translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Awal, Scha: Bukan mahu menunjuk


Pasangan suami isteri ini kelihatan sangat mesra hinggakan sesiapa yang melihat mereka pasti dapat merasakan kebahagiaan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.
Pun begitu, pasti segelintir yang kurang senang dan menganggap aksi manja mereka agak keterlaluan. Perkara itu dapat dilihat ketika mereka menjayakan program ‘gameshow’ Kecoh Pengacara Beraya.

Scha yang bersama pasukan perempuan yang turut dianggotai Fara Fauzana, Neelofa dan Amyza Adnan beradu dengan kumpulan lelaki mengandungi Awal, Faizal Ismail, Kamal Adli dan Zizan Razak.
Terkenal dengan sikap ‘gila-gila’, ketika sesi rakaman berlangsung, Scha sesekali membuat lawak bersalaman dengan suami. Namun, apa yang memeranjatkan apabila melihat Scha melompat ke arah suaminya dan beberapa saat dalam keadaan Awal mendukung Scha.

Sudah sah sebagai pasangan suami isteri, ia bukanlah isu besar namun masih menyebabkan penonton terutamanya daripada kalangan veteran agak terganggu dengan adegan itu.

Menjelaskan keadaan itu, Scha berkata, dia risau apabila perkara itu dijadikan isu sedangkan ia terjadi secara spontan. Jelas kelihatan babak yang itu juga bukan dibuat-buat.
Foto
“Saya risau kalau adegan itu keluar di televisyen nanti. Tidak ada niat pun mahu menunjuk pada semua orang tetapi ia berlaku secara spontan. Saya harap ia tak menimbulkan isu kurang enak,” katanya.

Sementara itu, Awal menganggap perkara yang terjadi tidaklah keterlaluan dan menyifatkan ia sebagai kasih sayang mereka. Dia berharap agar tidak ada pihak yang memperbesar kejadian itu.
“Kami bukannya mahu menunjuk-nunjuk tapi kita lihat dari sudut positif cara yang sepatutnya suami isteri semaikan kasih sayang dan keceriaan pada hubungan mereka selagi ia tidak melampaui batas.

“Memang benar, akan ada yang kurang senang dengan apa yang terjadi. Tapi kalau orang tidak suka, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Lagi pun, saya rasa ia tidaklah keterlaluan. Bukannya kami bercium pun,” kata Awal sambil ketawa.

Berkongsi cerita mengenai kerjaya seni mereka sepanjang Ramadan ini, Scha dan Awal tidak menolak sekiranya ada tawaran menarik yang datang.

Bagi Awal, bulan puasa ini masa untuk bersama keluarga, seboleh-bolehnya dia ingin mengurangkan aktiviti seni. Namun komitmen yang sudah dijanjikan pasti akan ditunaikan.

“Saya jarang mempunyai masa dengan Scha dan keluarga. Bila dia lapang, saya pula sibuk. Bila saya ada masa terluang, dia pula ada kerja. Selalunya apabila puasa ini kami berbuka di luar sebab kalau masak pun hanya berdua.

“Untuk Ramadan ini juga, saya ambil kesempatan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan, bulan ini adalah peluang untuk melakukan amal. Bukannya bulan lain tidak boleh tetapi saya pun bukannya berkemampuan sangat. Bekerja untuk menampung kehidupan,” ujarnya yang menyambut Aidilfitri di ibu kota pada tahun ini.

Pasangan yang berkahwin pertengahan tahun lalu sebenarnya berhajat menunaikan Umrah pada bulan ini tetapi atas masalah yang tidak dapat dielakkan, mereka terpaksa menangguhkan keinginan itu.

Bukan hanya pergi berdua, ia sepatutnya disertai sanak saudara lain tetapi kerana pertembungan jadual, maka ia mungkin ditangguhkan.

“Kami sudah berjumpa dengan beberapa ejen malangnya tarikh yang mereka berikan itu bertembung dengan jadual kerja saya. Agak kecewa juga tetapi insya-Allah, tahun depan kami boleh ke sana.

“Oleh kerana kami mahu pergi bersama keluarga, sukar untuk ke sana tahun ini juga kerana komitmen masing-masing. Kesudahannya, kami rancang menunaikan Umrah tahun depan,” kata Awal.

Program Kecoh Pengacara Beraya yang menggunakan gelanggang tinju dikelilingi penonton itu bakal disiarkan sempena Aidilfitri nanti. Wang kemenangan RM8,000 disalurkan kepada dua rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Sungai Pinang, Klang dan Persatuan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Al-Munirah, Klang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts