translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

TAK SABAR BERGELAR BAPA (REYNOLDS)


Pelakon Ryan Reynolds, 36, yang berkahwin de ngan Blake Lively September tahun lalu, teruja untuk menjadi ayah dan berdepan cabaran kerana menganggap anak adalah hadiah terindah buat dirinya.
“Saya rasa banyak perkara perlu dipelajari untuk menjadi bapa. Ia tugas sukar di dunia tetapi menjadi sebab utama yang membuatkan kita tersenyum setiap hari. 
“Ketika masih kanak-kanak, banyak perkara yang diinginkan tetapi disebabkan keadaan keluarga tidak mengizinkan, ia tidak terjadi dalam kehidupan saya. Apa yang dulunya kurang akan saya penuhi dalam hidup anak saya,” katanya. 

Reynolds yang meminjamkan suaranya dalam animasi The Croods berkata, dia mempunyai ramai anak saudara yang selalu berkunjung ke rumahnya.

Situasi itu menyebabkan Reynolds sering membeli mainan untuk mereka. Dikelilingi kanak-kanak membuatkan jejaka kacak itu yakin dia tidak akan merasa kekok melayan anak sendiri.

Jika bidang lakonan tidak mendapat sambutan memberangsangkan, Reynolds membayangkan dia mungkin mengikut jejak langkah ayahnya, Jim Reynolds menjadi polis. 

Katanya, dalam keluarga, hanya adik lelaki mengikut jejak langkah ayahnya dan dia mungkin bergelar polis jika bidang lakonan tidak memberi impak besar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts