Pemilik kilang itu, Lee Leong Tee, 66, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang rakan yang memaklumkan premis bersebelahan kilangnya terbakar.
"Sejurus tiba, saya amat tersentak melihat kilang sendiri rupa-rupanya yang terbakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, bagi mengelak keadaan bertambah buruk, dia memaklumkan kepada bomba mengenai bahan kimia yang disimpan di dalam premis berkenaan.
"Walaupun mengalami kerugian, saya bernasib baik kerana ketika kebakaran tiada siapa di premis ini. Selain itu, tiada bahan kimia yang terbakar dan keadaan pasti bertambah rumit jika ia berlaku," katanya.
"Seramai 30 anggota dan pegawai bersama empat jentera masing-masing dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dan Ayer Keroh dikerah memadam kebakaran.
"Api berjaya dipadam sepenuhnya jam 10.45 malam dan kebakaran tidak merebak ke premis bersebelahan. Namun, operasi hanya tamat jam 2.20 pagi kerana kami perlu memindahkan bahan kimia yang disimpan di dalam premis itu ke tempat selamat.
"Bagi tujuan itu, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dipanggil dan bahan kimia yang disimpan di dalam tong tidak terbakar," katanya.
عين ازال للعطورات
3 years ago
0 comments:
Post a Comment