fara 2
Dengan hanya sekali kali lafaz, penyanyi Farawahida telah pun selamat bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain tepat jam 10.30 pagi tadi.
fara 4
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria.Fara menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang. Fara menerima mas kahwin RM1000 beserta dua bertuk cincin.
Di majlis pernikahan tersebut, Fara kelihatan lebih tenang berbanding suaminya yang mnegalirkan air mata saat sah diijabkabul.  
Tahniah  diucapkan kepada pasangan ini. Semoga ikatan yang dibina ini kekal sehingga ke akhir hayat.
Malam tadi telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan penyanyi Farawahida bersama suami, Abdul Shukur Mohd Zain yang bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, Perak.
Majlis penuh meriah ini turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Ifa Raziah, Fazli Zainal, Ayu Damit dan Salma.
Berikut  dikongsikan beberapa foto menarik sekitar majlis ini. Tahniah diucapkan buat Fara dan Shukur.