translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Rasuah: FAM beri kerjasama


  • Hamidin Mohd AminHamidin Mohd Amin
 1 / 1 
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membuat hebahan mengenai gejala rasuah  yang dikatakan melanda dalam kalangan pemain atau pegawai liga bola sepak tempatan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, isu rasuah adalah global yang memerlukan pemerhatian dan pemantauan menyeluruh serta kerjasama  pihak bertanggungjawab.

“Gejala rasuah ini sememangnya ada sepanjang masa, untuk makluman siasatan mengenai dakwaan rasuah  dilaksanakan di peringkat negeri namun ia tidak dimaklumkan kepada media.

“Kita tidak menolak kemungkinan dalam masa terdekat akan ada perkara baru, semua mengikut proses, kita bertindak ikut peraturan tetapi tidak boleh dihebahkan, bila sampai masa dan tahap dibenarkan SPRM serta polis akan membuat hebahan.

“FAM telah bagi segala maklumat serta kerjasama kepada pihak berkuasa dan tindakan selebihnya diambil mereka mengikut peraturan sewajarnya,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertama Setiausaha di antara Ahli Gabungan FAM, di Wisma FAM, semalam.

Menurutnya, tidak timbul isu FAM hanya mengambil tindakan mengenai sesuatu dakwaan membabitkan pemain dan pegawai pasukan bola sepak tempatan apabila ia disiarkan oleh media.

“Dakwaan ini tidak benar, kita sememangnya sentiasa memantau setiap perlawanan, bukannya keluar media baru hendak bertindak, perlu ikut peraturan yang ada,  pendekatan yang berbeza.

“Sama ada keluar dalam media atau tidak, saya yakin pihak berkuasa dengan kerjasama FAM memantau perkara ini dari dulu lagi, kita nak memerangi jenayah rasuah ini secara maksima,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts