translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

RITA LUAH KESEDIHANNYA MENERUSI INSTAGRAM



Rita Luah Kesedihannya Menerusi Instagram | Menjelang detik syawal yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi,sudah tentu salah seorang insan yang menyambutnya dalam keadaan sedih adalah pelakon popular,Rita Rudaini yang secara sah dicerai oleh Aidil Zafuan pada petang ahad lalu menerusi SMS.

Menerusi akaun rasmi instagram miliknya,pelakon cantik manis ini meluahkan kesedihannya melalui kata-kata yang anda boleh baca dibawah.



Untuk makluman, pasangan ini bernikah di Thailand pada Februari 2008 dan hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak kebangsaan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Semoga Rita sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan yang menimpanya itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DOKTOR SYAITAN JUAL BAYI SELEPAS TIPU IBU


Doktor Syaitan Jual Bayi Selepas Tipu Ibu | China – Doktor durjana. Itu gelaran paling sesuai untuk Zhang Lin selepas disyaki menjual seorang bayi kepada sindiket pemerdagangan manusia di China.

Zhang Lin telah memaklumkan kepada ibu bayi berkenaan, Dong Wan, 31, bahawa bayinya itu sakit tenat dan tidak boleh hidup lagi.

Doktor wanita itu juga didakwa memujuk Dong Wan untuk membenarkan pihak hospital menjaga bayinya, sebelum bayi itu dijual pada harga $4,600 dolar.

Dia berjaya ditangkap dan polis kini menyiasat kes sama yang berlaku di daerah Shaanxi itu

Dalam pada itu, bayi berkenaan yang sebenarnya sihat, telah ditemukan semula dengan ibunya di Fuping.

“Saya diberitahu bahawa bayi ini tidak akan hidup lama dan langkah terbaik ialah dengan membenarkan pihak hospital untuk menjaganya. Itu yang saya lakukan,’’ kata Dong Wan.

Jelasnya, selepas menandatangani dokumen menyerahkan bayinya kepada pihak hospital, Dong Wang menukar fikiran dan meminta suaminya, Lai Guofeng menghubungi polis.

Selepas siasatan dijalankan, bayi berkenaan telah ditemui beratus batu dari wilayah berkenaan dan telah dijual oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Bayi itu ditemui dengan bantuan polis tempatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Subhanallah – Kucing Ini Susukan Dan Besarkan Tikus


Subhanallah - Kucing Ini Susukan Dan Besarkan Tikus. Sebuah keluarga di Ranau Sabah terkejut apabila melihat seekor tikus sedang asyik menyusu kucing
Subhanallah – Kucing Ini Susukan Dan Besarkan Tikus | Sebuah keluarga di Ranau Sabah terkejut apabila melihat seekor tikus sedang asyik menyusu kucing peliharaannya. Kucingnya baru sahaja melahirkan anak dan tikus itu turut bersama menumpang kasih terhadap ibu kucing tersebut.
Bagi penggemar kartun animasi Tom & Jerry, sudah jelas di alam realiti mahupun fantasi dua haiwan ini iaitu kucing dan tikus sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang ‘menumpang’ manja bersama ibu kucing berkenaan.
Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu.
“Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong ‘anaknya’ yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat.
“Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan.
“Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri.
“Malah, ibu kucing dilihat melayan ‘anak istimewanya’ sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya,” katanya.
kucing 1 Subhanallah   Kucing Ini Susukan Dan Besarkan Tikus
Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai.
“Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah.
“Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucingberkenaan,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fuh Gila! Ibu Campak 2 Anaknya Dari Tingkat 15


Fuh Gila! Ibu Campak 2 Anaknya Dari Tingkat 15. Seorang ibu ditahan selepas didakwa mencampak dua anak lelakinya dari balkoni tingkat 15
Fuh Gila! Ibu Campak 2 Anaknya Dari Tingkat 15. Kenapakah? | MOSCOW: Seorang ibu ditahan selepas didakwa mencampak dua anak lelakinya dari balkoni tingkat 15 kerana dia bosan dengan mereka.
Galina Ryabkova, 30, dilihat dalam keadaan selamba dalam video pengawasan yang diambil daripada blok flet di Moscow Russia selepas insiden itu. Jiran di kompleks perumahan itu dikejutkan dengan bunyi tubuh kanak-kanak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu jatuh ke tanah. Walaupun mereka berusaha untuk membantu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia sebelum petugas kecemasan tiba.
Menurut RT, Galina berkata, “dia bosan dengan anaknya” dan memutuskan “untuk menghapuskan mereka.” Galina yang suaminya keluar atas urusan perniagaan tinggal di tingkat lapan bangunan itu dan dipercayai membawa kanak-kanak berkenaan ke tingkat 15 sebelum mencampakkan mereka kelmarin. Seorang jiran diblok apartmen yang sama menceritakan kejadian ngeri itu kepada Life News.
Lelaki itu yang tidak mahu dikenal pasti, berkata, isterinya mengejutkannya memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit jatuh dari bangunan itu. Pasangan berkenaan berlari keluar dan melihat dua kanak-kanak itu terbaring di tanah di depan pintu masuk utama kompleks apartmen terbabit.
Lelaki itu berkata: “Pada waktu sama, ibu mereka meninggalkan bangunan itu. Kami bertanya kepadanya jika mereka adalah anaknya dan dia menjawab dengan selamba, “Ya, saya yang mencampakkan mereka.” CCTV dari blok apartmen itu sebagaimana dilaporkan New York Daily News menunjukkan seorang daripada kanak-kanak itu jatuh di depan bangunan itu.
Kemudian ia menunjukkan Galina turun ke bawah memakai jeans dan kemeja-T putih.
Dia duduk dengan tenang di lobi bangunan, mengejutkan jiran tetangga yang mengelilinginya bagi mengelakkan dia melarikan diri.
Video itu berakhir dengan pegawai polis tiba di bangunan itu untuk menyiasat kejadian ngeri berkenaan dan menahan ibu kanak-kanak malang terbabit.
Galina juga dilaporkan cuba untuk membunuh diri pada masa lalu dan suaminya mungkin berlaku curang kepadanya.
Galina akan dihantar ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan manakala siasatan diteruskan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kanak-Kanak Ini Sanggup Minum Susu Anjing Untuk Teruskan Hidup


Kanak-Kanak Ini Sanggup Minum Susu Anjing Untuk Teruskan Hidup. Chotu Kumar begitu selesa dengan sekawanan anjing, dapat dilihat ia memegang kaki
Kanak-Kanak Ini Sanggup Minum Susu Anjing Untuk Teruskan Hidup | Chotu Kumar begitu selesa dengan sekawanan anjing, dapat dilihat ia memegang kaki belakang anjing tersebut sehingga dia boleh minum.
Dan luar biasa anjing liar itu mengizinkan.Chotu mengatakan: “Keluarga kami sangat miskin, kadang-kadang aku merasa lapar.
“Anjing itu tidak menggigit saya. Saya suka dia dan dia suka saya, dia melayan saya seperti salah satu dari anak-anaknya. Saya suka bermain dengan anjing, mereka teman saya.”
798bd63313b10b315b02 Chotu Kumar dog milk3 Kanak Kanak Ini Sanggup Minum Susu Anjing Untuk Teruskan Hidup
Chotu tinggal bersama ibunya Shanichari Devi, 37 tahun, neneknya Amiya Devi, 60 tahun, dan kedua saudaranya Bola, 14 tahun, dan tiga tahun Mahesh di sebuah rumah lumpur di Jharkhand, India Timur.
Setelah kematian ayahnya empat tahun lalu, keluarga hidup di bawah garis kemiskinan.
Kakaknya terpaksa pergi bekerja untuk mendapatkan wang untuk keluarga tetapi ia hanya membawa pulang bawah £ 20 per bulan bekerja di sebuah hotel berdekatan.
Ibu Chotu dan neneknya pergi ke hutan dan mengumpulkan kayu bakar dan cuba yang terbaik untuk mencari makanan di hutan.
Tapi rata-rata makanan mereka sehari-hari terdiri dari sayur-sayuran dan roti.
Menurut UNICEF 90 peratus kanak-kanak di bawah usia tiga kekurangan gizi di kawasan luar bandar di Jharkhand dan 25000 lebih anak meninggal dunia setiap tahun.
Chotu mulai menghabiskan semua waktunya dengan kumpulan anjing tersebut dua tahun lalu. Dia tidak pergi ke sekolah sehingga ia tidak punya teman – dan sekarang dia mendakwa anjing itu adalah sahabat satu-satunya.
Keluarga tersebut belum makan makanan padat atau susu berhati-hari ketika Shanichari pertama kali melihat anaknya duduk di tingkat minum susu dari puting anjing.
Dia berkata: “Walaupun ia bermain dengan anjing di luar rumah saya melihat dia minum susu anjing itu.”
“Saya sangat terkejut, saya berlari dan menariknya pergi. Tapi setiap dia lapar dia selalu menyelinap kembali. Aku membiarkan dia kerana saya tahu betapa laparnya dia.”
“Anjing itu sentiasa ramah dan tidak pernah menyerang dia. Dia sering naik di punggungnya dan kemudian dia melompat dan merawatnya bersama dengan anak-anaknya.”
8f15d4e4302d75f2c1a1 Chotu Kumar dog milk5 Kanak Kanak Ini Sanggup Minum Susu Anjing Untuk Teruskan Hidup
Anjing itu sering duduk di luar rumah Chotu dan menyalak untuk mengajak keluar dan bermain.
Tapi ketika warga tempatan mengetahui tentang Chotu dan teman-teman barunya mereka mulai marah. Mereka khuatir anak-anak lain dan akan wabak rabies.
Shanichari berkata: “Penduduk desa terus mengatakan kami dia alkan meninggal akibat suatu penyakit jika ia terus meminumnya dan itu akan menyebar ke anak-anak lain. Tapi Chotu tetap saja begitu.”
Akhirnya penduduk desa melaporkan Chotu kepada pegawai tempatan dan mereka turun tangan.
Chotu diterima di sekolah di mana ia mendapat makan tengahari percuma dan pihak berkuasa memberi keluarganya kad makanan, yang membolehkan mereka untuk mendapatkan bantuan makanan.
Tapi tetap saja anjing itu terus mengunjungi Chotu dan telah menjadi kebiasaan baginya untuk minum susu darinya.
Chotu berkata: “Aku menghisap susu tiga kali sehari dan rasanya manis seperti gula.”
“Banyak orang di desa tidak suka persahabatan saya dengan anjing tapi saya senang – jika dia tidak dekat rumah saya saya pergi mencari ke luar desa.”
“Dia selalu senang melihat saya dan membiarkan saya meminum susunya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita Cantik Ini Kelihatan Belasan Tahun Berbanding Umur Asalnya



Wanita kelahiran Hunan Huaihua, China 4 April 1981 ini memang sangat luar biasa. Selain karyanya mampu bersaing dengan kartun-kartun Jepun, wajahnya yang comel dan kebudak-budakan seperti tokoh kartun juga banyak menghiasi kulit majalah game di Jepun. Tapi bukan hanya orang China seperti Xia Da saja yang awet muda, sebahagian besar orang Asia punya keunikan genetik yang membuatnya selalu tampak lebih muda berbanding orang barat.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Desa di Alaska Akan Tenggelam Ditelan Lautan ?

Desa di Alaska. (Foto: BBC) 

 Desa di Alaska. (Foto: BBC)
ALASKA - Keberadaan Desa Kivalina di Negara  Alaska, Amerika Syarikat   terancam. Desa itu sebentar lagi ditelan lautan sebagai dampak dari perubahan iklim.

Kivalina terletak di tepi Laut Bering. Desa itu ditinggali sekira 40 keluarga dari Suku Inuit. Warga Kivalina menjalani kehidupan secara sederhana. Mayoriti warga bermata pencaharian sebagai pemburu atau nelayan.

Pengamat memperkirakan Kivalina akan tenggelam pada 2025. Warga hanya boleh pasrah kerana kurang mendapat perhatian pemerintah.

"Jika kami terus tinggal di sini, kami akan mati," ujar pengurus desa, Coleen Swan, seperti dikutip 
BBC, Selasa (6/8/2013).

"Pemerintah tidak dapat menyelamatkan kami dan mengimbau kami pergi begitu saja," lanjut Swan.

Kivalina terancam tenggelam kerana ais di kutub utara mulai mencair. Fenomena itu membuat Kivalina sering dihantam banjir bandang. Beberapa tahun ke belakang, pencairan ais di kutub utara menjadi semakin cepat. Lautan pun semakin lama semakin mendekati wilayah Kivalina.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KESIAN :PAKAI BAJU RAYA SEBELUM MATI

HASMIZA menunjukkan rakaman Eddie Zuhdi memakai baju raya dan jam tangan milik kedua-dua anaknya yang maut dalam satu kebakaran di Ipoh semalam.


IPOH – “Pukul 2 petang sebelum saya ke Pulau Pinang pada hari kejadian kebakaran, anak-anak saya dah pakai baju raya,” kata pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr. Hasmiza Othman.

Mengenang saat-saat akhir bersama dua anak lelakinya yang maut dalam kebakaran dua hari lepas, Hasmiza berkata, mereka memakai baju berkenaan ketika kebakaran itu.

Dalam kejadian melibatkan rumah penginapan pekerja produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya di sini pada 9 malam, Sabtu lepas, tiga maut termasuk dua anak Hasmiza iaitu Muhammad Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11, dan adiknya, Muhammad Edrie Zikrie, 10, serta pekerja syarikat itu Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAKZIAH BUAT PENGASAS PRODUK KECANTIKAN VIDA BEAUTY-DUA ANAKNYA MENGGAL DALAM KEBAKARAN



Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di Ipoh malam tadi.


Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.
Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.

“Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts