translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Samuel L. Jackson takes Stephen King's "Cell"

samuel l jackson takes stephen kings cell

Samuel L. Jackson has just been confirmed for a role in the film adaptation of Stephen King's novel "Cell", which will also star John Cusack.
John Cusack will play the protagonist Clayton Riddell while Samuel L. Jackson will play Tom McCourt, a middle-aged man who teams up with Clayton in the initial chaos created by the Pulse.
Based on the apocalyptic horror novel published by Stephen King in 2006, the story follows a New England artist struggling to reunite with his young son after a mysterious signal broadcast over the global cell phone network turns the majority of his fellow humans into vicious zombies.
The film will be directed by Tod "Kip" Williams, with the screenplay to be written by Stephen King and Adam Alleca.
Production is set to begin in January with Benaroya Pictures financing. Both actors previously appeared the film adaptation of Stephen King's short story of the same name, "1408" in 2007, directed by Mikael Håfström.
Meanwhile, Samuel L. Jackson has also been confirmed for a lead role alongside Michael Caine in "Harry And The Butler", to be directed by George C. Wolfe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEREKA FESYEN EZUWAN ISMAIL DIPUKAU, HAMPIR JADI MANGSA PENJENAYAH?

pereka fesyen ezuwan ismail dipukau hampir jadi mangsa penjenayah

Dalam pada penyanyi yang menjadi mangsa penjenayah mengumpulkan bahan bukti dan mangsa-mangsa yang lain, dapat tahu salah seorang pereka fesyen popular tempatan hampir-hampir terkena dengan helah penjenayah berkenaan.
Difahamkan, pereka fesyen yang dimaksudkan adalah Ezuwan Ismail yang baru saja berumahtangga pertengahan tahun ini.
Sungguhpun Ezuwan hampir terpedaya dengan helah penjenayah yang dikehendaki itu, namun keadaan Ezuwan kini stabil serta dalam keadaan selamat. Bagaimanapun, difahamkan Ezuwan sudah pun dipukau sewaktu berkomunikasi dengan penjenayah tersebut menerusi perbualan telefon.
Dalam pada itu, penyanyi yang di dalam trauma dan takut untuk kembali aktif dalam urusan kerjanya itu memaklumkan berasa amat pelik dengan penjenayah tersebut.
Penjenayah itu sangat licik dan boleh mendapat semua nombor telefon yang berkaitan penyanyi tanpa ketahui oleh penyanyi berkenaan.
Atas dasar itu, penyanyi ini difahamkan menjadi semakin takut dan bimbang dengan keselamatan semua yang berkaitan dengan dirinya.
Apapun,penjenayah itu bakal ditangkap dalam waktu terdekat kerana banyak bukti kukuh sudah pun dikumpulkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pattinson for "The Lost City Of Z"

pattinson for the lost city of z

It has been a while since Robert Pattinson made the news for something other than his personal life, but this time, it is reported that "The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2" will join Benedict Cumberbatch in "The Lost City Of Z".
The film is an adaptation of David Grann's non-fiction novel about the legendary British explorer Percy Fawcett who, in 1925, disappeared with his son in the Amazon while looking for an ancient lost city. For decades, explorers and scientists have tried to find evidence of his party and the Lost City of Z, including Grann, who made his own journey into the Amazon, revealing new evidence about how Fawcett died and showing that Z may have really existed right under his feet. It is not yet known whether Pattinson will be playing one of the explorers who followed Cumberbatch's Percy Fawcett on his journey or an explorer searching for the truth like Grann.
Cumberbatch took over the lead after entering talks in September when Brad Pitt pulled out and will only be on board to produce via Plan B Entertainment. The film will be directed by James Gray, whose film "The Immigrant" just premiered in the United States.
Gray will be directing the film from his own script, although production dates have not yet been set. Meanwhile, Pattinson recently wrapped up filming on "Maps To The Stars", which is directed by his "Cosmopolis" director David Cronenberg, and David Michod's thriller "The Rover".
He is scheduled to appear in "Mission: Blacklist" and Werner Herzog's "Queen Of The Desert" next.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ANGKARA BINI MAT YO, PAK GUARD AZMAN DAPAT JADI PELAKON DRAMA

angkara bini mat yo pak guard azman dapat jadi pelakon drama

Nama pengawal keselamatan Azman Md Nayan menjadi perhatian ramai apabila terlibat dengan kes kurang ajar isteri Mat Yo iaitu pemain pasukan JDT terhadap dirinya beberapa bulan lalu. Disebabkan insiden itu juga, Pak Guard Azman semakin popular dan sering saja diminta untuk mengambil gambar bersama setiap kali pengunjung lapangan terbang Subang berjumpa dengannya.Senang cerita dia menerima layanan seperti selebriti. Rezeki Pak Guard Azman juga semakin murah dan kini Murai Batu difahamkan dia baru saja mendapat tawaran berlakon sebuah drama tempatan yang melibatkan pelakon popular seperti Izzara Aisyah dan Dazrin. Menurut sumber, drama yang bakal dilakonkan Pak Guard Azman itu diinspirasikan dari sebuah novel dan bakal ditayangkan di slot Aurora di TV9. Pun begitu, Murai Batu masih belum tahu watak yang bakal dilakonkan Pak Guard Azman. Adakah watak penting atau sebagai cameo? Tunggu saja kemunculannya nanti. Dalam masa yang sama,Murai Batu tertanya-tanya bagaimana pula dengan kes Pak Guard Azman dengan isteri Mat Yo itu? Adakah sudah selesai? Apapun, harap ia dapat diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JOHAN DERMA WANG KEMENANGAN SUPER SPONTAN PADA WARGA TUA

johan derma wang kemenangan super spontan pada warga tua

Tahniah diucapkan kepada Jep yang menjuarai program realiti, Super Spontan 2013 baru-baru ini sehingga berjaya menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Johan.
Meskipun Johan mendapat tempat kedua, namun dia turut berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan juga wang tunai sebanyak RM50,000. Amboi best nya jadi pelawak, menang dapat duit beribu-ribu kan? Cakap pasal duit tu, dengar cerita kononnya Johan tidak mensia-siakan wang kemenangan itu untuk kepentingan dirinya sahaja.
Sebaliknya, ada cerita yang katanya Johan menderma sebahagian wang itu kepada sebuah rumah kebajikan orang tua yang terletak di Selangor.
Namun, dia membuat derma dan amal itu tanpa diketahui orang ramai kerana kebetulan dia ke rumah kebajikan itu adalah untuk menjalani penggambaran.
Sebaik sahaja dia tahu dia akan ke rumah kebajikan itu dia sudah lebih awal mempersiapkan duit-duit itu di dalam sampul untuk diserahkan secara peribadi kepada setiap pengghuni di rumah kebajikan orang tua itu. Orang-orang tua yang tinggal di rumah kebajikan itu dengarnya sangat gembira dengan kehadiran Johan. Malah selepas menerima sampul wang dari Johan itu orang-orang tua itu terharu dan mencium dan peluk Johan sambil mendoakan Johan supaya dimurahkan rezeki lagi.
Sebahagian krew yang melihat situasi tersebut turut mengalirkan air mata. Wah mulia sungguh hati Johan, dan pasti ramai tak tahu sebenarnya dia seorang yang dermawan dan pemurah.

Patutlah rezekinya bertambah murah. Diharap lebih ramai lagi artis mengikut jejak langkah Johan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Helen Flanagan dikejar Playboy!


Helen bakal mengikuti jejak langkah idolanya, Marilyn Monroe...

Impian Helen Flanagan untuk menjadi gadis muka depan majalah Playboy mungkin menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Hugh Hefner, pengasas kepada Playboy, dikatakan berminat membawa gadis mengancam daripada Britain ini ke Los Angeles untuk satu sesi penggambaran selepas mendapat khabar mengenai minatnya untuk melakukan kemunculan sulung dalam majalah laris itu.
Usahawan berumur 87 tahun itu percaya Helen mempunyai semua sifat-sifat untuk menjadi gadis muka depan Playboy selepas bertemu dengannya di LA pada bulan lepas.
Menurut seorang sumber, "Mereka (Playboy) mendapat berita yang Helen amat berminat. Namun begitu, mereka berurusan dengan ramai gadis setiap tahun dan Helen dipercayai tidak jauh lebih istimewa." "Tetapi semua itu berubah selepas Hugh mula meminatinya secara peribadi.
Beliau amat mengidami gadis-gadis daripada Britain dan telah berkata bahawa paras rupa Helen amat menakjubkan.
Hugh bertekad untuk menjadikan impian Helen satu kenyataan." Helen, yang dilaporkan masih kecewa mengenai perpisahannya daripada pemain sayap West Brom, Scott Sinclair, kelihatan berazam untuk membuktikan bahawa dia seorang wanita berdikari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGAKUAN SEBENAR PELAKON HIGHLAND TOWER DIRASUK

pengakuan sebenar pelakon highland tower dirasuk

Filem realiti seram, Highland Tower terbitan MIG (Metrowealth) mengundang kejutan apabila ada penonton filem ini terkena histeria sewaktu menontonnya di pawagam.
Bagaimanapun, sebelum penonton mengalami pengalaman sebegitu, setiap pelakon filem ini iaitu Mikael Andre, Niezam Zaidi, Shima Anuar, Eddy Rauf, AtikahSuhaimi, Adibah Yunus dan Zairi Zainal sudah pasti telah mengharungi pengalaman menakutkan sebelum dan selepas penggambaran.
Apa yang pasti, dua pelakon yang dirasuk dalam filem berkenaan iaitu Shima Anuar dan Atikah Suhaimi telah bercerita keadaan mereka apabila dirasuk.

Shima Anuar (Watak Hos) 
“Setalah tiba dilokasi penggambaran, saya tertarik pada lukisan bulan mengambang yang cantik pada waktu maghrib.
Lepas itu, badan saya rasa lain macam dan jantung berdegup kencang. “Menurut pelakon lain, waktu itu saya terus tidak bercakap lagi dan nampak lain.
 Rupa-rupanya waktu itu saya sudah pun dirasuk.”

Atikah Suhaimi (Watak Pemegang Cliper)
 “Ketika rakaman dilakukan, secara tiba-tiba, saya melihat Shima menari. Selepas itu, saya terus menangis dan menjerit macam histeria.
Waktu itu juga, saya berasa seperti di awangan dan tidak sedarkan diri. “Saya tidak ingat apa yang berlaku ke atas diri saya.
Apabila saya sedar, saya telah ditenangkan oleh pelakon lain. Apapun, selepas kejadiantersebut, saya sering bermimpi. “Dalam mimpi tersebut, saya nampak seorang wanita yang tinggal di tingkat 6 blok di Highland Tower. 

Dia sering menghantui saya dan terus-terang, ini adalah pengalaman yang sukar saya lupakan.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KERANA NAKAL, AZAD JAZMIN DI`BUANG` KE INDIA

kerana nakal azad jazmin dibuang ke india

​Siapa menyangka aktor Azad Jazmin atau nama sebenarnya Jazmin John Louis Jeffri, 37, pernah dihukum oleh bapanya sendiri dan di’buang’ ke India dek kerana kenakalannya di usia remaja.
Pengalaman berharga yang dilaluinya seorang diri di Madras selama enam bulan itu bukan sahaja memberi dia pengertian mengenai kehidupan tetapi ia kini berguna untuk menjayakan watak Rahul dalam filem Kolumpo.
Menceritakan pengalaman hidup di Madras pada ketika itu, Azad bukan sahaja dapat mengenali erti kehidupan ketika itu, malah dia lebih menjiwai karektor Rahul.
Rahul adalah seorang pemuda dari India yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan cerita ini merupakan daripada salah satu kisah yang dipaparkan filem Kolumpo dan dibawah arahan Bront Palarae. “Dulu saya seorang yang sangat nakal di sekolah dan hampir dihantar ke sekolah pemulihan akhlak, Hendry Gurney tetapi dihalang bapa saya yang ketika itu yang mempunyai rencana lain.
Pada mulanya saya diberitahu yang dia akan menghantar saya ke luar negeri. “Pada tafsiran saya ketika itu bapa akan hantar saya ke London sebaik tamat SPM tetapi sebenarnya saya telah dicampakkan ke Madras, India selama enam bulan untuk hidup berdikari berbekalkan duit sebanyak RM 1000. “Di sana saya lebih menghargai kehidupan yang saya pernah ada sebelumnya dan kini saya gunakannya untuk watak Rahul. Hidup di sana memang mencabar dan jauh berbeza dengan Malaysia. “Daripada cara hidup hingga perkara yang aneh dan tak mungkin berlaku di sini akan anda lalui jika tinggal di India,” cerita Azad yang seronok berkongsi pengalaman kisah perit getir tinggal di India.
Menjadi sebahagian daripada filem Kolumpo, Azad teruja membawakan watak yang sedikit berbeza dengan watak komedi yang menjadi identitinya sebelum ini. Azad memikul tanggungjawab ini dengan harapan dapat menonjolkan bakat lakonannya daripada sisi yang lain bukan komedi. “Karya Bront dalam Kolumpo menceritakan tentang harapan serta impian dan ia dihasilkan dengan ikhlas dan dengan hati.
Saya juga bukan anak jati Kuala Lumpur dan saya dapat rasakan bagaimana rasanya pertama kali menjejakkan kaki di kota ini “Sebagai pelakon saya teruja dan seronok menjadi sebahagian daripada filem ini dan tidak sabar menanti reaksi masyarakat terhadap filem ini.
Saya berikan jaminan yang ia adalah filem yang lain daripada yang lain dan pasti membuka minda anda tentang Kuala Lumpur daripada dimensi yang pelbagai. “Terima kasih kepada Bront yang mempercayai saya untuk membawakan watak bukan komedi,”ucap Azad yang seronok berkongsi pengalaman ketika melakonkan watak Rahul serta kisah perit getir tinggal di India yang mematangkan dirinya.
Selain daripada kisah Rahul lakonan Azad Jazmin arahan Bront Palarae, dua lagi kisah yang melengkapkan Kolumpo adalah kisah satu malam diantara Sharifah Amani dan pendatang baru Amirul Ariff dibawah arahan Sheikh Munasar.
Manakala cerita mengenai gadis Cina, Nell Ng membantu seorang nenek iaitu Ruminah Sidek (Mak Mah) ditonjolkan di dalam filem ini dan diarahkan oleh Rozi Isma. Terbitan AutoFilms Sdn Bhd, Kolumpo dihasilkan dengan bajet yang sederhana sebanyak RM 1j dan bakal ditayangkan pada 5 Disember ini di seluruh negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAIRI ANAK WAYANG PERSIAPKAN DIRI SEBELUM KAHWIN MAC 2014

hairi anak wayang persiapkan diri sebelum kahwin mac 2014

Pelakon, Hairi atau nama sebenarnya Mohd Hairi Safwan Aznan, 25, mengesahkan bakal menikahi tunangnya, Fara Afiza Azman, 23, di rumah pihak perempuan di Pulau Pinang pada Mac tahun depan.
Hairi yang merupakan pelakon kelahiran program realiti Anak Wayang berkata buat masa ini persiapan perkahwinan sedang dijalankan oleh pihak keluarga dan tunangnya. "Alhamdulilah, setakat ni persiapan sudah pun kami lakukan sedikit demi sedikit.
Namun dari segi konsep dan keputusan dalam perkahwinan ini saya banyak serahkan pada tunang saya sebab biasalah orang perempuan ni lebih tahu dan suka buat kerja-kerja macam tu," katanya kepada di lokasi penggambaran telemovie Si Wayar Putus di Rumah Seri Kenangan Cheras, petang tadi.
Tunangnya merupakan pelajar tahun akhir di Institusi Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah.
Hairi memberitahu walaupun kini masih sibuk menjalani penggambaran iaitu kerjayanya sebagai pelakon, namun dia akui gentar untuk melangkah ke alam perkahwinan dan sedang mempersiapkan diri untuk ke peringkat itu. "Bagi saya tanggungjawab sebagai seorang suami ni berat dan jika saya tidak kuat dari segi iman dan sebagainya bagaimana saya hendak membimbing isteri dan bakal keluarga saya nanti. "Jadi, sekarang saya sedang pelajari dan memantapkan diri dari segi iman untuk melangkap ke alam perkahwinan nanti, insyaAllah,"jelasnya lagi.
Hairi turut memberitahu Fara merupakan wanita yang telah banyak mengubah dirinya supaya menjadi lebih baik sejak mereka berkenalan. "Fara seorang bermotivasi, sejak saya kenal dengan dia perubahan besar yang saya sedari pada diri saya adalah saya sudah pandai jaga kata-kata saya supaya lebih menjaga hati orang berbeza dengan dulu.
Malah saya berfikiran terbuka menerima pandangannya walaupun dia lebih muda dari saya,"luahnya lagi. Hairi membawa watak utama sebagai Kahel dalam telemovie Si Wayar Putus yang akan ditayangkan di TV9 pada Januari tahun depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NAS ADILA SEDIA JADI DATIN DALAM MENANTI LAMARAN DATO’ JAMAL ABDILLAH

nas adila sedia jadi datin dalam menanti lamaran dato jamal abdillah

Selepas terkejut dengan berita peminangannya oleh Dato` Jamal Abdillah yang kemudiannya dapat dihidu pihak media, penyanyi Nas Adila Md Dan menjelaskan bahawa mereka bukanlah pasangan bercinta. “Terus-terang, baik saya dan abang Jamal, kami tidak tahu bagaimana cerita sebegini boleh diketahui pihak media.
Sejujurnya, kami belum bercinta lagi dan belum ada apa-apa hubungan istimewa,” ujar Adila.Pun begitu, bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) ini akui ramai bertanya mengenai hubungan mereka yang kerap bergandingan bersama dalam persembahan dan konsert. “Disebabkan saya selalu jadi pasangan duet abang Jamal, banyak orang usik hubungan kami berdua.
Antara mereka yang mengusik kami adalah kenalan rapat kami. “Kali pertama kami bertemu dan bergandingan di konsert yang berlangsung di Seremban.
Selepas itu, kami selalu digandingkan. Sejak itulah juga kami sering diusik dan makin lama semakin ramai yang bertanya hubungan kami serius atau pun tidak. “Disebabkan perkara ini sudah diketahui media, saya hanya berserah dan menanti saja adakah ia benar atau pun tidak.
Saya sendiri tidak tahu atau tidak pasti bila tarikh abang Jamal bakal datang melamar saya sebagai isteri,” katanya. Dalam pada itu, Adila tidak peduli dengan pandangan orang yang mengatakan dia hanya mahu gelaran Datin yang bakal diperolehinya selepas berkahwin dengan Jamal yang baru saja menerima gelaran Dato’. “Saya tidak minta gelaran Datin.
Saya tidak mahu runsing dengan pandangan orang lain mengenainya. Soal gelaran ini akan datang sendiri. Saya tidak mencari gelaran itu demi kesenangan,. “Saya hanya redha seandainya itu sah menjadi milik saya. Kalau sudah tertulis jodoh saya dengan abang Jamal, saya terima.
Apapun, saya rasa abang Jamal lebih matang berbanding dengan bekas kekasih saya yang lain. “Maafkan saya, saya tidak boleh komen sama ada saya sudah jatuh cinta dengan dia atau pun tidak. Biarlah perkara ini sah baru saya jelaskannya.
Tidak manis dan saya tidak mahu terlebih kata,” jelasnya. Sebelum digemparkan bakal menjadi isteri Jamal Abdillah, Adila pernah bertunang dengan jejaka berstatus kerabat di raja.
Kemudian, dia bercinta pula dengan pengurus peribadinya. Selepas itu, dia bercinta pula dengan bintang AF6 iaitu Alif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NOCTURNAL GAMBARAN YUNA TENTANG PERSONALITINYA

nocturnal gambaran yuna tentang personalitinya

Mencipta sensasi tersendiri di lapangan arena muzik antarabangsa, Yuna terus memacu langkah menyusuri impiannya untuk menakluk dunia dengan kelebihan yang dimiliki.
Nocturnal, album pertama Yuna bersama Verve Music Group adalah bukti bahawa Yuna bukan sekadar penyanyi berbakat malah mempunyai citarasa tersendiri yang pastinya akan membawanya pergi lebih jauh dalam arena muzik antarabangsa.
Setelah dilancarkan pada 29 Oktober yang lalu di Amerika Syarikat, Nocturnal telah membawa Yuna terbang pulang ke Kuala Lumpur untuk berkongsi dengan peminat dan media di sini kejayaannya buat sekian kalinya.
Google Malaysia sebagai hos telah memilih pejabatnya yang terletak di Quill 7 KL Sentral, untuk sesi ‘listening party’ bagi album Nocturnal.
Acara ini dipancarkan terus secara live-stream bersama sesi live chat yang dibawakan oleh Malaysia Airlines untuk #MHmoments with Yuna di mana Yuna merupakan duta media sosial syarikat penerbangan itu. Menjawab pertanyaan media mengenai kejayaan album pertamanya bersama Verve Music Group dan Universal Music itu, Yuna memberitahu bahawa pembikinan Nocturnal adalah satu projek yang lebih relaks berbanding sebelumnya. “Kalau cakap pasal cabaran dalam menyiapkan Nocturnal sepenuhnya, saya boleh katakan album ini paling kurang cabaran.

Jika dahulu saya harus terbang dari satu lokasi ke lokasi lain untuk proses recording dan terbang ke lokasi lain untuk bertemu pengarah muzik dan sebagainya, Nocturnal tidak menyukarkan dari segi itu. “Cabaran mungkin akan datang bila saya harus mempersembahkan lagu-lagu di dalam Nocturnal secara live kerana tanpa latihan yang cukup kesukaran akan timbul untuk saya mencecah not tertentu dengan baik. “Semua ini dapat dicapai dengan sokongan daripada keluarga, rakan pemuzik, peminat dan semua individu yang sering menyokong karier saya selama ini,”ujar Yuna ketika ditemui setelah tamat acara listening party untuk album terbarunya Nocturnal di pejabat Google Malaysia, semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAWAR SAH MILIK FIZO OMAR DENGAN SEKALI LAFAZ

mawar sah milik fizo omar dengan sekali lafaz

Aktor, Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar selamat menikahi Mawar Abdul Karim dengan hanya sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Country Heights Kajang, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

#19 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA
Mempelai dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Selangor iaitu Mohd Arif Abdul Samat serta disaksikan oleh abang Fizo iaitu Wan Zamani Wan Omar.
Fizo menyerahkan mas kahwin RM506 serta tujuh dulang hantaran dan dibalas oleh pihak perempuan dengan sembilan dulang hantaran.
#84 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA

Mereka telah merahsiakan wang hantaran. Hantaran pihak lelaki dibawa oleh rakan-rakan artis yang diketuai oleh Datuk Rosyam Nor dan 7 rakan artis lain seperti Johan Asari, Shaheizy Sam, Karl Shafek, Kamal Adli, Iqram Dinzly, Nazim Othman dan Fahrin.
Majlis pernikahan mereka telah bersiaran secara langsung menerusi Nasi Lemak Kopi O di TV9. Program itu di hoskan oleh AG Hot FM dan Luqman.

#13 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA
Sebaik sahaja selamat diijabkabulkan Fizo yang terharu kegembiraan terus mengalirkan air mata turut melahirkan rasa kesyukuran ketika ditemu bual AG Hot FM. "Alhamdulilah, saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan saya harap saya dapat pikul tanggungjawab sebagai suami dengan sebaiknya,"katanya.

#88 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA
Majlis telah dihadiri lebih kurang 500 tetamu termasuk keluarga terdekat kedua mempelai serta rakan artis seperti Shila Amzah dan ramai lagi.
Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan hampir setahun.

#96 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA
Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.

BACA: Sekitar Majlis Pertunangan Fizo Omar & Mawar Abdul Karim Malam tadi sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda.
Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00.

#85 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA
Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.
Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.
Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang ke Benua Eropah untuk berbulan madu.
Tahniah buat Fizo Omar & Mawar sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LABEL FESYEN G-STAR SANGGUP KEJAR YUNA KE L.A

label fesyen g-star sanggup kejar yuna ke la

Demi memastikan kempen terkini label fesyen popular dari Eropah, G-Star  menjadi kenyataan, sepasukan jenama berkenaan telah  sanggup terbang jauh ke Los Angeles, Amerika Syarikat untuk bertemu buah hati kesayangan kita, Yuna Zarai.
Pertemuan antara G-Star Raw dan Yuna menjadi lebih Stailista apabila penyanyi berkenaan telah menyarungkan beberapa pasang persalinan berinspirasikan denim daripada jenama dari negara kincir angin iaitu Holland.
Yuna telah mengajak pasukan dari G-Star Raw berjalan-jalan sekitar bandaraya Los Angeles untuk nelihat gaya hidupnya yang bukan sahaja sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu, malahan juga pencinta fesyen sejagat.
Sesuai dengan rekaan G-Star yang mementingkan kualiti fabrik dan ketelitian potongan mengikut rekaan terkini lagi teguh, Yuna telah berjaya merealisasikan sebuah penampilan hangat wanita urban serta bergaya.
Malah kerana imej bertudung yang menjadi identiti Yuna sejak diawal penampilannya lagi, G-Star telah berbesar hati melahirkan scarf istimewa buatnya pada sesi fotografi sehari di bandaraya milik insan kreatif dunia itu.
Yuna telah dibiaskan dengan beberapa jaket, kemeja dan jugaseluar panjang denim yang sememangnya menjadi kegemaran penyanyi Terukit Di Bintang berkenaan sedari dulu lagi.
“Saya memang suka menyarungkan jaket. Saya memiliki beratus koleksi jaket di rumah dan baju chambray dan seluar denim berpotongan langsing.
“Oleh kerana itu saya dapat sesuaikan diri saya denganG-Star. Saya sukakan kebanyakan pakaian G-Star. Ianya sangat praktikal dan saya sukakan kehadiran kocek serta beberapa benda tersembunyi di dalam setiap pakaian rekaannya,” kata Yuna bercerita berkenaan G-Star.
Tambah Yuna lagi, koleksi G-Star melambangkan pakaian seragam masyarakat urban yang sangat selesa apabila dipakai pada bila-bila masa dengan potongannya yang cukup edgy.
Katanya, dia tidak perlu bertungkus lumus untuk tampak bergaya kerana dengan hanya menyarungkan sepersalinan jaket dari G-Star ianya sudah memadai. Apatah lagi dia bukanlah seorang yang suka berlebih-lebihan apabila berpenampilan.
Koleksi Raw Episodes – Yuna Zarai boleh didapati menerusi laman web G-Star (www.g-star.com) sejak Oktober lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GAUN BIRU PERMATA NILAM BUAT CAREY NG BERTAMBAH YAKIN

gaun biru permata nilam buat carey ng bertambah yakin

Selepas berjaya mencuri perhatian ramai dengan gaun tradisional Puteri Perak rekaan pereka fesyen Syomir Izwa, langkah Ratu Malaysia Universe 2013, Carey Ng bertambah anggun dengan gaun malam biru permata nilam rekaan seorang lagi pereka fesyen popular,Alia Bastamam.
Selama enam minggu untuk disiapkan, gaun malam yang menggunakan fabrik renda dan juga cifon itu turut diperindahkan dengan kerdipan batu mutiara laut selatan yang menghiasi bahagian atas gaun indah berkenaan.
Wakil dari pihak Alia Bastamam iaitu Jimmy Najeem memberitahu portal murai.com.my, pihaknya amat berbesar hati apabila diberi penghormatan menyediakan gaun malam untuk digayakan Carey Ng pada pertandingan Miss Universe 2013 yang sedang berlangsung di Moscow, Rusia. “Apa yang pasti, gaun ini dibuat khas mengikut bentuk badan Carey yang menawan dan juga personaliti dirinya yang disukai ramai. “Malah kami mengilhamkannya sesuai dengan latar belakang Carey Ng yang berkemahiran menari Balerina dan ianya juga diinspirasikan khusus untuk persalinan gaun malam acara ratu cantik berkenaan,” katanya yang dihubungi.
Tambah Jimmy Najeem lagi, kain cifon yang menjadi pelapik dibahagian atas gaun itu sengaja diwujudkan bagi memberi kesan tersendiri selain potongan istimewa di bahagian bawah gaun bagi menampakkan kaki ratu berkenaan lebih panjang.
Katanya, pihak Alia Bastamam sengaja memilih rona biru permata nilam berkenaan bagi memberikan simbahan yang berlainan dan juga lebih tersendiri tetapi masih tampak anggun apabila berada di atas pentas gah acara berkenaan. “Saya sempat menghubungi carey Ng menerusi Face Time semalam dan daripada temubual itu Carey Ng nampaknya cukup selesa dengan persembahannyadi sana. “Walau apapun, kita nantikan saja keputusannya Ahad ini,sama ada dia berjaya mara ke peringkat teratas.
Kerana kalau tak silap saya, kali terakhir Malaysia berjaya ke Top 16 iaitu pada 42 tahun lalu dan diharap sejarah itu akan berulang lagi,” katanya.
Acara gilang-gemilang Miss Universe 2013 akan diadakan pada 9 November ini, jam 9 malam terus menerus dari Crocus City Hall, Moscow.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JOVIAN MANDAGIE SIBUK BUAT PERSIAPAN PERKAHWINANNYA DENGAN NINA

jovian mandagie dan nina sibuk buat persiapan kahwin

Dalam pada sibuk menguruskan dua butik fesyen utamanya di Bangsar, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie nampaknya sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya tidak lama lagi.
Bakal diadakan pada Disember ini, kisah cinta antara Jovian Mandagie dan kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina akhirnya bersatu menerusi ikatan yang sah lagi suci.
Tinjauan portal menerusi laman sosial kedua-dua pasangan romantik itu mendapati, mereka telah pun menjalani sesi fotografi istimewa sebagai salah satu persiapan untuk majlis persandingan yang masih dirahsiakan tarikh dan lokasinya itu.
Tidak ketinggalan sesi menyiapkan pakaian untuk para pengapit yang bakal mengiringi mereka berdua pada majlis hari bahagia berkenaan.
Malah menerusi laman Instagram Nina mendapati, dia telah berkunjung ke sebuah pulau indah bersama-sama rakan terdekat baru-baru ini bagi meraikan hari bahagia buat bakal pengantin baru itu tidak lama. Sempat juga Jovian Mandagie mengirimkan surat cinta kepada bakal isterinya itu sebagai melahirkan rasa kasih dan sayang serta sentuhan romantik mereka berdua.
Sementara itu Jovian Mandagie ketika dihubungi mengakui bahawa dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya bersama gadis pujaan hatinya itu.
Jovian Mandagie bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama pihak media tidak lama lagi bagi mengumumkan majlis hari bahagia mereka berdua itu.
Walaupun jadualnya semakin sibuk, itu tidak menghalang untuk Jovian Mandagie menjalani tanggungjawabnya sebagai seorang pereka fesyen dengan melahirkan busana pengantin untuk raja sehari sama ada di dalam negara mahupun luar.
Malah ada saja foto-foto peribadi yang dimuat naik oleh kedua-dua pasangan berkenaan di laman Instgaram masing-masing untuk dikongsi dengan ratusan ribu peminat mereka.Tahniah diucapkan kepada Jovian Mandagie dan Nina.
Semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts