translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Bukan radio 'pancing duit'!

Bukan radio 'pancing duit'!

HAMPIR lapan tahun beroperasi, stesen radio, SuriaFM, kini berjaya disenaraikan dalam kelompok empat stesen radio komersial berbahasa Melayu paling popular.
Walaupun diperkenalkan pada 26 Disember 2005, SuriaFM mula beroperasi di seluruh negeri pada 24 November 2007.
Bersiaran selama 24 jam, Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah lagu-lagu yang terkini.
Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Indonesia, radio ini menyasarkan golongan pendengar di antara 25 hingga 34 tahun.
Sehingga kini radio di bawah kelolaan Rimakmur Sdn Bhd, ini berjaya mengekalkan status stesen radio popular di Malaysia dengan catatan 2.23 juta pendengar di sepanjang tahun. Paling membanggakan, pendengar SuriaFM secara digital telah meningkat sebanyak 160 peratus dari 176,000 kepada 457,000 pendengar pada tahun ini.
Bercerita lebih lanjut mengenai kejayaan demi kejayaan stesen radio ini, Zass mendapatkan Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, untuk berkongsi cerita di sepanjang tahun ini.
Sehingga kini, bagaimana dengan sambutan dan penerimaan pendengar terhadap SuriaFM?
Alhamdulillah, sambutan yang kami terima dari pendengar SuriaFM sangat menggalakkan. Kami amat berterima kasih kepada semua pendengar baru yang memilih SuriaFM sebagai radio pilihan.
Buat semua pendengar SuriaFM yang masih setia selama beberapa tahun ini, jutaan terima kasih kerana sokongan ini dan diharapkan ia akan berterusan. Boleh ceritakan sedikit mengenai kejayaan SuriaFM di sepanjang tahun ini.
Sehngga kini, SuriaFM telah mencatatkan kenaikan yang tidak dijangkakan. Malah, pendengar pendengar setia SuriaFM, kini meningkat sehingga 457,000 pendengar di sepanjang tahun ini.
Bukan di Lembah Klang sahaja, kawasan selatan termasuk Melaka, Negeri Sembilan dan Johor juga turut mencatatkan peningkatan tinggi sebanyak 461,000 berbanding sebelum ini hanya 61,000. Ia adalah satu peningkatan yang sangat membanggakan.
Bagaimana pula dengan segmen? Apakah yang paling menarik dan paling tinggi rating? Apa yang kami kenal pasti, segmen di Suria FM telah menjadi kegemaran semua pendengar.
Bukan sahaja segmen, Ceria Pagi yang dikendalikan oleh pasangan penyampai, Halim Othman dan Adibah Noor, malah segmen Suria Cinta, DJ Lin juga mencatat jumlah masa tertinggi pendengar berbanding stesen radio berbahasa Melayu lain.
Namun, tidak kurang juga dengan segmen-segmen lain yang pastinya memberikan keceriaan dan kelainan kepada pendengar. Kami bahagikan segmen ini kepada tiga kumpulan iaitu hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Setiap segmen akan dikendalikan DJ yang berbeza mengikut cara mereka yang tersendiri. Alhamdulillah, setakat ini kami telah mencapai target pendengar yang kami tetapkan.
Kami juga kini menerima peningkatan dari kalangan pendengar berpendapatan tinggi. Radio manakah yang menjadi pencabar utama Suria FM?
Kami percaya bahawa Suria FM berada di dalam kelas tersendiri dan tiada persaingan secara langsung. Oleh itu, setiap stesen radio secara umumnya merupakan pesaing terhadap stesen radio lain sama ada secara langsung atau tidak. Untuk mengelakkan daripada tercipta kontroversi di kalangan DJ ataupun terlepas cakap semasa 'on air', adakah SuriaFM mempunyai garis panduan dalam perkara ini?
Mana-mana stesen radio pasti mempunyai garis panduan. Suria FM juga telah mengambil langkah dengan mewajibkan semua penyampai radio kami untuk menghadiri latihan pematuhan ataupun ‘compliance training’. Setiap daripada penyampai ini juga diberikan ‘Code of Conduct for Broadcasting’ di mana mereka perlu baca dan fahaminya terlebih dahulu.
Mengenai peraduan yang memberi imbuhan wang, adakah ini salah satu cara untuk menarik minat pendengar untuk terus bersama SuriaFM? Ini adalah salah satu cara bagi kami untuk mengucapkan terima kasih kepada para pendengar.
Kalau boleh, kami nak hadiahkan wang pada setiap orang tapi mustahil untuk melakukannya. Jadi, inilah peluang kami untuk memberikan hadiah kepada pendengar bertuah sekali gus menceriakan mereka. Pernah didakwa menipu pendengar dalam peraduan Ketawa & Ceria, adakah ia memberi impak buruk kepada Suria FM? 
Suria FM mengekalkan tahap integriti yang tinggi dengan semua orang, sama ada kakitangan kami, klien atau pendengar. Apabila Suria FM mengamalkan tahap integriti yang tinggi, kami berharap perkara sebegitu tidak akan berulang lagi.B
Bagaimanapun, SuriaFM akan sentiasa memastikan mesej kami adalah jelas dan mudah difahami pendengar kita. Kami sentiasa terbuka untuk sebarang pertanyaan jika ada mana-mana pendengar yang ada masalah kekeliruan.
Apa pula pandangan anda bila Suria FM dilabel radio ‘pancing duit’?
Tidak sama sekali, kerana SuriaFM lebih dikenali sebagai stesen yang menceriakan dunia anda. Apa yang kami berikan kepada pendengar bertuah adalah salah satu cara kami menghargai mereka. Akhir sekali, apa harapan anda untuk Suria FM?
Kami amat berharap, kami sentiasa berada di tahap teratas dan sentiasa berdiri sebagai stesen radio yang mampu menceriakan pendengar sama seperti slogan yang kami gunakan, Suria FM, Menceriakan Duniamu. Kejayaan ini akan terus menjadi semangat kepada kami untuk menampilkan yang terbaik dan mencapai kejayaan demi kejayaan setiap tahun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mick Jagger pernah Goda Katy Perry?

Mick Jagger dan Kate Perry
BILLBOARD melaporkan pengasas dan vokalis The Rolling Stones, Mick Jagger tampil memberi kenyataan bagi menafikan bahawa dia pernah menggoda Kate Perry seperti yang didakwa oleh wanita itu sebelum ini.
Wakil kepada Jagger memberitahu bahawa penyanyi rock veteran yang berusia 70 tahun itu menyifatkan pelantun Roar itu keliru dengan orang lain.
Sebelum ini dalam satu temu bual bersama stesen radio Australia, Perry, 29, memberitahu dia pernah menjadi penyanyi latar kepada Jagger dalam lagu hits Old Habits Die Hard pada 2004, malah mereka pernah keluar makan malam bersama. “Sebenarnya, saya pernah keluar makan bersama Jagger dan dia cuba menggoda saya ketika saya masih berusia 18 tahun!
Ia sudah lama berlalu dan dia adalah seorang yang baik,” kata Perry.
Teman wanita kepada John Mayer ini merupakan salah seorang artis jemputan siri jelajah Rolling Stones yang diadakan pada tahun ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERKINI....KERRY WASHING HAMIL ANAK SULUNG

Kerry Washington

SELEPAS empat bulan berkahwin, bintang filem Django Unchained, Kerry Washington disahkan sedang hamil anak pertama.
Berita kehamilan isteri Nnamdi Asomugha itu disahkan oleh satu sumber yang boleh dipercayai, menurut laporan E! Online.
“Dia sudah memutuskan untuk memberitahu semua orang mengenai kehamilannya itu,” kata sumber itu. Namun begitu, jurucakap pasangan ini masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berkaitan hal tersebut.
Pasangan ini telah berkahwin secara rahsia, namun hanya membuat pengumuman beberapa bulan kemudian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ashton Kutcher beralih bidang

Ashton Kutcher
SELALUNYA, seseorang selebriti dipilih untuk menjadi duta atau jurucakap sesuatu produk. Tetapi berlainan pula bagi pelakon filem Jobs, Ashton Kutcher.
Bekas suami Demi Moore itu ditawarkan untuk menjadi jurutera produk bagi syarikat komputer Lenovo. Oleh itu, secara tidak langsung, dia bakal terlibat dari segi mereka cipta bentuk dan perisian komputer terbaru milik Lenovo.
Malah, tawaran itu juga dibuat kepadanya memandangkan dia mempunyai kepakaran serta celik dalam teknologi maklumat (IT).
Dalam pada itu, Kutcher juga dilihat seakan tidak sabar untuk memulakan tugasnya itu apabila menulis di laman Twitternya. “Sangat gembira untuk bersama-sama berganding bahu membentuk teknologi terbaru dengan Lenovo,” tulis Kutcher.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bakat terpendam Stallone

Bakat terpendam Stallone

SELAIN berlakon, bintang filem aksi Sylvester Stallone mempunyai bakat terpendam iaitu sebagai seorang pelukis.
Kata bintang Rambo ini, melukis adalah minat utamanya sebelum dia menyelami dunia lakonan di Hollywood.
“Saya rasa saya lebih bagus sebagai seorang pelukis berbanding menjadi seorang pelakon kerana saya boleh lakukan apa yang saya inginkan," katanya.
Bakat terpendam Stallone itu dapat dibuktikan apabila Muzium The Mihailovskiy Palace yang terletak di St Petersburg, Rusia, mempamerkan karyanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Betty Benafe, suami teruja menanti anak pertama

Betty Benafe, suami teruja menanti anak pertama

PENYANYI dan pelakon kacukan Arab, Betty Benafe mengesahkan dirinya telah hamil empat bulan. Tidak kisah jantina bayinya itu, Betty dan suaminya, Bruce Darghous tetap bersyukur apabila mendapat tahu berita tersebut.
Alhamdulillah saya telah hamil empat bulan. "Saya dan suami terlalu gembira apabila mendapat tahu tentang kehamilan saya,” katanya pada sesi fotografi di Butik Omar Ali, Taman Tun Dr Ismail.
Betty dan Dargous selamat menikah pada 8 Disember tahun lalu. “Saya sangat teruja menanti kehadiran anak pertama kami. Saya tak kisah jantina anak kami. “Tapi saya berharap sekurang-kurangnya kami ada sepasang.
Tak kisah mana satu (lelaki atau perempuan) yang dapat dulu,” kata Darghous yang sedikit protektif terhadap Betty semenjak disahkan hamil. Sementara Betty akui tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam sebarang makanan buat masa ini.
Setakat ini, saya tak ada muntah atau mengidam apa-apa. Cuma berat badan saya turun sampai empat kilo kerana saya tak ada selera makan dalam tempoh tiga bulan pertama itu. “Tapi di awal-awal kehamilan, saya rasa panas sampai saya potong rambut pendek.
Saya sedar saya hamil apabila kehamilan saya sudah dua minggu,” katanya.
Bayi pertama mereka itu dijangka lahir pada bulan sama dengan kelahiran Darghous iaitu Disember.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dafi cipta nama di Romania

Dafi
BEKAS pelajar Akademi Fantasia, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi berjaya meraih tempat ketiga dalam Crystal Stars Music Festival di Romania, semalam.
Dafi merupakan peserta tunggal negara Asia yang bertanding dalam kategori 19 tahun ke atas. “Alhamdulillah tempat ketiga untuk saya dan Malaysia di Crystal Stars Music Festival,” tulisnya di laman mikro Twitter miliknya, awal pagi tadi.
Penyanyi berusia 25 tahun ini menyampaikan single terbarunya, Dalam Hati ini.
Peserta tuan rumah, Romania dinobatkan sebagai juara, tempat kedua milik Ukraine.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rosie Huntington dan Jason berpisah?

Rosie-Huntington-dan-Jason-berpisah/

Perbezaan usia merupakan sebab perpisahan kebanyakan pasangan kebelakangan ini. Selain pasangan lagenda Hollywood Michael Douglas dan Catherine Zeta Jones, rupa-rupanya pelakon tampan, Jason Statham dan teman wanita beliau si supermodel jelita Rosie Huntington Whiteley turut berpisah.
Jason, 45 tahun dan Rosie, 26 tahun, sudah berpacaran agak lama sehingga muncul desas desus bahawa Jason mungkin melamar tidak lama lagi.
Alangkah peritnya apabila perkara sebaliknya yang berlaku. Sumber terdekat kepada bintang Transformers: Dark of the Moon dan peragawati Victoria’s Secret ini mengatakan bahawa perpisahan tersebut tidak melibatkan orang ketiga dan tiada pengumuman dilakukan lagi kerana mereka berdua masih harap dapat membaiki hubungan mereka.
Jadi benarkah perkara ini, bahawa perbezaan usia yang ketara hanya merapuhkan hubungan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BIAR BETUL...........Bieber langgan pelacur!

Bieber-langgan-pelacur/

Mungkin beliau terasa sunyi selepas berpisah dengan teman wanita jangka panjang, Selena Gomez. Namun wajarkah penyanyi remaja Justin Bieber berhibur di sebuah rumah pelacuran?
Baru-baru ini, kebetulan pada Jumaat lepas, Justin ditemui di sebuah rumah pelacuran di Brazil, menurut New York Post’s Page Six.
Penyanyi berusia 19 tahun tersebut dilihat menghabiskan kira-kira tiga jam di rumah pelacuran tersebut bersama seorang teman sebelum seludup keluar bersama dua orang wanita.
Bieber, yang sedang jalani konsert di Brazil, tidak memberi sebarang jawapan mengenai dakwaan tersebut apabila dihubungi pihak media.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lady Gaga ditinggalkan teman lelaki!

Lady-Gaga-ditinggalkan-teman-lelaki/

Nampaknya sekarang musim pasangan selebriti berpisah. Baru-baru ini, penyanyi pelik Lady Gaga turut ikuti jejak langkah teman seangkatan apabila dikatakan berpisah daripada teman lelaki beliau, Taylor Kinney. Taylor Kinney dan Lady Gaga atau nama sebenar Stefani Germanotta membuat keputusan berpisah kerana jadual Lady Gaga yang terlalu sibuk.
Taylor sudah sakit hati kerana Lady Gaga terlalu pentingkan kerjaya dan sukar untuk luangkan masa bersendirian bersama beliau.
Ala, bukan Lady Gaga sahaja, malah ini merupakan masalah biasa untuk kebanyakan pasangan. Kadang kala terlalu taksub dengan kerja sehingga lupa pasangan.
Mungkin Lady Gaga boleh ambil pengajaran daripada ini dan fikir ada perkara lain yang penting selain kerjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEMANGAT PUTERI WALINONGSARI SITI NURHALIZA BUAT PAHANG JUARA?

semangat puteri walinongsari siti nurhaliza buat pahang juara
Tahniah diucapkan kepada skuad Toh Gajah, Pahang apabila menjuarai perlawanan Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Kelantan dengan 1-0 di perlawanan akhir perlawanan di Stadium ShahAlam malam semalam.Ramai penyokong pasukan bola sepak Pahang puas dan gembira kerana Toh Gajah akhirnya menjulang trofi Piala Malaysia, selepas sekian lama menunggu pada kali terakhir pada tahun 1992.
Pada malam semalam penyokong Toh Gajah kurang sedikit daripada penyokong Kelantan yang hadir ke stadium, namun itu tidak mematahkan semangat pemain bola sepak Pahang.
Mungkin juga skuad Pahang mendapat semangat daripada penyanyi tersohor Negara kita iaitu Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Sri Khalid yang sanggup turun padang buat pertama kalinya untuk menyokong pasukan negeri kelahiran penyanyi Aku Cinta Padamu itu. Bukan admin sahaja, malah ramai juga peminat di Twiiter dan Facebook berpendapat kemenangan skuad bola Pahang adalah disebabkan Siti Nurhaliza turun padang dan menonton perlawanan itu.
Biasalah, pelbagai andaian dilakukan.Lihat menerusi foto yang dimuat naik di dalam laman Instagram, Siti Nurhaliza dan suaminya bersemangat sehingga memakai jersey pemain bola sepak Pahang yang berwarna Kuning itu.
Bukan itu sahaja Siti siap menempah khas jersey bernombor 11 dengan menulis nama singkatannya di Instagram iaitu CTKD (Siti Nurhaliza Dato’ K). Memang semangat betul, bukan sahaja Siti dan Dato K malah 2 anaknya iaitu Ashraf Khalid dan Aazief Khalid yang mana masing-masing turut memakai jersi kuning dari pasukan Pahang ketika bersama-sama menonton perlawanan itu.
Tertarik dalam satu entri Siti di dalam Instargam miliknya apabila dia memberitahu dia membawa semangat Puteri Walinongsari iaitu puteri tercantik Pahang suatu ketika dulu.
Malah Siti juga pernah membawakan lagu tradisional bertajuk Walinong Sari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEATER KOMPILASI NAM RON PAPAR ISU MAINAN SEKS

teater kompilasi nam ron papar isu mainan seks

Teater Kompilasi Nam Ron yang menampilkan pelakon hebat iaitu Sofea Jane, Vanidah Imran, Sharifah Amani dan Aqasha mengundang kejutan apabila ia menaikkan isu berkaitan mainan seks.
Bagaimanapun, Nam Ron yang bertindak selaku pengarah mengatakan jalan cerita yang diolah untuk teater ini diambil dari laporan akhbar tempatan. “Setiap yang buruk itu ada baiknya.
Baik dan buruk berunsurkan perbandingan. Inspirasi jalan cerita ini diambil dari akhbar tempatan. “Memang ada isu yang agak keras sebagai contoh seks. Isu ini harus dikupas dan ia bakal dikupas juga akhirnya. “Segala peluang yang ada harus dijadikan medium.
Kita perlu mencari langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini,” kata Namron. Dalam pada itu, Nam Ron memberitahu teks yang ditampilkan dalam teater tersebut merupakan hasil karyanya yang dibuat selama 10 tahun.
Untuk mengetahui mesej sebenar teater ini, jangan lupa datang menonton pementasan teater ini di Damansara Perfoming Arts Centre (DPAC) yang bermula 1 November dan berakhir pada 3 November 2013. 
Tiket dijual pada harga dari RM25 sehingga RM80. 
Maklumat lanjut hubungi 03-40650001 atau 03-40650002.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JEP TEWASKAN JOHAN, JUARAI PERTANDINGAN SUPER SPONTAN 2013

jep tewaskan johan juarai pertandingan super spontan 2013

Seperti yang dijangka, pelawak Jep dari kumpulan Sepahtu telah menjuarai peringkat akhir Super Spontan 2013 yang berlangsung malam tadi dengan menewaskan Johan yang menduduki tempat kedua.
Kemenangan tersebut membolehkan Jep membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Nissan Silphy 2.0 beserta trofi.
Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi. Tempat ketiga menjadi milik Nabil yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.
Tiga pemenang saguhati iaitu Yus, Rahim dan tauke pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani diiringi Pengurus Saluran Astro warna, Rostam Said. Seperti mana minggu-minggu lalu, peringkat akhir Super Spontan 2013 kali ini menyaksikan enam sketsa disediakan untuk para finalis bersaing sesama sendiri, bezanya kali ini mereka bermain secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti dahulu.
Permainan dimulakan dengan permainan Beku, di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti.
Permainan kedua adalah Skrip Rabak, finalis akan dibahagikan kepada tiga pasangan dan tiga artis jemputan tampil untuk permainan iaitu Azlan The Typewritter, Deqna AF5 dan Toi AF6 untuk membantu membacakan skrip yang tertera di atas kertas yang diberikan.
Permainan ketiga pula ialah Maju Mundur, tiga finalis diperlukan untuk melakonkan satu sketsa yang diberikan hos. Gerak geri mereka akan ditentukan oleh satu suara khas yang akan menyebut Maju untuk mereka teruskan sketsa atau Mundur untuk mereka ulangi semula sketsa yang dilakonkan tadi.
Permainan keempat pula ialah Ciptaan, dan sekali lagi finalis akan berentap secara berpasangan di mana mereka akan diberikan sejenis peralatan dan menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu.
Permainan kelima Pilihan Lain, setiap finalis akan diberikan satu situasi untuk dilakonkan. Apabila loceng dibunyikan, mereka harus menukar pilihan ayat yang mereka suarakan dengan pilihan lain mengikut kreativiti sendiri.
Permainan terakhir adalah Muzik Video Karaoke, finalis harus mengikut arahan dari pengarah iaitu Afdlin Shauki dan seorang penonton jemputan melakonkan satu gerak aksi. Dan sebaik muzik dimainkan, mereka harus melakonkan aksi yang diarahkan berulang kali sehingga muzik tamat.
Super Spontan 2013 peringkat akhir telah bersiaran secara langsung dari Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani, Kedah dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) serta Mustika HD (saluran 134).
Pengulas untuk program ini ialah kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak manakala hosnya pula ialah pasangan Johara, Ray dan Haniff.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HANTU SEBENAR MUNCUL DALAM FILEM HIGHLAND TOWER

hantu sebenar muncul dalam filem highland tower
Judul Filem: Highland Tower 
Genre: Seram 
Pelakon: Mika, Nizam, Edy, Shima Anuar dan Atikah 
Pengarah: Piere Andre 
Terbitan: MIG (Metrowealth Pictures) 
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 


Ulasan Penulis: 
Bukan mudah untuk menilai hasil karya yang dibuat berdasarkan kisah benar. Dari segi sinematografi dan pengarahan video, ia mungkin nampak tidak berapa kreatif dan banyak kelemahan namun ia bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibangkitkan di sini.
Namun, pihak produksi perlu mengambil berat dari segi pemilihan krew dan perlu mengkaji tahap profesional setiap tenaga kerja. Mungkin pengalaman sebegini tidak menjadi kecoh dan lebih baik seandainya mereka mempunyai krew yang pandai dalam selok-belok dalam dunia mistik.
Secara dasarnya, pujian harus diberikan kepada pengarah atau penyusun cerita ini iaitu Pierre Andre yang mampu membuat penonton suspen dari mula cerita serta ingin tahu wajah sebenar hantu. Tiada skrip yang digunakan kerana semua kata-kata yang dilemparkan para pelakon atau krew adalah tutur kata jujur dari hati mereka.
Menilai dari segi jalan cerita, sebenarnya amat sukar untuk menghasilkan filem sebegini. Jadi, kejayaan utama filem Highland Tower bukanlah terletak kepada gaya lakonan para pelakon baru ini. Sebaliknya, ia lebih kepada kejayaan pihak produksi yang dapat merakam aksi hantu yang bukan dilakonkan semula.
Secara jujur, mereka masih baru dalam dunia lakonan dan perlu banyak lagi belajar untuk menjadi pelakon yang sebenarnya. Dari mula lagi, peminat sudah seram kerana mood yang digunakan.
Tiada unsur jeritan yang dibuat-buat kerana segala jeritan bayi itu adalah bunyi yang memang wujud di tempat kejadian. Klimaks filem ini apabila salah seorang krew telah disampuk dan histeria. Lebih mengejutkan apabila mereka sudah kehilangan kawan yang ditinggalkannya tanpa disedari.

Bagaimanakah wajah sebenar hantu dan pontianak?
Adakah ia benar-benar seperti yang digambarkan oleh para penggiat seni tempatan?
Ketahuinya dengan menonton filem Highland Tower.

SINOPSIS
Kisah dua sahabat iaitu Mika dan Nizam yang ingin membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram di bangunan bersejarah Highland Tower.
Dengan bantuan produksi MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapat dana untuk merealisasikan impian mereka. Pihak produksi telah menambah pasukan Mika dan Nizam dengan kemasukkan Edy, Shima Anuar dan Atikah.
Pada malam pertama membuat liputan, macam-macam kejadian aneh berlaku sehingga ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan dan kamera lampu tiba-tiba terpadam.Lagi mengejutkan, Shima telah hilang dan disembunyikan oleh sesuatu.
Team Mika dan Nizam berasa susah hati dan mereka mencari Shima sehingga jumpa.
Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower dan ada benda yang telah mengikut mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NAM RON AKUI BERJIWA WANITA TAPI BUKAN GAY

nam ron akui berjiwa wanita tapi bukan gay
Pengarah dan pelakon, Nam Ron membuat kejutan apabila mengakui dirinya adalah wanita selepas tamat mengarahkan teater Kompilasi Nam Ron lakonan Sofea Jane, Sharifah Amani, Vanidah Imran dan Aqasha pada hujung minggu lalu. “Saya memang berjiwa perempuan.
Namun, nafsu saya adalah nafsu lelaki. Saya bukannya gay atau homoseksual. Arwah Yasmin Ahmad pun pernah bertanya soalan begini kepada saya. “Saya lebih kenal wanita kerana jiwa saya jiwa wanita. Tengoklah saja cara saya duduk. Saya perempuan dalam tubuh lelaki. “Sebab itulah saya cipta teater ini yang lebih khusus memperjuangkan hak wanita,” katanya.
Apa yang pasti, teater berkenaan adalah hasil pengarahannya yang terbaru selepas 5 tahun berehat dalam arena pengarah karya seni. “Kali terakhir saya mengarah pada sekitar tahun 2008. Selepas itu, saya khusus mencari pengarah baru. “Sekarang saya datang semula.
Saya lebih suka dan selesa dengan cara kerja saya ketika ini. 5 tahun yang dulu saya garang. “Dulu saya ada baling selipar kepada pelakon.
Sekarang tidak lagi. Vanidah pun ada tanya, kenapa abang tak baling selipar lagi,” jelasnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AJIEB BUKA PELUANG WANITA TEMPATAN AMBIL ANAK ANGKAT DARI KOREA

ajieb buka peluang wanita tempatan ambil anak angkat dari korea
Menerusi laporan pengacara Ajieb Rosdi di laman Yohaeng Ajieb di Astro Gempak, Ajieb yang sedang menanti hari untuk berhijrah sepenuhnya ke Korea Selatan dalam waktu terdekat ini ada memasang hasrat untuk mengambil anak angkat dari Korea Selatan.
Malah, Ajieb turut berkongsi juga pengalaman beliau menjadi ahli sukarelawan di sebuah rumah anak yatim di Hongdae, Seoul, sepanjang dia menjalani latihan intensif di Mnet Academy Korea dari April hingga Ogos lalu.
Berdasarkan laporan berkenaan, difahamkan bahawa Ajieb banyak menerima kiriman emel dan mesej dari fanpage rasmi Ajieb iaitu BFA (Best Friend Ajieb) yang mana ramai wanita menunjuk minat untuk mengambil anak angkat dari Korea Selatan. “Syukur Alhamdulillah, cerita saya mengenai anak angkat di Korea mendapat respon yang baik.
Sesungguhnya, saya sama sekali tidak menyangka, ramai wanita yang sudah berumahtangga dan masih belum mempunyai anak menghantarkan luahan rasa mengenai zuriat. “Insya-Allah, saya akan cuba membantu mereka dalam merealisasikan impian mereka untuk mengambil anak angkat dari Korea Selatan.
Setakat ini,saya pun masih belum sah lagi untuk mengambil anak angkat di sana, saya hanya ahli sukarelawan saja di situ. “Apapun, saya difahamkan, masih belum ada lagi warga Malaysia yang mengambil anak angkat dari rumah yang didiami lebih 60 bayi yang berusia dari 1 hari sehingga 12 bulan.
Saya akan cuba usulkan hasrat ini kepada badan kebajikan di Korea Selatan,” katanya.
Dalam pada itu, Ajieb telah menerima maklum balas dari rakannya di Korea Selatan bernama MiRi iaitu seorangpenyanyi di Korea Selatan yang menjadi pencentus anak muda untuk menjaga bayi-bayi ini dengan mengatakan bahawa hasrat murni rakyat Malaysia ini sudah pun diketahui pihak disana. “Pendekatan yang Ajieb buat ini sesuatu yang baru.
Saya sama sekali tidak menyangka, Ajieb seorang yang pandai menjaga bayi. Melihat cara dia mendekati banyak, ramai melihatAjieb mesra bayi. “Hatinya amat dekat dengan bayi. Setiap bayi di sini amat menyukai dia.
Saya sedang dalam usaha menunaikan hasrat peminat Ajieb yang turut berminat untuk mengambil anak angkat dari sini. Saya berharap ia bertemu jalan mudah danmendapat sokongan dari pihak Korea. “Saya juga menyokong karier Ajieb di Korea Selatan.
Saya tahu, usahanya selama ini ikhlas.Setiap orang di sini mudah mesra dengan Ajieb,” ujar MiRi.

Seandainya anda berminat untuk mengetahui cara yang telah ditetapkan oleh badan kebajikan berkenaan,anda boleh layari lawan web adoption.eastern.or.kr.

Klik di sini untuk ketahui proses mengambil anak angkat http://adoption.eastern.or.kr/eastern/main/view.jsp?c_no=002002001

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JANGAN LARI: FIZZ JAWAB DAKWAAN TIDAK SERIUS SEBAGAI TENAGA PENGAJAR AF2013

Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) bakal memasuki minggu separuh akhir pada 9 November ini, namun ada suara daripada pihak luar yang masih meragui kredibiliti pelakon, Fizz Fairuz sebagai salah seorang tenaga pengajar bintang di akademitersebut.
Ada segelintir berpendapat, Fizz tidak memberikan sepenuh komitmennya di dalam AF 2013, sebaliknya dilihat tidak serius dalam memberitunjuk ajar.
Malah, ada sekeping gambar yang dimuat naik oleh admin Facebook dan Instagram AF 2013, menunjukan wajah-wajah bosan pelajar ketika berada di kelas lakonan Fizz Fairuz.
Bagi menjawab persoalan itu, hos Jangan Lari iaitu Ieka berjaya mendapatkan Fizz Fairuz ketika majlis pelancaran jenama pakaian terbaru Didie Alias iaitu Hitham di The Pool, Jalan Ampang, baru-baru ini.
Ingin tahu, apakah sebenarnya yang akan dijelaskan oleh Fizz mengenai dakwaan tersebut.

Jangan Lari di bawah ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Altimet: Tidak berniat senda sesiapa

Lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael mula menitir dibibir masyarakat, namun kontroversi mula timbul apabila lagu tersebut dikaitkan dengan pihak lain termasuk kerajaan.
Bagaimanapun, lagu yang ditulis penyanyi dan penulis lirik, Altimet menafikan lirik lagu ciptaannya menyentuh dan mempersendakan mana-mana pihak.
Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 35, mendakwa, lirik lagu tersebut dicipta pada awal tahun lalu sebelum pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober lepas. "Saya tidak pernah memikirkan untuk mempersendakan mana-mana pihak ketika menulis lagu ini.
Ia adalah sepenuhnya berkaitan apa yang rakyat mahukan jika mereka menjadi kaya. "Cuma lagu ini secara kebetulan hit ketika pembentangan bajet 2014 dilakukan," katanya yang dipetik dalam sebuah portal berita, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan segelintir pihak yang menganggap lirik lagu tersebut ada menyentuh tentang beberapa perkara mengenai Bajet 2014 yang dibentangkan seperti menyentuh tentang subsidi gula.
Tambahnya, lirik itu ditulis berdasarkan respon yang diberikan orang ramai melalui tinjauan yang dilakukannya bagi mengetahui impian mereka jika berpeluang menjadi jutawan.


MV KALAU AKU KAYA TELAN BELANJA RM30,000!


Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy akui muzik video nyanyian Awi Rafael dan Altimet, Kalau Aku Kaya merupakan muzik video yang termahal yang pernah dikeluarkan oleh syarikat rakaman itu iaitu menelan belanja sebanyak RM30,000.

Darren Choy berkata sudah tiba masanya pihak pengurusan berkenaan menaik taraf kualiti muzik video untuk penyanyi- penyanyinya di bawah naungannya.
“Kos pembikinan muzik video ini sahaja sudah menelan belanja sebanyak RM30 000 dan ia tidak termasuk kos untuk mempromosikan muzik video inil agi.
“Saya akui memang pelaburan untuk muzik video ini agak mahal, namun saya rasa ia berpatutan dengan hasil dan kualiti yang diberikan.
Lagipun  sudah tiba masanya kami menaik taraf kualiti muzik video untuk penyanyi di bawah naungan kami.
“Terus-terang, saya berpuas hati dengan hasil kerja tangan Ravi sebagai pengarah muzik video ini kerana saya tahu dia seorang yang hebat dalam bidang pengiklanan dan muzik video di dalam industri hiburan India di Malaysia,” katanya selepas pelancaran Muzik Video Kalau Aku Kaya di Malaysian Petroleum Club, tingkat 42, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), kemarin.
Terdahulu, Awi dan Altimet sudah pun tampil dengan muzik video lirik yang telah dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube.
Namun muzik  video tersebut merupakan muzik video lirik sahaja.
Darren memberitahu selepas muzik video lirik itu mendapat sambutan sehingga telah meraih lebih 2 juta pelayar yang menonton muzik videotersebut, kini sudah tiba masanya mereka tampilkan muzik video sebenar khas buat peminat lagu Kalau Aku Kaya yang sering bertanyakan mengenainya.
“Sebenarnya selepas lagu Kalau Aku Kaya semakin dikenali dan popular, ramai yang mencari muzik videonya di Youtube, padahal kami belum hasilkannya lagi. Jadi ketika itu kami buat keputusan untuk keluar dengan muzik video lirik dahulu.
“Tapi selepas itu, ramai pun yang tanya bila kami hendak menghasilkan muzik video rasmi lagu ini. Selepas melihat sambutan yang menggalakan itu jadi kami rasa ada baiknya kami hasilkan kini ketika lagu ini masih popular,” jelasnya lagi.
Muzik video yang dihasilkan sepenuhnya dalam masa sebulan setengah itu mengambil lokasi penggambaran di sekitar Grik, Perak untuk AwiRafael dan Altimet pula di showrrom kereta di sekitar Kuala Lumpur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sasha lebih berhati-hati pilih pasangan

Sasha Saidin
DUA kali gagal berumah tangga, membuatkan model dan pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Sasha Mohamad Saidin atau lebih dikenali dengan panggilan Sasha Saidin, 36, enggan lagi memikirkan soal berteman hidup.
Bukannya serik untuk berkahwin, jauh sekali menutup pintu hati kepada kaum Adam, tetapi buat masa ini, Sasha lebih selesa hidup solo meskipun keinginan untuk berumah tangga masih ada dalam hatinya. “Saya dah hidup solo hampir dua tahun.
Bukan tiada lelaki yang cuba mendekati saya tetapi saya yang tidak mahu rapat. Cukuplah sekadar berkawan saja. “Bukan saya tak nak kahwin tapi biarlah jodoh yang tentukan segala-galanya. Saya lebih senang berserah kepada ALLAH SWT,” ujarnya.
Sasha berkata, pengalaman lalu benar-benar mengajarnya agar lebih berhati-hati dalam memilih lelaki untuk dijadikan sebagai suami. “Saya lebih selektif kali ini. Biarlah lelaki itu nanti boleh membimbing saya dan anak saya kelak selain stabil dari segi kewangan. “Lagipun, bukan senang untuk mencari pasangan yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam setiap hubungan yang terjalin,” katanya.

Sasha Saidin
Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan Elite ini memberitahu, dia tidak menetapkan sebarang sasaran untuk berkahwin lagi. “Jika boleh saya tak nak terlalu lewat untuk berkahwin semula sebab saya teringin untuk dapat anak lagi,” katanya yang hanya berkawan rapat dengan Awi Rafael.

Arya jadi keutamaan
Selepas lima tahun membina rumah tangganya bersama bekas penyanyi rock kumpulan Rebek yang juga warga Indonesia, Salyo Priyanto Notosoemarsono, 37, Sasha akhirnya sah bercerai talak satu pada 10 Julai 2012 lalu.
Dia bagaimanapun, mengakui bahawa punca penceraiannya itu adalah kerana masalah kesempitan duit selain sering berjauhan di antara satu sama lain. Lupakan seketika mengenai perkara itu, kini, fokus Sasha adalah untuk bekerja keras demi membesarkan anak tunggal kesayangan mereka, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 4, atau lebih senang dipanggil sebagai Arya dengan sempurna seperti ibu bapa lain. “Arya adalah segala-galanya bagi saya.
Impian saya adalah untuk memberikan yang terbaik buat Arya. “Sejak umur dia dua tahun lagi saya telah menghantarnya ke tadika kerana ingin memberi pendidikan awal kepadanya,” katanya. Tambah ibu tunggal ini lagi, walau sesibuk manapun dia, dia cuba meluangkan masa demi anaknya itu. “Arya adalah kanak-kanak yang lasak dan aktif.
Saya perlu memberi sepenuh tumpuan padanya. “Lagipun saya tidak pernah mengambil pembantu rumah sepanjang membesarkan Arya. Kalau saya sibuk, ibu yang akan jaga Arya. “Tapi, sesibuk manapun saya, saya akan cuba hantar dan ambil Arya dari tadika,” katanya. Sasha turut memberitahu, Arya dijaga sepenuhnya olehnya kerana bekas suaminya itu sudah pulang ke Indonesia. “Kami tidak berjumpa tapi kami sering berhubung melalui Skype,” katanya.
Sebelum itu, Sasha pernah berkahwin kali pertama dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

Puji Che Ta
Dalam pada itu, kakak kepada Zain Saidin ini juga mendoakan kebahagiaan adiknya itu dengan pilihan hatinya, Rozita Che Wan atau yang lebih mesra dipanggil Che Ta.
Seperti mana peminat lain, jelas Sasha, dia juga tidak tahu apa-apa tentang persiapan perkahwinan pasangan sejoli itu. “Saya tak tahu apa-apa.
Semuanya telah diuruskan oleh mereka sendiri. “Lagipun mereka mempunyai perancang perkahwinan mereka sendiri,” katanya. Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan bakal adik iparnya itu, Sasha memberitahu dia baru bertemu dua kali dengan Che Ta. “Baru dua kali kami berjumpa.
Ketika sambutan majlis hari jadi Zain dan hari mengundi. Itu pun secara beramai-ramai. “Tapi apa yang saya lihat Che Ta seorang yang lemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun. Saya senang dengannya,” katanya.
Sasha memberitahu dia tidak kisah akan perbezaan jarak usia yang jauh di antara Zain dan Che Ta. “Yang nak berkahwin dengan Che Ta ialah Zain, bukannya saya. “Sebenarnya, Zain agak tegas dengan pilihannya. Jika dia cakap ‘ya’, ‘ya’ lah jawapannya. Begitu juga sebaliknya. “Tapi yang penting adalah lelaki itu matang dan dapat memimpin keluarga, itu sudah memadai,” jelasnya.

Kembali aktif
Selepas bercerai, kehidupan Sasha lebih sibuk berbanding dulu apabila aktiviti seninya kembali rancak. Selain memenuhi undangan memperagakan busana Muslimah, dia juga dilamar berlakon. “Saya baru saja pulang dari Sydney, juga kerana terlibat dengan kerja-kerja peragaan di sana,” katanya.
Menurutnya, dia bakal muncul menerusi telemovie terbaru terbitan Astro, berjudul Amy Amelina. “Saya akui sedikit sibuk dengan bidang peragaan, sebab itu saya kurang berlakon. “Saya bukanlah memilih watak sebaliknya terdapat pertembungan jadual di antara bidang peragaan dan aktiviti lakonan,” akhirinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuah 3 jejaka hebat!

Tuah 3 jejaka hebat!

MENJELANG anugerah paling berprestij, Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013), yang bakal berlangsung pada 29 November ini, menyaksikan tiga jejaka hebat, Sharnaaz Ahmad, Syed Hussein (Sein) dan Izue Islam, berjaya menerima pencalonan antara top 5 bagi kategori masing-masing.
Bakat seni yang dimiliki ketiga-tiga nama ini, sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Dan pengiktirafan ini pastinya akan menjadi platform untuk mereka pergi lebih jauh dalam industri seni tanah air.
Sharnaaz hormat 'orang lama' Menurut Sharnaaz, yang dicalonkan menerusi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Juvana, dia sangat terharu dengan pengiktirafan itu. Katanya, tersenarai sebagai top 5 pencalonan itu sudah cukup bermakna buatnya. "Pada saya, ia adalah satu penghargaan yang cukup baik.
Namun saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi," kata Sharnaaz yang terpaksa bersaing dengan orang lama, seperti Khir Rahman, Sofi Jikan, dan Harun Salim Bachik yang turut tersenarai dalam pencalonan itu. Meskipun bangga kerana namanya turut dicalonkan bersama 'otai-otai' itu, sebagai 'orang muda', Sharnaaz bagaimanapun tetap menghormati mereka. “Saya sangat menghormati mereka.
Banyak sumbangan yang sudah mereka lakukan dalam industri ini dan saya sangat kagum dengan hasil kerja mereka. “Sebagai orang baharu, saya banyak belajar dan menimba kemahiran pembawaan karakter sekali gus menyumbangkan lakonan dengan cara yang baru untuk dikongsi bersama,” katanya yang mahu memberikan kepuasan kepada penonton menerusi pembaharuan dalam lakonan untuk menghidupkan sesuatu watak yang diberikan.
Jadi 'Hang Jebat' Dalam perkembangan lain, Sharnaaz berkata, dia kini baharu selesai menjalani penggambaran drama Jebat yang bakal ditayangkan di Astro Mustika HD. Membawa peranan sebagai watak utama, Sharnaaz berkata, dia terpaksa menjaga badan demi memenuhi watak itu. "Untuk kelihatan sasa, saya sering ke gym dan juga menjaga pemakanan. "Sebagai Jebat, saya mesti nampak garang, gengster, hati kering tapi ada sisi romantiknya.
Sejujurnya saya sangat menyukai watak itu. "Alhamdulillah, walaupun saya pernah melalui detik sukar dalam hidup, namun Tuhan sentiasa memberikan rezeki untuk saya," katanya yang bakal muncul dengan filem terbaru, Dollah Superstar, di samping Awie dan Neelofa. Filem arahan Khabir Bhatia ini dijangka berada di pawagam pada Februari tahun hadapan. Izzue masih terkejut Seperti mana Sharnaaz, aktor yang semakin mencipta nama ini turut terkejut apabila dia juga tercalon dalam kategori sama yang menampilkan nama-nama besar itu.
Masih tidak percaya dia berjaya tersenarai sebagai top 5 bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Izzue berkata, sebagai pendatang baharu dia sangat bersyukur dengan pengiktirafan itu. “Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pencalonan menerusi filem 29 Februari ini, walaupun masih terkejut dan berdebar, saya yakin telah melakukan yang terbaik. “Saya amat berbangga dengan pencalonan ini kerana dapat sebaris dengan pelakon lama yang berkebolehan.
“Bagi saya mereka mempunyai kekuatan masing-masing dalam menjayakan lakonan mereka,” katanya yang turut tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam anugerah itu. Tumpu pada Forteen Mengulas mengenai perkembangan seninya, Izue berkata, dini kini sedang menumpukan perhatian sepenuhnya dalam rangka mini showcase bersama Forteen.
Bakal tampil dengan album Forteen pada 27 November ini, Izzue memberitahu, dia juga kini sedang sibuk mempromosikan single terbaru mereka, Tak Pernah Berjumpa. “Buat masa sekarang, saya mahu tumpu pada album. Saya juga terpaksa kosongkan jadual lakonan saya demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier nyanyian saya," katanya yang baharu pulang dari Cape Town, Afrika kerana menjalani penggambaran Fear Factor musim terbaru.
Dalam pada itu, tiga filem lakonannya bakal menyusul tidak lama lagi, Hantu Tok Mudim (21 November), Ular (5 Disember) dan Chikaro (26 Disember). Di tebak mengenai dirinya yang lebih menyerlah berbanding ahli Forteen yang lain, Izzue pantas menolak perkara itu. “Kami sama-sama menyerlah dan ada pengikut masing-masing.
Apa yang penting sokongan kami tidak pernah berbelah bagi,” jelasnya. Sein idam trofi Pengarah Terbaik? Selain itu, Sein yang dicalonkan menerusi kategori Pengarah Terbaik Filem menerusi filem Langgar, tetap menganggapnya sebagai 'rezeki' meskipun terpaksa bersaing dengan empat buah filem yang tidak kurang hebatnya, Nik Amir Mustapha menerusi (KIL), Syafiq Yusof (SAM), Mamat Khalid (Rock OO) dan Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang). "Saya sangat terharu apabila tercalon dalam kategori ini kerana saya sudah memberikan komitmen yang banyak untuk filem ini. "Tercalon dalam kategori untuk kerusi pengarahan merupakan platform yang sangat saya nantikan agar saya terus dapat memberikan yang lebih baik," kata Sein.
Fokus mengarah mendapat pujian menerusi Langgar, Sein berkata, dia kini sedang mengarahkan beberapa buah filem termasuklah kerjasama dengan pengarah berbakat, Khir Rahman, tidak lama lagi. "Saya memang dah lama simpan impian untuk berada di kerusi pengarah.
Jadi bila dapat peluang, saya akan gunakan sebagai mungkin. "Saya jenis yang suka fokus dalam sesuatu perkara untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Disebabkan itu, saya tidak akan mengarah sambil berlakon," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BIAR BETUL....HARGA UNTUK BERCERAI $50 MILLION (RM 150 JUTA)...SANGGUP KE????

Eddie Cibrian dan LeAnn Rimes
PERKAHWINAN penyanyi country, LeAnn Rimes dan Eddie Cibrian kini berada diambang kemusnahan dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Pasangan tersebut berkahwin pada 22 April 2011, selepas Cibrian menceraikan isterinya, Brandi Glanville apabila aktor itu beralih cinta kepada Rimes.
Namun, hubungan itu tidak kekal lama setelah Cibrian mengakui bahawa dia ada menghubungi semula bekas isterinya. 
Cibrian dan Rimes kini dalam proses penceraian. Harga untuk mereka bercerai mencecah $50 million (RM150 juta).
 "Mengahwini Rimes merupakan satu kesilapan besar dalam hidup Cibrian," kata sumber.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cheryl Samad Timang Cahaya Mata Perempuan

Cheryl Samad




cheryl
Tahniah diucapkan kepada pengacara dan pelakon, Cheryl Samad dan suami yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 18 Oktober lalu.
Menerusi akaun Istagram miliknya, Cheryl telah berkongsi foto comel anak sulungnya itu yang diberi nama, Stella.
Cheryl dan suami, Ng Ping Ho telah mendirikan rumah tangga pada pertengahan 2011.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persaingan sengit ASK 2013

Persaingan sengit ASK 2013
DALAM pada itu, ASK 2013 turut menyaksikan nama-nama besar seperti Eirma Fatima (Pengarah Terbaik Drama-Aku Bukan Malaikat Datin Paduka Umie Aida (Pelakon Wanita Terbaik Drama-Aku Bukan Malaikat) dan Lisa Surihani serta Nora Danish (Pelakon Wanita Terbaik Filem), yang bersaing sengit bagi kategori masing-masing.
Turut tercalon, Adi Putra dan Shaheizy Sam sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan juga Rosyam Nor sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama) Bagi anugerah Drama Terbaik- Aku Bukan Malaikat, Di Bawah Langit Mu, Fatihah Untuk Abah, Mawar Putih Tanda Perpisahan dan Neraka Abah, dipilih sebagai lima naskhah terbaik untuk kategori itu.
Sementara itu, persaingan untuk kategori Filem Terbaik juga tidak kurang sengitnya, dengan pencalonan filem KIL, SAM, Rock OO, Istanbul Aku Datang dan Langgar.
Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, semua pencalonan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.
Kami bersyukur kerana penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dan sokongan positif daripada rakan-rakan penyiar TV yang lain.
Tahun ini, ASK 2013 tampil dengan satu kelainan dan mencipta sejarah tersendiri apabila mengumumkan senarai lima pencalonan terbaik bagi kesemua kategori sebulan sebelum Anugerah Skrin diadakan.
“Selain mencetuskan debaran dalam kalangan finalis yang bertanding sebulan sebelum acara berlangsung, kami juga ingin meraikan kesemua finalis yang tersenarai kerana mereka sudah layak bergelar sebagai pemenang.” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AHLI kumpulan JYJ:- Hero Jaejoong kuasai 10 negara

Jaejoong

AHLI kumpulan JYJ, Hero Jaejoong mencatatkan sejarah tersendiri apabila single terbarunya, Just Another Girl telah mengungguli carta iTunes di 10 negara.
Menurut kenyataan daripada agensinya, C-Jes Entertainment, single tersebut telah menduduki tempat pertama bagi kategori muat turun lagu paling popular di Japan, Taiwan, Thailand, Malaysia, Singapore, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Lithuania dan Barbados.
Ia juga menduduki ranking kelapan di Finland, ke-11 di Mexico, kesembilan di Israel dan turut muncul dicarta 32 negara yang lain.
Menurut wakil syarikatnya, lagu itu berjaya menarik perhatian dunia dan populariti Jaejoong kini semakin meluas.
Difahamkan, penyanyi rock itu bakal adakan konsert jelajah Asia bermula bulan hadapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERKINI.. ACHA KINI TMUI JODOH

Acha Septriasa
Agak lama tidak mendengar cerita mengenai pelakon comel, Acha Septriasa setelah berpisah dengan pelakon dan penyanyi tersohor Indonesia, Irwansyah.
Terbaru, aktres tersebut dikatakan telah dilamar kekasihnya yang dikenali sebagai Dito tanpa kehadiran keluarganya. Tidak menafikan perkara itu, Acha dilihat bersikap terbuka dan berkongsi berita gembira kepada umum. "Sebenarnya Dito hanya melamar secara tidak rasmi.
Saya lebih suka jika ia dilakukan di hadapan keluarga. "Jika sudah ada calon yang sesuai, tiada salahnya melangsungkan majlis perkahwinan dalam masa terdekat," jelas Acha.
Acha menjelaskan bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sanjay Dutt berpeluang jumpa keluarga

Sanjay Dutt

AKTOR bertubuh sasa, Sanjay Dutt, berpeluang berkumpul dengan keluarganya setelah dibenarkan mengambil pelepasan sementara (furlough) 14 hari dari penjara.
Dia akan menyambung semula saki baki tempoh hukuman penjaranya di atas kesalahan terlibat dengan pengeboman di Mumbai pada 1993.
Pelakon berusia 53 tahun itu memohon pelepasan itu atas alasan merawat kecederaan di bahagian kakinya. Dutt juga berterima kasih kepada media kerana menerima permintaannya untuk bersama keluarganya sepanjang tempoh parolnya.
Kaki saya masih sakit tetapi ia lebih baik berbanding sebelum ini. "Doakan saya dilepaskan lebih awal," katanya menjalani hukuman penjara selama 42 bulan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beri sokongan kepada pemuzik tempatan

Pemuzik Malaysia memerlukan sokongan rakyat senegara untuk mengharumkan nama mereka di persada dunia, kata seorang pemuzik antarabangsa hari ini.
Ron Thal, pemain gitar kumpulan rok terkenal 'Guns N' Roses' berkata, masyarakat tempatan perlu memberi sokongan padu untuk menjamin kejayaan pemuzik tempatan, termasuk menjadikan mereka bintang pujaan ramai. "Inilah yang kami lakukan di Amerika.
Rakyat Amerika memberi sokongan kepada kumpulan muzik tempatan mereka. Ini adalah budaya kami. "Sokongan seperti inilah yang menjadikan artis baharu muncul lebih bersemangat dan mendorong mereka untuk bekerja keras bagi mencapai impian masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini.
Pemuzik yang juga dikenali ramai sebagai Bumblefoot ini berada di sini sejak semalam untuk mengendalikan satu program muzik, hingga esok.
Thal berkata, beliau sedang berusaha untuk mencapai impiannnya menganjurkan satu festival muzik yang menggabungkan artis popular dan pemuzik berbakat dari seluruh dunia untuk membantu mereka mencipta nama di peringkat antarabangsa. "Terdapat ramai pemuzik handalan di merata tempat, tapi mereka tidak berpeluang untuk pergi lebih jauh. "Saya berpendapat ini (festival berkenaan) merupakan cara yang cukup baik untuk membolehkan pemuzik seperti ini mendapat perhatian," katanya.
Walaupun Thal tidak menganggap dirinya sebagai seorang bintang rock, namun pemain gitar yang berkecimpung dalam dunia muzik sejak lebih 20 tahun lepas ini menyifatkan dirinya sebagai jambatan untuk membolehkan bakat tempatan melangkah lebih jauh dan menjadi pemuzik hebat seperti yang diimpikan mereka. "Kunjungan saya ke sini mungkin boleh menjadi permulaan untuk mewujudkan jambatan ke arah itu," katanya. "Akan tiba masanya apabila muzik menjadi lebih berguna untuk membawa lebih banyak manfaat dan adalah sesuatu yang membazir sekiranya bakat yang ada, tidak dimanfaatkan ke arah itu," katanya.
Thal juga mempersembahkan beberapa lagu popular 'Guns N' Roses' dengan permainan gitarnya, termasuk sebuah lagu Melayu klasik berjudul 'Anak Ayam', yang dipopularkan pelakon veteran M. Zain melalui filem 'Singapura Dilanggar Todak'.
Kunjungan Thal dianjurkan Persatuan Seni Persembahan Kota Kinabalu Sabah (SPArKS) dan kedutaan Amerika. Beliau juga mengendalikan bengkel muzik yang dihadiri kira-kira 100 peserta di Institut Seni Sabah dan akan mengadakan persembahan untuk Persatuan Orang Buta Sabah lewat hari ini.
Esok, pemuzik terkenal ini dijadual mengadakan persembahan pada satu konsert percuma di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sabah bermula 7.30 malam.
Thal juga akan mengendalikan program serupa di Kuala Lumpur pada 5-8 November, dengan acara kemuncaknya berlangsung di Balai Seni Visual Negara apabila beliau mengadakan persembahan bersama kumpulan muzik tradisional Melayu, Dewangga Sakti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tok Gajah tamat kemarau 21 tahun

PAHANG menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.
Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.
Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992. Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.
Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin gagal menggunakan peluang terhidang pada minit ke-18 apabila sepakan percuma daripada jarak 20 meter hanya sedikit melepasi pintu gol Pahang yang dijaga rapi oleh Khairul Azhan Khalid.
Pemain skuad Tok Gajah, R.Surendren hampir meletakkan pasukan berkenaan di hadapan pada minit ke-27 namun sepakan beliau terkena tiang gol Kelantan.
Selepas Conti membuka tirai jaringan, Kelantan di bawah bimbingan jurulatih Bojan Hodak terdesak dancuba mencari gol penyamaan dengan rembatan kencang oleh Dickson Nwakaeme tidak berhasil apabila ditepis keluar oleh penjaga gawang Pahang.
Kelantan gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan percuma yang dilakukan oleh kapten pasukanya Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-76 tersasar dari gawang gol.
Khairul Azhan sekali lagi bertindak cemerlang untuk pasukan 'Tok Gajah' apabila menafikan cubaan bahaya yang dilakukan oleh Nwakaeme pada minit ke-84.
Penyerang pasukan Pahang, Azamuddin Mohd Akil dinobatkan sebagai pemain terbaik final Piala Malaysia 2013.
Walaupun cuaca hujan sepanjang petang ini, lebih 85,000 penyokong dari kedua-dua pasukan dengan lautan kuning dan merah mula memenuhi stadium sejak dari pukul 7 jam tadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA 2013

PAHANG melakar sejarah apabila dinobatkan juara Piala Malaysia 2013 menundukkan pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini.
Gol tunggal dijaringkan oleh Matias Ruben Conti pada separuh masa kedua kekal sehingga ke akhir perlawanan menjadikan keputusan 1-0.

Najib bangga kejayaan Pahang julang trofi Piala Malaysia 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013.
"Saya bangga dengan juara Piala Malaysia 2013, Pahang. Penantian 21 tahun berakhir malam ini,” kata Najib menerusi tweet terbaharunya sejurus selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 Pahang menentang Kelantan di Stadium Shah Alam tamat dengan keputusan 1-0.
Najib, yang berasal dari Pahang, adalah Anggota Parlimen Pekan. Dalam tweet yang sama, Najib turut mengucapkan syabas kepada pasukan Kelantan. "Cuba lagi tahun depan,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hodak dan Dollah punya rahsia tersendiri


Hodak dan Dollah punya rahsia tersendiri

DEBARAN pentas akhir bukan sahaja dirasai pemain dan penyokong malah jurulatih tidak ketinggalan. Perlu bijak merangka strategi bertahan serta menyerang semua ini perlu ada pada Bojan Hodak dan Dollah Salleh dalam pertembungan pentas akhir malam ini.
Memberi arahan dari luar padang, sebarang kesilapan percaturan pastinya membawa padah kepada pasukan.
Hodak dan Dollah mereka sememangnya telah membuktikan kewibawaan dalam saingan Piala Malaysia kali ini. Membawa pasukan ke pentas akhir sesuatu yang perlu dibanggakan malah lebih manis jika dapat menjulang piala tersebut.
DOLLAH Salleh memegang rekod cemerlang sebagai jurulatih dan pemain, ini terbukti dengan pencapaian diraih. Sebagai bekas pemain Pahang dan membarisi skuad kegemilangan,1992, Dollah semestinya mempunyai misi tersendiri untuk membantu dan memastikan gelaran juara Piala Malaysia musim ini menjadi milik Pahang.

CURAH ILMU
Pernah membantu MPPJ muncul juara Piala Malaysia 2003 dan Selangor (2005) sentuhan dan pengalaman jurulatih berasal dari Melaka itu memberikan kelebihan buat Pahang khususnya dalam saingan musim ini. Pengalaman Dollah beraksi di final Piala Malaysia semestinya dapat diturunkan kepada anak-anak buahnya dan kejayaan Dollah selaku jurulatih serta pemain pastinya ingin dicontohi anak didiknya.

PASANG STRATEGI
Kelebihan Dollah dapat menghidu kemampuan anak-anak buahnya dan ini terbukti apabila meletakkan Amirulhadi di bahagian tengah dan menyerlahkan kembali potensi membuatkan pemain itu juga dilihat bangkit pada musim ini selepas dilihat sedikit tenggelam.
Dollah yang juga sering kali menggunakan formasi 4-4-2 sememangnya menyedari penyerangnya, Matis Conti tidak boleh dibiarkan berseorangan dan digandingkan bersama Alex bagi memantapkan lagi jentera serangan pasukan itu.

PROFIL Nama:
Dollah Salleh Tarikh Lahir: 23 Oktober 1963 (50 tahun)
Asal: Melaka Karier sebagai pemain-
Posisi : Penyerang 1985-86 (Johor)
1987-90(Selangor)
1991-96 (Pahang)
1997-(Melaka)
1998-(Negeri Sembilan)

Karier sebagai jurulatih -2003-2004
(Selangor MPPJ) 2005-2008
(Selangor) 2009-(Shahzan Muda)
Mei 2009- kini (Pahang)

Pencapaian: Sebagai pemain, pernah membantu Pahang menjuarai piala liga pada 1992 Meraih pingat emas dalam temasya Sukan Asia Tenggara 1989 di Kuala Lumpur dan Pesta Bola Merdeka pada 1993 dan penampilan dalam edisi pertama Kejohanan Bola Sepak Asean 1996.
Sebagai jurulatih, membawa MPPJ muncul juara Piala Malaysia pada 2003 dan membawa MPPJ ke Liga Super selepas pasukan itu mengungguli Liga Perdana pada 2004. Pada 2005, membantu Selangor menjulang tiga piala, Liga Perdana, Piala FA dan dan Piala Malaysia.
BOJAN Hodak adalah satu nama yang dilihat menjadi penyebab turun dan naik prestasi The Red Warriors musim ini namun beliau akan tetap dikenang selaku jurulatih pertama yang membawa pasukan itu merangkul kejuaraan tiga piala musim lalu.
Tentunya, penampilan pada musim ini cukup perbezaan dan jika Kelantan mampu mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia malam ini, ia menjadi ukuran kepada kemampuan Hodak secara keseluruhan, sekali gus penutup gemilang kepada jurulatih yang akan berhijrah meninggalkan Kelantan selepas pertandingan piala paling berprestij itu.

SERING WASPADA
Pengendali kelahiran Croatia itu merupakan seorang yang sangat berhati-hati dalam menjana taktikal pasukan, mempunyai kepakaran dalam mengekalkan kecergasan pemain semasa latihan dan perlawanan sebenar namun dilanda badai pertengahan musim angkara meredah jadual perlawanan yang padat dalam empat siri kejuaraan.
Mengharungi musim 2013, Hodak berdepan kekurangan rencah selepas pemergian Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Nurul Azwan Roya malah kemasukan Zairo Anuar Zalani dan Mohd Faiz Subri juga dikatakan tidak berjaya menutup kepincangan pasukannya.

TIDAK PANIK
Kehilangan Mohamed Ghaddar juga dilihat sebagai punca kegagalan untuk membentuk serangan yang lebih tajam apabila lebih suku musim dihabiskan dengan menajamkan semula Keita Mandjou, menyebabkan pasukannya‘lambat panas’ beraksi dalam liga domestik.

SUDAH TERBUKTI
Hodak dilihat seorang jurulatih yang sangat statik, susah untuk menekan butang panik apabila berdepan situasi sukar dan sangat berdisiplin dan mempercayai pemain sedia ada.
Apa pun, Hodak tetap dianggap jurulatih paling berjaya pernah membimbing Kelantan sejak berdekad-dekad lalu. Bukan mudah merangkul kejuaraan tiga piala dalam satu musim, tetapi beliau berjaya membuktikannya dalam tempoh kurang 10 bulan sejak menerajui Kelantan, 28 Februari tahun lalu.

PROFIL Nama:
Bojan Hodak Tarikh lahir : 4 Mei 1971
Umur: 42 tahun
Asal: Belgrade, Croatia
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Junie Hodak Nee Tan
Anak: Seorang (Luka)

KARIER
SELAKU PEMAIN 1987 – 1990 –
NK Trnje 1990 – 1994
NK Vrapce 1995
 NK Hrvatski Dragovoljac 1996
NK Ponikve 1997
Balestier Central FC 1998 – 1999
Jurong FC 1999 – Hong Kong Rangers FC 2000 – 2001
Jurong FC 2002 – NK Trnje

KELAYAKAN
SELAKU JURULATIH 2004 –
Lesen Kejurulatihan Bola Sepak Kelas A (UEFA)

KARIER
SELAKU JURULATIH 2006 – 2009 –
Ketua Jurulatih Perak UPB-MyTeam FC 2010 – 2011 –
Ketua Jurulatih Phnom Penh Crown FC (Kemboja) (enam bulan) 2011 – 2012 –
Penolong Jurulatih Shandong Luneng Taishan FC (China) 2012 –
Sekarang – Ketua Jurulatih Kelantan

PENCAPAIAN
SELAKU JURULATIH 2007 –
Naib Juara Liga Perdana Malaysia 2010 – 2011 –
Naib Juara Piala Presiden AFC 2011 – 2012 –
Juara Liga Simpanan CSL –
Naib Juara Piala FA China –
Kelima keseluruhan Liga Super China 2012 –
Juara Liga Super Malaysia –
Juara Piala FA –
Juara Piala Malaysia 2013 –Juara Piala FA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts