translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Insiden letupan: Sukan Sea Myanmar tidak terjejas

Datuk Sieh Kok Chi
Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi


MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) percaya beberapa insiden letupan yang dilaporkan di Myanmar, sejak minggu lepas, tidak akan menjejaskan penganjuran Sukan SEA 2013 di negara berkenaan, Disember ini.
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Sieh Kok Chi berkata kontinjen negara tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan semasa temasya dwitahunan itu kerana pihak berkuasa negara itu akan sentiasa memantau keadaan.
"Dahulu, ketika semua negara membuat persiapan Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India, berlaku insiden seperti itu (pengeboman) namun, semua atlet dan pegawai (kita) selamat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau mengulas beberapa insiden letupan bom di Myanmar sejak akhir-akhir ini, termasuk di sebuah hotel mewah di Yangon, Isnin lepas, yang menyebabkan seorang warga Amerika Syarikat cedera.
Sieh berkata MOM akan mendapatkan penadangan daripada pejabat Kedutaan Malaysia di Myanmar berhubung insiden pengeboman tersebut.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia tetap dengan perancangan asal untuk menghantar kontinjen negara ke Sukan SEA Myanmar dan akan memantau situasi keselamatan dari semasa ke semasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hasrat beraya berakhir tragedi

Hasrat beraya berakhir tragedi
Pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaiki Mohd Latip sekeluarga hampir putus dua selepas bertembung dengan lori tangki minyak dalam nahas tragik di Kilometer 150.8 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Cheneh Baru, petang kelmarin

KEMAMAN – Hasrat seorang pengurus ladang kelapa sawit dari Chini, Pahang untuk beraya di rumah rakan lama di Bandar Seri Bandi, Kijal, tidak kesampaian apabila dia maut bersama anak berusia empat tahun, sementara isterinya pula parah dalam nahas tragik, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Mohd Latip Abu Bakar, 37 dan anak lelakinya, Muhammad Rayyan maut serta-merta di tempat kejadian selepas pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 150.8 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Cheneh Baru, dekat sini.


Hasrat beraya berakhir tragedi
Lori tangki minyak turut remuk menyebabkan pemandunya tersepit di tempat duduk


Akibat pertembungan kuat itu, Mohd Latip yang memandu Mitsubishi Triton tersepit di tempat duduk, manakala anaknya pula tercampak ke hadapan kenderaan menyebabkan kedua-duanya cedera parah di kepala dan badan.
Mohd Latip yang beralamat di Kampung Parit Buaya, Johor, meninggal dunia di sisi isterinya, Rohaini Pengis, 29, yang mengerang kesakitan apabila patah kedua-dua kaki, selain mengalami pendarahan pada badan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila lori tangki minyak tanpa muatan dipandu N Krishnan, 41, hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar secara berdepan dengan pacuan empat roda dinaiki mereka.“Akibat pertembungan itu, pemandu lori yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan terbabit turut tercedera dan tersepit di tempat duduk,” katanya.
Susulan itu, Rohani yang berasal dari Kampung Keluru Jaya, Bekenu, Sarawak dan Krishnan dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.
Mayat dua beranak itu juga dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Perlanggaran itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan remuk teruk dengan tayar hadapan lori tangki turut tercabut.

10 minit keluar mangsa

Terdahulu, dua mangsa tersepit dikeluarkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh Baru yang dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera.
Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membantu mengeluarkan mangsa tersepit di sebalik sisa kenderaan yang remuk.
Mayat kedua-dua beranak itu dituntut keluarga sebelah Mohd Latip yang datang dari Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 malam.
Difahamkan, Mohd Latip dan isteri mempunyai seorang lagi anak perempuan, bagaimanapun anaknya itu tidak dibawa bersama ketika kejadian.
Mohd Latip sebelum bekerja di ladang sawit Chini, pernah bekerja di ladang kelapa sawit di Bandar Seri Bandi.
Jadi sempena cuti Hari Raya Korban, Mohd Latip merancang untuk menziarahi dan beraya di rumah rakan-rakan lamanya yang tinggal di ladang tersebut.
Beberapa rakan lama mangsa dari Bandar Seri Bandi yang terkejut dengan kejadian menimpa keluarga itu, turut datang ke tempat kejadian.

Jalan Jerangau-Jabor laluan maut

Dalam pada itu, kemalangan ngeri melibatkan tiga beranak terbabit turut menarik perhatian penduduk setempat yang mengerumuni lokasi kejadian untuk melihat keadaan kedua-dua kenderaan.
Penduduk, Zakaria Tusin, 55, berkata, laluan itu sering berlaku kemalangan meragut nyawa.“Sepanjang laluan Jerangau-Jabor terutama berdekatan Bandar Cheneh Baru, memang kerap berlaku kemalangan maut.
 Nahas ini berlaku kerana banyak sebab. Selain masalah teknikal, kerosakan jalan juga menyumbang kepada berlakunya kemalangan.“Jadi pihak berkaitan diharap dapat membaiki kerosakan jalan itu segera bagi mengurangkan risiko kemalangan. Manakala, pemandu pula perlu berwaspada dan tidak memandu laju.
Saya sarankan papan tanda amaran turut ditambah di sepanjang laluan itu bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TRW tewaskan ATM 2-1

TRW
JUARA Piala Sumbangsih 2013, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdepan tugas berat selepas tewas 1-2 semasa melayan kunjungan Kelantan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 di Stadium Selayang malam tadi.
Walaupun beraksi atas padang becak, namun tidak menganggu rentak permainan kedua-dua pasukan dengan percubaan pertama pertahanan ATM, Fitri Omar pada minit-13 tersasar.
Juara Piala FA 2013 itu terlebih dulu mendahului tuan rumah hasil jaringan Kapten, Badri Radzi yang menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun pada minit ke-15.
Gol pendahulaan pelawat nyata menyentap semangat anak buah B Sathianathan yang kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain tengah, Christie Jayaselan pada minit ke-19 menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Aksi babak kedua bersambung menyaksikan penguasaan anak buah Bojan Hodak dengan dereten peluang dimiliki gergasi Pantai Timur itu tetapi gagal menembusi gawang dikawal rapi Farizal.
Kelantan berpeluang kembali mendahului tuan rumah namun percubaan pemain tengah pelawat, Nor Farhan Muhammad pada minit ke-57 diselamatkan sekali lagi Farizal.
Namun gawang ATM akhirnya bolos apabila Nor Farhan sekali lagi menjadi duri dalam daging tuan rumah hasil jaringan minit ke-79 untuk kedudukan kekal 2-1.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beribu-ribu menangis tonton episod khas Glee buat Cory Monteith


Beribu-ribu menangis tonton episod khas Glee buat Cory Monteith
Selamat tinggal Finn Hudson, semoga tenang di sana.

Sedih, pilu dan menyayat hati, itu kenyataan yang tepat untuk menggambarkan perasaan beribu-ribu peminat kelab seni Glee, ketika menonton episod yang didedikasi khas buat pelakon utama drama bersiri itu, Cory Monteith.


Hashtag #RememberingCory (mengingati Cory) menjadi trending ketika episod itu ke udara menemui penonton semalam.

Rata-rata peminat menulis di Twitter masing-masing bahawa mereka turut mengalirkan airmata ketika menyaksikan episod terakhir buat Finn itu.

Seperti yang dijanjikan, penulis dan penerbit eksekutif drama bersiri  tersebut, Ryan Murphy tidak mahu menyebut bagaimana watak Finn mati ketika mengeluarkan watak itu dari cerita Glee.

“Bagaimana dia mati adalah tidak penting, apa yang penting bagaimana dia sewaktu masih hidup”

Itu antara bait skrip di dalam episod semalam.

Ia telah dimulakan dengan nyanyian dari barisan pelakon drama bersiri popular itu, seperti I'll Stand By You (Mercedes), Fire & Rain (Sam and Artie), No Surrender (Puck), dan If I Die Young (Santana).

Teman wanita Finn, Rachel Berry atau nama sebenarnya Lea Michele muncul diakhir 15 minit drama tersebut dan menyanyikan semula lagu nyayian Bob Dylan, Make You Feel My Love.

Kemunculan Lea dan lagu yang dibawanya adalah antara babak yang paling menyentuh hati dan paling banyak disebut di dalam ruang media sosial Twitter semalam.

Sebelum kematian Cory, Lea yang juga merupakan teman wanita Cory di luar set telah merancang untuk berkahwin.

Aktor berusia 31 tahun itu ditemui mati di bilik hotelnya di Vancouver, Kanada pada 13 Julai akibat pengambilan dadah dan alkohol berlebihan.

Cory atau Finn akan terus diingati sebagai budak lelaki yang  lurus namun bersuara lunak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Finas selesai baik pulih pusara P. Ramlee, Saloma




Pusara Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee dan isteri, Puan Sri Saloma yang sebelum ini rosak akibat dihempap pokok Mac lalu kini telah selesai dibaik pulih.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Md. Afendi Hamdan memberitahu, pihak Finas berasa bertanggungjawab untuk tugas membaik pulih pusara tersebut memandangkan kedua-duanya telah memainkan peranan besar dalam industri seni tanah air.


Pusara P. Ramlee, Saloma siap dibaik pulih
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengadakan majlis tahlil untuk menyempurnakan peletakan batu nisan pusara seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan seniwati negara Allahyarham Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini hari ini.
Kedua-dua pusara itu dibaik pulih menggunakan batu marmar dari Itali, dengan kos berjumlah RM25,000, yang ditanggung bersama oleh Finas dan Astro.
Pada Ogos lepas, Finas mengumumkan keputusan untuk membaik pulih pusara Allahyarham berdua yang rosak akibat dihempap pokok semasa hujan lebat pada Mac lepas.
Pengerusi Finas Datuk Md Afendi Hamdan berkata sebagai agensi bagi membantu para seniman, usaha itu akan diteruskan selain Finas merancang gotong-royong bersama Persatuan Seniman dan persatuan berkaitan bagi membersihkan kawasan pusara seniman lain.
"Kalau kita hendak nilaikan perjuangan P. Ramlee dan Saloma dengan kos pemulihan ini, sememangnya tidak ternilai. Bukanlah kita nak riak cuma kita mahu mengembalikan keadaan yang asal tanpa berlebih-lebihan. Yang paling baik kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Turut hadir anggota keluarga seniman dan seniwati agung itu termasuk kakak Saloma yang juga pelakon veteran Mariani Ismail, adik Saloma, Mimi Loma serta balu Allahyarham Nasir P. Ramlee, Suria Bakar.
Anggota Perbadanan Finas dan pelakon veteran Datuk Mustapha Ma'arof, Naib Presiden Bahagian Melayu Astro Khairul Anwar Salleh dan Presiden Seniman Jurey Latif turut menghadiri majlis itu.
P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 dan kembali ke rahmahtullah pada 29 Mei 1973 manakala Saloma atau nama sebenarnya Salmah Ismail dilahirkan pada 22 Jan 1935 dan meninggal dunia pada 25 April 1983.
"Mereka adalah tokoh yang amat berjasa dalam industri. Sebagai pihak berwajib, adalah tanggungjawab kami untuk melakukan proses baik pulih pusara ini dengan sebaik-baiknya.
"Pihak Finas bersyukur kerana segalanya kini telah selesai usaha membaik pulih pusara ini mendapat sokongan semua. Ahli keluarga serta peminat seniman agung tersebut dijemput untuk menziarahi kubur allahyarham," katanya yang ditemui selepas selesai Majlis Tahlil dan Perletakan Batu Nisan Baru di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini hari ini.
Kos membaik pulih kubur kedua-dua seniman dan seniwati terulung negara tersebut berjumlah hampir RM25,000 dan dikongsi secara sama rata antara pihak Finas dan juga stesen televisyen Astro.
Antara individu lain yang turut hadir termasuklah seniman Datuk Mustapha Maarof, Mariani, Datuk Aznil Nawawi, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latiff Rosli dan presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) Khir Mohd. Nor.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts