translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

SKMM panggil pasangan hina islam


SKMM panggil pasangan
  Keratan akhbar mengenai pasangan hina Ramadan disiarkan semalam.

Persenda Ramadan di laman Facebook: Alvin Tan, Vivian Lee beri kenyataan hari ini

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan pasangan yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam laman Facebook, memberi keterangan berhubung perbuatan mereka.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan Alvin Tan dan Vivian Lee, telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan.


“Kami telah memanggil pasangan itu. Mereka dijangka hadir di pejabat penguatkuasaan SKMM esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan kepada BERNAMA semalam.

Sensitivi umat islam

Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan tidak halal dengan keterangan gambar ‚Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh... Wangi, enak dan menyelerakan!‘

Dalam kes berasingan di laman Facebook lain yang mempersenda bulan Ramadan dengan menyiarkan iklan gambar babi panggang dengan cap logo halal, Mohamed Sharil, berkata pemilik akaun itu bukan rakyat Malaysia dan tidak bermastautin di negara ini.
Tokoh agama, NGO mahu kerajaan bertindak tegas

“Kita telah melaporkan perkara ini kepada Facebook dan meminta mereka menyekat laman berkenaan atau memadam akaun itu,” katanya.

Beliau juga meminta pengguna Facebook tidak berkongsi paparan atau foto yang menyinggung perasaan sesiapa untuk mengelakkan ia tersebar dan melukakan perasaan orang lain serta melaporkannya terus kepada pengendali Facebook.

“Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menghormati bulan Ramadan dan rakan-rakan kita yang beragama Islam. Kita perlu sentiasa bertanggungjawab atas semua tindakan kita di dalam talian serta lebih peka terhadap sensitiviti orang lain, terutama isu agama,” katanya.

Sementara itu, tokoh agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan mengenakan tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang menghina kesucian agama Islam bagi memberi pengajaran pada masa depan.

Malah, mereka menyarankan Alvin dan Vivian dilucutkan kerakyatan jika tindakan itu dilihat berkesan dalam menangani isu toleransi agama dan kaum di negara ini.

Guna Akta Hasutan

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad meminta kerajaan menggunakan peruntukan undang-undang termasuk mengikut Akta Hasutan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Katanya, sudah tiba masanya kerajaan lebih bertegas dalam isu seumpama itu dan menjadi kewajipan umat Islam mempertahankan maruah agama jika ada pihak cuba melakukan penghinaan.

Bagaimanapun, tindakan yang diambil perlu mengikut undang-undang serta tidak terburu-buru hingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada semua pihak.

“Jika ada Akta Hasutan yang boleh digunakan, gunakanlah tetapi jika makin bertambah teruk dan tidak menjadi pengajaran, kerajaan perlu tingkatkan penguatkuasaan dan melucutkan kerakyatan menjadi langkah terakhir menangani isu ini,” katanya kepada BH.

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad, berkata masyarakat perlu menghormati antara satu sama lain dan tidak menghina atau mempersenda agama lain, sekali gus tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam agama rasmi negara.

“Saya mengharapkan umat Islam mengambil pendekatan bijaksana dalam perkara sensitif. Jika ada peruntukan undang-undang, kita ambil pendekatan mengikut lunas perundangan dan tidak cuba menjejaskan imej Islam.

“Namun pada masa sama, kerajaan perlu bertindak tegas supaya tiada lagi mana-mana pihak berani bertindak biadab terhadap kesucian agama Islam,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman berkata tindakan pasangan itu jelas menggambarkan mereka tidak layak menjadi rakyat Malaysia yang sepatutnya menghormati prinsip Rukun Negara dan hak serta keistimewaan umat Islam di negara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts