translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

MADONNA PELAJARI AL-QURAN KERANA KEKASIH

madonna pelajari al-quran kerana kekasih
Seorang ikon dalam dunia muzik pop antarabangsa mengejutkan ramai pihak apabila dilaporkan sedang mempelajari serta mendalami al-Quran.
Madonna yang sebelum ini difahamkan menganut kepercayaan Kabbalah dikatakan telah mula mendekati Islam kerana kekasihnya, Brahim Zaibat,28. Brahim berasal daripada Perancis merupakan penari Madonna dan mereka mula bersama sejak 2012.
Dia yang berdarah kacukan Morrocco di sebelah bapanya dikatakan telah bergaduh dengan ikon muzik pop tersohor itu hingga menimbulkan keinginan buat Madonna untuk mempelajari lebih mendalam isi kandungan Al-Quran. “Saya kini sedang dalam proses membina sekolah untuk kanak-kanak perempuan beragama Islam di sebuah negara Islam dan sedang mempelajari Al-Quran. “Saya rasakan penting untuk saya mendalami dan memahami isi kandungan kitab suci tersebut.
Seorang teman bernama Yaman seringkali berkata kepada saya bahawa seorang Muslim yang baik adalah Yahudi yang baik dan seorang Yahudi yang baik adalah penganut Kristian yang baik. Begitulah seterusnya.Saya amat bersetuju dengan kenyataanya itu,” ucap Madonna dalam kenyataannya walaupun sedar pendiriannya kali ini lain dari yang lain.
Madonna yang kini berusia 55 tahun itu telah lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang menganuti agama Roman Katolik dan semenjak 17 tahun lalu dia telah mula mengenali kepercayaan Kabbalah dan telah menganuti sejak 1996 lagi.
Penyanyi lagu hits Like A Prayer ini juga dilaporkan seorang pengikut Kabbalah yang ekstrim sehingga pernah mencampurkan air jus oren anaknya dengan air suci daripada kepercayaan Kabbalah untuk diminum mereka selain mengamalkan memakai serba putih kerana dikatakan mampu menarik tenaga positif dalam kehidupan seharian.
Terbaru sekali ketika ditemubual oleh majalah Harper’s Bazaar, Madonna berkata bahawa ramai orang takut mengenainya. “Ia telah membuatkan ramai orang marah bila mengetahui saya mendalami Al-Quran. Disebabkan ini saya tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah percubaan untuk berhubung dengan tuhan boleh dikira sangat berani? Mungkin juga,”ucapnya.
Dia turut menambah bahawa dia seorang yang mempercayai perlakuan ritual dan sebelum ini dia tidak sekadar mempercayai suruhan semata. Ya, saya suka provokasi ia merupakan cara saya. Tetapi bila perkara seperti ini berulang kali berlaku, pasti ada sebabnya mengapa ia berlaku,”tambahnya lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAZAMA MENDOMINASI PENCALONAN UTAMA AIM 20


hazama mendominasi pencalonan utama aim 20

Penyanyi, Hazama berjaya mendominasi pencalonan paling banyak iaitu 5 kategori di dalam pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik untuk edisi ke-20 (AIM 20) yang diumumkan dalam sebuah sidang media di Hotel Istana petang semalam.
Lima kategori tersebut adalah Persembahan Vokal Terbaik
Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Relakan Jiwa, Persembahakan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama kumpulan Sleeq menerusi lagu Lari, Kulit Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik menerusi lagu Ulek Sayang dan ketegori Album Terbaik menerusi album Penglipur Lara.
Hazama yang ditemui selepas sidang media berkata dia tidak menyangka dengan keputusan itu dan menganggap kejayaan tersebut sebagai tanda dia kini sudah mula diterima dalam industri.
"Saya memang tak sangka boleh menjadi antara penyanyi yang paling banyak tercalon. Saya kira ini satu peluang yang baik untuk kerjaya saya kerana ia membuktikan industri sudah mula membuka ruang untuk saya terus berkarya.
Saya tidak meletakan harapan yang besar untuk menang, apa yang saya capai ini pun merupakan kejayaan yang besar," katanya.
Selepas Hazama, diikuti dengan penyanyi Hafiz Suip dan Amir Jahari yang mana masing-masing tercalon dalam 4 kategori dalam pencalonan akhir AIM 20.
Hafiz berjaya tersenarai dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Rakaman Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Mungkinkah dan Album Terbaik untuk Luahan Hati Anak Seni.
Manakala Amir Jahari pula tersenarai dalam 4 kategori seperti Kulit Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik untuk album Penghibur Jalanan, Video Muzik Terbaik menerusi lagu Tanpamu dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Gelisah.
Tidak ketinggalan nama-nama besar lain yang turut tercalon dalam pencalonan akhir AIM 20 adalah seperti Jaclyn Victor, Dato' Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Adira , Yuna dan ramai lagi.
Sementara itu, terdapat satu kategori baru iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu yang mana senarai calon akhir menyaksikan paduan suara penyanyi-penyanyi ternama tanahair di dalam lagu-lagu popular semasa termasuk Sedetik Lebih gandingan Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah, In Love With You dendangan Noh salleg dan Aizat Amdan dan Lari yang dibawa oleh Sleeq dan Hazama.
Dalam pada itu, RIM juga mendedahkan senarai penuh juri-juri terkemuka yang terlibat dalam proses penjurian yang terdiri daripada tokoh-tokoh berwibawa industri muzik tanahair termasuk Adnan Abu Hassan, Ajai, Aubrey Suwito dan Dato' Ramli Sarip. Pengarah Muzik tersohir, Dato' Ramli MS bertindak sebagai Ketua Juri untuk kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 20, Rosmin Hashim telah mengesahkan penglibatan Macomm Management Services Sdn Bhd merupakan firma yang telah mengendali proses penghakiman untuk tahun ini.
"Penyertaan dari pengamal industri muzik sangat menggalakan kerana kita telah menerima sejumlah 594 pencalonan pada tahun ini, bermakna peningkata sebanyak 20% bersanding 465 pencalonan yang kita telah terima pada tahun lalu.
"Kesemua pencalonan-pencalonan yang diterima telah diadili oleh panel juri terpilib yang hanya terdiri dari pengamal-pengamal industri muzik berwibawa, mahir dan disegani dalam bidang masing-masing," jelasnya.
AIM 20 bakal berlangsung di Stadiums Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu, 14 Disember 2013. Astro sebagai penyiar rasmj akan menyiarkan secara langsung acara Karpet Glamor AIM 20 pada jam 8.30 malam disusuli siaran langsung acara kemuncak AIM 20 pada jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Maya HD (saluran 135).

senarai pencalonan penuh aim 20

SENARAI PENCALONAN PENUH AIM 20


Berikut ialah senarai pencalonan penuh Anugerah Industri Muzik ke 20

Artis Baru Terbaik
Alex Subryn
Jes Ebrahim
Mosyi
Sekumpulan Orang Gila
Yubi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki
Azlan & The Typewriter – Tanda Tanya
Faizal Tahir – Biar
Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
Hazama – Relakan Jiwa
Ronnie (Hyperact) – Hanya Aku

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita
Adira – Dewi Cinta
Dato’ Siti Nurhaliza – Galau
Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
Jaclyn Victor – Ikut Rentakku
Najwa Mahiaddin – Impian Terindah

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
Forteen – Kita
Inteam – Syafaat-Mu
Nowseeheart – Maafkan Aku
Saujana – Salam Atasmu
UNIC – Ya Hanana

Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
Guba & Yuna – You’re So Fine
Noh Salleh & Aizat Amdan – In Love With You
Sleeq menampilkan Hazama – Lari
Velvet & Rich – Bersama Kamu

Kulit Album Terbaik
Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Kasi Gegar Entertainment / J Play)
Faizal Tahir – Faizal Tahir (Zarul Eskandar)
Goldfish & Blink – Goldfish & Blink (Bombshelter Studios)
Zikir Terapi Diri 2 – Hafiz Hamidun (Nizam Ahmad)
Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)

Rakaman Album Terbaik
Akim Ahmad – Akim Ahmad (CL Toh & Kuncidemak)
Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Felix Voon)
Kali Pertama – Asmidar (Audi Mok, Taja, Ben Tio, Aiyad Sakti, Riza, Nick Lee, Greg Henderson & Rumie)
Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh)
O – Salammusik (Dubmalas)

Video Muzik Terbaik
Dwihati – Aizat Amdan menampilkan Yuna (Syahir Ismail & Ili Amdan)
Tanpamu – Amir Jahari (Khairul Azri)
Jauh Ke Syurga – Ana Raffali (Ahmad Aznaim Abdullah)
Feraless Heart – Mr Fluff (Tan Hyon-Le)
#1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Sailing the Sahara – Amirah Ali (Amirah Ali / Amirah Ali)
Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)
Selamat Datang – Noraniza Idris Menampilkan Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ihab Ismail)
Khilaf Pandangan – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)
Fantasi Sahara – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)

Lagu Nasyid Terbaik
Janji Khalifah – Hijjaz (Isman Isam / Zuryati Isa)
Pemula Langkah – Hijjaz (Putra Aiman / Zuryati Isa)
Zikir Susah Senang – Inteam (Amin Inteam / Amin Inteam)
Maafkan Aku – Nowseeheart (Azahari Nsh / Azahari Nsh)
Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)

Lagu Rock Terbaik
Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)
Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter (Light & Bakri / Dark)
Panic – Bunkface (Sam Bunkface / Sam Bunkface)
Vortex – Faizal Tahir (Omar K & Audi Mok / Faizal Tahir)
Ulek Sayang – Hazama (Omar K / Omar K)

Lagu Pop Terbaik
Sekadar Mimpi – Adira (Aubrey Suwito / Shathesh Raj)
Senafas Baru – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
Ikut Rentakku – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
Bosan – Stacy (Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok / Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok)
Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)

Lagu Hip Hop Terbaik
Ini Janjiku (R&B Mix) – Amran Ismail (Amran Ismail / Amran Ismail)
Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)
Sebulatnya – The Fabulous Cats (Cat Farish, Zizie & Adeeb Mahar / Cat Farish, Ziziz & Addeb Mahar)
Rembau Most Wanted – Waris (DJ Fuzz / Waris)
Botingkek – Waris menampilkan Juzzthin (DJ Fuzz / Waris & Juzzthin)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Rave – Goldfish & Blink menampilkan Sona One & Arabyrd (Goldfish & Blink / Sona One & Arabyrd)
In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet & Ze!)
You’re So Fine – Guba & Yuna (Gabriel Robert / Gabriel Robert & Yunalis Zarai)
Keep On Movin – Joe PV & Joe Flizzow (Joe Pv, Jeffrey Little & Saiful Ridzuan / Joe Pv & Joe Flizzow)
Play Some Reggae Musik – Salammusik (Talal Zahnan / Talal Zahnan & Eyza Bahra)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara
Pesan Cinta – Afgan (Afgan, Inu Numata & Nino Ran / Afgan, Inu Numata & Nino Ran)
Segalanya Tentang Kita – Kris Dayanti (Ajai / Ahmad Farid Abdul Jalal)
Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)
I Still Love You – Once (Youngky Soewarna, Marijati & Lina / Youngky Soewarna, Marijati & Lina)
Saying – Shae (Posan Tobing / Posan Tobing)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

YUSOF HASLAM LEGA KL GANGSTER 2 KUTIP RM5 JUTA

yusof haslam lega kl gangster 2 kutip rm5 juta
Penerbit filem, Dato` Yusof Haslam lega apabila filem arahan anaknya, KL Gangster 2 berjaya mengutip sebanyak RM5 juta meskipun berhadapan dengan isu penyebaran Internet dan cetak rompak sebelum ini. Malah bagi Yusof, ianya merupakan satu rahmat buat filem arahan Syamsul Yusof itu walaupun telah kehilangan 70% penonton gara-gara insiden tersebut namun dia tetap bersyukur ia masih mendapat perhatian daripada peminat setia filem berkenaan.
Menerusi laporan mStar Online, Yusof, 59, sebelum ini bagaimanapun tidak berharap tinggi gara-gara penyebaran filem itu di Internet dan mensasarkan kutipan sekitar RM1 juta sahaja tetapi atas sokongan peminat tempatan, kutipan di panggung berjaya mencecah RM5 juta. "Ia satu kejayaan juga buat Skop Production dan sokongan daripada penonton dan peminat setia filem ini amat saya hargai," katanya.
Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, walaupun penjualan tiket di beberapa negeri di Utara dan Pantai Timur agak lembap namun beliau memberitahu jumlah penonton yang tinggi di Lembah Klang telah menjadi penyelamat kepada karya tersebut.
Dalam pada itu, Yusof masih menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung penyebaran filem berkenaan sebelum ini.
Jelas Yusof, sehingga kini kedua-dua pihak tersebut tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai laporan yang dibuat walaupun telah beberapa kali beliau bertanya mengenainya.
Yusof dengan nada terkilan berkata dia kecewa apabila perkara ini dipandang remeh kerana ia bukan hanya mengenai filemnya tetapi siasatan itu perlu dibuat bagi memberi jaminan bahawa kejadian menimpa syarikat produksinya tidak akan berulang kepada penerbit lain.
KL Gangster 2 yang menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Aaron Aziz, Zizan Razak, Soffi Jikan, Sheera Iskandar, Adi Putra dan Syamsul Yusof telah menelan belanja sebanyak RM4.5 juta untuk dihasilkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERBEZA AGAMA, KELUARGA TAK HALANG HAZAMA BERCINTA DENGAN GENERVIE

berbeza agama keluarga tak halang hazama bercinta dengan genervie
Penyanyi, Hazama Ahmad Azmi, 29, akui keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah menghalang hubungan cintanya yang terbaru bersama pemuzik wanita, Genervie Kam, 33.
Malah Hazama berkata dia dan kekasihnya yang berbeza agama itu sudah pun dibawa jumpa keluarga masing-masing. "Keluarga saya mahu pun dia tidak pernah menghalang hubungan kami, malah kami sudah bawa berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk diperkenalkan.
Kami baru menjalinkan hubungan selama 6 bulan dan saya masih anggap kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing, namun tak dinafikan saya cukup selesa dengannya. "Dia seorang yang sangat memahami akan diri dan kerjaya saya.
Kami juga sekepala dalam banyak perkara mungkin kerana berada dalam satu industri. "Malah, saya seronok bersamanya kerana kami banyak berbincang pasal muzik dan kerjaya bersama dan bukan hanya hendak bercinta sahaja,"katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Anugerah Industri Muzik yang ke 20 (AIM 20) semalam.
Sejak awal bulan lalu, nama Hazama sering menjadi perbualan di kalangan media dan peminat kerana dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemuzik itu yang juga seorsng pemain violin terkenal itu. Sebelum ini Hazama telah mejalinkan hubungan cinta selama 7 tahun dengan bekas kekasihnya.
Meskipun berbeza agama, Hazama memberitahu dia gembira kerana Genervie seorang yang terbuka dan minat untuk mengetahui beberapa perkara tentang agama Islam sejak mereka menjalinkan hubungan. "Saya tak pernah memaksanya untuk mendalami agama Islam atau sebagainya sebaliknya saya lihat dia seorang yang suka bertanya mengenai beberapa perkara mengenai budaya Islam seperti mengapa orang Islam makan buah kurma ketika berbuka puasa. "Saya hanya jawab dengan jawpan yang logik dan tanpa memberatkan dia mengenai Islam selebihnya.
Terus-terang saya tidak mahu memaksanya untuk mendalami agama Islam atau memeluk Islam sebaliknya biarlah dia terima Islam dengan hati yang terbuka. Itu yang saya harapkan," luahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru Hazama, dia sedang mempromosikan album Penglipur Lara dan bakal muncul dalam filem Hantu Nan Sempit tak lama lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KHATAM QURAN DAN PERNIKAHAN DIANA AMIR, HABIB

Semalam telah berlangsungnya majlis khatam Al-Quran dan doa selamat buat pelakon, Diana Amir, yang telah dianjurkan oleh produksi naungannya, MIG Pictures, bertempat di Wisma Metrowealth, Subang Jaya, Selangor. 
Majlis yang mendapat sentuhan kreatif daripada perunding perkahwinan, Emy Beauty Me itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga Diana dan warga MIG sahaja. 
Disamping mengadakan majlis khatam Al-Quran, Diana turut mengadakan majlis malam berinainya, di mana pelakon tersebut telah memilih khidmat pelukis inai profesional, Lea Henna Artist. Untuk makluman, sebelum ini terdapat beberapa artis tempatan yang turut menggunakan perkhidmatan Lea Henna, antaranya adalah Diana Danielle, Izzue Islam, Pierre Andre dan Black Hanifah. 
Sepanjang majlis berlangsung, nampaknya bakal suami Diana, Habib A Rahman turut hadir bagi melengkapkan lagi majlis dan jejaka tersebut kelihatan sangat segak apabila menggayakan set lengkap baju melayu rona kelabu. 
Dalam pada itu, pengarah urusan MIG Pictures, David Teo turut hadir bersama krew produksinya yang lain. Sebagai rujukan, malam ini bakal berlangsungnya majlis pernikahan antara Diana Amir dan tunang tercinta, Habib, yang akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Untuk semua peminat Diana, jangan ketinggalan untuk membaca laporan serta foto-foto pernikahan pelakon tersebut yang akan kami update malam nanti ya.
Sebelum itu, jom lihat beberapa foto menarik sekitar majlis malam berinai dan khatam Al-Quran Diana selepas ini.



diana amir khatam quran  malam berinai bersama keluarga mig


Pada malam tadi, telah berlangsung majlis khatam Al-Quran, majlis doa selamat dan berinai. Majlis diadakan di bangunan pejabat Metrowealth. Menurut laporan blog beautifulnara majlis ini kelihatan ringkas tetapi elegan, kerana apa yang penting dan dituntut ialah mengharapkan keberkatan Allah. 
DianaAmir02

Diana Amir begitu anggun dan ayu apabila mengenakan tudung dan busana rona ungu muda dan putih. Lebih menarik, majlis khatam Al-Quran berkenaan dikendalikan sendiri oleh Habib iaitu tunang Diana. Diana sebelum ini memberitahu beliau sudah yakin dan percaya akan kemampuan yang dimiliki oleh tunangnya itu bagi mengemudi bahtera perkahwinan mereka nanti.
Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis akad nikah pelakon Diana Amir yang telah dinikahkan dengan Muhammad Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang Pensyarah di UiTM Merbok Kedah di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Dengan sekali lafaz Diana Amir telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Habib Bullah A. Rahman.
Majlis telah dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.Dikesempatan ini Dr Fuh ingin mengucapkan tahniah kepada Diana Amir dan pasangan hidup yang dipilih olehnya, Habib Bullah A. Rahman. Semoga hubungan yang terjalin berkekalan hingga ke hujung nyawa dan berbahagia sampai ke Jannah.
diana amir habib selamat diijabkabul dengan sekali lafaz

diana amir habib selamat diijabkabul dengan sekali lafaz
Dengan sekali lafaz, aktres Diana Amir selamat diijabkabulkan dengan suaminya, Mohd Habib Bullah A. Rahman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira jam, 9.30 malam tadi.
Diana Amir dan Habib telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Hazaruddin Baharuddin dan disaksikan oleh 2 orang Imam masjid berkenaan. Dalam majlis akad itu, Diana telah berwakil walikan bapanya, Mohd Kassim.
Mempelai yang mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail kemudian ke sesi membatalkan air sembahyang yang mana Habib telah menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Diana Amir.
Habib telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1000 dan senaskah al-Quran selain sebentuk cincin. Tidak seperti kebiasaan pasangan bernikah yang lain, kedua-dua mempelai tidak mengikut adat berbalas hantaran.
Pasangan kemudian diraikan di atas pelamin yang berkonsepkan Taman Kristal ilham dari penaja dekorasi iaitu Saidul Sin Couture Gallery.
Majlis yang diuruskan oleh Tetta Juta Event telah dihadiri oleh 300 orang tetamu iaitu terdiri daripada kalangan media, rakan artis, sahabat dan juga keluarga kedua belah pihak.
Selain keluarga kedua belah pihak, majlis turut dihadiri oleh David Teo dan isteri serta rakan artis seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Adam Corrie dan Anita Baharom.
Pasangan belum memutuskan sama ada akan mengadakan majlis resepsi atau tidak dan bakal mengumumkannya di kemudian hari.
Pasangan ini telah berkenalan pada tahun 2011 dan bertunang pada September 2012. Suaminya merupakan Pensyarah Sains Politik dan Asean di UiTM Merbok, Kedah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CHRISTINA AGUILERA KEMBALI LANGSING DAN MENGGODA

christina aguilera kembali langsing dan menggoda
Selepas kerap dikritik hebat kerana fizikalnya yang agak berisi,kini penyanyi kegemaran ramai Christina Aguilera kembali menggoda dengan bentuk tubuhnya yang menggiurkan.
Juri tetap program The Voice itu telah berkongsi foto menggoda di laman sosial miliknya baru-baru ini ketika mengadakan sesi penggambaran untuk haruman terbarunya, Unforgettable.
Dalam gambar berkenaan, Christina telah berbaring di atas katil dengan memberikan lentuk badan menggoda di dalam persalinan putih sendat terdedah di belakang dan tumit tinggi berkilau sambil memandang ke arah kamera yang dipegangnya.
Menurut laporan beberapa media hiburan Hollywood, berita penurunan berat badan superstar berkenaan telah menjadi bualan hangat sejak Christina berjaya menurunkan berat badan beberapa bulan lalu.
Malah menerusi temubual di dalam rancangan bual bicara The Tonight Show bersama John Leno bulan lalu, Christina menyatakan bahawa dia tidak pernah merasakan dirinya seksi seperti itu dalam usianya yang sudah pun mencecah 32 tahun.
Bagaimanapun dalam kenyatannya di dalam majalah Maxim baru-baru ini, dia berkata bahawa dia tidak pernah terlintas untuk mencuri perhatian sesiapa apatah lagi untuk tampil begitu seksi dengan bentuk badannya itu. “Saya seorang wanita yang ringkas.
Saya sangat selesa dengan hanya menyarungkan jersi dan celana pendek lelaki.“Mencuba untuk tampak seksi adalah perkara yang paling tak diingini,” katanya dalam satu kenyataan di dalam majalah berkenaan. Sementara itu dalam kenyataan lain Christina berkata, meskipun sibuk menghabiskan masa di gimnasium dan mengamalkan diet sihat, keutamaan dalam dirinya tidak lain tidak bukan adalah anak lelakinya, Max yang kini berusia lima tahun.
Bercakap dalam majalah Redbook, anaknya dan juga bekas suaminya adalah alasan kenapa dia mengambil keputusan untuk berhenti seketika daripada menjadi juri The Voice musim yang lalu. “Jika saya diberi pilihan antara membuat senaman dan mengisi masa bersama-sama anak saya Max selepas hari yang sibuk, itu bukanlah persoalannya.
“Saya memilih untuk berehat seketika dan mendapatkan kehidupan semula dengan anak saya saya,” katanya yang bekerja keras untukkembali aktif dan bahagia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Steadfast Wee Wern stays on course


Low Wee Wern steeled her nerves and battled past jet lag to advance into the China Open quarter-finals. The two-time defending champion had to fly home to Malaysia after her father, Eric Low was hospitalised, and the fatigue from the travels caused her to struggle a little against Rachael Grinham, although Wee Wern managed to edge out 11-4, 7-11, 11-9, 7-11, 11-5. "
I am struggling with the jet lag, most of the girls are coming from the US Open, so the 12 hours difference is hard to cope with. "I am lucky to get through today," said Wee Wern in Squashsite, who will have a daunting task of facing second seed Raneem El Weleily next.
Her teammate and recently crowned US Open champion Nicol David, swept past her first round opponent, China's Li Donglin, 11-6, 11-4, 11-2 to set up a quarter-final meet with India's Dipika Pallikal, who stunned seventh seed Madeline Perry in three games.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pegawai bank mati ditembak pengawal keselamatan:- (Suami minta henti sebar gambar kematian Norazita)

Seorang pegawai bank maut selepas ditembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri yang merompak bank berkenaan di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya hari ini. 
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 6.18 petang itu, Noazita Abu Talib, 37, ditembak oleh suspek ketika wanita itu membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank. 
"Suspek menembak mangsa sebelum melarikan wang tersebut. Kami kini memburu suspek yang melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini malam ini. Beliau berkata Noazita sudah bekerja 16 tahun di bank itu dan ketika kejadian mangsa sedang bertugas bersama empat lagi rakan sekerja wanita. 
Menurut Abdul Rahim suspek sebenarnya bertugas di bank lain namun hari ini dia menggantikan pengawal keselamatan bank itu yang tidak datang bekerja. 
Difahamkan suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza, 37, tidak mempunyai rekod jenayah dan pernah beberapa kali bertugas di bank itu, menggantikan pengawal keselamatan lain. "Hasil siasatan mendapati kad pengenalan yang digunakan suspek tidak wujud dalam sistem. 
Polis akan menyiasat perkara ini dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya. Abdul Rahim berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek melakukan jenayah tanpa memakai topeng muka dan melarikan diri menerusi pintu hadapan.

Suami minta henti sebar gambar kematian Norazita
tembak pegawai Ambank
Suami mangsa, Irwan Kamarudin mententeramkan anak bongsunya, Muhd Hazimy ketika menunggu mayat isterinya dibedah siasat.

Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh semalam, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga.
Irwan Kamarudin, 37, berkata penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.
"Saya harap semua dapat memadamkan gambar dan video insiden kematian isteri saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini selepas pengebumian isterinya di kampung halaman Allahyarham di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas Norazita membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.
Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini.
Pagi ini, Irwan bersama dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, Muhd Hazimy, 8, serta saudara maranya hadir di Bilik Mayat Hospital Serdang untuk pengecaman mayat isterinya.
Suasana pilu menyelubungi bilik mayat itu dengan Irwan cuba ditenangkan anggota keluarganya sambil menangis setelah beliau membuat pengecaman jenazah isterinya.
Malah mereka menunggu sehingga 2 petang sehingga laporan bedah siasat selesai dijalankan dan menuntut jenazah untuk dikebumikan.
Nurnisa Nabilah berkata, kebiasaannya ibunya akan menghantar dia dan adiknya ke sekolah namun semalam, disebabkan kesibukan kerja, ayahnya terpaksa menghantar mereka ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Subang, di sini.
"Dalam 7.30 malam saya terima panggilan dari mak saudara cakap mama dah tiada," katanya.
Sementara itu, pengurus bank berkenaan Lyonel Tan berkata kejadian ini pertama kali berlaku di bank berkenaan.
"Arwah merupakan seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan penting seperti khidmat pelanggan," katanya.
Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Norazita.
"Bagi pihak Kumpulan AmBank, kami ingin merakamkan ucapan takziah, doa dan ingatan kali buat keluarga Allahyarham di saat yang begitu sukar ini," katanya menerusi satu kenyataan.
Kumpulan AmBank bekerjasama rapat dengan polis dalam siasatan kejadian itu dan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan kepada anggota keluarga Allahyarham.

Di KAMPAR, jenazah Norazita selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ayer Hitam Labu di sini pada pukul 7.30 malam ini.
Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya kira-kira pukul 6.55 petang dari Hospital Serdang, Selangor sebelum dikebumikan bagi memberi peluang anggota keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung menziarahi jenazah.
Bapa Allahyarham, Abu Talib Mohd Isa, 75, yang ditemui di rumahnya berkata beliau dan keluarga reda dengan pemergian anak keduanya itu.
"Kali terakhir kami jumpanya pada hari raya korban lepas. Dia juga sempat jumpa adik beradik dan saudara mara," katanya yang mempunyai lima anak.
Ditanya mengenai dua anak Norazita, Abu Talib berkata isterinya Norsham Abdul Kader, 63, akan berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur untuk menjaga cucu mereka sehingga hujung tahun ini.
Mengenai tindakan yang akan diambil berhubung pembunuhan anaknya itu, Abu Talib menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
"Kita sepatutnya mempunyai sifat seperti manusia lah. Kalau nak rompak, rompak jer lah duit. Tapi jangan lah sampai membunuh," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Donald Trump blazes over 'bogus university' lawsuit

Donald-Trump-blazes-over-bogus-university-lawsuit/
American real-estate tycoon Donald Trump reacted with rage to a lawsuit lodged against the self-styled Trump University on Monday, branding New York's top prosecutor "a total sleazebag.
" On Twitter and in a series of blazing television interviews, Trump hit out at New York Attorney General Eric Schneiderman's "pathetic lawsuit" against him, which claims his business school was an elaborate scam.  
In a string of angry Tweets, Trump referred to the attorney general as "dopey", "very stupid and ineffective" and "a total failure in office." 
Schneiderman announced on Sunday he was suing the star of "The Apprentice" television show for allegedly swindling people into paying hefty fees at his Trump University to learn his investing techniques. "More than 5,000 people across the country who paid Donald Trump $40 million to teach them his hard sell tactics got a hard lesson in bait-and-switch," Schneiderman said in a statement.
"Mr. Trump used his celebrity status and personally appeared in commercials making false promises to convince people to spend tens of thousands of dollars they couldn't afford for lessons they never got." 
Trump -- who made his fortune in real-estate -- has become known for his Twitter tirades, many of which are scathing attacks on the Obama administration. 
The billionaire magnate on Monday accused Schneiderman of soliciting him for campaign funds and seeking publicity. On Fox and Friends he called Schneiderman a "political hack", and on the Today show, a "total lightweight." 
"During the investigation, he was asking people in my firm, including one of my lawyers, for campaign contributions," Trump told the Today show. "Who ever heard of this? He's asking for campaign contributions while he's looking into Trump. 
I mean what kind of an attorney general is this?" Schneiderman accused Trump of misrepresenting the course offered, promising students would learn from hand-picked experts and "just copy exactly what I've done and get rich." 
He said in the statement that Trump had not chosen any of the instructors and had very little or no role in developing content for the course. "Instead of a personal appearance from Donald Trump as some consumers were led to expect, some participants got their photographs taken with a life-size photo of Mr. Trump." 
Trump University, which opened in 2005, was also unlicensed to operate in the state of New York, according to Schneiderman. 
Students signed up for a $1,495 three-day seminar during which they were promised they would learn everything they needed to know to become successful real estate investors. 
Schneiderman said these promises went unfulfilled and the seminars were used to pitch consumers an expensive Trump Elite mentoring program costing $10,000 to $35,000. 
Many of the students who took the course, had been unable to conclude even a single real estate deal, the attorney general said. In an interview with CNN, Trump said his university had a 98 percent approval rating. "People loved the school. 
The school was terrific. And we got sued for lots of different reasons, primarily, once again, publicity," Trump said. Furious, Trump set up a website, 98percentapproval.com, to defend against the claims by Schneiderman, whom he accuses of "gross incompetence" and wasting taxpayer's money in a "no holds barred, scorched earth investigation" against him.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malaysia university's honour for N. Korea leader draws flak

Malaysia-universitys-honour-for-N-Korea-leader-draws-flak/
A private Malaysian university drew criticism Thursday for conferring an honorary doctorate on North Korean leader Kim Jong-Un. Malaysia's HELP University said it awarded the degree in a "simple ceremony" at the North Korean embassy in Kuala Lumpur to build "a bridge to reach the people" under an "education for peace and prosperity" drive. 
"I anticipate that it is a matter of time, within the next six years or so, that (North) Korea will engage the world in many constructive ways," said university president Paul Chan in a statement on the university's Facebook page. 
The North's official news agency said the economics degree was conferred on October 3 and the North Korean ambassador accepted the certificate. Kim is the first foreign head of state to receive such a degree from the university, a Malaysian news report said. 
But the move, which was publicised this week after appearing on a foreign policy blog, has drawn flak from Malaysia's active social media scene. "So next time I want to promote peace, I should start giving out Nobel peace prize to terrorist? I am so ashamed to have graduated from this institution," one user posted Thursday on the university's Facebook page. 
The Kim dynasty has ruled North Korea -- one of the world's poorest countries beset by chronic food shortages -- with an iron fist and a pervasive personality cult for more than six decades. 
Its nuclear and missile programmes have attracted international sanctions, and its rights record comes in for severe criticism. Jong-Un, grandson of founding leader Kim Il-Sung, took over when his own father Kim Jong-Il died of a heart attack in December 2011.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SHILA AMZAH DIKENALI DI KOREA BERBANDING SITI DAN YUNA?

shila amzah dikenali di korea berbanding siti dan yuna

Tuah sememangnya milik Shila Amzah sebaik saja anak dara N D Lala ini memenangi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai tahun lalu.Kebanyakan penggemar muzik di Korea Selatan nampaknya pernah mendengar nama Shila Amzah. 
Malah, mereka tahu tentang mutu vokal Shila Amzah serta imej muslimah Shila dengan bertudung. Bagaimanapun,tiada seorang pun mengetahui nama Dato Siti Nurhaliza Taruddin walaupun isteri kepada Datuk K ini sememangnya hebat di Malaysia. 
Sedangkan Siti juga pernah mengharumkan nama negara dengan mengadakan konsert di Royal Albert Hall. Tambah hairan lagi, nama anak tempatan yang sedang mencipta nama di LA iaitu Yuna turut tidak dikenali di Korea Selatan Walhal, nama David Foster dikenali di sana. 
Mungkin hanya segelintir saja yang tahu tentang Yuna. Padahal, Yuna juga menjadi duta produk dari Korea Selatan. Apapun, Murai Batu tambah terkejut setelah mendapat tahu Mizz Nina yang berduet dengan Jay Park juga tidak pernah didengari namanya. 
Sedangkan artikel mengenai Mizz Nina ketika berada di Seoul. Apa pun, Pihak tempatan terutama sekali pihak pelancongan Malaysia perlu memikirkan cara baik untuk mempromosi dan membantu anak tempatan ke peringkat antarabangsa. Yang penting, Shila Amzah, Siti Nurhaliza, Yuna dan Mizz Nina popular di mata peminat mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN BULAN MADU MENAIKI CRUISE KE KRABI!

fouziah gous  zhafran bulan madu menaiki cruise ke krabi

Wah, sejak mendirikan rumah tangga pada 21 September lalu, Fouziah Gous dan suaminya, ZhafranYusof sering berkongsi foto-foto manis dan romantik di dalam laman sosial masing-masing. 
Mereka sangat bahagia bersama seperti dunia ini mereka yang punya. Lebih bahagia lagi apabila lihat foto-foto yang dikongsi Fouziah yang kini sedang berbulan madu di Krabi, Thailand. 
Menariknya, mereka ke Krabi dengan menaiki kapal cruise. Amboi seronok betul Fouziah dan pasangannya menikmati percutian di atas kapal cruise dan pulau Krabi. 
Malah, pasangan ini sempat berkongsi gambar-gambar serta video mesra dan romantik mereka di sana. Bila mereka bergambar atas kapal cruise tu lihat dah seperti dalam filem Titanic pula. 
Selain, gambar-gamabr di atas Cruise, mereka juga sempat merakamkan gambar di tepi pulau Krabi yang tenang dan sangat cantik dengan laut yang biru. 
 Bukan sahaja Krabi, tak silap mereka selepas ini akan ke Phuket, Thailad juga. Syok pula bila lihat orang bercuti tapi hanya boleh lihat sahajalah foto-foto yang dikongsi Fouziah sambil berangan sedang berada di sana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN PHOTOSHOOT PRE-WEDDING DI LONDON

rozita che wan  zain saidin photoshoot pre-wedding di london

Selepas mengadakan sebuah majlis merisik yang meriah dan grand di Hotel Carcosa baru-baru ini, pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang akan bernikah tidak lama lagi itu, kini terbang pula ke London untuk merakamkan gambar pre-wedding atau pra perkahwinan mereka di sana. 
Amboi jauhnya Che Ta dan Zain Saidin terbang semata-mata untuk merakamkan foto-foto cinta mereka sebelum mengikat tali perkahwinan tak lama lagi. 
Pasti lebih menarik dan istimewa bila dapat merakamkan gambar kenangan pre-wedding di sana kan? Mengenai perkara ini pun setelah ternampak entri dan foto yang di muat naik oleh jurufoto kegemarannya iaitu annaseasky di laman sosial Instagram ketika berada di sana menjadi jurufoto rasmi pasangan itu.
Katanya mereka pergi ke beberapa tempat menarik di London untuk meramkan gambar-gambar yang cantik untuk pasangan itu. Namun, jurufoto itu hanya berkongsikan foto solo Che Ta sahaja tanpa ditemani Zain di dalam Instagram miliknya itu. 
Mungkin ia hanya gambar teaser pre-wedding Che Ta sebelum dia diijabkabulkan nanti. Tapi Murai Batu lihat memang cantik pemandangan yang menjadi latar belakang dalam gambar yang diambil itu. Teruja pula  nak lihat kesemua foto pasangan ini nanti ketika berada di sana, pasti cantik dan penuh romantis kan? Jom kita layan beberapa keping foto Che Ta di sana

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SHARNAAZ BERSEMUKA DENGAN PEKIN, NAFI PUNCA PUTUS TUNANG

sharnaaz bersemuka dengan pekin nafi punca putus tunang
Aktor Sharnaaz Ahmad yang didakwa sebagai punca putusnya pertunangan antara Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose telah bersemuka sendiri dengan Pekin bagi meleraikan tuduhan tersebut.
Laporan dari mStar Online hari ini memetik, Sharnaaz, 28, berkata, dalam pertemuan itu dia menjelaskan tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha adalah satu fitnah sementara hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.
“Saya berjumpa dengan Pekin untuk berbincang bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan syukurlah Pekin faham penjelasan saya dan dia minta maaf kerana salah faham terbabit. “Saya percaya, ada pihak yang menyampaikan cerita tidak betul kepada Pekin untuk melaga-lagakan kami,” jelas Sharnaaz ketika dihubungi mStar Online. 
 Sharnaaz dalam kenyataannya berkata, dia agak terkejut kerana lepas satu kontroversi, satu lagi kontroversi telah timbul mengenai dirinya. 
Dia kemudian lantas mengatur satu pertemuan dengan Pekin bagi menjelaskan perkara sebenar iaitu hubungan sulit yang didakwa berlaku antara dia dan Uqasha adalah tidak benar sama sekali. Sharnaaz turut menjelaskan bahawa berdasarkan pertemuan tersebut, Pekin yang telah dikenalinya tiga tahun lalu mengerti stiuasi sebenar dan telah memohon maaf di atas salah faham yang berlaku. 
Sharnaaz turut harap hubungan Pekin dan Uqasha kembali seperti dahulu dan dia tidak mahu masuk campur tentang keputusan pertunangan mereka. Dalam pada itu, Sharnaaz turut menambah yang dia tidak faham mengapa terlalu banyak kontroversi menimpa dirinya sepanjang bergelar anak seni. Namun dia berharap semua itu sebagai dugaan dalam hidupnya untuk mencari rezeki.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIANA AMIR BAKAL BERNIKAH DI TAMAN KRISTAL ESOK

diana amir bakal bernikah di taman kristal esok

Esok bakal menyaksikan pelakon, Diana Amir disatukan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri bersama bakal suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman di di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya. Menariknya,selepas pasangan ini diijabkabulkan mereka akan duduk di atas pelamin di luar ruangan solat dalam kawasan masjid itu yang berkonsepkan taman dan taman itu diberi nama Taman Kristal.
Wah, tak tahulah bagaimana rupa Taman Kristal itu tetapi apa yang bayangkan pasti sesuatu yang indah dan romantis yang akan ditampilkan pada malam itu.
Sebelum majlis nikah esok, Diana Amir akan mengadakan majlis khatam al-Quran dan malam berinai di banggunan pejabat Metrowealth (MIG) sendiri malam ini.
 Apa-apa pun,tahniah kepada Diana Amir dan pasangannya. Semoga majlis nikah esok berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUNKU HANIS DEDAH BERCINTA DENGAN ANAK SAUDARA DATUK K



Tengku Hanis
Pelakon yang baru menempa nama, Tunku Hanis, 23, akui sedang bercinta dengan anak saudara kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu suami kepada penyanyi sohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin. 
Tunku Hanis berkata dia mula menjalinkan hubungan cintadengan kekasihnya sejak lebih kurang setahun yang lalu. “Ya, sebenarnya saya sudah mempunyai teman lelaki. Apa yang boleh saya beritahu dia kini berusia 30 tahun. 
Dia bukan orang dalam industri sebaliknya, seorang ahli perniagaan. “Saya selesa menjalinkan hubungan cinta dengannya kerana diaseorang yang matang dan pandai menjaga saya dan membimbing ke arah kebaikan. “Kami dah kenal selama setahun.
Kami dah pun berjumpakeluarga masing-masing. InsyaAllah kalau panjang jodoh kami mungkin palingcepat kami nak ikat tali pertunangan tahun depan. Sebenarnya teman lelaki sayaitu adalah anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara. 
Tapi anak saudara sebelah suaminya iaitu anak adik Datuk K,” katanya kepada murai.com.my selepas ditanya pihak media mengenai kesahihannya sudah mempunyai kekasih. Sebelum ini, Tunku Hanis pernah dikaitkan bercinta dengansuami orang sehingga diserang oleh isteri kepada lelaki yang mempunyai hubungan dengannya. 
Tunku Hanis berkata sejak kes itu, dia akui fobia dan lebih berhati-hati berkawan dengan lelaki sehinggalah dia bertemu dengan kekasihnyasekarang. “Sebenarnya, lelaki itu yang datang kepada saya untuk berkenalan dan berkawan. Saya menyambut baik persahabatan itu tanpa mengetahui dia sudah berkahwin, malah dia beberapa kali menafikan yang dirinya sudah berkahwin. “Saya jadi marah apabila dapat tahu dia sudah berkahwin hanya selepas diserang isterinya. Saya terkejut dan terus memutuskan hubungan dengan lelaki itu. “Sejak itu, saya terus fobia untuk berkawan dengan lelaki dan berhati-hati jika mahu berkawan dengan mana-mana lelaki. 
Namun saya tidak sangka, saya telah berjumpa dengan kekasih saya sekarang,” jelasnya lagi. 
Mengenai perkembangan terbaru, Tunku Hanis bakal muncul dalam telemovie Cerita Sebenar Mengenai Bibah bersama pelakon lain seperti Pekin Ibrahim dan Siti Saleha di TV9 pada 30 Disember ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FARHAN SEDIH BILA DITUDUH PUTUS TUNANG

