translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Kate dan Diana Dibandingkan Kerana Serupa


Kelahiran putra pertama Kate dan William ini mengundang banyak sekali kehebohan dari segala penjuru dunia. Mulai dari menebak jenis kelamin hingga nama apa yang akan dipilih oleh pasangan ini menjadi perbincangan hangat di media mana saja.
Hingga, banyak media juga yang mengabadikan dan membandingkan adegan pulangnya Kate dari rumah sakit setelah melahirkan.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perempuan ter-KAYA, ter-CANTIK dan Masih Single


Dia satu-satunya wanita yang berada di daftar miliarder termuda dunia. Yang Huiyan, yang di usia awal 30-an. Dia memiliki miliaran dolar ketika ayahnya mentransfer kekayaannya pada tahun 2005. Ayahnya merupakan pendiri Country Garden, sebuah perusahaan real estate kelas atas China.

Dia juga masuk dalam jajaran 10 wanita terkaya dunia. Persisnya terkaya dunia nombor empat dengan total kekayaan US$ 16 miliar. Pertumbuhan ekonomi China yang sangat tinggi membawa rezeki tersendiri bagi Country Garden. Bisnis Country mengembang. Country Garden pun masuk dalam 12 pengembang top di China. Pemilik Country Garden juga merupakan salah satu dari 40 taipan terkaya asal China versi Forbes.

Nama sang ahli waris, Yang, pun melesat. Menarik memang. Pasalnya, selain kaya raya, masih single, dan cantik jelita. Mahasisiwi Ohio State University, Amerika Serikat ini masih berusia 23 tahun saat bergabung dengan perusahaan yang dikelola ayahnya, Yeung Kwok Keung ini. Berawal, ayahnya hanya seorang petani, kemudian menjadi pengusaha batu bata hingga membentuk perusahaan real estate pada 1997.

Huiyan adalah anak kedua dari tiga anak perempuan Yeung Kwok. Sejak masih remaja, ia sudah mengikuti aksi ayahnya yang memburu lahan-lahan kosong. Setelah bergabung, ia bukan sekedar menjadi asisten peribadi, melainkan juga mendapatkan pengalihan saham dari ayahnya untuk mewariskan tanggung jawab di bahunya.

Bahkan, pada 2006, ia mengakumulasi 70 peratus saham sehingga menjadi pemegang saham majoriti atau pengendali Country Garden yang dikenal sebagai grup bisnis properti top di daratan China.Di bawah komandonya, perusahaan yang berpusat di Guangdong, China ini terus mengembangkan strategi berekspansi ke luar Guangdong. Pada Januari lalu, Country Garden memenangkan penawaran untuk mengakuisisi lahan di pusat kota Wuhan, China. Di usia yang masih muda, Huiyan kini dinobatkan sebagai wanita kedua terkaya Asia. Beberapa tahun, ia berada di jajaran orang kaya Forbes.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ORANG AWAM BERGANDING DENGAN 16 SELEBRITI POPULAR DALAM FEAR FACTOR

Sesi Uji Bakat Online Fear Factor Pertama Mula Dibuka
FEAR FACTOR MALAYSIA BUKA PELUANG KEPADA ORANG AWAM BERGANDING DENGAN 16 SELEBRITI POPULAR
- Antara 16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia 


Sesi Uji Bakat Online Fear Factor Pertama Mula Dibuka


KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2013: Buat julung kalinya pihak Fear Factor Malaysia akan membuka peluang kepada orang awam untuk berganding dengan 16 selebrititempatan dalam program realiti yang penuh mendebarkan ini.

Peluang ini akan dibuka menerusi saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013 menerusi laman web, www.fearfactor.com.my.

Kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing.

Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

Kesemua 16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, kejayaan dan penerimaan positif program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria selaku Saluran Hiburan Melayu Utama meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia.

"Sejak mula lagi, matlamat kami ialah untuk menjadi pilihan utama setiap penonton. Justeru, Astro Ria tidak pernah jemu untuk terus memperkukuhkan strategi dan formula yang ada bagi menawan hati para pelanggan kami menerusi penawaran program-program hebat daripada genre yang berbeza di saluran kami.

Kami juga sentiasa berusaha untuk memberi kelainan dalam kandungan tempatan dan format program dan amat positif dalam usaha untuk terus menawarkan pelbagai kandungan yang diadaptasi daripada format program antarabangsa yang mana setiap perincian akan diambil kira untuk memastikan elemen tempatan dapat diterapkan sekaligus mengelakkan sebarang sensitiviti agar bersesuaian dengan masyarakat di negara ini yang berbilang kaum," jelas Raqim.

Tambah Raqim lagi, melihat kepada kejayaan dan sambutan menggalakkan ke atas program Fear Factor Selebriti Malaysia yang telahpun disiarkan tidak lama dahulu, kami bawakan pula sebuah lagi program baru di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia untuk memenuhi permintaan para penonton.

"Melihat kepada kekuatan dan tarikan yang ditawarkan, kami yakin Fear Factor Malaysia mampu memikat hati sekaligus mencipta fenomena tersendiri dalam industri seni tanah air

"Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin membangun, kami akan membuka saringan pertama sesi ujibakat secara online yang mana orang ramai boleh menghantarkan video penyertaan ke laman sesawang rasmi untuk penilaian pihak kami. Berdasarkan video yang dihantar, kami akan menyenarai pendek calon peserta yang layak untuk memasuki peringkat saringan yang seterusnya," ujar Raqim.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia ataupun mereka yang mempunyai status penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Selain harus mempunyai perwatakan yang menarik, calon peserta juga mestilah berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013, calon peserta dikehendaki untuk menghantarkan rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my

Wajah calon peserta dan audio rakaman untuk setiap video penyertaan yang dihantar haruslah jelas. Calon peserta juga digalakkan untuk menyerlahkan personaliti sebenar mereka dengan cara paling menarik.

Kandungan video tersebut juga haruslah menjawab soalan-soalan seperti berikut:

1. Nyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video penyertaan.
2. Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
3. Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
4. Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?

Program Fear Factor Malaysia bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) kelak. Sebarang butiran lanjut yang lebih terperinci mengenai program ini akan diumumkan kelak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ANAK HILANG BALIK SEKOLAH DITEMUI MATI DIBUNUH


Hilang selepas pulang sekolah
Mangsa dijumpai berhampiran dengan bangunan baru dekat Taman Mewah. Gambar kecil, Nathaniel.


Hilang selepas pulang sekolah


TAIPING - Selepas seharian hilang dari rumah, seorang pelajar tingkatan dua ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan semak berhampiran Taman Mewah, Kamunting, di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai M Nathaniel, 14 telah dijumpai oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 7.50 pagi.

Sinar Harian difahamkan bahawa mangsa merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klian Pauh dan dikatakan hilang selepas pulang dari sekolah pada kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, kali terakhir mangsa dilihat adalah ketika dia bersembang dengan sekumpulan lelaki bermotosikal sebaik sahaja turun dari bas sekolah.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dilihat mengikuti kumpulan pemuda bermotosikal itu dan terus tidak pulang ke rumah selepas itu.

Tambah Yusuf, sehubungan itu keluarga mangsa telah cuba mencarinya di sekitar kawasan rumah mereka dan selepas mangsa gagal ditemui, mereka (keluarga mangsa) telah membuat laporan polis.

"Mayat mangsa ditemui dalam kawasan belukar di belakang bangunan baru Taman Mewah dan maklumat berkenaan penemuan mayat itu kami terima daripada orang awam.

"Siasatan mendapati mangsa yang berasal dari Taman Palma, Kamunting mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dikelar menggunakan benda tajam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dalam kawasan belukar berkenaan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Beliau memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu kes bunuh dan motif pembunuhan masih disiasat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WARGA EMAS INGIN PULANGKAN RIBUAN RINGGIT YANG DIJUMPAI

Warga emas terkejut jumpa seikat wang
Sejumlah duit yang ditemui seorang penoreh getah di tepi jalan utama dekat Kampung Padang Tenggala, Seberang Temerloh.


Warga emas terkejut jumpa seikat wang


TEMERLOH - Seorang penoreh getah terkejut apabila menemui seikat wang kertas bernilairibuan ringgit di tepi jalan utama ke bandar Temerloh dekat Kampung Padang Tenggala, di sini, tiga hari lalu.



Lelaki warga emas itu yang enggan dikenali berkata, dia menemui wang terbabit ketika menunggang motosikal melalui jalan berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya, dia terpandang satu bungkusan kertas di tepi jalan, namun tidak menghiraukannya.

“Ketika dalam perjalanan pulang, saya melalui jalan yang sama dan masa itu terdetik rasa hati untuk memberhentikan motosikal.

“Saya terkejut apabila melihat sejumlah besar duit bersama beberapa nota yang saya percaya ia adalah rekod urus niaga pemiliknya, saya terus mengambilnya dan berbincang dengan rakan,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menyimpan wang berkenaan dan menyerahkan kepada Sinar Harian untuk menghebahkan perkara itu kepada umum.

Katanya, pihak yang mahu menuntut mesti menyatakan dengan tepat jumlah wang itu sebelum berjumpanya di Kampung Bangau Parit.

Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan sejumlah besar wang dalam tempoh seminggu ini  supaya menghubungi Ketua Balai Polis Temerloh, Inspektor Irwan Sapawi untuk dibawa berjumpa lelaki yang menemui wang tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LINTAH BIAK DALAM USUS SELEPAS MAKAN KANGKUNG TUMIS


MESTI BACA KEPADA PEMINAT-PEMINAT SAYUR!

LINTAH BIAK DALAM USUS SELEPAS MAKAN KANGKUNG TUMIS

Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita sakit perut..Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun demam tak sembuh.




Lepas itu, ibu bapa anak tersebut ditanya oleh Doktor "makanan apa yang budak itu makan oleh anak tersebut selama 2 hari ini? " Ibu bapa budak anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya demam, anak tersebut tak nak makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit birit, malam tersebut anak itu makanKangkung Tumis di restoran bersama ibu bapanya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dalam usus anak itu telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan pembedahan apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.

Setelah diperiksa berulang kali, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung tumis yang paling enak ialah batangnya.

Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus budak kecil tadi, lintah hanya perlu masa 1 - 2 hari untuk berkembang biak. Jika ada keluarga / rakan-rakan yang mengalami hal tersebut , lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati.

Sebarkan kepada rakan, sahabat, keluarga, atau siapapun yang anda kenal menekan SHARE..

SHARE kepada semua , biar semua tahu .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktres 80-an PUTRI SALBIAH (FILEM KELUARGA 99) Dituduh Menipu 4 Kesalahan


Putri Salbiah ketika dibawah keluar dari Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menipu dan memalsukan kad pengenalan.

KL: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar selain dua tuduhan memalsukan kad pengenalan, tiga tahun lalu. Putri Salbiah Megat Razalli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menipu Ng Miow Hia, 48, dalam satu urus niaga pembelian tanah dengan memperkenalkan dua individu sebagai pemilik tanah di Mukim Rim di Jasin, Melaka.

Dia didakwa telah memperkenalkan Ng kepada Majid Senan dengan nama Ahmad SK Duis dan Yang Azizah Mohamed Yaccob dengan nama Sipah Duis @ Sipak Duez semasa bertemu di sebuah restoran di KLCC pada 1 April 2010. Putri Salbiah juga dituduh mengulangi perbuatan itu di lokasi sama pada 23 Jun 2010.

Empat kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan. Putri Salbiah juga didakwa memalsukan kad pengenalan untuk kegunaan Majid dan Yang Azizah dengan nama palsu mereka di antara Januari dan April 2010.

Salah satu adegan lakonan Putri Salbiah dalam filem Keluarga 99.

Kesalahan di bawah Peraturan (25)(1)(j) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) itu jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum selama tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan tertuduh enggan bekerjasama dalam siasatan kes tersebut.

Tambah Anthony, tertuduh juga sebelum ini pernah melarikan diri ke Brunei yang kemudiannya di tangkap oleh pihak berkuasa negara itu pada 9 Julai lalu sebelum di reman di Mahkamah Majistret di Miri sebelum didakwa.

Peguam Mohd Shahrullah Khan pula berkata, Putri Salbiah telah kembali ke Brunei untuk menjaga bapanya yang sakit dan meminta ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain bagaimanapun menetapkan ikat jamin sebanyak RM24,000 dikenakan terhadap Putri Salbiah bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin selain pasportnya ditahan.

Beliau menetapkan 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan memerintahkan pihak pendakwa membatalkan perintah tahanan yang dibuat di Miri dan mahkamah akan mengeluarkan surat kepada Mahkamah Majistret di Miri bagi tujuan tersebut.

Putri Salbiah sebelum ini dikenali dalam filem 80-an iaitu Ranjau Sepanjang Jalan di samping pelakon Sarimah dan Ahmad Mahmud. Dia juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem Keluarga 99 pada tahun 1987 bersama Salih Yaacob, Mr. Os dan Din Glamour.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TRAGEDI 'SUBUH BERDARAH'' 40 Terbunuh Diserang Ketika Solat Subuh, 300 Cedera.

 

BERLALU lebih 24 jam insiden berdarah "Solat Subuh" dan angka korban semakin meningkat. Jarak antara Dataran Raba'ah yang menjadi lokasi himpunan menyokong Mursi dengan Bangunan Kelab Pengawal Republik tidak jauh, kurang dari 10 km.Beberapa hari sebelumnya, mereka menganjurkan himpunan aman di tiga lokasi iaitu dataran Raba'ah Madinah Nasr, dataran Nahdhah,Giza dan hadapan Bangunan Kelab Pengawal Republik, Jalan Solah Salem.

 
Jenazah yang terkorban pagi tadi dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah

Malam sebelum kejadian berdarah, tentera menggunakan helikopter mereka bagi menggugurkan risalah kepada lebih 100,000 orang yang berkumpul di Bangunan Pengawal Republik. Antara kandungan risalah iaitu "tentera tidak akan tunduk kepada tekanan dari kumpulan minoriti" yang diisyaratkan kepada penyokong Mursi.

Mesir akan mencatat sejarah yang akan dibaca oleh generasi mereka yang akan datang bahawa terdapat datuk nenek mereka yang sedang menunaikan solat Subuh pada 8 Julai 2013, menganjurkan himpunan aman yang hanya menuntut hak mereka yang dirampas, dibunuh dengan cara yang paling kejam. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia pada zaman serba moden ini insiden kejam sedemikian melainkan askar rejim Nusairi Syria dan askar Zionis yang membunuh umat Islam di Syria dan Palestin ketika solat.



Allahu Akbar!
Mangsa serangan baltoji dan polis

Mangsa serangan baltoji di Dumyat.

Antara yang cedera dan terbunuh di tangan tentera

GAMBAR MANGSA TEMBAKAN DI KEPALA OLEH TENTERA SEKULAR MESIR
 
Saudara Mohammed Subhi Al-Haddad, 34 tahun merupakan ayah kepada dua anak adalah anak kelahiran bandar Baltim, wilayah Kafr Syeikh. 

 [ Gambar ] Rakyat Mesir Penyokong Dr Morsi Yang Ditembak Oleh Tentera Sekular Mesir  Dikepala | [ MESIR HARI INI ] IN SYA ALLAH SYURGA UNTUK BELIAU |

Innalillah. Al Fatihah.
Beliau ialah محمد صبحى الحداد.
Yang ditembak oleh tentera di hadapan bangunan Pengawal Republik.
Moga arwah tenang di sana.

Mangsa yang ditembak pula mati serta-merta kerana tembakan di dada, kepala dan leher sememangnya untuk membunuh, bukan sekadar mencederakan mangsa. Sementara mereka yang cedera pula dibawa ke hospital berdekatan. Malangnya, tiga buah hospital yang berdekatan enggan menerima mangsa yang cedera. Tiga buah hospital tersebut iaitu Hospital Husein Jami'i, Hospital Abbasiyah dan Hospital Damardash. Keengganan pihak hospital menerima mangsa yang cedera menyebabkan angka kematian meningkat mendadak. Lalu mangsa dibawa ke Hospital Rab'ah, berhampiran lokasi himpunan. Dengan kepadatan hospital yang tidak mampu menampung mangsa, pihak aktivis yang terdiri dari kalangan doktor-doktor perubatan telah menubuhkan "hospital awam" yang dibuat di dewan persidangan, bersebelahan masjid Raba'ah. Terdapat juga mangsa yang cedera dibawa menerima rawatan di Hospital Ta'amin Sihhi, berhampiran Dewan ACC. Rupanya pihak polis telah sedia menanti kedatangan mereka lalu mereka ditangkap.

Keadaan bertambah kritikal apabila pihak ambulans tidak dibenarkan menghampiri kawasan serangan lalu terpaksa rakyat menggunakan kenderaan persendirian membawa mangsa ke hospital.

Sementara mereka yang terselamat di kawasan serangan,terutama golongan wanita, warga tua dan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri dari terus menjadi mangsa peluru polis dan askar. Mereka mencari perlindungan di dalam rumah Allah, Masjid Mustafa yang terletak berhampiran medan serangan. Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan masjid lebih 3 jam dan akan menangkap sesiapa sahaja yang cuba keluar. Terdapat mereka yang terpaksa keluar lalu ditangkap dan jumlah mereka sekitar 200 orang.

Ikhwanonline pula mendedahkan, mangsa yang ditangkap ini kemudian didera teruk bertujuan supaya mereka mengaku bahawa mereka adalah "pengganas" yang cuba menyerang Bangunan Pengawal Republik. Jika mereka mengaku, mereka akan ditampilkan dalam satu sidang media petang nanti. Hingga sidangmedia, tidak terdapat mereka yang berbuat demikian.

Kesatuan Doktor Perubatan Mesir mengadakan sidang tergempar di Dewan Raba'ah jam 11 pagi. Menurut Setiausaha Agung kesatuan, Dr.Jamal Abdussalam, angka korban (waktu itu) berjumlah 51 orang, termasuk 8 orang wanita dan 5 orang kanak-kanak, dua daripadanya masih menyusu.

Sekitar jam 3 petang, sidang media khas diadakan bersama oleh Majlis Tentera dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi "menjelaskan secara lanjut" insiden berdarah pagi tadi.

Sebelum sidang dimulakan, wartawan "Al-Jazeera" telah dihalau keluar dan tidak dibenarkan membuat liputan.

Lalu, wakil tentera dan KDN "menjelaskan" tragedi. Kata tentera, "pagi tadi, sekitar jam 4 pagi kami dikejutkan dengan serangan pihak pengganas yang cuba menceroboh Bangunan Pengawal Republik. Seorang tentera terbunuh dan 14 yang lain cedera akibat serangan pengganas itu. Tapi tentera berjaya memberkas 200 orang pengganas dan didapati mereka mempunyai senjata api."

Pihak media juga ditayangkan dengan keratan video bagi menunjukkan bahawa terdapat usaha bagi menceroboh bangunan. Juga mereka tayangkan beberapa orang pemuda melemparkan "molotov" buatan kepada pihak keselamatan.

Askar berkata, "Senjata kami untuk membunuh musuh, bukan anak bangsa sendiri. Apa yang disebarkan bukan gambar yang berlaku di Mesir tetapi di Syria. Termasuk gambar kanak-kanak yang ditembak, ia adalah yang berlaku di Syria."

Tambah wakil askar, hari ini terdapat mereka yang cuba memburukkan imej baik pihak askar.

Kata wakil KDN, "Kami akan bertindak tegas kepada mereka yang menyalahi undang-undang."

Semoga Allah mengurniakan kita kebenaran dan kita mengikuti kebenaran tersebut.

Foto Menarik
SEORANG penyokong pro-Morsi memegang baju dipenuhi darah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakan mereka yang ditembak mati oleh tentera di perkarangan Masjid Raba Al Adaawyia iaitu tempat berkumpul bagi penyokong pro-Morsi di Kaherah, Mesir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perghh Jurulatih Buaya ..Nyaris Putus Kepala...Jom layannn


Seorang jurulatih di ladang ternak buaya yang popular di kalangan pelancong bernasib baik apabila terselamat daripada mengalami cedera parah selepas seekor reptilia itu menutup mulutnya dengan pantas ketika kepala jurulatih berkenaan berada di dalam.

Uthen Youngprapakorn, pemilik Ladang Buaya dan Zoo Samut Prakan berkata, kejadian yang dirakam seorang pelancong itu berlaku Ahad lalu.

Menurutnya, jurulatih buaya berusia 27 tahun, Pravit Suebmee mengalami kesan gigitan pada muka dan leher tetapi tidak serius.

Uthen berkata, Pravit mempunyai pengalaman lapan tahun melatih buaya dan kejadian Ahad lalu adalah yang paling mengerikan pernah dihadapinya. 

Selepas kejadian itu, Pravit memberitahu Uthen, ia mungkin berlaku selepas dia memasukkan kepalanya dalam mulut buaya seperti yang biasa dilakukan dalam pertunjukan sebelum ini. 

Tetapi Ahad lalu, tangannya tergelincir lalu tersentuh bahagian lain buaya berkenaan, menyebabkan reptilia itu terkejut dan menutup mulutnya serta-merta.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Artis cantik Indonesia memeluk Islam










REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA:
Setelah cukup lama vakum di dunia hiburan, artis dan model Bella Saphira melabuhkan hatinya pada Islam. Perempuan berusia 39 tahun tersebut bersyahadat di Masjid Istiqlal, Jumat (26/7). Tak ingin menjadi bahan gosip, Bella pun enggan mengkhabarkan keislamannya.
Sekitar pukul 09.45, Bella didampingi keluarganya yang Muslim tiba di Istiqlal. Ingin persendirian, ia yang telah memakai tudung itu pun menuju ruang VIP masjid sebelum ke ruang utama untuk bersyahadat. Saat melantunkan syahadat, Bella sangat fasih membacanya. Ia pun sempat menitiskan air mata.

Artis Bella Saphira (kanan) saat mengucap dua kalimat syahadat di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, Jumat (26/7).Acara persaksian keislaman Bella pun ditutup dari awam. Wartawan yang ingin liputan juga dilarang masuk. Ruang masjid lokasi syahadat dijaga cukup ketat.
Menurut Imam Besar Masjid Istiqlal, Ali Mustafa Ya'qub, perempuan berdarah batak itu takut timbul masalah di kemudian hari dengan beredarnya kabar keislamannya. "Dia tidak mau diberitakan. Tadi bilang ke saya kalau ingin tidak menimbulkan masalah dalam rumah tangganya," ujar imam kepada Republika ketika ditemui di ruangannya.
Imam Ali pun sempat memberikan nasihat pada artis kelahiran Magelang tersebut agar selalu menjaga adab sebagai seorang muslimah. Ia juga memberikan beberapa literatur Islam untuk Bella. Antara lain, buku Islam di Amerika, Islam antara Perang dan Damai, 20 Minit Bersama Obama, Ramadhan bersama Ali Mustafa Yaqub, majalah Nabawi, dan lain sebagainya.

Ketika ditanya kesinambungan bimbingan bagi Bella, Imam berkata, setiap muslim berkewajiban membimbing saudaranya. Orang awam pun sama dengan manusia lain, tak ada yang istimewa. "Siapa saja yang memerlukan bimbingan ya kami siap membimbing," ujarnya.

Baik Bella, keluarga atau pembantunya, tak ada yang berkenan komen. Saat keluar dari masjid, Bella pun bergegas dan tak mengucap sepatah kata pun.

Bella yang mempunyai nama lengkap Bella Saphira Veronica Simanjuntak tidak diwajibkan untuk menukar nama.

Menukar nama memang banyak dilakukan oleh orang-orang yang memutuskan memeluk agama Islam.
Imam Besar Masjid Istiqlal, Ali Mustofa Yakub, mengatakan hal itu bukanlah satu hal yang wajib. Begitu juga dengan Bella, ia tidak perlu menggantikan nama.
"Tidak ada perubahan nama, kerana tidak ada kewajiban hal itu dalam Islam," kata Ali Mustofa ketika ditemui usai membimbing Bella Saphira mengucap dua kalimah syahadah, Jumaat (26/7) di Masjid Istiqlal.

Proses Bella Saphira mengucap dua kalimat syhadat sendiri berlangsung dalam penjagaan ketat beberapa lelaki berbadan tegap. Para lelaki itu mengawal sejak kedatangan hingga Bella meninggalkan Masjid Istiqlal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sadis! Remaja 15 Tahun Dikurung di Peti 1 Meter dan Jadi Budak Seks


 
 Ilustrasi
California - Seorang remaja yang dilaporkan hilang di California, Amerika Syarikat ternyata diculik dan dijadikan budak seks. Gadis berusia 15 tahun ini dikurung di dalam peti dan dipaksa melayani nafsu para penculiknya.

Selama beberapa hari, remaja ini dikurung di sebuah 'ladang ganja' setempat. Parahnya, dia ditempatkan di dalam peti besi berukuran 1 meter yang sangat tidak sesuai  bagi manusia.

"Diubah menjadi penjara untuk manusia," terang polis  setempat, seperti dilansir news.com.au, Sabtu (27/7/2013).

Dua lelaki yang mendalangi penyekapan ini telah berhasil ditangkap pihak berkuasa setempat. Ryan Balletti (30) dan Patrick Pearmain (25) dijerat dakwaan penculikan dan pemerkosaan oleh pihak berkuasa setempat.

Selama dikurung, remaja ini berulang kali diperkosa dan dijadikan budak seks oleh kedua pelaku. Ketika ini, si remaja telah dalam perlindungan otoriti setempat.

Remaja yang tidak disebut namanya ini dilaporkan hilang dari rumahnya di Los Angeles sejak April lalu. Polis  pun dilibatkan dalam pencarian remaja ini.

Hingga akhirnya, remaja ini memberitahu keluarganya melalui telepon bahawa dia dalam keadaan baik. Panggilan tersebut dilacak polis  hingga berujung pada penyerbuan sebuah motel di wilayah Sacramento, di mana polis  menemui si remaja dan dua pelaku yang kemudian ditangkap.

Dalam penyerbuan tersebut, polis  juga menyita 1,400 pot tanaman ganja, kemudian senapang dan pistol berserta pelurunya. Sebuah rak kayu yang digunakan pelaku saat memperkosa remaja ini juga disita.

Polisi percaya, masih ada mangsa lainnya terkait kes ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IBRAHIM PENDEK PELAKON MELAYU PERTAMA BERLAKON DI HOLLYWOOD BERSAMA ROCK HUDSON DAN GENE ROWLANDS


Ibrahim Pendek atau Ibrahim Bin Hassan

Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932 adalah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm.



Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat. Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. 

The Spiral Road pada tahun 1962


Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu. Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962. 


Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GEMPAR !!! BUDAK 11 TAHUN SANGGUP BUNUH DIRI JIKA DIPAKSA KAHWIN



Yaman – Rakaman video melibatkan seorang budak perempuan berusia 11 tahun, Nada al-Ahdal, yang mengugut akan membunuh diri jika dia dikahwinkan, kini tersebar luas selepas ia dimuat naik di YouTube pada 8 Julai lalu.

 “Sila teruskan keputusan itu dan kahwinkan saya, saya akan membunuh diri. Lebih baik mati sahaja. Ini adalah satu jenayah. Ia bukan salah kanak-kanak. Bukan saya sahaja, ia boleh berlaku kepada kanak-kanak lain’’ itu antara ugutan yang dibuat kepada keluarganya melalui rakaman video tersebut.

 Dalam rakaman berkenaan juga, Nada menjelaskan dia tidak mahu meninggalkan keluarganya dan berpindah ke rumah suaminya, kerana kehidupannya akan musnah dan dia tidak dapat meneruskan pelajaran. “Saya dah penat dengan awak, awak memusnahkan hidup saya,’’ katanya dalam video itu.

 Nada, yang mempunyai lapan adik beradik, telah dipelihara oleh bapa saudaranya, Abdel Salam al-Ahdal, ketika dia berusia tiga tahun namun semuanya berubah apabila seorang lelaki warga Arab Saudi telah meminta izin daripada ibu bapa Nada untuk mengawini budak berkenaan.

 Nada juga mempunyai seorang kakak berusia 18 tahun, dan telah bertunang berkali-kali. Setiap kali ibubapanya menerima lamaran baru, mereka akan mengambil wang hantaran namun memberi alasan belum cukup duit untuk mengadakan majlis perkahwinan kakaknya itu. Dalam masa sama wang hantaran itu telah disimpan oleh ibu bapanya.



Sementara itu, bapa saudaranya memaklumkan, selepas mendengar anak saudaranya itu akan berkahwin, dia menjadi panik kerana Nada belum pun berusia 11 tahun, sebaliknya umur Nada adalah 10 tahun dan 3 bulan.

“Saya tidak boleh membiarkan Nada dikahwinkan kerana ia akan memusnahkan kehidupannya, sama yang berlaku kepada ibu saudaranya yang telah membakar diri sendiri selepas dipaksa berkahwin pada usia 13 tahun.

“Saya terpaksa menghalang perkahwinan itu dan menghubungi bakal pengantin bahawa Nada tidak sesuai dengannya, selain tidak memakai tudung,’’ katanya.

Selepas pertunangan itu dibatalkan, ibu bapa Nada menjadi marah dan telah meminta supaya Nada pulang ke rumah.

Dengan campurtangan pihak berkuasa, Nada telah dibenarkan menetap bersama bapa saudaranya itu.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REMAJA LELAKI MAUT TERIKAT DITANGGA




Seorang lelaki ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat pada tangga yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di sebuah kebun buah-buahan di Padang Siding, Arau, Perlis, pada Selasa lepas.


Mayat lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang bahagian matanya turut ditutup dengan ikatan kain ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Superintenden Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, lokasi kejadian hanya kira-kira 20 meter dari jalan raya utama dan punca kematian sedang disiasat.

"Tiada sebarang kesan luka pada mayat mangsa. Identiti mangsa belum diketahui dan tidak dapat diketahui sama ada mangsa itu warga tempatan atau rakyat asing," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurutnya siasatan lanjut akan dilakukan bagi memastikan punca kejadian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SYADIS....WANITA DIBUNUH DAN CEBISAN MAYAT DIBERI MAKAN ANJING




Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing.

Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.

Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.

Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.

Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.

Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.

Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.

Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.








Eliza juga dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Ronaldo.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts