translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

City, Chelsea mara mudah


London: Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur berjaya melangkah ke pusingan keempat Piala Liga awal pagi semalam manakala Sunderland memulakan kempen tanpa Paolo Di Canio dengan mengalahkan Peterborough.
Pengurus Chelsea Jose Mourinho memberi peluang kepada Juan Mata yang jarang beraksi ketika menentang kelab divisyen tiga Swindon Town dan dia berjaya mencipta gerakan gol pembukaan pada minit ke-29 apabila bola sepakannya berjaya ditepis Wes Foderingham namun pantas ditolak masuk oleh Fernando Torres.

Enam minit kemudian Ramires menggandakan jaringan buat pasukan pelawat apabila berjaya menyempurnakan hantaran Torres untuk menewaskan Foderingham bagi kemenangan 2-0.
Ramires hanya beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Marco van Ginkel yang mengalami kecederaan pada minit ke-10 bagaimanapun dia juga terpaksa dikeluarkan untuk memberi laluan kepada John Terry selepas tamat babak pertama.

“Kami semua tahu piala ini penting dan untuk mencatat kemenangan di tempat lawan dengan pasukan liga bawahan amat menyukarkan,” kata Torres.

“Bagi pemain yang tidak beraksi dalam beberapa perlawanan terakhir, ia persembahan yang baik. Semua gembira. Ia satu langkah yang bagus.” City yang masih segar dengan kemenangan 4-1 dalam pertembungan setempat dengan Manchester United Ahad lalu mudah meratah pasukan yang menumpaskan mereka pada final Piala FA musim lalu Wigan Athletic 5-0 di gelanggang sendiri.
Dengan Micah Richards kembali selepas pulih daripada kecederaan, City mengambil masa selama 33 minit untuk mendahului apabila Edin Dzeko menyempurnakan hantaran Fernandinho.

Penyerang Montenegro, Stevan Jovetic memperoleh gol pertamanya untuk kelab sebelum Yaya Toure melakukan sepakan percuma menarik bagi mengumpul gol ketiga musim ini ketika permainan berbaki 14 minit.
Jovetic menambah gol keempat dengan Jesus Navas juga mencetak nama sebagai penjaring bagi merekod gol pertama bersama kelab barunya itu.

Jermain Defoe pula meledak dua gol bagi membantu Tottenham meraih kemenangan selesa 4-0 menentang pasukan pencabar Liga Perdana, Aston Villa dengan pemain baru Paulinho dan Nacer Chadli juga turut menyumbang gol.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

‘Lebih baik saya berdiam diri’


 “Saya hanya akan cakap apabila perkara ini betul-betul terjadi,” kata Almy Nadia menjawab kenyataan diberikan Fizz Fairuz yang mengakui untuk mengahwininya tahun depan.
Menurut laporan sebuah blog, Fizz mengaku sudah menemukan Almy dengan ibunya minggu lalu, malah akan kerap bertemu selepas ini bagi membincangkan persiapan perkahwinan mereka. 
Dalam kenyataan yang diberikan ketika sidang media bootcamp Liga Lawak Superstars di Hulu Langat kelmarin, Fizz menjelaskan belum bertemu keluarga Almy, tetapi akan ke Pulau Pinang untuk berjumpa bakal mentuanya itu selain turut memaklumkan akan terus berkahwin tanpa mengikat tali pertunangan. 

Ketika dihubungi semalam, Almy bertegas tidak mahu beri apa-apa komen kerana perlu menjaga hati banyak pihak. “
Foto

Saya hanya tahu perkara ini selepas ramai kenalan wartawan menghubungi saya sejak pagi tadi (semalam). Insya-Allah saya akan beri kenyataan apabila tiba waktunya nanti, buat masa sekarang berdiam adalah jalan terbaik dan paling selamat.

“Saya faham tugas wartawan, tetapi maaf saya perlu bersikap adil kepada semua. Pengalaman lalu banyak mengajar saya supaya jangan terlalu terbuka. Bimbang nanti timbul cerita serta persepsi bukan-bukan seperti yang berlaku dulu. Saya tidak mahu ulang lagi kesilapan lalu apabila ramai yang terluka dan berkecil hati. 

“Lagipun saya ada keluarga yang perlu dijaga air mukanya dan biar saja Fizz yang bersuara,” katanya.

Almy dan Fizz bercinta selama tujuh tahun, tetapi hubungan mereka renggang pada 2012 selepas Fizz meraih Anugerah Pelakon Lelaki TV Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011. Ketika itu Fizz mengakui hubungannya dengan Almy masih baik sedangkan Almy pula mengeluarkan kenyataan tidak tahu menahu niat Fizz mahu mengahwininya kerana hubungan mereka sebenarnya bagaikan retak menanti belah, malah Fizz sudah lama tidak menghubunginya. 

Industri hiburan tanah air kemudian dikejutkan dengan berita pertunangan Fizz dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar pada 10 Februari 2012 dan putus tunang tidak lama selepas itu berikutan pendedahan wanita berkenaan dikatakan isteri orang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gerak hati sudah jangka


“Arwah pergi dengan sekelip mata kerana saya baru saja bersamanya menikmati makan malam selepas solat Isyak dan hanya mengetahui dia tiba-tiba sakit apabila pintu bilik saya diketuk kakitangan Tabung Haji yang meminta buku rekod kesihatannya jam 11.30 malam.
“Kepada anak-anak, mak di sini Insya-Allah sihat, sentiasa doakan mak di sini dan bacalah al-Quran selalu serta hadiahkan doa pada abah,” kata Rosnamsiati Mohd Daham, 59, balu kepada Hashim Abdul Latif, 60, yang meninggal dunia akibat masalah jantung di sini, Sabtu lalu.

Walaupun dia reda dengan pemergian suaminya itu, di sebalik hati kecil ibu kepada lima orang anak itu tersimpan perasaan sedih kehilangan insan tersayang dan mengharapkan doa daripada anak-anak untuk memberinya kekuatan bagi meneruskan ibadat haji.
Mengimbas kembali kejadian itu, Rosnamsiati yang kelihatan tabah ketika ditemui berkata, dia bersama arwah suaminya sudah menunaikan ibadat umrah dan pada hari kejadian, suaminya sempat menunaikan solat Jumaat sebelum pulang ke bilik penginapan.

Pada malam kejadian, dia sempat menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram dan pulang menikmati makan malam bersama sebelum kembali ke bilik untuk berehat serta tidak melihat sebarang perubahan pada diri arwah.

“Pada malam kejadian, saya sempat memasuki bilik arwah dan dimaklumkan rakan sebiliknya arwah tiba-tiba jatuh di dalam bilik air serta terus pengsan.
Foto
ROSNAMSIATI ditemu ramah kakitangan Tabung Haji.
“Rakannya melaporkan kejadian kepada pihak Tabung Haji dan hati kecil saya sudah menjangka arwah sudah tiada selepas melihat doktor di dalam biliknya,” katanya sambil menambah arwah seorang yang peramah kerana bekerja di syarikat insurans dan ramai rakannya tidak mengetahui beliau meninggal dunia.

Ketika ditanya sama ada arwah suaminya mempunyai sejarah penyakit jantung, Rosnamsiati berkata, arwah pernah mendapatkan pemeriksaan di hospital selepas mengadu sakit dada ketika berjoging, tetapi penyakitnya gagal dikesan cuma kadar kandungan gula di dalam tubuhnya agak tinggi.
“Arwah sangat mesra, malah setiap kali selepas solat dia akan pegang tangan dan memeluk saya. Saya akan cuba tabahkan hati untuk menghadapi musibah ini dengan sering mengaji dan bersolat supaya dapat melupakan kejadian ini kerana arwah pergi dengan cara baik.

“Saya amat berterima kasih kepada Tabung Haji kerana memberi sokongan dan saya ditemani ustazah ketika menunaikan solat jenazah di Masjidil Haram, malah anak-anak juga selalu bertanyakan khabar berita dan saya juga sering memberi semangat kepada anak-anak selepas ketiadaan arwah,” katanya turut berharap pihak TH dapat menghantarnya pulang lebih awal apabila selesai menunaikan ibadat haji kelak.

Arwah Hashim Abdul Latif, 60, yang berasal dari Lot 50721, Regat Rapat Jaya, Kampung Rapat Jaya, Ipoh, disahkan meninggal dunia di Klinik Maktab 100, Rehab Janadriyyah jam 12.01 pagi Sabtu dan dikebumikan di tanah perkuburan Ma’la di Makkah selepas solat Zuhur

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedut hidung selamat nyawa


Kuala Kangsar: Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang bertindak pantas dengan menyedut hidung bayinya dalam usaha menyelamatkan mangsa berusia lima hari yang hampir maut akibat tercekik susu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, ibu malang terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Roshaniza, 29, berkata, insiden itu berlaku ketika dia tinggal dengan bayinya, Muhammad Harith Amsyar di rumah mereka di Taman Bunga Raya, di sini.

Menurutnya, dia meninggalkan bayinya itu seketika untuk ke tandas sebelum terdengar bayinya menangis dan terbatuk-batuk.
“Sebaik keluar dari tandas, saya terkejut apabila melihat tubuh bayi saya bertukar kebiru-biruan. Saya melihat susu mengalir dari hidung anak saya lantas saya menepuk belakangnya bagi memastikan dia tidak terus tercekik dan sukar bernafas,” katanya.

Dia kemudian segera menyedut hidung bayinya itu dengan menggunakan mulut bagi mengeluarkan susu yang tersekat di rongga mulut dan hidung bayinya itu. “Akhirnya beberapa ketulan susu beku yang tersekat di dalam hidungnya berjaya dikeluarkan.

“Selepas berjaya mengeluarkan ketulan itu, saya dapati bayi saya mula bernafas semula, namun tubuhnya masih lemah dan kelemasan. Saya segera menggagahkan diri memandu kereta kepunyaan ayah ke Hospital Kuala Kangsar yang terletak 15 kilometer dari rumah untuk menyelamatkannya,” katanya.
Foto
ROSHANIZA memangku bayinya yang nyaris maut tercekik susu, tengah hari kelmarin.
Menurutnya, dia mengetepikan rasa sakit dan menggagahkan diri untuk memandu kereta selama hampir 30 minit untuk sampai ke hospital berkenaan.

“Saya hanya memikirkan nyawa anak saya kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Sebaik tiba di pekarangan Wad Kecemasan Hospital Kuala Kangsar, saya segera memaklumkan kepada kakitangan wad itu supaya segera memberikan bantuan kecemasan kepada bayi saya itu.
“Mujurlah petugas terbabit prihatin dan bertindak pantas. Akhirnya nyawa anak saya dapat diselamatkan dan Muhammad Harith kembali aktif seperti sedia kala,” katanya.

Menurutnya, pengalaman itu memberi banyak pengajaran berguna kepadanya, terutama dalam aspek penjagaan bayi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shabana Azmi berlakon drama bersiri 24


Aktres veteran Shabana Azmi, 63, sudah berlakon lebih 120 filem dan antara penerima anugerah paling ba-nyak di Bollywood.
Terbaru dia muncul dalam siri drama yang pernah popular di Amerika Syarikat iaitu 24. Dia bersetuju berlakon dalam drama itu kerana diterbitkan sahabat baiknya, Anil Kapoor. 
“Saya berkawan dengan Anil dan isterinya lebih 30 tahun dan kami sudah seperti satu keluarga. Saya yakin dengan kerja Anil sebab itu saya sudi terima tawarannya,” katanya. 

Dalam drama bersiri itu, Shabana tampil berambut pendek, meng-enakan seluar panjang dipadankan dengan kurta untuk disesuaikan de-ngan wataknya sebagai Abhilasha Grewal yang berkhidmat di Unit Anti Pengganas.

“Ia bukan watak biasa dan belum pernah saya bawakan dalam filem atau drama, jadi watak itu sangat menarik. Kemunculan saya sebagai cameo dan hanya menjalani penggambaran selama sembilan hari.

“Ia adalah drama yang bagus dan belum disiarkan, penonton sudah menaruh harapan tinggi. Daripada promosi drama, ia menunjukkan hasil kerja yang berkualiti dan saya yakin penonton akan suka. Saya juga dapat rasakan jika drama ini berjaya, drama lain pasti akan menyusul,” katanya. 

Selain berlakon, pel-bagai pihak menjemputnya menjayakan program bual bicara untuk televisyen, tetapi Shabana tidak dapat melakukannya kerana kesuntukan masa. 

“Saya dan suami (penulis lirik - Javed Akhtar) nak bersantai bersama pun tak sempat kerana kesibukan masing-masing. Namun kami sangat memahami antara satu sama lain dan tidak pernah ada masalah. 

“Javeb adalah penulis sajak romantik dan ramai kata saya bertuah. Tetapi, saya jelaskan pada mereka yang Javed bukan suami yang romantik. Dia menulis puisi kerana minat dan itu kerjayanya,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagi kisah wira Viking


Dalam pada industri perfileman Malaysia menerima kedatangan filem Vikingdom arahan Yusry Abdul Halim, saluran History tampil menayangkan siri Vikings. Ia membabitkan kos produksi kira-kira AS$40 juta dan bakal ditayangkan setiap Ahad bermula minggu ini, jam 10 malam.
Vikings mengisahkan orang Norse yang menceritakan mengenai kekeluargaan serta persaudaraan yang dilalui sepanjang perjalanan hidup wira Viking bernama Ragnar Lothbrok lakonan Travis Fimmel. Ini kisah pertama legenda orang Norse yang kini menjadi lembaran sejarah.
Ragnar bukan saja se orang wira tetapi juga petani yang mempunyai sema ngat berkobar-kobar untuk mengembara. Cita-citanya itu menyebabkan beliau terpaksa berdepan ketua penduduk tempatan (Gabriel Byrne) yang lebih cenderung menghantar orang-orangnya ke kawasan timur yang miskin dan bukan kawasan barat yang belum diterokai. 

Konflik tercetus apabila Ragnar bergabung de ngan rakannya Floki (Gustaf Skarsgard), seorang pembina bot untuk membina sebuah kapal yang mampu menahan gelora lautan. Di sini bermulanya kisah mengujakan pahlawan ini.
Foto
PERTEMBUNGAN ideologi antara plot yang dipaparkan dalam siri ini.

Pengarah terkemuka, Michael Hirst adalah pencipta siri untuk sembilan episod ini. Beliau dikenali sebagai penulis, pencipta dan penerbit eksekutif bagi siri drama The Tudors juga penerbit bersama siri terkenal Camelot.

Selain tema peperangan dan aksi, Vikings turut me ngetengahkan unsur kasih sayang dan cinta antara Ragnar dan isterinya, Lagertha (Katheryn Winnick) yang juga seorang pahlawan. 

Siri ini turut menyelitkan kisah Rollo (Clive Standen), seorang pejuang yang iri hati dan ganas, isteri kepada Earl Haraldson, Siggy (Jessalyn Gilsig), seorang wanita jelita yang kesetiaannya dipersoalkan dan Athelstan (George 
Blagden), seorang rahib yang mendapati moral Kristian tidak punya tempat dalam masyarakat Viking yang jahiliah. 

Vikings adalah sebuah kisah yang menceritakan bagaimana cita-cita dan semangat serta inovasi mampu menggugat sebuah tamadun. Ia juga menggambarkan sejauh mana setiap watak itu diuji hingga cara hidup mereka berubah buat selamanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Soha Ali Khan Kunal Khemu Marriage Plans


Reports of Soha Ali Khan and Kunal Khemu’s marriage have been surfacing regularly. However, the couple has refrained from giving any clues about when they would get married. It was widely reported that Soha and Kunal’s relationship had been accepted by the pataudi family. Now, things have gained more momentum with Soha’s mother, Sharmila Tagore, having bought a flat in Mumbai.
The flat has bought jointly in the name of SharmilaTagore and Soha. The property is approximated at around 9 crores. The flat is spread across 1500 sq feet. It is located in the upscale Sunder Villa building, on Linking Road.

Though the mother-daughter duo hasn’t confirmed the reason for purchasing this flat, Soha hinted at moving here after her marriage.
While news of Saif Ali Khan’s marriage to Kareena Kapoor continues to feed media frenzy, Soha too is expected to marry soon. Soha’s marriage is most likely to happen early, next year.
Once Saif and Soha get married, the Pataudi household would be overwhelmed with Bollywood stars, just like the Bachchan clan!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hrithik Roshan, Suzanne Khan masih bersama


Hrithik Roshan, Sussanne Roshan NOT getting separated!

Baru-baru ini tersebar khabar angin mengatakan rumah tangga aktor Hrithik Roshan dan isterinya, Suzanne Khan berantakan. Bagaimanapun, berita itu segera dinafikan kakak Suzanne iaitu Farah Khan Ali yang mendakwa media sengaja mengadakan cerita terbabit.
“Mereka berdua baik-baik saja. Kehidupan selebriti tidak pernah sunyi daripada gosip dan khabar angin. Kepada peminat Hrithik jangan anda terus percaya apa yang dipaparkan dalam akhbar atau majalah. 
“Kepada media pula, jangan terlalu masuk campur dalam kehidupan peribadi artis. Mereka pun ada hak untuk hidup seperti pasangan lain,” katanya. 

Pasangan itu yang berkawan sejak kecil berkahwin pada 2000 serta dikurniakan dua anak lelaki iaitu Hrehaan dan Hridhaan.

Khabar angin itu bertebaran di Bollywood mengatakan pasangan itu menghadapi masalah dan Suzanne kini meninggalkan kediaman mereka dan tinggal bersama ibu bapanya, Sanjay dan Zarine Khan.

Sebelum itu, pada 6 September lalu, Hrithik dan Suzanne muncul bersama pada majlis sambutan Hari Bapa untuk bapa Hrithik iaitu Rakesh Roshan di Mumbai. 

Hrithik kini sibuk mempromosikan filem lakonan terbarunya, Krrish 3 terbitan syarikat bapanya, Rakesh Roshan. Krissh 3 terus mengekalkan gandingan hero itu bersama jelitawan Priyanka Chopra yang pernah menerajui Krissh 1. 

Nampaknya kedua-dua hero dan heroin itu serasi bersama. Krissh 3 bakal menemui penonton di pawagam di India pada 4 November depan sempena Deepavali. Filem ini dijang-ka mengulangi kejayaan Krissh 1 dan 2 yang menjadi filem pecah panggung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Almy Nadia Hidap Penyakit Kanser Mulut?


Gambar dan punca Almy Nadia hidap penyakit kanser mulut - Admin agak terkejut dengan dakwaan sebuah portal yang kononnya Almy Nadia kini menghidap penyakit kanser mulut. Pelik tapi benar bagaimana kejadian tidak diduga ini berlaku kepada seorang pelakon yang sering dirundung malang berkali-kali.


Apakah tanggapan awal anda apabila melihat wajah Almy Nadia seperti di atas? Pasti ramai yang rasa seram dan geli bukan?

Foto yang dikongsikan oleh pelakon tersebut seolah-olah menunjukkan Almy sedang menghidap penyakit kanser mulut dan agak melucukan apabila terdapat sesetengah pengikut laman sosialnya mengatakan itu adalah kesan daripada mereka yang gemar menghisap rokok.


Nampaknya semua tanggapan itu salah. Sebenarnya foto tersebut dirakamkan sewaktu Almy sedang menjalani penggambaran untuk drama terbarunya berjudul Zikir Di Bibir, arahan pengarah terkenal, Khir Mohd Noor.

Wah, nampak macam real kan luka yang terdapat di mulut Almy? Pandai betul jurusolek yang merealisasikan kesan mekap tersebut. Bukan senang nak buat kesan mekap yang nampak semulajadi seperti itu, hanya mereka yang profesional sahaja mampu melakukannya.

Apa pun kami memang kagum dengan jurusolek tersebut dan untuk tatapan semua peminat Almy Nadia, jom kita layan beberapa foto dan video lucu pelakon tersebut sekitar penggambaran drama Zikir Di Bibir selepas ini. Enjoice!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ADAM AF SAH SUAMI FIZA ELITE :-HIJRAH FIZA PIKAT ADAM


Siapa sangka pertemuan dalam satu majlis awal tahun ini membuahkan bibit cinta pada bintang Akademi Fantasia musim kedua, Adam AF2 dengan bekas anggota Elite, Fiza hingga membawa ke jenjang pelamin.
Menurut Adam atau nama sebenar nya, Mohd Aizam Mat Saman, 30, dia ha nya mengenali Fiza, 32, sebagai rakan artis ketika mereka sebumbung di bawah pengurusan KRU sebelum ini. 
“Selepas majlis itu, kami saling berbalas mesej dan Fiza juga belum bertudung ketika itu.

“Saya juga dapat tahu dia sudah bertudung, baru-baru ini, apabila melihat statusnya di Blackberry Messenger (BBM) dan gembira dengan perubahannya itu. Hati saya terus terpaut padanya selepas kami bertemu dua kali di restoran mamak dan restoran makanan segera pada perte ngahan Ra ma dan lalu,” katanya.

Adam berkata, dia membuat solat Istikharah dan percaya Fiza adalah jodoh yang ditentukan Allah buatnya.

Adam dan Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim memilih untuk diijabkabulkan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam pada jam 10 pagi, hari ini. 

Ia perkahwinan kedua Fiza yang berstatus ibu tung gal dua anak. Sebelum ini, Fiza berkahwin de ngan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, tetapi bercerai pada November 2010. 

Ditanya kenapa ingin segera berkahwin, kata Adam, dia ingin menghalalkan hubungan mereka. 

“Saya tak mahu berkawan lama-lama dan perkara mendirikan masjid seperti ini elok dipercepatkan. Maklumlah, saya pernah bercinta beberapa tahun, tapi hubungan itu putus di te ngah jalan sebelum ini. Justeru, apabila bertemu Fiza saya yakin dialah jodoh saya. 

“Pada masa sama, kami memutuskan untuk buat majlis ringkas dengan bernikah di pejabat agama saja. Kami juga tidak bersanding dan hanya majlis akad nikah,” katanya. 

Menyusul selepas itu, kata Adam, dia akan me ngadakan majlis resepsi sederhana di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah. 

Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite. Dengan sekali lafaz, penyanyi Mohd Aizam Mat Saman atau Adam (Akademi Fantasia 2) dan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza selamat bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, pada pagi Khamis. Akad nikah disempurnakan Pegawai Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad kira-kira pukul 10.30 pagi.



Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran.

Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media. Adam, 30, dan Fiza saling kenal mengenali pada pertengahan Julai lalu sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berumah tangga.




"Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia ke arah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya.

"Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," kata Adam. Tambah Adam, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain mengharapkan hubungan itu kekal ke akhir hayat.




Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4. Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.










Adam tak kisah status janda

Walaupun berstatus bujang, Adam mengaku dia menerima Fiza seadanya sebagai isteri.

Malah, kata Adam, dia tidak kisah dengan status Fiza yang juga janda dua anak.

“Saya juga terpaut dengan kelembutan yang ada padanya. Bukan saja saya, keluarga saya turut menerima Fiza dengan baik selepas saya membawanya bertemu keluarga di Kota Kinabalu pada Aidilfitri lalu.

“Saya juga menerima anak-anaknya yang comel itu dalam hidup saya dengan hati terbuka. Insya-Allah, saya harap dapat membimbingnya untuk sama-sama ke jalan Allah. Semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.

Beralih perancangan selepas berkahwin, kata pe nyanyi yang popular de ngan lagu Joget Lambak itu, dia akan fokus kepada Pusat Rawatan Islam miliknya iaitu Nur Salam.

“Selain itu, saya juga sibuk mempromosikan single baru berjudul Penggodam Jiwa.

“Saya juga tidak menghalang Fiza untuk teruskan karier seni nya selepas berkahwin. Lebih penting, dia tahu batas sebagai isteri dan menjaga maruah suami dan keluarga,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BETUL KE FIZZ FAIRUZ NAK KAHWIN ALMI NADIA??????


Fizz nak kahwin Almy
Bagai sudah dapat menjangka soalan yang ingin diajukan kepadanya, pelakon, Fizz Fairuz, 34, terus mengaku hubungannya dengan bekas kekasih, Almy Nadia, kini kembali terjalin.

Bahkan, bintang Nur Kasih ini turut membayangkan, ikatan yang bertaut semula sejak beberapa bulan lalu itu bakal berakhir di jenjang pelamin.
Mengambil iktibar atas apa yang berlaku sebelum ini, termasuk pertunangan dengan wanita yang dikatakan masih bergelar isteri orang, Azlyn Massiela, 26, Februari lalu, Fizz menganggap semua itu sebagai pengajaran hidup.


Tidak menolak jika jodohnya memang ditakdirkan dengan Almy, 27, Fizz malah merancang menamatkan zaman bujangnya tahun depan.

“Memang betul kami kembali bercinta. Mungkin dialah juga jodoh saya. Biarlah apa orang nak cakap kalau ia memang sudah ditentukan sedemikian. Apa yang berlaku sebelum ini pula biarlah berlalu.

“Insya-Allah, saya memang bercadang untuk menjadikannya isteri saya yang sah, secepat mungkin. Begitupun, setakat ini belum ada perbincangan yang serius dan saya sendiri perlu berjumpa dengan keluarganya terlebih dulu,” katanya kepada HIP.

Nak terus kahwin
Ditanya apakah mereka merancang untuk bertunang terlebih dulu, Fizz berasakan tidak perlu berbuat demikian kerana masing-masing sudah cukup faham dan mengenali hati budi. Sebaliknya dia lebih suka jika mereka terus saja berkahwin.

Menganggap Almy wanita yang sempurna di matanya, pelakon ini berkata, percintaan mereka selama tujuh tahun sudah begitu utuh untuk menyaksikan kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri.

“Jodoh ditentukan Allah dan saya tidak menolak jika dialah jodoh saya. Dengan apa yang berlaku sebelum ini, dia seorang yang amat memahami dan masih mempercayai saya,” katanya yang kini menggalas tanggungjawab sebagai guru seni persembahan bagi program Akademi Fantasia 2013.

Almy enggan komen panjang

Sebelum ini, Almy turut mengeluarkan kenyataan dalam sebuah rancangan televisyen mengatakan hubungan mereka kembali terjalin. Namun, ketika dihubungi HIP semalam, pelakon 4 Madu itu enggan memberikan ulasan mengenai pengakuan terbaru Fizz.

Sedikit terkejut mendengar kenyataan daripada aktor terbabit, Almy bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada lelaki berkenaan.

“Saya tidak mengiyakan atau menafikan, sebaliknya biarlah Fizz saja yang memberikan kenyataan. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen lagi, takut nanti disalah faham dan orang ramai sekali lagi akan menyalahkan saya.

“Memang benar saya ada berikan komen sebelum ini, tetapi mungkin orang salah faham maksud saya. Apapun, kita tunggu saja ketentuan Tuhan,” katanya yang ketika ini sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Ibu, Mami, Mama.

Mahu berlaku adil kepada semua media, ibu kepada Nur Afrina, 4, lebih selesa mengambil tindakan berdiam diri.

“Saya bukan nak mengelak atau melarikan diri, cuma takut komen yang akan diberikan memakan diri sendiri. Saya perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, bimbang ia melukakan hati orang lain,” katanya yang turut menganggap semua yang berlaku sebelum ini sebagai pengalaman berguna buatnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kemalangan NGERI Anggota Polis Maut, Motosikal Berkuasa Tinggi Bertembung


 Kemalangan NGERI  Anggota Polis Maut, Motosikal Berkuasa Tinggi Bertembung 

TANJUNG MALIM – Seorang anggota polis berpangkat koperal, maut digilis setelah motosikal berkuasa tinggi ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Slim Lama, berhampiran Taman Malim, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Koperal Ramlan Ludin, 37, yang bertugas di Balai Polis Ulu Bernam, Selangor maut di tempat kejadian selepas tercampak sebelum digilis sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Allahyarham yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kota Malim Prima, di sini difahamkan baru sahaja membeli motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha Z800 itu, sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Waja dipandu seorang wanita  keluar dari Taman Perumahan Malim menuju ke lokasi pusingan U.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi berkenaan, Ramlan, yang datang dari arah Tanjung Malim menuju Proton City tidak sempat mengelak menyebabkan rempuhan berlaku.

“Pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan. Mangsa cuba bangun, namun gagal dan dirempuh sebuah kereta Proton Saga BML.

“Mangsa yang berasal dari Sarawak maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, tangan, perut dan kaki,” katanya.

Mayatnya dibawa ke Hospital Slim River dan jenazahnya dituntut ahli keluarga kira-kira jam 2 pagi semalam untuk dikebumikan.

Othman berkata, kedua-dua pemandu kereta dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan sebelum keterangan diambil.

”Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Allahyarham yang mempunyai empat orang anak, menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1997 dan meminati aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GEMPAR!!! Gambar Ngeri Mangsa Tetak


SAKSIKAN...Ngeri Mangsa Tetak 

Butir mangsa:-
Nama: Pragash a/l Govindran
Kpt: 900117-06-5195

Kerja: meniaga restoran makan di city one plaza masjid india kl

Mangsa menyatakan telah diserang 2(l)(i) tidak dikenali (1 pakai topi dan 1 tidak memakai apa2) mangsa tidak dapat disoal secara detail. Motif kejadian tidak diketahui.

Siasatan tempat kejadian:-
1. Rumah mangsa merupakan rumah flat 11 tingkat rumah mangsa tingkat 5.
 Pintu grill dan daun pintu tiada kesan pecah / umpilan.

2. Mangsa putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak dipercayai menggunakan parang.

3. Kejadian rumah tiada saksi bebas setakat ini.

4. Mangsa masih gagal ditemubual.

5. Isteri mangsa masih ditemubual dan dlm keadaan trauma.

6. Pasukan siasatan masih ditempat kejadian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts