translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

MAWI TIDAK MAHU POPULAR SEPERTI DAHULU

mawi tidak mahu popular seperti dahulu

Bekas juara Akademi Fantasia 3, Mawi akui yang dia rindukan kenangan sewaktu dia menjadi kegilaan masyarakat dengan gelaran 'Raja SMS' (khidmat pesanan ringkas) satu ketika dahulu.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini tidak mahu momen-momen indah itu kembali ke dalam hidupnya kerana dia kini selesa dengan kehidupannya yang sederhana. "Memang tidak dinafikan, memori zaman popular dimana ketika itu saya mejadi kegilaan peminat fanatik sering terlintas di fikiran. Ianya indah, tetapi ada juga pahitnya kerana pelbagai kontroversi yang tercetus tanpa henti. "Apa pun saya anggap itu pengalaman. Tak terfikir pun nak berpatah balik merasakan zaman itu semula. Tak sanggup saya," selorohnya.
Tambah Mawi, 33, dia juga akur apabila namanya tidak sepopular dahulu kerana ia sedikit sebanyak memudahkan dia untuk bergerak bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan. Mawi telah mencetuskan fenomenanya tersendiri yang digelar `Tsumawi` apabila dia menjuarai AF3 pada tahun 2005.
Kegilaan peminatnya telah melanda seluruh negara sehingga ke mana sahaja dia pergi, ribuan manusia akan mengelilinganya semata-mata ingin merasai sendiri `aura` yang dimiliki oleh anak jati Felda Taib Andak, Johor itu.
Sementara itu, Mawi juga bersyukur apabila lagunya, Al Haq yang menampilkan Datuk AC Mizal sebagai penyanyi rap mendapat sambutan hangat daripada pendengar. Kata Mawi, dia tidak sangka lagu yang dihasilkan bersama Sheikh Qalam dan Jeff (A2Z) itu menjadi kesukaan ramai memandangkan dua lagu yang dilancarkan sebelum ini iaitu Termolek dan Menanti Hikmah kurang mendapat sambutan. "Saya mendapat respons ramai yang menyukai lagu tersebut kerana melodi doa pelindung diri iaitu surah Hizip Al-Hafiz menarik.
Alhamdulillah, saya gembira dan syukur apabila peminat senang dengan lagu ini," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Mawi juga kini sibuk dengan perniagaan butiknya yang diusahakan bersama isteri, Ekin, di Seksyen 9, Bangi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SYATILLA MELVIN AKUI SEKSI TAPI TAK LIAR

syatilla melvin akui seksi tapi tak liar

Pendatang baru, Syatilla Melvin menafikan dakwaan peminat yang melabelnya sebagai gadis liar dan tidak bermaruah kerana berpenampilan seksi.
Menerusi laporan akbar Harian Metro, Syatilla melahirkan kekecewaan mengenai kecaman peminat yang melampau. "Tak semestinya seksi saya liar di luar. Jangan cakap macam itu. "Saya akui ada beberapa pakaian yang seksi di rumah. Saya memang pernah seksi sebelum ini. Tapi saya bukan liar macam itu. Sumpah saya tak minum (alkohol), merokok atau berparti di kelab malam,"katanya.
Syatilla juga kecewa penghinaan yang dilemparkan turut dilemparkan kepada ibu bapanya berikut
imej yang seksi adalah tuduhan yang tidak relevan.
Bagaimanapun, pelakon tinggi lampai itu berusaha memperbaiki kesilapan diri dan berharap masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukuman.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TATU BARU RIHANNA BERJUMLAH 21

Bintang pop, Rihanna memang cukup menggemari tatu dan gemar menambahkan tatu di bahagian badannya. Terbaru, bintang yang berusia 25 tahun ini telah menambahkan satu lagi tatu berbentuk salib di bahagian pergelangan tangan kanannya.
Sebelum ini, Rihanna yang juga bekas teman wanita kepada Chris Brown telah pun memiliki 20 buah tatu. Penambahan tatu baru itu menjadi keseluruhan tatu di badannya berjumlah 21 kesemuanya.
Antara tatu yang dimilikinya adalah bacaan doa sanskrit di bahagian pehanya serta maksud cinta di jari tengah tangan kirinya.
Kata Rihanna, kesemua tatu yang dimiliki di badannya itu mempunyai maksud yang penuh spritual.

tatu baru rihanna berjumlah 21


RIHANNA DARIPADA BERHIJAB KE SEPARUH BOGEL


Setelah tampil berhijab dengan lokasi fotografi di dalam masjid di Dubai beberapa bulan lalu, Rihanna seakan beralih 360 darjah daripada berhijab kepada separuh bogel.
Perkara ini baru sahaja berlaku baru-baru ini dimana penyanyi Umbrella itu dilihat tidak berbaju disebuah pesisiran pantai.
Dikelilingi krew serta set yang menjalankan penggambaran, difahamkan Rihanna beraksi untuk memenuhi permintaan majalah fesyen Vogue edisi Brazil.
Sebanyak lima gaya yang pastinya terdedah dan seksi telah dipotretkan di lokasi terkenal negara itu iaitu Angra dos Reis.
 
Penampilannya yang hanya menutupi puting menggunakan pita selofan rona kulit itu tidak menjadi masalah buat Ri-Ri dan dia tidak pun menutup dan merasakan kejanggalan itu.
 
Beberapa lagi aksi yang memperlihatkan aset di dadanya itu tidak ditutup sama sekali. Yang jelas kelihatan di muka Rihanna adalah aksi serta memek mukanya yang dilihat seperti lari daripada konsep sebenar Vogue.
 
Ramai yang berpendapat bahawa Rihanna yang berasal dari Barbados itu sudah biasa dengan pemandangan yang sedemikian di negaranya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KARISMA, KAREENA KAPOOR BAKAL TERBIT FILEM BERSAMA

karisma kareena kapoor bakal terbit filem bersama

Cucu perempuan kepada Raj Kapoor iaitu Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor Khan dikatakan bakal mengikut jejak langkah datuk mereka itu dengan menerbitkan filem.
Namun begitu, filem yang bakal diterbitkan mereka itu tidak akan menggunakan syarikat produksi milik datuk mereka iaitu RK Films.
Sebaliknya, kedua-dua adik-beradik perempuan yang popular ini memilih untuk menerbitkan filem sulung mereka di bahawa syarikat produksi mereka sendiri.
Sumber memberitahu, Kareena dan Karisma memang sudah lama menyimpan hasrat untuk mewujudkan syarikat produksi mereka sendiri dan menghasilkan filem-filem yang mampu memenuhi citarasa penonton secara lebih meluas.
"Malah, Kareena dan Karisma juga akan berlakon bersama di dalam produksi pertama mereka itu. Lagipun, mereka sudah ramai yang menantikan kemunculan mereka bersama di layar perak," katanya sumber itu lagi.

Pelik...
Bukan Kareena dan Karisma saja yang tidak berminat untuk menerbitkan filem di bawah syarikat produksi datuk mereka, RK Films.
Ranbir Kapoor juga begitu dan dia sudah pun mewujudkan syarikat produksinya sendiri.
Apapun, Kareena dan Karisma bukanlah aktres pertama yang membuka syarikat produksi mereka sendiri.
Sebelum ini, sudah ada aktres yang berbuat demikian. Antaranya ialah Shilpa Shetty, Lara Dutta, Dia Mirza, Sushmita Sen serta Anushka Sharma.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts