translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Beri sokongan kepada pemuzik tempatan

Pemuzik Malaysia memerlukan sokongan rakyat senegara untuk mengharumkan nama mereka di persada dunia, kata seorang pemuzik antarabangsa hari ini.
Ron Thal, pemain gitar kumpulan rok terkenal 'Guns N' Roses' berkata, masyarakat tempatan perlu memberi sokongan padu untuk menjamin kejayaan pemuzik tempatan, termasuk menjadikan mereka bintang pujaan ramai. "Inilah yang kami lakukan di Amerika.
Rakyat Amerika memberi sokongan kepada kumpulan muzik tempatan mereka. Ini adalah budaya kami. "Sokongan seperti inilah yang menjadikan artis baharu muncul lebih bersemangat dan mendorong mereka untuk bekerja keras bagi mencapai impian masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini.
Pemuzik yang juga dikenali ramai sebagai Bumblefoot ini berada di sini sejak semalam untuk mengendalikan satu program muzik, hingga esok.
Thal berkata, beliau sedang berusaha untuk mencapai impiannnya menganjurkan satu festival muzik yang menggabungkan artis popular dan pemuzik berbakat dari seluruh dunia untuk membantu mereka mencipta nama di peringkat antarabangsa. "Terdapat ramai pemuzik handalan di merata tempat, tapi mereka tidak berpeluang untuk pergi lebih jauh. "Saya berpendapat ini (festival berkenaan) merupakan cara yang cukup baik untuk membolehkan pemuzik seperti ini mendapat perhatian," katanya.
Walaupun Thal tidak menganggap dirinya sebagai seorang bintang rock, namun pemain gitar yang berkecimpung dalam dunia muzik sejak lebih 20 tahun lepas ini menyifatkan dirinya sebagai jambatan untuk membolehkan bakat tempatan melangkah lebih jauh dan menjadi pemuzik hebat seperti yang diimpikan mereka. "Kunjungan saya ke sini mungkin boleh menjadi permulaan untuk mewujudkan jambatan ke arah itu," katanya. "Akan tiba masanya apabila muzik menjadi lebih berguna untuk membawa lebih banyak manfaat dan adalah sesuatu yang membazir sekiranya bakat yang ada, tidak dimanfaatkan ke arah itu," katanya.
Thal juga mempersembahkan beberapa lagu popular 'Guns N' Roses' dengan permainan gitarnya, termasuk sebuah lagu Melayu klasik berjudul 'Anak Ayam', yang dipopularkan pelakon veteran M. Zain melalui filem 'Singapura Dilanggar Todak'.
Kunjungan Thal dianjurkan Persatuan Seni Persembahan Kota Kinabalu Sabah (SPArKS) dan kedutaan Amerika. Beliau juga mengendalikan bengkel muzik yang dihadiri kira-kira 100 peserta di Institut Seni Sabah dan akan mengadakan persembahan untuk Persatuan Orang Buta Sabah lewat hari ini.
Esok, pemuzik terkenal ini dijadual mengadakan persembahan pada satu konsert percuma di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sabah bermula 7.30 malam.
Thal juga akan mengendalikan program serupa di Kuala Lumpur pada 5-8 November, dengan acara kemuncaknya berlangsung di Balai Seni Visual Negara apabila beliau mengadakan persembahan bersama kumpulan muzik tradisional Melayu, Dewangga Sakti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts