Bekas anggota kumpulan SES, Shoo dilaporkan selamat melahirkan bayi kembar perempuan di Hospital Bundang, Gyeonggido pada 2 Julai lalu. Shoo kini dipercayai masih berada di hospital bagi menjalani rawatan susulan.
Wakil keluarga berkata, Shoo dan kedua-dua bayinya berada dalam keadaan sihat. Suaminya, atlet bola keranjang popular, Lim Hyo Sung terlalu gembira dengan anugerah itu di dalam keluarga mereka.
Shoo dan Lim Hyo Sung berkahwin pada April 2010 dan dikurniakan anak lelaki setahun kemudian. Kini dengan adanya anak kembar perempuan, keluarga Shoo dan Lim Hyo Sung lebih meriah.
0 comments:
Post a Comment