farhan sedih bila dituduh putus tunang

Kala bercakap dengan bekas graduan AF yang bersuara blues,terasa seksi sekali suara yang dimilikinya. Walaupun tidak seseksi dirinya yang merupakan tunangan orang itu, tak dapat dinafikan suaranya punya daya tarikan tersendiri. 
Dek kerana itu, Farhan atau nama sebenarnya, Nur Farhan Azizan, 29 telah tersenarai dalam lineup bagi Live Blues & Jazz 2013 yang bakal mengambil tempat di Dewan Tunku Abdul Rahman (TAR), MaTiC pada 25 hingga27 Oktober 2013 nanti. 
Selain daripada penglibatannya dalam memperkembangkan lagi karier serta dunia muzik aliran sebegini, Farhan ketika ditemui pada majlis sidang media bagi persembahan ini tidak dapat lari daripada ditanya mengenai status dirinya yang masih lagi tunangan Ahmad Rashdan Suhaimi itu. “Saya sedih bila ada orang yang bercakap dan mengatakan hubungan kami sudah berakhir. Lebih-lebih lagi yang mendakwa kami putus tunang, walhal kami masih lagi bertunang. 
Dia kini berjawatan baru di dalam kerajaan dan sibuk dengan komitmen kerjaya barunya itu. “Sekarang dia menjadi pegawai khas untuk VIP di Jabatan Perdana Menteri, oleh itu saya biarkan dia fokus kepada kerjaya barunya itu tetapi kami masih lagi berhubung tetapi tidak sekerap dahulu. 
“Rancangan untuk berkahwin itu memanglah ada tapi belum tahu lagi waktu yang sebenar untuk kami melangsungkan hari tersebut. “Kalau ada pun yang disebut mungkin tahun hadapan tetapi belum ada sebarang perbincangan yang serius mengenainya,”ujar Farhan yang menjadi tunangan kepada rakan lamanya itu sejak Februari 2012 lagi.
Selain daripada itu Farhan kini sibuk dengan perniagaan fesyen yang diberi nama Mek Kembang Cotton yang telah pun memasuki pasaran. Dia juga sedang dalam proses rakaman single terbarunya yang berjudul Bukan Mimpi iaitu lagu bergenre Pop Jazz Fusion.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UQASHA SENROSE NAFI CURANG, MAHU PEKIN TUNJUK BUKTI

uqasha senrose nafi curang mahu pekin tunjuk bukti

Aktres Uqasha Senrose menafikan sekeras-kerasnya dakwaaan aktor Pekin Ibrahim yang dia telah berlaku curang dalam hubungan cinta mereka. Menerusi laporan Kosmo!, Uqasha dengan nada sedih bercampur kecewa berkata dia tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan mana-mana aktor selain Pekin sendiri. Malah, dia tidak menyangka Pekin sanggup memburukkannya dengan keadaan sedemikian rupa. 
Tindakan Pekin itu menurut Uqasha akan menyebabkan orang ramai menuding jari mengatakan dia gadis yang jahat lalu mengaitkan kembali kontroversi lalunya dengan pelawak Nabil Ahmad selepas foto kononnya mereka bercium tersebar di internet. “Saya tidak sangka seorang pelakon yang sudah 16 tahun dalam industri tergamak memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dahulu dengan saya. Saya tiada hubungan langsung dengan aktor yang didakwanya itu,” tegasnya yang terkejut dengan berita mengenai keburukannya dari mulut Pekin. 
Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Pekin, Uqasha berkata hubungan mereka kini sudah putus tetapi punca perpisahan tersebut bukan kerana orang ketiga. “Kami bergaduh dan kemudiannya putus bukan disebabkan orang ketiga. Ia berpunca daripada sikap kasar dan panas barannya. Walaupun dia tidak pernah memukul saya tetapi dia sering memarahi dan memutuskan hubungan kami. Selang lima minit kemudian dia akan memujuk saya semula,” jelas Uqasha. 
Tegas pelakon berusia 21 tahun itu, jika benar Pekin mempunyai bukti mengatakan dia curang sila tunjukkan. Uqasha juga mengakui berasa sangat sedih kerana ketika dia masih bersama Pekin, pelakon filem Bunohan itu selalu menaburkan pujian terhadapnya di media. Sebaliknya, bila sudah putus Pekin sanggup mencanangkan keburukan bekas kekasihnya itu. “Biarpun usianya sudah 32 tahun, sebenarnya pemikirannya sangat cetek dan perangai dia sangat kebudak-budakan. 
Saya mengakui masih muda dan banyak buat silap. “Disebabkan itu saya perlukan seseorang yang matang untuk membimbing tetapi tidak sangka pula dia bukan seperti yang saya harapkan,” ungkapnya. Disoal sama ada dia akan menerima kembali Pekin selepas ini, kata Uqasha dalam nada sedih, dia tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. “Perasaan sayang saya terhadapnya masih ada. Saya percaya masih ada sikap baik dalam dirinya itu. Saya tidak akan membencinya,” tambah Uqasha.

PUTUS TUNANG, PEKIN ADA BUKTI UQASHA SENROSE CURANG


Pekin dan Uqasha sudah tidak lagi bersama. Ini semua gara-gara timbulnya gosip dua hari lalu yang kononnya Uqasha telah berlaku curang terhadap Pekin.

putus tunang pekin ada bukti uqasha senrose curang

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Pekin yang ditemui akhbar berkenaan mengakui bahawa hubungannya dengan Uqasha sudah pun berakhir. Dalam temubual tersebut, Pekin berkata semuanya berpunca apabila dia mendapat bukti tentang Uqasha yang telah bermain kayu tiga dengan seorang pelakon popular tempatan sehingga dia mengambil keputusan untuk berpisah pada minggu lalu.
Jika diikutkan perancangan awal, mereka berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti. Menurut Pekin, dia tidak menyangka yang Uqasha sanggup bertindak curang dengan mempunyai hubungan dengan aktor yang merupakan gandingannya dalam sebuah drama tempatan itu. 
Malah Pekin juga mendakwa yang dia mempunyai bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit jadi perkara itu sudah tidak boleh dinafikan lagi. Lagipun tambah Pekin, ianya bukan kali pertama Uqasha berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini Pekin masih mampu memaafkan Uqasha tetapi untuk kali ini dia merasakan lebih baik mereka berpisah sahaja. Pekin juga sudah tekad untuk tidak lagi menerima Uqasha etelah apa yang berlaku sekarang ini dan beranggapan tiada jodoh antara mereka. 
Malah dia sendiri sudah menghubungi aktor yang dikaitkan dengan Uqasha dan berpesan supaya menjaga Uqasha sebaik-baiknya kalau mereka memang benar-benar bercinta. Luahan hati aktor berusia 32 turut menambah yang sejujurnya dia berasa sangat kecewa kerana sepanjang menjalinkan hubungan dengan Uqasha, dia tidak pernah bersikap curang. Namun itu semua adalah dugaan dan dia harus meneruskan hidup. Ditanya pula perancangan masa depan, Pekin berkata dia akan memberi fokus utama kepada kariernya sebagai anak seni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts