Anggota kumpulan Girls’ Generation, Hyoyeon secara jujur meluahkan hasrat untuk muncul solo. Pada sidang media program Mnet, Dancing 9, Hyoyeon berkata, dia terfikir untuk bergerak solo sekali seminggu.
“Ada banyak konsep yang saya mahu cuba. Saya belum lagi meluahkan sisi seksi saya. Saya mahu menonjolkan imej yang kuat tapi seksi walaupun ketika beraksi di pentas. Beyonce dan Rihanna adalah sumber rujukan saya.
“Pembabitan saya dengan program Dancing With The Stars belum selesai lagi kerana masih melakukan tarian untuk sukan di depan cermin. Saya mahu belajar dengan lebih mendalam lagi dan mungkin mencari pasangan sesuai untuk beraksi dalam pertandingan rasmi,” katanya.
0 comments:
Post a Comment