translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Maafkan Park Si-hoo



AGENSI Park Si-hoo telah mengeluarkan surat rasmi kenyataan permohonan maaf daripada aktor tersebut, baru-baru ini.
Abangnya yang juga Pengarah Eksekutif Hoo Factory berkata, sebagai artis yang sepatutnya menjadi ikon kepada orang ramai, kami memohon maaf atas masalah sosial yang telah dicetuskan oleh ahli keluarga kami.
“Mesti peminat Park Si-hoo kecewa dengan tindakannya, namun di waktu yang sama, kami juga mendapat banyak sokongan. Kami menerima semua pandangan dan berharap dia akan menjadi aktor yang lebih baik lagi di masa akan datang," katanya.
Abang pelakon itu juga berharap, apabila adiknya kembali bekerja, tiada pihak yang akan membangkitkan soal yang lepas. Sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada kerjaya pelakon itu.
Bagi peminat, kehadiran Park Si-hoo dalam bidang seni dinanti-nantikan dan ternyata mereka dapat menerima pelakon itu seadanya kerana ingin memberi peluang kepadanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NOMAD YANG PORPULAR DENGAN LAGU TETAP MENANTIMU TINGGALKAN BADMINTON


SEBAIK sahaja melihat cara permainan Nomad, beberapa rakan media yang menunggu giliran untuk bermain, terus mengangkat bendera putih tanda tidak sanggup untuk berbalas pukulan bulu tangkis dengannya.
Itu baharu melihat Nomad membuat sesi memanaskan badan bersama empat orang adiknya, belum lagi melihat penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Menantimu itu bermain. Untuk mengelak malu, rakan-rakan media lebih senang bermain badminton sesama sendiri.
Jangan tak tahu, Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd. Alieff Ayub, 25, sebelum berkecimpung dalam bidang seni adalah seorang pemain badminton yang sering mewakili sekolah dalam pertandingan.
“Saya mula pegang raket waktu usia enam tahun sebab ikut abah yang sering menjalani latihan badminton dengan pasukan polis Terengganu. Saya mula menyertai pertandingan ketika usia sembilan tahun.
“Pernahlah jadi wakil sekolah sampai peringkat Majlis Sukan Sekolah Terengganu. Saya tidak ada jurulatih khas, selain abah (Ayub Salim, 53).
“Saya serius dalam sukan badminton sehingga usia 18 tahun sebelum mengambil keputusan untuk beralih arah, ketika saya belajar di Kolej Islam Antarabangsa, Gombak," ceritanya sewaktu ditemui di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bercerita lanjut tentang badminton, Nomad yang pernah mengikuti klinik badminton yang dibimbing oleh Datuk Misbun Sidek berkata, dia dan adik- beradiknya tidak dapat dipisahkan daripada sukan badminton.
“Adik-adik saya semuanya aktif badminton, wakil sekolah dan negara. Saya sendiri kalau masih serius, mungkin juga akan jadi seperti mereka.
“Sekarang ini walaupun tidak menjadikan badminton keutamaan tetapi sukan itu tidak dapat dipisahkan daripada saya.
“Setiap malam Isnin, Rabu dan Jumaat, kami adik-beradik dan rakan-rakan akan bermain badminton di Petaling Jaya. Begitu juga kalau ada pertandingan, saya akan pastikan berpeluang untuk menyertainya," katanya.
Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, adiknya, Nur Mohd. Azriyn, 20, adalah pemain badminton kebangsaan, sementara Nur Mohd. Haqiem, 22, Nur Mohd. Haikal, 15,dan Nur Mohd. Harris, 7, masing-masing mewakili syarikat dan sekolah, termasuklah seorang lagi adiknya, Nur Mohd. Aqasyah, 11. Nomad berkata, di satu sudut rumahnya penuh dengan medal kemenangan mereka adik-beradik.
“Mama (Noor Hashikin Hassan, 46), menyediakan satu sudut untuk meletakkan medal kemenangan kami di rumah. Tiap kali melihat medal-medal itu, kami akan menyindir antara satu sama lain, sebab masing-masing akan berlagak dengan kemenangan yang diraih.
“Antara saya dengan adik-adik tidak ada batasan, sebab itulah mereka tak takut dengan saya, melainkan Harris. Hubungan kami seperti kawan dan sebab itulah kalau semua ada di rumah, mama pening kepala. Bising tak payah nak cakaplah, sebab kami semua suka usik Harris bagi dia menangis," ceritanya.
Kata penyanyi kelahiran Besut, Terengganu itu, hidupnya sejak dulu hanyalah belajar dan bermain badminton, kini ditambah pula bidang seni.
“Saya mula minat seni sejak di kolej dan sering menyertai pelbagai pertandingan program realiti. Namun, saya tidak berjaya di peringkat awal, selain rancangan Keynote, saya dapat menjadi peserta.
“Sewaktu saya beritahu abah yang saya nak ceburi seni, abah tak mengizinkan, sebab dia tak nampak bidang seni mempunyai masa depan. Malah kegagalan saya mendapat tempat dalam uji bakat program realiti juga pernah membuatkan saya berundur. Namun, alhamdulillah sekarang ini pilihan saya mendapat restu keluarga," ujarnya.
Biarpun namanya semakin melonjak dalam bidang seni suara, namun kata Nomad, sukan badminton tetap tidak dapat dipisahkan daripadanya.
PERJALANAN anak muda ini tidak semudah yang disangka. Percaturannya sejak mula menceburi bidang seni sekitar tahun 2007 bagaikan tidak 'menjadi' apabila namanya masih belum memuncak seperti anak seni lain.
Kekurangan yang sudah dikenal pasti ditampung sedikit demi sedikit untuk melancarkan perjalanannya. Bagi Nomad tidak ada apa yang dia mahukan selain mahu memperkasa ilmu di dada dan terus menghasilkan karya bermutu.
Biarpun jalan yang dilalui sedikit jauh namun itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus menabur bakti. Dia tidak putus asa biarpun namanya baru sahaja dikenali oleh para peminat sejak menghasilkan lagu Tetap Menantimu yang dijadikan single pertama.
"Saya sudah menceburi bidang muzik sejak tahun 2007. Meskipun begitu nama saya tak seperti orang lain sehinggalah saya menjadi peserta rancangan Key Note yang ditayangkan selepas sekitar tahun 2010.
"Mungkin rezeki saya masih belum ada ketika itu. Saya tak kisah pun nak tunggu selama mana sebab saya dah bulatkan tekad untuk terus menjadi ahli muzik dulu-dulu lagi.
"Dulu memang keluarga pernah halang minat saya ini. Mereka risau jika kerjaya saya dalam bidang muzik tak ke mana.
"Kalau nak ikutkan semua adik beradik saya yang lain terlibat dalam sukan badminton. Hanya saya sahaja yang terkeluar dari lingkungan itu.
"Tapi sekarang nampaknya mereka dah boleh terima dan beri dorongan pada saya. Itu dah cukup baik dan boleh buat azimat untuk saya terus kejar cita-cita," kata Nomad lagi.
Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd. Alieff Ayub tidak menyangka akan dipertemukan dengan Tam Spider sedikit masa lalu. Pertemuan tanpa dirancang tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila vokalis kumpulan Spider itu sudi menjadikannya sebagai anak didik.
Tidak mahu terlalu selesa dibuai perasaan gembira, Nomad tahu Tam meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada dirinya.
Perasaan gugup dan sedikit gementar dek kerana perkara itu cuba dibuang jauh-jauh. Meskipun sudah mengakui awal-awal yang dia masih belum mampu menjadi seperti apa yang Tam harapkan, dia sebenarnya tahu ini adalah proses biasa yang perlu dilalui.
"Memang Tam menetapkan jalan dan syarat untuk saya menjadi "sesuatu" di dalam industri. Dia meletakkan harapan mungkin setinggi gunung tapi saya takut tak tercapai.
"Tak mengapa sebab ini merupakan proses pembelajaran dan saya sedia menghadapinya. Saya yakin dengan keikhlasan, usaha dan tawakal akan mengubah perjalanan hidup kita.
"Setidak-tidaknya saya tak boleh melepaskan peluang sebegini. Ini cita-cita saya dan ini juga yang akan saya buru sampai bila-bila," katanya.
Cerita lelaki yang berusia 25 tahun ini lagi, dia sebenarnya tidak mudah berputus asa. Sedar kadang kala sikapnya itu memberikan pelbagai persepsi pada orang lain namun Nomad tidak mengalah.
Selepas menyertai program Key Note, dia juga sudah menghadiri empat kali uji bakat untuk menyertai program Mentor dan Akademi Fantasia sedikit masa lalu.
Bukan dia tidak layak menyertai program realiti berkenaan tetapi mungkin tiada rezeki buatnya sahaja walaupun sudah melepasi beberapa peringkat akhir pemilihan.
Mungkin rezekinya tidak pada program-program tersebut tetapi dia tetap dilimpahkan rezeki seperti yang berlaku sekarang. Sambil menganggap perjalanan yang dilalui selama ini bukan mudah untuk Nomad yakin ada sinar buat dirinya.
"Banyak pengalaman saya kutip selama ini. Sama ada manis atau tidak itu semua pelajaran yang berguna buat saya. Pernah juga saya hanya diberi pisang sebagai bayaran menyanyi.
"Saya anggap itu bukan penamat segala-galanya walaupun perkara berkenaan cukup memalukan. Sudahlah kita datang jauh-jauh dan mereka hanya beri pisang sebagai bayaran.
"Kalau tak kuat semangat mungkin saya sudah cari kerja lain. Kita perlu cari apa yang kita mahu dalam hidup dan berjumpa dengan orang yang betul. Insya-Allah sesiapa sahaja akan berjaya nanti," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKHIRNYA.......... TERJAWAB SUDAH ISU PERNIKAHAN AERIL DAN WAWA


Setelah sekian lama berdolak-dalik, akhirnya pasangan artis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuat pengakuan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah pada awal 2012 lagi.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia, tanpa mengumumkan kepada pihak luar.
Bagaimanapun, atas permintaan keluarga pihak perempuan, mereka sekali lagi bernikah pada 24 Ogos lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.
"Kami telah pun bernikah. Justeru, status anak kami yang sebenarnya sudah terjawab," kata Aeril kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini hari ini.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Fakhruddin Attar pada 24 Ogos lalu.
Sebelum ini baik Aeril mahupun Wawa enggan berterus terang soal status mereka sehingga mengundang pelbagai kisah sensasi.
Malah, Wawa menjadikan alasan dihimpit 'penyakit misteri' sebagai alasan untuk bercuti daripada melakukan aktiviti seni daripada majikannya, Metrowealth International Group, ketika dia sedang mengandung.
Pasangan ini beberapa kali berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan kepada pihak media berhubung status mereka meskipun pihak media telah berjaya mendedahkan status sebenar pasangan tersebut.

Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013. Pernikahan pertama dibuat tanpa didaftarkan di pejabat agama.


aeril zafrel dan wawa nikah
Namun atas permintaan keluarga, mereka berdua telah bernikah buat kali kedua pada 4 Februari 2013 sebagai menghormati ahli keluarga. Kata Aeril menerusi Mstar Online:-
Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab
Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 hasil perkahwinan ini. Dengan pengakuan ini, terjawablah segal persoalan yang bermain di minda para peminat. Pasti ada sebab tertentu Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan mereka ini.aeril wawaMungkin Aeril mahu periksa semula status pernikahan mereka kerana sebelum ini Aeril pernah mengumumkan yang mereka tidak pernah berkahwin.
Takut-takut jatuh talak tanpa disedari. Cubalah periksa dengan orang yang lebih arif mengenai hal ini. Apa pun, jutaan tahniah diucapkan kepada Aeril dan Wawa atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke hujung hayat.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan punca mereka menyorokkan perkahwinan adalah kerana takut dimarahi oleh pengurusan MIG. Menurut MalaysianDigest, Wawa menipu mengenai perkahwinan mereka atas dasar darurat iaitu takut dimarahi oleh majikannya, David Teo.


gambar aeril dan wawa zainal nikahKata Aeril Zafrel:-
Kami bernikah sebanyak dua kali. Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu.
Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.
Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia
Pernikahan kali pertama dilakukan di rumah pengurus Aeril Zafrel yang terletak di Petaling Jaya dan dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah. 
Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut. Wawa Zainal dalam keadaan sebak turut mengakui informasi mengenai anaknya adalah benar:-
Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab
gambar aeril dan wawa zainal nikah
Wawa Zainal turut menerangkan mengenai kehamilannya:-
Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013…Saya terus beritahu Aeril dan kami mempercepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya. Alhamdulillah…anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar…Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi.
Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini…Kami berbohong kerana bersebab…Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin…Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo
aeril wawa
Aeril Zafrel dalam nada tidak berpuas hati mencelah ketika Wawa Zainal membuat permohonan maaf dengan berkata “
Oh, media mahu kami minta maaf…“. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak maklum dengan jelas terhadap apa yang terjadi. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada David Teo mengenai perkara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAHNIAH!!! ROSYAM NOR, RAMLI SARIP DAN ONG KIM SWEE

Penyanyi rock, Ramli Sarip; pelakon popular, Rosyam Nor dan jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
ramli sarip datuk

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar berkata, Rosyam atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 46, dan Kim Swee, 43, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli, 61, menerima DMSM Kehormat.
Menurutnya, ketiga-tiga individu berkenaan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada hari ini, Ahad dan 24 Oktober ini.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Ramli Sarip dan Rosyam Noor. Satu penghargaan yang cukup bernilai buat anak seni sehebat mereka. Semoga dengan penghargaan ini, anak-anak seni akan lebih dipandang tinggi di mata masyakat. Tahniah!!!
 Pelakon dan penerbit popular, Rosyam Nor menjelaskan, dia masih individu yang dikenali ramai sebelum ini walaupun bakal menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM).
 Rosyam yang bakal bergelar Datuk melalui majlis istiadat yang akan berlangsung esok berkata, dia amat gembira dan bersyukur dengan anugerah tersebut.
 "Pastinya saya gembira dan bersyukur tetapi percayalah anugerah ini tidak akan mengubah diri saya.
 "Saya anggap ini sebagai pengiktirafan kepada saya dan seluruh warga seni khususnya kepada pelakon," katanya.
 Rosyam berkata demikian dalam majlis pelancaran butik khas buat penggemar motosikal berkuasa besar S4M Motorsports di sini hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Putera Harry nak kahwin?

Putera-Harry-nak-kahwin/

Apakah tanda-tanda seorang lelaki serius terhadap hubungan anda? Apabila dia bawa anda menonton konsert paling jiwang di abad ini (kira dalam kes Putera Harry, konsert James Blunt).
Tambah lagi, Putera Harry kebelakangan ini kerap akui bahawa beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun sukar untuk cari seseorang yang sanggup bersama beliau.

 Putera Harry juga selalu bercakap mengenai perkahwinan dan anak.
Teman wanita Harry terbaru, Cressida Bonas, 24 tahun, dianggap sangat beruntung kerana nampaknya Putera Harry agak serius dengan hubungan mereka. 

Namun si Cressida pula terasa dirinya masih terlalu muda untuk bergelar seorang isteri. Bukan sebarangan isteri, isteri kepada putera diraja pula itu!
Mungkinkah beliau akan berubah fikiran? Hello, bukan senang nak dapat putera raja. Kalau senang, kami semua tidak perlu bekerja, hanya duduk di atas takhta sahaja. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MARIAH CAREY BERI HADIAH HARI JADI PADA SUAMI MELALUI TWITTER

Siapa-nak-hadiah-hari-jadi-daripada-Mariah-Carey/

Nak tahu rahsia perkahwinan bahagia penyanyi diva Amerika, Mariah Carey? Beliau bukan sahaja pandai menghiburkan orang ramai dengan suara merdu beliau, malah bijak lagi menghiburkan suami tercinta.
Bagi menyambut hari jadi suami Nick Cannon yang ke-33, Mariah telah memberi hint tentang hadiah yang bakal menanti suami beliau melalui laman Twitter.
Mariah dengan beraninya meletakkan gambar ghairah beliau memakai pakaian dalam dengan mesej ucapan selamat hari jadi kepada suami beliau.
Para lelaki yang melihat gambar tersebut pasti rasakan bahawa Nick seorang lelaki yang sangat beruntung. Mungkin tip ini boleh dipraktikkan di rumah masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagu baru Justin ditujukan kepada Selena!

Lagu-baru-Justin-ditujukan-kepada-Selena/

Setelah bertahun bercinta dan berputus cinta, akhirnya Justin Bieber dan Selena Gomez sah sudah tidak bersama. Namun nampak macam Justin masih tidak dapat melupakan cinta hati beliau itu, terutamanya dengan pelancaran lagu baru beliau, Heartbreaker.
Justin Bieber baru lancarkan lagu tersebut melalui laman Twitter beliau, mengikut rancangan beliau untuk lancarkan lagu baru setiap minggu.
Dengan lirik lagu yang menyayat hati, jelas persoalan kami adalah adakah lagu tersebut ditujukan kepada bekas kekasih beliau si Selena Gomez itu?
Justin menerangkan bahawa lagu Heartbreaker tersebut ditujukan kepada sesiapa yang pernah melalui perasaan ketika putus cinta, kerana beliau menulis lagu tersebut semasa beliau putus cinta dengan Selena.
Apapun, cubalah dengar lagu tersebut. Boleh tahan tahap jiwang si Justin ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Avril Lavigne sudah mengandung!

Avril-Lavigne-sudah-mengandung/

Penyanyi ganas tidak padan dengan genit ini lama mendiamkan diri, semenjak bergelar isteri kepada penyanyi utama kumpulan Nickelback, Chad Kroeger.
Avril, 29 tahun, dilihat memilih pakaian lebih longgar bagi melindungi perut beliau yang dikatakan kian membesar.

Apabila ditanyakan tentang kemungkinan mengandung, Avril hanya berkata bahawa beliau kini tumpukan pada kerjaya muzik sahaja. 
Namun beliau turut menambah bahawa semenjak berkahwin, Avril terasa lebih tertekan untuk mula menghasilkan anak dan sebuah keluarga.
Ini merupakan perkahwinan kedua Avril yang pernah berkahwin dengan Deryck Whibley.
Kalau betul Avril sudah mengandung, boleh bayangkan bagaimana rupa anak beliau?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sultan Mizan juara kejohanan kuda lasak Terengganu

SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin muncul juara buat kali pertama Kejohanan Kuda Lasak Terengganu Piala Sultan Mizan di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong di sini hari ini.
  
Baginda mencatat sejarah apabila berjaya merekod masa terpantas semenjak kejohanan diadakan apabila mengambil masa 6 jam 36 minit 28 saat untuk menamatkan pertandingan.
  
Baginda yang menunggang kuda bernama Persika Ar Gow menamatkan pertandingan sejauh 120 kilometer ini kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dengan kelajuan 23.25 kilometer sejam.
  
Baginda memperoleh wang tunai USD5,000, piala pusingan dan piala iringan dengan mengalahkan 48 peserta lain.
  
Tempat kedua dimenangi Asri Abd Aziz dari Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) manakala tempat ketiga Mohd Sulaiman Muda juga dari RTES.

Kategori Kuda Terbaik juga dimenangi Sultan Mizan apabila Persika Ar Gow diumum sebagai pemenang manakala kategori berkumpulan juga dimenangi kumpulan baginda iaitu RTES.
  
Hadiah disampaikan Sultanah Nur Zahirah dan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
  
Asri ketika ditemui kemudiannya berkata beliau bersyukur kerana berkat latihan yang konsisten membolehkannya melalui cabaran dengan tenang dan selesa.
  
"Ini adalah permulaan yang baik dan saya harap akan dapat mengekalkan momentum terbaik ini untuk menyertai kejohanan akan datang di Tartas, Perancis," katanya yang membawa pulang USD3,500.
  
Sebagai kumpulan terbaik, RTES menerima USD5,000. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Agong, Permaisuri sertai pertandingan golf

Agong, Permaisuri sertai pertandingan golf
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama (dari kanan) Bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Mohamad Shahrom Nordin, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Tunku Temenggong Kedah Brig Jen Datuk Seri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Sri Zulkiple Kassim bergambar pada pertandingan golf empat penjuru Piala Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Taiping Golf Resort di Taiping hari ini.

 Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyertai pertandingan Golf Empat Penjuru Piala Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Taiping Golf Resort di sini.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut dua anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor serta Pengerusi MK Land Holdings Berhad Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Seri Paduka berdua kemudian berkenan bersarapan pagi bersama peserta golf sebelum memulakan 'tee off'.

Pertandingan anjuran bersama Rejimen Askar Melayu Diraja dan Kor Perkhidmatan Diraja itu diadakan buat kali kelima dan disertai 16 peserta terdiri daripada kerabat diraja dan warga angkatan tentera.

Objektif utama pertandingan Golf Empat Penjuru Piala Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang diperkenalkan pada tahun 2009 adalah bagi merapatkan hubungan dan silaturahim antara institusi diraja dan anggota tentera.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nicol rampas kembali kejuaraan

nicol david squash


RATU skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meraih kejuaraan kedua bagi musim 2013 apabila berjaya merampas semula kejuaraan Terbuka Carol Weymuller pada Ahad.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Heights Casino, Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, pemain berusia 30 tahun itu mudah menundukkan pemain Perancis, Camille Serme dengan 12-10, 11-2 dan 11-5.

Ini kali kedua Nicol menjuarai kejohanan itu. Kali pertama pada 2005.

Pada 2012, Nicol disingkirkan oleh pemain England, Alison Waters di peringkat suku akhir.
"Saya amat gembira dengan kemenangan ini selepas sekian lama," katanya dipetik oleh laman sesawang skuasy www.squashsite.co.uk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sukan Sea Myanmar: 2 pakar pecut tak tersenarai

Abu Samah Wahab
Abu Samah Wahab

Dua pakar pecut negara, Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh serta pelumba senior Suhardi Hassan tidak disenaraikan dalam skuad berbasikal lebuh raya negara untuk temasya Sukan SEA 2013 Myanmar dari 11 hingga 22 Disember ini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abdul Wahab berkata pemilihan sembilan daripada 12 pelumba yang disenarai pendek
itu adalah berdasarkan kesesuaian laluan yang bakal ditempuhi pada Sukan SEA.

"Kita tidak menafikan kepakaran Anuar dan Mohd Harrif sebagai pakar pecut. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pendakian pada 40km awal perlumbaan. Kita takut mereka tidak dapat melepasi pendakian itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan PKBM di Wisma OCM di sini hari ini.

Pelumba yang terpilih ialah Mohd Fauzan Ahmad Lufti, Mohamad Rauf Nur Misbah, Mohd Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohd Shahrul Mat Amin, Loh Sea Keong, Muhamad Saufi Mat Senan, Mohd Zamri Salleh dan Nik Mohd Azwan Zulkifli.

Abu Samah berkata skuad negara itu akan memulakan latihan di Bukit Tinggi, Pahang mulai Khamis ini sementara menunggu keputusan kerajaan Myanmar memberi kebenaran berlatih di laluan yang akan digunakan semasa temasya tersebut.

Beliau berkata PKBM telah meletakkan sasaran dua pingat emas untuk skuad lebuh raya itu.

Sementara skuad elit wanita pula menyandarkan harapan di bahu Maziyaton Mohd Radzi, Nusyazwana Jamil, Grace Phang Cing Zhen, Nurul Suhada Zainal, Mariana Mohammad dan Carolline George.

Maziyaton juga akan berganding dengan Junaidah Jus dalam acara basikal bukit (MTB).

Cabaran negara dalam kategori MTB lelaki akan digalas oleh Shahrin Amir, Mohd Zulhafiz Saifudin, Shahril Aizat Nazali dan Mohd Harif Jamaludin.

Skuad berbasikal negara turut menghantar wakil dalam acara BMX dan akan diwakili oleh Mohd Elmi Jumari dan Mohd Arif Jamaludin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Taufan Fitow: 5 maut, 4 hilang di Timur China

BEIJING - Taufan Fitow yang melanda Wilayah Zhejiang di timur China sejak pukul 1 pagi Isnin, meragut lima nyawa dan menyebabkan empat orang hilang serta menjejaskan kehidupan lebih tiga juta penduduk.

Daripada jumlah mangsa yang terbunuh, tiga menemui ajal akibat terkena kejutan elektrik di Bandar Raya Ruian, seorang diterbangkan angin dari bukit pada Ahad malam dan dua lagi tertimbus dalam sebuah kilang yang ranap.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan bahawa empat mangsa yang dilaporkan hilang terdiri daripada dua pekerja pelabuhan dan dua nelayan.

Katanya setakat pukul 6 pagi Isnin, lebih tiga juta orang di lapan bandar raya di Zhejiang terjejas dalam kejadian yang mengakibatkan kerugian ekonomi berjumlah 2.28 bilion yuan (kira-kira US$160 juta) itu.

Taufan itu juga menyebabkan bekalan tenaga elektrik di wilayah Fujian dan Zhejiang terputus. Di wilayah Fujian, perjalanan 56 kereta api laju dan 20 penerbangan terpaksa dibatalkan, manakala di wilayah Zhejiang, sekurang-kurangnya 59 perkhidmatan kereta api laju terpaksa digantung.

Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou membatalkan 22 penerbangan pada Isnin, manakala Lapangan Terbang Wenzhou, sebuah lagi lapangan terbang utama di Zhejiang, membatalkan 27 penerbangan pada Ahad dan sehingga pukul 10 pagi Isnin,
belum menyambung kembali operasinya.

Sebahagian daripada lebuh raya yang menghubungkan Ningbo, Taizhou dan Wenzhou, juga ditutup.

Sementara itu, Xinhua juga melaporkan perkhidmatan 356 koc ke Bandar Raya Wenzhou dan Fujian dibatalkan pada Isnin.

Biro pelancongan wilayah pula berkata, sehingga Isnin, kira-kira 100,000 pelawat di Zhejiang dipindahkan, manakala beberapa tempat tumpuan pelancong di wilayah itu ditutup.

Pusat Meteorologi Kebangsaan berkata, Taufan Fitow mengakibatkan tanah runtuh di Fujian, yang terletak bersebelahan dengan Zhejiang pada awal Isnin, dengan angin bertiup hingga selaju 151km sejam.

Ini merupakan kali ke-23 China dilanda taufan pada tahun ini.

Di Fujian, kira-kira 176,900 orang dipindahkan sehingga pukul 10 pagi Isnin.

Kerugian langsung ekonomi akibat bencana alam ini dianggarkan berjumlah 19.06 bilion yuan.

Pejabat kawalan banjir Zhejiang berkata Taufan Fitow dan Taufan Danas yang bakal melanda akan terus menjejaskan wilayah berkenaan, manakala lebih banyak hujan ribut diramal berlaku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Michelle Wie mahu pamer persembahan terbaik

PEMAIN profesional Amerika Michelle Wie berazam memberi komitmen penuh pada kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia 2013 yang membuka tirainya Khamis ini.
  
"Saya akan beri yang terbaik dan 110 peratus fokus minggu ini...saya berazam untuk mencapai kemenangan padu, lebih baik daripada sebelum ini dan akan mencuba dengan lebih gigih," katanya pada sesi pertemuan dengan para pemain golf wanita dari Amerika di sini hari ini.
  
Kejohanan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara dari 10 hingga 13 Oktober ini menawarkan hadiah berjumlah US$2 juta (kira-kira RM6.3 juta).
  
Wie, 24, yang akan membuat penampilan kali ketiga pada Sime Darby LPGA Malaysia, berkata dia tidak mahu memikirkan tentang pemain lain dan akan memberi fokus untuk menjuarai kejohanan itu.
  
"Ini kali ketiga saya menyertai kejohanan ini. Iklim mempunyai peranan penting dalam mana-mana kejohanan di sini...tapi saya sudah biasa dengannya," katanya.

Wie, yang menjadi pemain profesional sejak 2005, dinobatkan sebagai juara sebanyak dua kali dan pada 2006, muncul sebagai pemain wanita pertama memenangi pingat pada kejohanan kelayakan Terbuka Amerika di Turtle Bay, Hawaii ketika berusia 16 tahun.
  
Sepuluh jemputan penaja dan 62 pemain Jelajah LPGA, termasuk juara bertahan dan pemain nombor satu dunia Inbee Park dari Korea Selatan akan merebut trofi juara pada kejohanan kali ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Michelle Wie mahu pamer persembahan terbaik

PEMAIN profesional Amerika Michelle Wie berazam memberi komitmen penuh pada kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia 2013 yang membuka tirainya Khamis ini.
  
"Saya akan beri yang terbaik dan 110 peratus fokus minggu ini...saya berazam untuk mencapai kemenangan padu, lebih baik daripada sebelum ini dan akan mencuba dengan lebih gigih," katanya pada sesi pertemuan dengan para pemain golf wanita dari Amerika di sini hari ini.
  
Kejohanan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara dari 10 hingga 13 Oktober ini menawarkan hadiah berjumlah US$2 juta (kira-kira RM6.3 juta).
  
Wie, 24, yang akan membuat penampilan kali ketiga pada Sime Darby LPGA Malaysia, berkata dia tidak mahu memikirkan tentang pemain lain dan akan memberi fokus untuk menjuarai kejohanan itu.
  
"Ini kali ketiga saya menyertai kejohanan ini. Iklim mempunyai peranan penting dalam mana-mana kejohanan di sini...tapi saya sudah biasa dengannya," katanya.

Wie, yang menjadi pemain profesional sejak 2005, dinobatkan sebagai juara sebanyak dua kali dan pada 2006, muncul sebagai pemain wanita pertama memenangi pingat pada kejohanan kelayakan Terbuka Amerika di Turtle Bay, Hawaii ketika berusia 16 tahun.
  
Sepuluh jemputan penaja dan 62 pemain Jelajah LPGA, termasuk juara bertahan dan pemain nombor satu dunia Inbee Park dari Korea Selatan akan merebut trofi juara pada kejohanan kali ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kereta Jimmy Shanley ditemui rentung

Jimmy Shanley

Kereta model Chevrolet hitam yang dipercayai milik selebriti tanah air, Jimmy Shanley Norhajan Saleh, 33, ditemui dalam keadaan rentung oleh orang awam berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata,  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar menerima maklumat lebih kurang jam 7.30 pagi selepas mendapat panggilan daripada orang awam.

Menurutnya, sepasukan anggota peronda yang dikejarkan ke tempat kejadian menemui kereta berkenaan yang dilaporkan hilang di Simpang Pulai kira-kira tujuh jam yang lalu.

“Pihak kami bertindak mengenal pasti nombor casis pada kenderaan tersebut dan melakukan semakan susulan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemiliknya,” katanya.

Kong Soon berkata, kereta itu sebelum ini dilaporkan hilang malam semalam di Simpang Pulai, sebelum laporan dibuat Jimmy di Balai Polis Simpang Pulai.

Katanya, setakat ini polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kenderaan tersebut dan tiada barang milik mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

“Kes tersebut kini diambil alih oleh IPD Ipoh dan Jimmy akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENYANYI PENGHIBUR JALANAN:- AMIR JAHARI NIKAHI GADIS PILIHAN HATI KARTINI ISMAIL


Dalam diam, penyanyi yang popular dengan lagu Penghibur Jalanan iaitu Amir Jahari telah pun menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu lalu (5 Oktober 2013). Majlis pernikahan Amir dengan gadis pilihan hatinya iaitu Kartini Ismail telah pun selamat dilangsungkan di Penview Hotel, Kuching kira-kira jam 9 pagi.
amir jahari kahwinAmir telah memberikan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas manakala RM10 ribu sebagai wang hantaran kepada pihak perempuan. Bagaimanapun tiada barang hantaran diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Majlis resepsi untuk kedua-dua belah turut diadakan selepas pernikahan.
amir jahari kahwin
Jutaan tahniah buat Amir Jahari dan Kartini Ismail atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Beberapa lagi keping gambar sekitar majlis perkahwinan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
amir jahari kahwin
amir jahari kahwin
amir jahari kahwin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AERIL ZAFRIL NAFI NIKAH WAWA ZAINAL


Memang terkejut sangat-sangat bila membaca pendedahan ekslusif BiPop hari ini. Mana tidaknya, sebelum ini Aeril Zafril mati-mati menafikan bahawa dirinya dan Wawa Zainal mempunyai sebarang hubungan. Tup-tup BiPop mendedahkan bahawa mereka sudah bernikah 4 Februari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos.
Antara pendedahan yang dilakukan ialah Aeril dan Wawa telah mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daera Petaling Jaya pada 4 Februari lalu. Seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan tersebut. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.aeril wawa nikahMengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati nama bapa bayi berkenaan bernama Suharil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidin (nama sebenar Wawa Zainal) yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.
aerilWawa Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh dirinya dan Aeril bernikah. Nama anak mereka (Fakharuddin) diambil daripada nama watak utam filem 99 Kali Rindu yang menggabungkan mereka berdua.
Wawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.
Desas-desus selama ini yang mengatakan pelakon berlesung pipit, Wawa Zainal dan aktor yang pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura dan Budak Pailang, Aeril Zafrel bercinta sering dinafikan 2 pelakon itu. Malam begitu sukar memperoleh kenyataan daripada kedua-duanya untuk membuat pengakuan sebenar bahawa mereka dalam alam pencintaan, di sebaliknya jawapan pernah diberikan ialah mereka cuma berkawan rapat sejak 2011.
Namun, berdasarkan siasatan yang dibuat Bpop sejak ahad lalu, membuktikan pasangan itu sudah berkahwin dan kini memperoleh cahaya mata lelaki yang berusia 6 minggu.
Bpop mengesan nama seorang bayi lelaki yang dikatakan ada bersama Wawa kini adalah anak kandung pasangan berkenaan. Menerusi nama seorang bayi lelaki yang pernah diberitahu kepada Bpop dan satu nama yang pernah dimuatnaik dalam laman sosial IG MiG Online, ianya berkait dengan nama penuh pasangan pelakon itu sebagai ibu bapa seperti mana yang direkodkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Siasatan juga mendapati pasangan sama cantik, sama padan menjalinkan hubungan cinta sejak 3 tahun lalu itu sudah bernikah dan mendaftarkan pendaftaran perkahwinan mereka di sebuah pejabat agama daerah di Selangor.
Aeril dan Wawa dikatakan mendaftar pernikahan mereka di pejabat agama Islam daerah Petaling pada 4 Februari lalu. Bpop mendapat maklumat seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan berkenaan. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roppi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 9.25 pagi.
Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati bapa bayi berkenaan bernama Suhairil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidil atau nama sebenar Wawa yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.
Sekaligus, maklumat yang diperoleh itu mengesahkan identiti kedua-dua pelakon filem berkenaan sebagai ibu bapa kepada bayi bernama Ahmad Fakharuddin Attar.
Lebih menarik, nama Ahmad Fakharuddin Attar bukan asing kepada Aeril dan Wawa kerana nama itu diambil semperna nama watak Aeril dalam filem terakhir dibintanginya dalam produksi Metrowealth Pictures Sdn Bhd iaitu filem berjudul 99 Kali Rindu arahan Azhari Zain. Filem yang ditayangkan pada Mei lalu turut menggandingkan Aeril dan Wawa. Selain itu, Aeril juga pernah membawa watak bernama Attar dalam filem 7 Petala Cinta juga terbitan MiG.
Sebelum ini, sudah kerap terdengar gosip mengatakan Wawa dan Aeril dilamun cinta tapi kedua-duanya menafikannya. Malah, Bpop pernah membuat pendedahan mengenai gosip cinta apabila seorang teman rapat yang banyak menabur jasa kepada mereka terlepas cakap mengenai hubungan yang sekian lama terjalin itu. Pendedahan itu disiarkan 28 Julai lalu.
Bagaimanapun, pasangan itu tetap menafikannya. Namun, Wawa dalam kenyataan balas pada 4 Ogos lalu tidak menafikan Aeril adalah teman rapat dan sangat istimewa buat dirinya. 2 pelakon itu dikatakan mula menjalinkan hubungan rapat apabila bergandingan dalam drama bersiri Klik. Bagaimanapun, cinta antara mereka kian bersemi apabila digandingkan dalam filem Budak Pailang dan 99 Kali Rindu.
Wawa mula menghilangkan diri apabila mendakwa dirinya terkena penyakit misteri sekitar Februari dan Mac iaitu dikatakan tarikh dirinya dan Aeril bernikah.
Selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2012) pada awal April lalu, kelibat Wawa sukar untuk dijejaki media massa apabila dia dikatakan kerap pulang ke kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah, untuk tujuan berehat dan berubat. Khabarnya Wawa dikatakan meminta cuti panjang dari syarikat pengurusannya, MiG Talent atas alasan sakit.
Bagaimanapun sebuah stesen radio swasta baru-baru ini mendedahkan kononnya seorang pelakon wanita yang sudah lama menghilangkan diri selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang, kira-kira 2 minggu lalu. Suami pelakon wanita itu dikatakan seorang pelakon yang cukup popular dengan drama TV yang disiarkan pada waktu petang. Berita itu didakwa diperoleh daripada sumber keluarga angkat pelakon lelaki itu.
Aeril apabila ditanya mengenai perkara berkenaan, mengatakan dakwaan itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti sahih.
“Jika saya nafi dan komen lebih-lebih, orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama saja. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan dan tipu kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi dia sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.” – Katanya dalam sebuah akhbar pada 2 Oktober lalu.
Aeril juga dalam kenyataannya dilaporkan berkata
“Saya ingin memohon, tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh kahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga. Saya lebih suka sembunyikan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan kerja contohnya saya berkawan dengan Wawa. Sejujurnya, saya tidak eprnah sorokpun. Lihat saja di laman sosial saya. Tidak kiralah artis atau orang biasa, bukan semua hal kita akan kongsi dengan semua orang,”
Bpop cuba menghubungi Wawa menerusi telefon tetapi tidak dijawab selain dari tidak membalas kiriman SMS.
Sementara itu, Aeril yang dihubungi Rabu lalu menjawab panggilan telefon penulis, tetapi apabila penulis ingin mula bertanya sesuatu kepadanya, Aeril terus memberitahu dia sedang memandu kereta dan meminta penulis menghubunginya semula. Penulis sempat berpesan supaya jangan pula tidak menjawab panggilan selepas ini lalu dia menjawab “Ok ok,”
Selepas setengah jam penulis cuba menghubunginya semula dan menghantar SMS, Aeril langsung tidak menjawab panggilan telefon atau membalas SMS yang dihantar kepadanya. Beberapa kali panggilan seterusnya juga tidak dijawab. Penulis juga mencuba lagi beberapa menghubungi Aeril pada khamis lalu namun panggilan telefon masih tidak berjawab.


 ps// SEMUA AKAN TERJAWB NANTI,KATA WAWA ZAINAL
Susulan daripada cerita panas mengenai dirinya dan pasangannya hari ini, Wawa Zainal pada petang ini menjelaskan sedikit demi sedikit cerita versinya. Menerusi twitternya. Wawa Zainal menjelaskan ada dalang disebalik semua kekecohan ini.
Saya kenal Ariel Zafrel dan orang-orang yang memang dari dulu mahu saya membenci dia (Ariel) dan memang ada niat menjatuhkannya. Semoga dia (Ariel) terus tabah..
Siapalah agaknya dalang disebalik segala kekecohan ini? Menurutnya lagi, beliau akan menjelaskan segala persoalan berkaitan dengan isu pernikahannya dan cahaya matanya dalam masa yang terdekat ini.
So, semua bawa bersabar yer…Kita tunggu je penjelasan beliau nanti. Semoga segalanya  akan terungkai nanti. Yelah, kalau boleh tak naklah nanti isu nie jadi macam drawa swasta kat TV1 tu, lagi cepat lagi bagus. Tak gitu?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts