translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

INI BUKAN GILA !!! TAPI.....GILA BABI DAHH


Sudah diketahui umum bahawa kahwin kontrak marak terjadi di kawasan Cisarua, Bogor, Jawa Barat. Pelaku kahwin kontrak kebanyakan warga negara asing asal Arab (Timur Tengah).

Yang membuat siapapun mengurut dada, faktanya kebanyakan perempuan yang rela dinikahi secara kontrak itu telah bersuami. Sebelum dinikahi, pelaku harus terlebih dulu meminta izin kepada suami dari perempuan itu.

Tempat Kawin Kontrak Di Puncak,Bogor
Tempat Kawin Kontrak Di Bogor

Tempat-tempat yang menerima "klien asing" untuk kahwin kontrak

"Di sini laki-laki Arab kalau mahu nikahin wanita itu harus izin suaminya dulu. Kalau suami oke nanti tanda tangan kontrak pakai materai. Kalau enggan setuju ya tak boleh," kata Rudi, warga setempat, di Desa Batu Layang, Cianjur, Jawa Barat, isnin 19 Ogos 2013.

Namun Rudi menyanggah jika kawin kontrak ini dilakukan oleh warga Cisarua. Dia mengatakan kebanyakan tetangganya hanya menampung para tenaga kahwin kontrak.

"Kebanyakan dari Cirebon, Cianjur. Mereka ditampung di vila-vila di sini," kata Rudi.

Rudi mengungkapkan tidak semua warga Arab yang datang dan kahwin kontrak menelantarkan anaknya. "Kebanyakan mereka kahwin selama tiga bulan. Nanti pergi kalau punya anak ya sudah, tapi ada juga yang enggak nelantarin anaknya," tutup dia.

Kawin Kontrak Di Puncak,Bogor

Wanita-wanita ini sedang menunggu penandatanganan kahwin kontrak mereka

Setidaknya ada 20 RT di sejumlah desa di Cisarua yang memiliki klien WNA kahwin kontrak. Kebanyakan warga asing yang melakukan kahwin kontrak di kawasan ini berasal dari Afghanistan dan Pakistan. Tarif yang ditawarkan mereka boleh sampai puluhan juta perbulannya untuk kahwin kontrak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAGI !!! Cerita Mangsa Terselamat Dari Kemalangan Bas Jatuh Gaung Di Genting Highlands

Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam, memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.

Beliau yang patah tangan kiri dan mengalami kecederaan di muka dan tangan itu menceritakan hal berkenaan kepada teman lelakinya, Zaid Ismail, 25, yang melawatnya di Hospital Selayang malam tadi.

Mangsa didalam bas kemalangan Jatuh Gaung Di Genting Highlands
Zaid ketika ditemui Bernama berkata: "Selepas kejadian jatuh gaung, Nur Syamimi mencari adiknya, Nur Fathiah, 21, yang turut berada di dalam bas itu namun tercampak beberapa meter dari tempat duduk mereka.

"Nur Fathiah turut mengalami kecederaan ringan. Mereka kemudian merangkak keluar melalui tingkap yang pecah dan cuba membantu mangsa lain memandangkan mereka yang terawal sedar daripada kejadian itu.

"Mereka lihat ada mangsa yang pecah kepala, kecederaan serius selain melihat ada mangsa terperosok di bawah bas," kata Zaid.

Katanya Nur Syamimi memaklumkan kemalangan itu dengan menghubungi abang mereka yang dikenali sebagai Jeffrey sebelum diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat dan dibawa ke Hospital Selayang.
Zaid bersyukur kedua-dua adik-beradik, yang bercuti di pusat peranginan itu, terselamat dan tidak mengalami kecederaan parah memandangkan ramai yang maut dalam kemalangan berkenaan.

Seorang lagi mangsa, Nurul Quraitul Aini Md Jali, 19, pula memberitahu hari ini adalah hari terakhir beliau bekerja sebagai pekerja bankuet sebuah hotel. 

Ngeri-Keadaan mangsa didalam bas kemalangan jatuh gaung di Genting Highlands

Kakaknya, Nur Aini berkata adiknya merupakan orang kelima yang dibawa keluar dan diselamatkan pasukan keselamatan.

"Ibu dan kami semua terkejut dengan kejadian itu dan kami bergegas datang ke hospital dari Melaka sebaik sahaja adik menghubungi kami.

"Kami gembira dan bersyukur dia selamat dan dapat melihat serta berbual dengannya tadi," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa, Saidah Misbun, 19, sempat menghubungi ibunya yang berada di Perak sejurus kejadian.

Kakaknya, Sajidah Misbun, 21, memberitahu, panggilan adiknya itu terputus dan mereka semua bergegas ke Hospital Kuala Lumpur untuk melawatnya.

"Adik tidak sampai setahun kerja di Genting Highlands dan tidak sangka dia akan mengalami keadaan sebegini. Adik saya patah tulang rusuk belakang dan mungkin dihantar untuk pembedahan," kata Sajidah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERKINI !!! Pemandu bas seolah 'merasainya' -Cerita mangsa terselamat tragedi Bas Genting Jatuh Gaung – Nur Maizatul Syazana penumpang yang cedera.

gambar mayat bas genting

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu.

Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, berkata sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin.

"Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan," katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu.

"Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga buah kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung," katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu, dekat sini, hari ini.

mayat bas genting mati hospital hkl

Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Saya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas," katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati.

"Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal.

"Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki)," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya.

Sementara itu, abang mangsa, Mohamad Nor Fazli Sahazmi Ahmad Sharuddin, 26, berkata beliau bersama ibunya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada ayahnya yang mengatakan adiknya terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands.

"Ayah hubungi saya selepas seorang anggota bomba menelefonnya menggunakan telefon adik dan memberitahu adik selamat tapi cederanya agak teruk. Masa itu pukul 3.30 petang, saya tidak fikir apa terus pergi sana.

"Sejam kemudian saya sampai di tempat kejadian, saya buntu, saya pergi ke khemah yang menempatkan mayat-mayat, saya lihat satu persatu mayat sebab tidak pasti keadaan adik dan tak jumpa," katanya.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang, abang iparnya menelefon beliau memaklumkan Nur Maizatul berada di Hospital Sungai Buloh.

"Masa itu, rasa bersyukur sangat adik selamat, cuma mengalami cedera di muka, patah di bahagian tulang punggung, betis dan paha," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa warga Korea yang dirawat di Unit Kecemasan (ICU) Hospital Sungai Buloh, Kang Byoung Kuk berusia 60 tahun tidak dapat
ditemubual kerana masih tidak sedar diri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"TAK SANGKA ALLAH BALAS DENGAN CEPAT"

Sedekah


KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.

Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.

“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.

“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.

Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Erdogan menangis mendengar surat dr Biltaji yg ditujukan kpd anak perempuannya yg syahid




Rajeb Toyyib Erdogan PM Turki menangis di tv Turki secara langsung bila mengenangkan kematian ribuan penyokong dr Morsi yg dibunuh oleh Sisi.

Beliau menangis lagi
bila mendengar surat dr Biltaji yg ditujukan kpd anak perempuannya yg syahid.

Sumber: Ikhwan online

Sebelum ini Prihatin Mesir telah menyiarkan surat Dr. Beltaji itu.

NUKILAN DR BILTAJI:
ANAK DAN GURU KESAYANGANKU.

'Anakku, bukan selamat tinggal ucapanku tapi esok kita bertemu kembali'.
Anakku, detik terakhir pertemuan kita,kamu merungut "Wahai ayah, hatta saat kita bersama pun kamu masih sibuk" aku membalas: "nampaknya kehidupan ini tidak mampu memberikan kepuasan kepada kita, semoga Allah memberi kebahgian kepada kita untuk bersama sama di syurga".

Aku merasa cukup sedih tidak dapat mengiring jenazahmu, tidak mampu memberi penghormatan terakhir kepadamu, tidak sempat memberi kucupan terakhir di dahimu, tidak mampu mengimamkan jenazahmu,
demi Allah wahai anakku, bukan kerana takutkan mati, bukan kerana takutkan penjara tetapi semata-mata ingin menyempurnakan revolusi ini hingga tercapai kejayaan dan semua matlamatnya.

Sekali lagi anakku, bukan selamat tinggal tetapi selamat berjumpa kembali, pertemuan dalam masa terdekat di kolam bersama Nabi saw. dan sahabat-sahabatnya.. Di Syurga di sisi tuhan maha perkasa...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENAKUTKAN...BONEKA TIBA-TIBA BERGERAK???



Beberapa boneka yang dipamerkan di sebuah kedai boneka Brazil tiba-tiba bergerak sendiri. Tentu saja hal ini membuat para pengunjung kedai ketakutan dan memilih untuk lari. 

Apa sebenarnya yang terjadi?.Saksikan vidoenya...




Rupanya para pengunjung kedai ini hanyalah mangsa  sebuah acara reality show yang memang ingin menakut-nakutkan pengunjung.

 Boneka-boneka hidup dalam kedai tersebut ternyata adalah orang-orang yang didandani mirip boneka dan lakonan layaknya boneka.

 Macam-macam .......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RAPUNZEL DI ALAM NYATA!!!!!!!

Keluarga Rapunzel sebenar 


ANAK-ANAK perempuan Terelynn yang menyukai gayanya turut membuat keputusan untuk menyimpan rambut panjang.

  
SEPERTI keluarga kisah dongeng Puteri Rapunzel yang sebenar, Terelynn Svetlecich Russel, 43, dan tiga orang anak perempuannya memilik rambut yang panjang lebih daripada orang biasa. Rambut wanita dari Illinois, Amerika Syarikat (AS), kini hampir enam kaki dan gabungan rambutnya bersama anak-anak daranya dianggarkan sepanjang empat meter! 


 Rambut anak perempuan Terelynn, Callan, 11, dan Cendalyn, 9, sepanjang 36 inci manakala Chesney, 6, sepanjang 26 inci. Menurut Terelynn, dia memiliki rambut panjang sejak kecil lagi dan kini anak-anaknya turut mengikut tradisi peliknya itu. 

 Paling pendek rambut Terelynn pernah dipotong ialah di bawah paras pinggang iaitu sewaktu dia berusia 4 tahun. Cerita Terelynn, rambutnya yang panjang dan sihat itulah yang menarik perhatian suaminya, Chip ketika mereka masih muda. 


 Disebabkan itu juga membuatkan dia tidak sanggup memotongnya walaupun berdepan dengan pelbagai masalah dalam menjaga rambutnya itu. Walaupun kelihatan megah dan menawan, Terelynn sering berdepan dengan situasi merbahaya seperti tersepit pada pintu kereta, tersedut mesin vakum dan anak-anak sering terpijak rambutnya.

 Sekurang-kurangnya suku botol syampu dan perapi rambut digunakan setiap kali mandi dan tuala pasti basah kuyup apabila digunakan untuk mengeringkan rambut. Malah, dia terpaksa melutut di dalam bilik air ketika mencuci rambut kerana rambutnya menjadi terlalu berat apabila basah. 

 Walaupun pelbagai kesusahan, rambut Rapunzel mereka sering membawa tuah kerana memenangi pelbagai pertandingan rambut terpanjang di kawasan mereka. Hubungan kekeluargaan juga begitu kuat kerana setiap hari masing-masing akan menyikat dan menocang rambut antara satu sama lain. 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEANDAINYA DIANA MASIH HIDUP, BEGINIKAN RUPANYA??



22 Julai lalu, rakyat Inggris bersuka cita dengan kelahiran putera Putera William dan Kate Middleton. 


Sayangnya, kebahagiaan itu tak bisa ikut dirayakan oleh Putri Diana yang meninggal dalam kecelakaan tahun 1997. Namun seorang seniman bernama Israel Zohar rupanya ingin melakar moment yang hilang itu. 

Dia pun menciptakan lukisan yang mungkin menunjukkan wajah ibu William dan Putera Harry itu seandainya dia masih hidup sekarang. 


hhmm.....pendapat anda?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAYAT SIAPA BERKUKU PANJANG MELILIT DI BADAN



 Menjaga peralatan kubur dengan baik menjadi rutin lelaki ini.

  PENGALAMAN terjumpa mayat yang tidak diterima bumi antara detik yang tidak boleh dilupai oleh Solihin Yusoff, 35, sepanjang bergelar penggali kubur. 

Ceritanya, pada ketika itu dia sedang menggali sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Tokong. Gara-gara tidak mempunyai batu nisan, dia tidak sangka tanah yang digalinya sebenarnya sudah terdapat jasad lain di dalamnya. 

 “Pada masa itulah saya terkejut apabila mendapati jasad berkenaan masih ada sedangkan papan keranda sudah pun reput, sementara kain kafan yang membaluti tubuh mayat berkenaan juga sudah tiada. 

 “Anehnya, saya dapat lihat jasadnya berwarna merah seakan terbakar dan wajah semua tidak ada, cuma jasad sahaja sementara kukunya ibarat hidup.

 “Kuku mayat berkenaan memanjang seakan hidup dan membelit badannya sendiri, itu antara pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat,” katanya kepada Sinar Harian. 



                                         Solihin sudah biasa di kubur sejak kecil lagi.

Kubur bercahaya 

Anak kelahiran Kampung Tanjung Tokong itu sudah hampir 25 tahun bergelar penggali kubur. Dia yang bekerja sebagai kontraktor di sebuah syarikat telekomunikasi turut mewarisi bakat menggali kubur daripada ayahnya. 

 Seperti mana janji ALLAH SWT, sesiapa yang mengikut ajaran-Nya pasti akan dipermudahkan di alam barzakh. Solihin bertuah kerana melihat sendiri keajaiban berkenaan di hadapan matanya pada suatu malam. 

Menurutnya, dia pernah menyaksikan kubur bercahaya pada waktu malam namun kejadian berkenaan tidak dapat dilihat rakan yang lain. 

 Pada suatu malam ketika dia dan tiga lagi rakan yang lain mahu menggali kubur, tiba-tiba dilihatnya satu kubur bercahaya seakan diterangi lampu yang amat cerah. Pada ketika itu dia memanggil rakannya untuk melihat kejadian berkenaan namun disanggah rakan-rakan yang lain kerana tidak dapat melihatnya. 

“Memang saya sedikit terkejut, tapi itulah kebesaran ALLAH SWT, kubur berkenaan milik seorang yang boleh digelar ustaz kerana dia adalah guru agama yang turut mengajar anak Tanjung Tokong membaca al-Quran. 

 “Malah arwah juga adalah antara orang penting yang memandikan jenazah sekiranya adanya mayat,” katanya. Solihin mengakui mula seronok datang ke kubur sejak kecil lagi dan kemudiannya membantu bapanya menggali kubur sejak berusia 12 tahun.


Rasa ada kematian 

Mempunyai pengalaman agak luas, lelaki yang sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak ini mempunyai teknik tertentu untuk menggali kubur. 

Kebiasaannya dia akan mengukur tanah kubur hanya menggunakan cangkulnya sahaja. Akibat sudah terlalu biasa dengan kematian, Solihin seakan dapat merasa akan ada kematian yang akan berlaku.

 Bukan rekaan, namun itulah yang berlaku terhadap dirinya sehingga majikannya sendiri menyedari kelakuannya apabila tiba saat dia akan menggali kubur. 

 “Ya, saya sendiri dapat rasa diri saya tidak dapat duduk diam dan selepas itu akan ada perkhabaran orang meninggal dunia dan saya akan terus ke kubur untuk menggali.

 “Saya sendiri tidak pasti mengapa tapi itulah yang berlaku terhadap diri saya, majikan saya tidak mempunyai masalah untuk melepaskan saya apabila waktu bekerja untuk ke kubur,” katanya. 

 Sama seperti orang lain, Solihin akan membaca surah al-Fatihah dan berselawat ketika menjalankan tugasannya di kubur. 

 “Biasalah orang sentiasa ingat kubur ini tempat menakutkan tetapi kita tidak boleh bersikap demikian kerana inilah tempat kita akan ‘tinggal’ nanti,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JOM BACA!!! KISAH IKAN SISA NABI

Pernahkah anda merasai isi ikan sisa Nabi ini? Ikan ini sungguh unik keadaannya kerana hanya mempunyai sebelah badan dengan matanya satu.

Ikan ini juga dikenali dengan nama Ikan Sebelah Laut atau turut dipanggil sebagai ikan sisa Nabi. Manakala nama saintifiknya ialah Pseudorhombus spp. atau Achiroides spp.

 Ikan istimewa ini tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di negara kita. Anda tahu kisah kejadiannya? 


Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja. 

Seterusnya, ikan tersebut hidup dan membiak hingga ke hari ini. Hal ini menjadi bukti kewujudan ikan ini yang kekal sehingga ke hari ini untuk menjadi iktibar kepada kita semua.


Lebih unik, biarpun ikan ini hanya mempunyai satu mata dan sebelah badan sahaja ia tidak memberi sebarang masalah kepada kehidupan ekosistem ikan tersebut.

Kesimpulannya, kejadian ini membuktikan kebesaran Allah SWT. Tidak perlu lagi kita meragui akan kebesaran Allah dan agama Islam yang suci.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

'Allah' vodka stirs anger in Kazakhstan



Kazakhstan ialah negara yang menjadi bahan jenaka Sacha Baron Cohen didalam filem Borat. Tapi tahukah anda negara bekas ahli Kesatuan Soviet ini majoritinya beragama Islam?

 Sungguhpun begitu kerana pengaruh Soviet yang kuat selama berdekad lamanya orang Islam Kazakh suka minum arak. It's a Russian thing. 

Baru-baru ini syarikat pembuat arak tempatan Geom vodka menimbulkan kemarahan orang ramai kerana pada penutupnya terdapat kalimah jawi yang bermaksud “Allah’s strength is enough for everybody”.

Akibat daripada kontroversi ini kesemua botol vodka Baiterek yang dikeluarkan Geom ditarik dari pasaran. PihakBaiterek vodka pula meminta maaf kerana melakukan kesalahan meletakkan nama Allah pada vodka mereka. 

Alasan yang diberikan ialah mereka tidak tahu makna tulisan jawi yang mereka gunakan. Ini adalah kerana pempakejan vodka ini dilakukan di Russia dan mereka tiada orang yang paham bahasa Arab disitu.

Vodka branded with the Arabic word Allah has caused uproar in Kazakhstan, a predominantly Muslim country with a taste for alcohol picked up during the Soviet Union.


Allah, which means God, is written on the front of Baiterek vodka bottle caps. The bottles’ labels also suggest the vodka packs a sizeable kick with the slogan: “Allah’s strength is enough for everybody.”

While alcohol has generally played an important role in Christianity, it is forbidden in Islam and the bottles, which appeared in the eastern city of Semey, have angered religious Kazakhs.

“The only salvation for those who did this is to repent,” Bekzat Boranbai uly, an Imam in Semey, told the KTK television station.

“Allah is against alcohol and this is mockery.”

Although many Kazakhs drink vodka, a habit they acquired when Kazakhstan was part of the Soviet Union, religion has become increasingly important over the past decade.

Officials moved to dampen the furore over the vodka by calling on Geom, the local company which produces the Baiterek brand, to withdraw stocks from shops.

A spokesman for Geom said ignorance was the root cause of the error.

She said that the labelling had been produced in neighbouring Russia and that because nobody in the company speaks Arabic, they didn’t realise the word Allah was on the front of the bottle.

Like the other four Central Asian states, Kazakhstan was part of the Soviet Union until 1991. Russian and Kazakh are the state languages. Most Kazakhs are Sunni Muslims but, although religion is growing in popularity, the majority treat it lightly.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WAJAH WANITA SELEPAS PEMBEDAHAN PEMBUANGAN TUMOR GERGASI

Li Hongfang (40) ialah seorang wanita malang yang berasal dari Xi'an China. Selama sedekad beliau mereka kerana mengidap penyakit Chordoma yang mengakibatkan muka beliau membengkak.

 Pada muka beliau doktor menemui 70 tumor yang membuatkan beliau kelihatan seperti Forever Alone Guy versi dunia sebenar.

 Li Hongfang menyedari terdapat bonjolan pada muka beliau pada tahun 2001. Pada awalnya beliau mengingatkan ianya hanya gigitan serangga. 

Namun pada tahun 2005 bonjolan tersebut menjadi semakin besar dan akhirnya kepala beliau membengkak pada kadar tidak normal. Kerana kemiskinan beliau terpaksa menahan sakit dan membiarkan sahaja tumor semakin membesar.

Nasib beliau baik apabila cerita penyakit aneh beliau ini menerima liputan media dunia. Doktor di hospital kerajaan di Xi'an bersetuju melakukan pembedahan pembuangan tumor yang bernilai 
GBP 60 000 (RM 296 000) keatas beliau secara percuma.


 Diharap Li Hongfang dapat kembali hidup seperti insan normal. Kasihan!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GAMBAR DAN VIDEO MANGSA SERANGAN SENJATA KIMIA DI SYRIA

YA ALLAH APE LA DOSA ANAK-ANAK NI...YA ALLAH... YA TUHAN KU...
 ... Letakkanlah mereka-mereka ini di surgaMU...



















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts