translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Sukma 2016: Kemudahan bertaraf dunia dibina

Kerajaan Sarawak sedang giat menyediakan infrastruktur dan prasarana sukan termasuk yang bertaraf dunia sebagai persediaan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada 2016. Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ada sesetengah kemudahan tersebut sedang dalam pembinaan manakala beberapa lagi masih di peringkat cadangan.
Menurutnya, antara kemudahan itu ialah pusat akuatik/renang yang akan dibina di Bandar Betong manakala Pusat Akuatik Kuching yang bertaraf dunia sedang dalam pembinaan di Kompleks Sukan Petra Jaya dijangka siap pada 2015. “Apa yang kita harapkan dalam masa terdekat ini, ingin melihat sebuah perkampungan sukan lengkap dengan kemudahan sukan, hostel atlet, pejabat pusat pentadbiran seperti institut sukan, pejabat perbadanan sukan dan kemudahan lain berkaitan", katanya pada Anugerah Sukan Negeri Sarawak 2011/2013 di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Perhubungan merangkap Menteri Muda Sukan Sarawak Datuk Lee Kim Shin yang mewakili Ketua Menteri pada majlis itu. Taib berkata, kerajaan negeri telah menerima pelan induk program pembangunan sukan menjelang tahun 2020 bagi negeri ini daripada firma dilantik untuk dijadikan sebagai panduan untuk melaksana dan memajukan program dan aktiviti sukan. Beliau berkata, kerajaan negeri juga sudah meluluskan penubuhan sebuah perbadanan sukan yang bertanggungjawab merancang secara lebih komprehensif program-program pembangunan sukan di Sarawak.
Katanya lagi, beliau yakin penubuhan perbadanan itu yang diketuai oleh seorang ketua pegawai eksekutif, aktiviti dan program pembangunan sukan boleh dijalankan dengan cekap, berkesan, sempurna dan teratur dari semua aspek. Sementara itu menyentuh tentang kemajuan sukan bola sepak negeri, beliau berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri telah membuka pusat latihan di merata tempat di negeri ini.
Menurutnya, langkah itu adalah untuk memastikan semua program pembangunan sukan bola sepak dan melatih pemain-pemain tidak terhenti di tengah jalan.
Beliau berkata, semua usaha pembangunan sukan itu membuktikan keyakinan kerajaan terhadap kepentingan kemajuan sukan diletak setaraf dan sealiran dengan kemajuan bidang-bidang lain dalam proses pembangunan Sarawak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chong Wei menang gelaran hatrik Terbuka Hong Kong

Lee Chong Wei

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan ketiga Terbuka Hong Kong selepas mengalahkan Sony Dwi Kuncoro, pada final di Hong Kong Colliseum, Kowloon, hari ini.
Pemain nombor satu dunia itu tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain Indonesia dalam masa 34 minit dengan keputusan 21-13, 21-9, sekali gus mencatatkan kejuaraan keenam siri super tahun ini. Sebelum ini, Chong Wei, 31, menjuarai kejohanan itu pada 2009 dan 2010.
Dalam pada itu, pemain China, Wang Yihan memenangi acara perseorangan wanita apabila menundukkan rakan senegara Wang Shixian 21-13, 16-21 dan 21-15. Gelaran acara beregu lelaki menjadi milik Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan apabila mengalahkan beregu senegara Kim Ki Jung/Kim Sa Rang 12-21, 21-15, 21-18.
Acara beregu wanita pula dimenangi oleh Bao Yixin/Tang Jinhua dari China selepas mengecewakan beregu senegara Ou Dongni/Tang Yuanting 18-21, 21-16, 21-15. Pasangan England Chris Adcock/Gabrielle White pula menjuarai acara beregu campuran apabila menumpaskan gandingan China, Liu Cheng/Bao Yixin 21-14, 24-22.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beregu campuran England cipta kejutan

Beregu campuran England cipta kejutan

KEJUTAN berlaku di Siri Super Terbuka Hong Kong 2013 apabila pasangan beregu campuran berpengalaman dari England, Chris Adcock dan Gabrielle White menjuarai kategori itu menewaskan pasangan China, Liu Chin dan Bao Yixin 21-14 dan 24-22 dalam tempoh 40 minit.
Sebelum itu, gandingan England itu mengejutkan pasangan nombor satu dunia dari China, Zhang Nan dan Zhao Yunlei,21-12 dan 21-16 dalam tempoh 38 minit di separuh akhir.
Perseorangan wanita pula menyaksikan pertembungan sesama sendiri pemain China apabila Wang Yihan pemain nombor tiga dunia menundukkan Wang Shixian 21-13, 16-21 dan 21-15 dalam tempoh 76 minit. Dalam acara beregu lelaki, dua gandingan Korea Selatan menguasai pentas akhir di mana pasangan yang baru digandingkan , Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong berjaya menewaskan rakan senegaranya, Kim Ki Jung dan Kim Sa Rang iaitu pilihan keempat dunia 12-21, 21-15 dan 21-18 dalam tempoh 59 minit.
Bagi acara beregu perempuan, China sekali lagi bertemu sesama sendiri apabila gandingan Bao Yixin dan Tang Jianhua menewaskan rakan senegaranya, Ou Dongni dan Tang Yuanting dalam tiga set 18-21, 21-16 dan 21-15. Kejohanan Siri Super Terbuka Hong Kong 2013 menawarkan hadiah AS$350,000 (RM1.2 juta).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 pelayar terkemuka mulakan cabaran AWMRT

Dua belas pelayar terkemuka dunia kini mula berkampung di Pulau Duyong dengan membawa satu misi yang sama iaitu menjuarai acara kemuncak Siri Jelajah Match Racing Dunia Alpari (AWMRT) 2013.
Kejohanan untuk menentukan juara dunia itu bermula hari ini hingga Sabtu (30 November) di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Mohd Jidin Shafee berkata sejak dimulakan pada tahun 2005, Piala Monsun telah menarik beribu-ribu pelancong dan peminat sukan layar untuk menyaksikan sendiri aksi pelayar terhebat dunia pada perlumbaan tahunan itu. "Sukan pelayaran ini telah memasuki edisi kesembilan.
Kehadiran Piala Monsun di Terengganu membantu mengembangkan sukan itu secara komersial dan mendedahkan bakat muda di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menerima piala berprestij itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif AWMRT James Pleasence.
Piala Monsun ialah acara penentuan juara yang akan dinobat sebagai Juara Dunia Match Racing Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF). Setakat ini Taylor Canfield dari pasukan US One mendahului ranking ISAF selepas mengumpul 92 mata, 10 mata di hadapan juara bertahan Ian Williams dari pasukan GAC Pindar dalam siri AWMRT.
Manakala pasukan eWork Sailing yang dikemudi Bjorn Hansen pula mengekori rapat pasukan Gac Pindar dan hanya satu mata memisahkan mereka manakala Adam Minoprio dari pasukan Alpari FX berada di tangga keempat selepas mengumpul 77 mata.
Pasukan Black Swan Racing yang dikemudi Keith Swinton di tempat kelima (75 mata) diikuti Phil Robertson dari Waka Racing (66 mata) di tempat keenam. Enam lagi pasukan iaitu Gefco Match Racing Team; Stena Sailing Team; Vannes Angglo Sailing Team; Luna Rossa; pasukan Gilmour serta Koo Racing Team iaitu satu-satunya wakil negara turut akan memberi tentangan kepada pendahulu liga.
Kejohanan selama lima hari itu bakal menyaksikan keringat Jeremy Khoo menggalas cabaran negara selepas berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Liga Layar Malaysia (LLM) 2013 pada 18 November lepas untuk melayakkan diri menempah slot wakil tunggal negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amyza bengang!

Amyza Aznan

PELAKON drama Midah Kuih Bangkit, Amyza Aznan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir individu di atas tuduhan yang tidak berasas mengenai kegugurannya.
Menerusi akaun laman mikro Twitter, dia menerima kritikan bahawa keguguran janin berusia sekitar lapan minggu itu disebabkan hukum karma. Lebih mengaibkan, dia didakwa pernah ingin memijak perut seorang wanita hamil dalam satu forum hiburan tempatan.
Menerusi forum tersebut, Amyza membalas balik kenyataan pihak terbabit dengan sindiran dan kata-kata pedas. Amyza turut membidas kenyataan 'haters' portal tersebut yang jelas cuba menjatuhkan imejnya itu, sebagai biadap dan kurang ajar
 Pada masa sama, dia menegaskan kenyataan liar itu sepatutnya tidak mengaitkan berita kematian cahaya mata keempatnya itu sebagai topik perbincangan. Memetik kata-kata Amyza dalam forum itu, dia dikatakan tidak kisah jika masyarakat atau peminatnya memandang serong terhadap dirinya namun tidak membabitkan janin tersebut.
Zass cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada aktres tersebut, namun gagal. Menurut sumber, dia kini sedang dalam proses pulih dan berpantang selepas keguguran itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selena Gomez jadi contoh

Selena Gomez jadi contoh

PELATUN Love You Like A Love Song, Selena Gomez mengakui teruja semenjak menjadi kakak, lima bulan lalu.
Menerusi temu bual bersama E! Online, sebagai kakak yang sudah berusia 21 tahun, amat penting baginya menjadi contoh kepada adiknya yang bernama Gracie itu. “Gracie sudah berusia lima bulan dan dia sangat comel.
Saya teruja mendapat adik pada usia saya yang sudah dewasa ini.“Saya mahu menjaga dan jadi contoh yang baik kepadanya,” kata Selena.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ujian ALLAH SWT

Ujian ALLAH SWT

PELAKON Nuri Maulida menganggap penangguhan hari perkahwinannya adalah ujian daripada ALLAH SWT. “Saya diberi ujian luar biasa, itu tandanya ALLAH SWT sangat sayang kepada saya,” katanya. Walaupun dilanda musibah berkenaan, dia bagaimanapun kelihatan gembira ketika diberi kejutan oleh peminat-peminatnya sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-28, baharu-baharu ini.
“Alhamdulillah, terima kasih. ALLAH SWT sudah memberi saya kejutan bertubi-tubi. “Itu ialah kebahagiaan luar biasa kepada saya,” katanya.
Terdahulu, pelakon sinetron Cinta Fitri itu terpaksa membatalkan pernikahannya dengan Muhammad Adam Yahya pada Jumaat lalu kerana bakal mertuanya jatuh sakit di Arab Saudi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sharnaaz tinggalkan dunia hiburan demi keluarga

Sharnaaz Ahmad

BEBERAPA bulan yang lalu namanya hangat diperkatakan di media-media massa dan sosial. Kelibat dan setiap butir bicara pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad menarik perhatian media ekoran kisah cintanya dengan penyanyi tersohor Shila Amzah yang putus di tengah jalan.
Reda kisah cintanya dengan Shila, Sharnaaz kemudian dikaitkan pula bercinta dengan tunang orang, Uqasha Senrose sehingga menyebabkan aktress itu putus tunang. Tunangan Uqasha, Pekin Ibrahim pada awalnya berang kerana menyangka kekasih hatinya itu berlaku curang di belakangnya. Namun semua itu hanya salah faham dan hubungan mereka berdua kembali pulih selepas mengetahui Uqasha dan Sharnaaz rapat kerana mahu membuat kejutan di hari jadinya.
Setelah melalui pelbagai liku yang sememangnya lumrah sebagai anak seni, pelakon Sharnaaz Ahmad bagaimanapun baru-baru ini mengumumkan untuk bersara daripada dunia hiburan tanah air.
Keputusan mengejut itu diambil oleh Sharnaaz ekoran terlalu banyak gosip, kontroversi dan fitnah yang melanda dirinya sepanjang menceburi industri itu. Dengan persaraan ini, Sharnaaz berharap agar hati ibu bapa dan adik beradiknya tidak lagi dilukai.
Berikut kata-kata Sharnaaz yang dipetik daripada sebuah laman web popular:- 
"Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi.
Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang. Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan.
Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah… Saya tidak berdendam dengan sesiapa.
Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati.
Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. ALLAH SWT Maha Kuasa." 
 Drama “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” adalah drama terakhir lakonan Sharnaaz Ahmad.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Taylor Swift Menang Besar Di American Music Awards

taylor

Tahun 2013 nyata menjadi milik penyanyi Country terkenal, Taylor Swift apabila telah dinobatkan sebagai Artis Tahunan di American Music Awards 2013 (AMA 2013) yang berlangsung Ahad lepas di Los Angeles. Selain menggondol anugerah tersebut, Swift juga menerima tiga anugerah lain menerusi kategori Artis Wanita Pop/Rock, Artis Wanita Country dan Album Country untuk 'Red'.
Mengekori di belakang dengan tiga anugerah adalah Justin Timberlake yang menerima tiga trofi iaitu Artis Lelaki Pop/Rock, Artis Lelaki Soul/R&B dan Album Soul/R&B. Pelantun lagu 'Diamonds', Rihanna menerima Anugerah Ikon yang pertama kali diberikan dan telah dipersembahkan oleh ibunya sendiri, Monica Braithwaite.
Majlis ini juga dimeriahkan dengan persembahan hebat artis popular masa kini seperti katy Perry, Timberlake, Ariana Grande, One Direction, Imagine Dragons, Lady Gaga, Miley Cyrus, Jennifer Lopez, Kendrick Lamar, A Great Big World dan Christina Aguilera serta TLC.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AMA 2013;
 Artis Tahunan: Taylor Swift 
Artis Baru Tahunan: Ariana Grande 
Lagu Single Tahunan: "Cruise" – Florida Georgia Line & Nelly 
Artis Wanita Pop/Rock: Taylor Swift 
Artis Lelaki Pop/Rock: Justin Timberlake 
Band, Duo atau Kumpulan Pop/Rock: One Direction 
Album Pop/Rock: "Take Me Home" – One Direction 
Artis Wanita Country: Taylor Swift Artis Lelaki Countr
Album Country: "Red" – Taylor Swift A
Artis Rap/Hip-Hop: Macklemore & Ryan Lewis 
Album Rap/Hip-Hop: "The Heist" – Macklemore & Ryan Lewis 
Artis Wanita Soul/R&B: Rihanna 
Artis Lelaki Soul/R&B: Justin Timberlake 
Album Soul/R&B: "The 20/20 Experience" – Justin Timberlake 
Artis Rock Alternatif: Imagine Dragons Artis Latin: Marc Anthony 
Kontemporari Dewasa: Maroon 5 Artis Electronic Dance Music: Avicii 
Artis Inspirasi Kontemporari Kegemaran: Matthew West Runut 
Bunyi Kegemaran: "Pitch Perfect"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DAFI PROMOSI LAGU-LAGU DI YOUTUBE

Dafi

SEJAK kebelakangan ini, Dafi banyak menghabiskan masa menyiapkan klip video untuk single terbaharu yang bakal dimuatkan dalam mini albumnya.Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, keempat -empat video itu sudah siap hampir 80 peratus.
Menurutnya, selepas melihat tontonan klip video lagu ‘Salahkah Aku’ di laman Youtube beberapa bulan lalu berjaya mencatat lebih 70,000 tontonan, dia meneruskan usaha mempromosikan klip video menerusi laman sosial. “Saya akan terus mempromosikan tiga lagi video yang hampir siap ini di Youtube kerana strategi itu benar-benar berkesan,” katanya yang turut menampilkan artis-artis yang terlibat melalui program ‘Fear Factor Selebriti Malaysia’ seperti Kaka, Didie Alias, Hairul Azreen, Elfira Loy serta Azam Pitt di dalam klip videonya.
Bercerita tentang pembikinan albumnya itu, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 5 ini berkata, dia menjanjikan kelainan menerusi klip video terbaharu itu. Dalam pada itu Dafi memberitahu, dia memberi kepercayaan kepada komposer popular, Ajai untuk menghasilkan lima lagu single yang bakal dimuatkan dalam album itu. “Kalau ditanya mengenai album ini, Alhamdulillah saya sungguh berpuas hati kerana sangat suka sentuhan abang Ajai sebab itu saya mahu bekerjasama dengan dia.
Saya juga suka konsep album ini kerana menetapkan genre pop supaya lagu-lagu ini boleh didengar untuk semua golongan umur. “Sebab itulah saya tidak mahu bertangguh-tangguh lagi.
Kali ini, saya akan melancarkan mini album saya, kerana ramai peminat yang sudah mula bertanya,” katanya yang sudah merakam empat buah single dan hanya satu lagi single yang belum dirakam. Dalam pada itu, Dafi turut mengakui sibuk menguruskan syarikat iaitu Laugh Out Loud Entertainment (LOL) yang sedang dalam perangkaan mengeluarkan beberapa album baharu daripada artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut seperti Marsha Milan dan Sherry Ibrahim. “Saya agak sibuk sedikit dengan pengurusan, namun, ia tidak patahkan semangat saya untuk terus menjayakan pembikinan album saya ini,” katanya yang turut dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam Pertandingan Crystal Stars Music Fest di Romania.
Mengulas lanjut mengenai kemenangannya di Romania, Dafi sangat berbangga kerana dia merupakan satu-satunya penyanyi dari Asia yang menyaingi peserta lain yang kebanyakannya datang dari negara Eropah. Menurut Dafi, sebenarnya dia tidak menjangka meraih sebarang kemenangan memandangkan dia memasuki pertandingan itu hanya untuk mencari pengalaman. “Ini kali pertama saya masuk pertandingan nyanyian di luar negara. Saya tak sangka terpilih dari 50 peserta lain,” katanya.
Dalam pada itu Dafi berkata, dia juga tidak mengendahkan sebarang kata-kata negatif terhadapnya memandangkan sudah enam tahun bertapak dalam persada seni hiburan tanah air. “Saya tidak kisah apa pandangan orang, yang nyata, saya mahu artis kita diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.
Ingin wanita bijak dan memahami Apabila ditanya bilakah dia ingin menamatkan zaman bujangnya, dia berkata, masih belum menemui wanita yang berjaya menambat hatinya. Dafi yang enggan dikaitkan dengan sesiapa berkata, namun dia memang mahukan seseorang yang memahami untuk mendampinginya.
Saya memang berkawan dengan ramai orang. "Tapi, saya tunggu seorang wanita yang memahami dan bijak. "Dulu, saya hanya mementingkan seorang wanita comel sahaja,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai ciri-ciri wanita yang bakal dipilih menjadi suri hidupnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts