translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Remaja maut kena tembak lima kali


Remaja maut kena tembak lima kali
Anggota forensik melakukan siasatan di tempat kejadian di Ujong Batu, Bagan Dalam, Butterworth, semalam.

Dua rakan lepak bawah jambatan diserang

Butterworth: Seorang remaja maut, manakala rakannya cedera apabila terkena lima das tembakan yang dilepaskan secara rambang dalam satu kejadian di Ujong Batu, Bagan Dalam di sini, malam kelmarin.
M Ravindran, 19, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat kecederaan teruk di kepala dan rusuk kiri, sementara rakannya S Leenesh, 18, yang cedera di rusuk kanan masih dirawat dan keadaannya dilaporkan stabil.


Larikan diri

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kedua-dua remaja berkenaan yang juga rakan baik sebelum itu dikatakan sedang berbual di bawah jambatan yang dipercayai menjadi tempat mereka melepak hampir setiap malam.

Bagaimanapun, dua lelaki tidak dikenali memakai topi keledar bertutup penuh tiba-tiba menghampiri mereka dan pemboncengnya dikatakan melepaskan enam das tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

Tiga daripada tembakan itu mengenai kepala dan rusuk kiri Ravindran dan dua lagi menengenai rusuk kiri Leenesh menyebabkan kedua-dua mereka rebah.
Satu lagi tembakan mengenai sebuah kereta PROTON Wira yang diparkir di kawasan terbabit dan serpihannya mengenai seorang lelaki, A Sukumar, 51, yang kebetulan sedang berjalan kaki untuk bersembahyang di kuil berhampiran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts