harap ianya disenaraikan bagi salah satu sukan yang dilangsungkan.
"Skuasy perlu ada dalam kejohanan Olimpik," katanya.
Setakat ini, tiga negara berminat menganjurkannya iaitu Bandaraya Istanbul, Madrid dan Tokyo namun, perlu menunggu pada Isnin depan sebelum pemilihan akhir diputuskan.
0 comments:
Post a Comment