translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Lelaki maut kereta dinaiki bertembung treler


SEREMBAN 15 Julai - Seorang lelaki maut dalam keadaan ngeri selepas kereta dipandunya terbabas dan bertembung dengan sebuah treler di Batu 8, Jalan Labu-Nilai di sini awal pagi ini.
Kemalangan berlaku pukul 4.30 pagi menyebabkan Abdul Mubin Mohd. Sah Peli, 28, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Menurut jurucakap polis, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Persona dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Nilai menuju ke rumahnya di Labu.
Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kayu.
"Rempuhan kuat itu mengakibatkan kereta mangsa remuk teruk. Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya ketika dihubungi hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts