- Rafael Nadal lengkapkan dominasi pemain tenis Sepanyol yang layak beraksi di peringkat separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat.
Begitupun, Nadal memulakan langkah sumbang selepas tewas di set pertama sebelum bangkit memenangi set seterusnya, 6-7, 6-4, 6-3, 6-1 dalam permainan yang memakan masa tiga jam 12 minit.
Jaguh Sepanyol itu akan berhadapan rakan senegara, Tommy Robredo yang melakar kejutan menyingkirkan juara lima kali kejohanan, Roger Federer, 7-6, 6-3, 6-4.
Sepanyol juga memiliki satu lagi wakilnya di separuh akhir selepas David Ferrer menundukkan pemain Serbia, Janko Tipsarevic, 7-6, 3-6, 7-5, 7-6.
0 comments:
Post a Comment