translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Kediaman Pelakon Bollywood, Sri Devi Terbakar


BAHARU sahaja dikhabarkan mempunyai masalah hutang, kediaman aktres Sri Devi dan Boney Kapoor musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu.
Menurut laporan portal OneIndia, kebakaran itu berpunca daripada kabel di bilik Sri Devi yang mengalami litar pintas. “Walaupun Sri Devi panik dengan kebakaran yang terjadi dia tetap berani mematikan segera pusat elektrik di kediaman mereka.
“Pihak bomba tiba tidak sampai setengah jam selepas dihubungi. Walaupun kebakaran itu berjaya dipadamkan, namun sebahagian besar bilik Sri Devi telah hangus terbakar,” kata sumber.
Boney segera pulang ke rumah dari Bandra sejurus mendapat tahu kebakaran tersebut dan menempatkan ibunya di rumah aktor Sanjay Kapoor sementara dia dan Sri Devi tinggal di sebuah hotel untuk sementara waktu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ELVEENA IRIS DISAMUN KETIKA SEDANG MEMANDU


Penyanyi Melayu-Pakistan,
Penyanyi Melayu-Pakistan, Elveena Iris baru-baru ini disamun ketika sedang memandu kereta. 
Elveena Iris Disamun RM10,000 Ketika Sedang Memandu 2
Elveena berkata, pada ketika itu, beliau baru sahaja mengeluarkan wang tunai RM 10,000 dari sebuah bank. Ketika dalam perjalanan balik, kenderaan beliau berhenti di sebuah lampu isyarat. 
Secara tiba-tiba, seorang penunggang motosikal memecahkan cermin keretanya dan menyamun beg yang mengandungi wang tunai RM 10 ribu itu.
Alhamdulillah, Elveena tidak cedera tetapi masih dalam keadaan trauma dan ketakutan.
Jelas Elveena lagi, kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan beliau seperti tidak percaya kejadian yang selalu ditonton di kaca televisyen berlaku kepada dirinya sendiri.
Elveena Iris Disamun RM10,000 Ketika Sedang Memandu 3
Bagaimanapun, beliau sedih di atas kehilangan wang sebanyak RM10 ribu. Elveena percaya, beliau telah diekori sejak beliau keluar dari bank lagi.
LaporanTerkini tumpang simpati di atas kejadian yang menimpa Elveena itu.Namun bersyukur kerana penyanyi itu selamat dan tidak tercedera. 
 baru-baru ini disamun ketika sedang memandu kereta. 

Elveena Iris Disamun RM10,000 Ketika Sedang Memandu 2
Elveena berkata, pada ketika itu, beliau baru sahaja mengeluarkan wang tunai RM 10,000 dari sebuah bank. Ketika dalam perjalanan balik, kenderaan beliau berhenti di sebuah lampu isyarat. 
Secara tiba-tiba, seorang penunggang motosikal memecahkan cermin keretanya dan menyamun beg yang mengandungi wang tunai RM 10 ribu itu.
Alhamdulillah, Elveena tidak cedera tetapi masih dalam keadaan trauma dan ketakutan.
Jelas Elveena lagi, kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan beliau seperti tidak percaya kejadian yang selalu ditonton di kaca televisyen berlaku kepada dirinya sendiri.
Elveena Iris Disamun RM10,000 Ketika Sedang Memandu 3
Bagaimanapun, beliau sedih di atas kehilangan wang sebanyak RM10 ribu. Elveena percaya, beliau telah diekori sejak beliau keluar dari bank lagi.
Simpati di atas kejadian yang menimpa Elveena itu.Namun bersyukur kerana penyanyi itu selamat dan tidak tercedera. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SHILA AMZAH MOHON HENTIKAN TABUR FITNAH


Huh.. Tentunya isu paling hangat hari ini ialah berkenaan hubungan Johan As’ari dan Lana Nordin yang putus ditengah jalan. 
Namun, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menambah-nambah gosip hubungan Johan As’ari dan Shila Amzah satu ketika dahulu.
Jesteru, oleh kerana tidak berpuas hati berkenaan perkara tersebut, Shila Amzah menulis di laman Twitternya.
”Assalamualaikum,sha mintak utk stop tulis any artikel yg ada kaitan atau mengaitkan sha dgn sapa2..Sbb sha rasa 1 pun artikelnya x mbantu utk mperbaiki kerjaya seorg artis..”
”so i hope,abg faham dan berhenti tulis apa pun sama ada peribadi mahupun kerjaya.. Bukan kita mengharapkan pujian semata2, tapi jgnlah sebarkan fitnah. Awak pun ada family!”
Shila Amzah Tempelak Penulis Blog Kerana Taburkan Fitnah 1
Sebenarnya ada terbaca berkenaan artikel yang dikeluarkan oleh laman blog itu pagi tadi. Namun tak sangka pula Shila Amzah akan marah dengan gosip yang dikeluarkan oleh blog tersebut. 
Berkenaan nama blog tersebut, tak perlulah disebutkan di sini. Tapi berkenaan perkataan ‘fitnah’ yang disebut oleh Shila Amzah tersebut, tidak pastilah di mana penulis blog itu menaburkan fitnah. Hanya gosip-gosip panas sahaja. 
Apa yang ditulis oleh penulis blog tersebut adalah ”Adakah selepas ini Lana Nordin akan buat klip video menyanyi ombak rindu akibat perpisahan ini?” merujuk kepada perbuatan Shila Amzah yang menyanyikan lagu Ombak Rindu selepas berpisah dengan Sharnaaz satu ketika dahulu. 
Shila Amzah Tempelak Penulis Blog Kerana Taburkan Fitnah 2
Selain itu, penulis blog itu menyebut, “Adakah Johan akan mendamba cinta Shila Amzah kembali? Adakah Shila sedang berbunga hatinya membaca perkhabaran ini?.”
Shila Amzah kini meminta penulis blog tersebut untuk tidak menulis berkenaan dirinya lagi. Jesteru, kalau tulis juga, boleh kena saman tue.. Huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERCINTAAN PUTUS,JOHAN TIDAK MATANG HAL PERKAHWINAN:-LANA NORDIN


Wanita mana yang tidak marah jika berita hal perkahwinan diambil remah dan main-main. 
Lana Nordin yang mengulas panjang berkenaan perkara ini berkata, Johan As’ari mengaibkan dirinya dan keluarga tentang hal perkahwinan mereka. 
Johan Tak Matang Dan Mengaibkan Saya Dan Keluarga - Lana Nordin 1
Lana berkata, sepanjang 3 hari pertama berkenalan dengan Johan As’ari, beliau terkejut apabila Johan melamarnya. Namun beliau tidak menidakkan atau mengiakkannya.
Lana hanya memberi masa kepada Johan As’ari kerana beliau tahu tempoh perkenalan mereka terlalu singkat.
“Pada peringkat awal perhubungan cinta kami, saya melihat kesungguhan ditunjukkan, apatah lagi Johan dengan berani tampil memberi kenyataan mahu melamar saya.”
”Begitupun waktu itu saya tidak menidakkan dan tidak juga mengiyakan, sebaliknya cuba memberinya peluang.”
“Apabila hubungan tidak mendapat restu ibunya,sepatutnya sebagai lelaki Johan cuba mencari masa dan memperbaiki hubungan kami.”
”Sebulan terlalu singkat untuk kami melakukan segalanya sedangkan untuk memenangi hati keluarga mengambil masa lebih panjang,”
Johan Tak Matang Dan Mengaibkan Saya Dan Keluarga - Lana Nordin 2
Lana juga berkata, beliau kesal kerana Johan tidak menunggu lebih lama untuk mengenali dirinya dan keluarga.
“Sepatutnya tempoh yang ada digunakan untuk mengenali hati budi masing-masing termasuk ahli keluarga. Tetapi, cara diambil untuk memutuskan hubungan kami sangat tidak matang kerana ia turut mengaibkan keluarga saya.”
”Tidak mengapalah kalau itu yang dia kehendaki. Biarlah saya, dia dan Allah saja yang tahu siapa Johan As’ari,”
Selain memutuskan perhubungan secara tiba-tiba, Lana Nordin juga kesal kerana Johan melamarnya secara terburu-buru.
“Dia kata jujur dan ikhlas, tetapi tindakannya lebih jelas daripada kata-kata. Memutuskan hubungan dalam masa sebulan adalah satu tempoh yang cukup pantas untuk menyalahkan takdir.”
”Dia tidak sepatutnya membuat keputusan mahu melamar terburu-buru, begitu juga dengan memutuskan hubungan ini,”
Johan As'ari memilih keluarga dan meninggalkan Lana Nordin
Johan As’ari memilih keluarga dan meninggalkan Lana Nordin
Seperti yang LaporanTerkini katakan sebelum ini, sememangnya ini adalah perbuatan paling tak matang bagi Johan As’ari. Tak salah, Johan tahun ini sudah berumur 27 tahun. Perkara kahwin bukannya perkara yang boleh dibuat main-main…
Tapi LaporanTerkini dapat mengagak bahawa Johan sebenarnya mengejar cita-citanya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini(seperti yang pernah Johan As’ari sebutkan beberapa kali di media).  
Mungkin kerana terlalu rigid mengejar cita-citanya itu, beliau membuat keputusan untuk melamar Lana Nordin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts