translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Jennifer, Theroux kahwin Disember


Justin Theroux dan Jennifer Aniston yang baru-baru ini menangguhkan perkahwinan mereka atas sebab kesibukan jadual masing-masing yang padat, dilaporkan me ngambil keputusan meneruskan majlis itu hujung tahun ini.
Sumber memberitahu laman sesawang MailOnline, pasangan itu dikatakan buat kali pertama bergambar bersama di Los Angeles selepas khabar perkahwinan 
mereka tersebar dan bakal memilih tarikh sesuai pada Disember tahun ini.

“Mulanya mereka tidak pasti bila majlis itu akan berlangsung kerana kedua-duanya sibuk, namun mengambil kata sepakat untuk tetap meneruskan rancangan mereka. 
“Mereka banyak kali membincangkan lokasi perkahwinan dan Jennifer ingin mengadakannya di Los Angelas. Theroux bersetuju dengan lokasi di California dan mung kin di bahagian pantai timur Los Angeles, di tempat sama dia melamar Jennifer. 
“Dia lebih selesa menjalankan acara itu di sana kerana mempunyai ramai keluarga yang menetap di sana,” kata sumber. 

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan tidak mencapai kata sepakat untuk mencari tempat tinggal mereka selepas berkahwin. Jennifer membesar di New York tetapi kesibukan kota itu membuatkan dirinya tertekan. 

Theroux pula meyakinkan Jennifer untuk hidup sederhana sebelum membuat keputusan membeli rumah memandangkan kerjaya Theroux yang sejak akhir-akhir ini semakin merudum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts