translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

20 TAHUN TUNGGU ELEKTRIK


Parit Buntar: Ramadan kali ini cukup bermakna buat keluarga Azehar Yusof, 49, apabila rumah mereka di Parit Haji Awi Kampung Sungai Labu Bawah Bagan Tiang Tanjung Piandang, akhirnya mendapat kemudahan bekalan elektrik dan paip air.
Azehar yang kurang sihat kerana penyakit kronik berkata kemiskinan hidup menyebabkan mereka terpaksa menunggu sehingga lebih 20 tahun untuk mendapat bekalan kemudahan asas itu.

Menurutnya, dia bekerja sebagai nelayan pantai dan menjalankan kerja sawah padi dengan hanya berpendapatan kira-kira RM500 sebulan dan tidak mampu menyambung pendawaian bekalan api elektrik dan penyaluran air paip ke rumah kerana kosnya mahal iaitu hampir RM3,000.
“Sebelum ini kami terpaksa menggunakan pelita minyak tanah dan lilin bagi menerangi rumah pada waktu malam. Pada bulan puasa juga kami menghadapi kesukaran untuk memasak bagi bersahur dan juga berbuka puasa.

“Malam Hari Raya rumah jiran terang benderang, dengan cahaya lampu elektrik, tetapi rumah ini hanya terdapat kelipan lampu minyak tanah yang malap hingga menyukarkan keadaan,” kata bapa kepada tujuh anak itu.

Dia bersyukur selepas lebih 20 tahun berdepan masalah kemudahan asas itu akhirnya mereka menerima bantuan daripada Pejabat Daerah dan kerajaan negeri Perak yang prihatin dan berusaha memberi bekalan elektrik dan paip air.
“Bekalan elektrik disempurnakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dua minggu lalu, manakala bekalan paip air pula dipasang oleh Lembaga Air Perak (LAP) sebelum itu yang kosnya adalah di bawah peruntukan Pembangunan Luar bandar (PLB).

“Sejak pemasangan bekalan air paip keluarga saya begitu gembira kerana dapat bekalan air bersih, manakala penyaluran bekalan elektrik pulamemberi kemudahan kepada kami,” katanya.
Menurutnya bekalan elektrik itu sedikit melegakan dirinya apabila melihat tiga anak yang masih bersekolah iaitu Nor Aini, 17, Nor Hidayah,14, dan Mohd Syahril, 11 tahun dapat mengulangkaji pelajaran, membaca buku dan menyelesaikan kerja sekolah pada waktu malam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts