translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

ALAMAK....30,500 tiket penyokong Pahang habis dalam 3 jam



Sebanyak 30,500 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia untuk penyokong Pahang habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas enam kaunter dibuka di Stadium Darul Makmur di sini mulai 10 pagi ini.
Setiausaha Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim berkata peruntukan 30,500 keping tiket termasuk 500 tiket untuk kanak-kanak dan 12,000 tiket yang diagihkan kepada 11 persatuan daerah.
Proses penjualan tiket berharga RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata penyokong tempatan yang tidak berpeluang ke Stadium Shah Alam boleh menyaksikan final antara Pahang dan Kelantan melalui skrin gergasi di Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di Jalan Stadium di sini, Ahad ini.
Menerusi tinjauan Bernama, ribuan penyokong skuad Tok Gajah mula membanjiri Stadium Darul Makmur seawal 6 pagi tadi kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan aksi final itu. Walaupun ada peminat yang gagal mendapatkan tiket tetapi tiada kekecohan berlaku seperti penjualan tiket separuh akhir Pahang-Sarawak pada 19 Oktober lepas.
Seorang penyokong Pahang, Hafizul Hamzah, 30, berkata, beliau sanggup menunggu kaunter tiket dibuka walaupun hanya dibenarkan membeli dua keping tiket sahaja.
Pasangan kembar yang berusia 50 tahun, Abdul Manan Abdul Aziz dan Abdul Manaf, turut melahirkan perasaan gembira mereka setelah berjaya membeli tiket untuk perlawanan akhir berkenaan. "Kita ini peminat setia negeri Pahang.
Anak-anak negeri Pahang ini kena sokonglah. Setakat mana kita boleh bantu Pahang, sokonglah. Itu aje," kata Abdul Manan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HEBAT GILA....10,000 tiket habis dalam 90 minit di Kelantan


Sebanyak 10,000 tiket daripada 30,500 tiket final Piala Malaysia yang diperuntukkan kepada Kelantan habis dijual dalam tempoh 90 minit di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini hari ini.
Hampir 5,000 penyokong fanatik pasukan 'The Red Warriors' mula beratur di stadium berkenaan sejak pukul 6.30 pagi walaupun lapan kaunter menjual tiket hanya mula dibuka pukul 3 petang.
Kelantan, selaku juara bertahan, akan menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini. Tinjauan Bernama di perkarangan stadium mendapati peminat sanggup menahan lapar dan dahaga serta berpanas semata-mata untuk mendapatkan tiket yang dijual maksimum empat keping bagi setiap seorang.
Lima belas minit selepas kaunter dibuka, keadaan mula kecoh apabila pagar yang dipasang untuk keselamatan, tiba-tiba roboh disebabkan asakan penyokong yang saling menolak antara satu sama lain sehingga menyebabkan segelintir daripada mereka cedera ringan akibat terjatuh.
Bagaimanapun, seramai 73 pegawai dan anggota polis yang mula bertugas sejak pukul 12 tengah hari, berjaya mengawal keadaan. Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Wan Ismail Md Noor berkata hanya 10,000 tiket dijual di kaunter stadium manakala 20,500 tiket dijual secara pukal kepada penyokong yang mengikuti rombongan yang menaiki bas ke Stadium Shah Alam. Beliau berkata penjualan tiket di stadium itu turut dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak sebarang unsur penipuan.
Seorang penyokong, Zahari Ibrahim, 56, dari Tendong, Pasir Mas berkata beliau mula beratur sejak pukul 8 pagi tadi dan tidak sempat makan semata-mata mahu membeli empat keping tiket untuk beliau dan anak-anaknya.
Beliau, yang terpaksa dipapah keluar oleh anggota keselamatan kerana hampir pengsan selepas berasak membeli tiket tersebut, berkata penantiannya selama tujuh jam itu berbaloi kerana berjaya mendapatkan tiket. "Saya akan bertolak ke Shah Alam, Jumaat ini dengan anak-anak.
Saya selalu pergi menonton di stadium setiap kali Kelantan berjaya melangkah ke final," katanya. Seorang penyokong, Roslina Mamat, 45, dari Bukit Marak, Bachok, berkata beliau tidak puas hati dengan kaedah penjualan tiket kerana terpaksa beratur terlalu lama semata-mata untuk mendapatkan tiket.
Roslina, yang beratur hampir empat jam, berkata KAFA seharusnya mengagihkan tiket tersebut ke setiap daerah bagi memudahkan orang ramai membeli tiket di tempat masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Impian Abhishek Bachchan

Abhishek Bachchan
AKTOR terkenal Bollywood, Abhishek Bachchan meluahkan impiannya yang mahu melihat anak sulungnya, Aaradhya menghormati dan menghargai dia dan isteri, Aishwarya Rai apabila besar nanti.
Menurut Abhishek, dia juga amat menghormati kedua ibu bapanya dan justeru dia berharap anaknya itu juga akan berkelakuan serupa.
“Biarpun dia sudah meningkat dewasa kelak, saya berdoa agar Aaradhya terus menghormati kami. Sama seperti saya yang masih menghormati dan menghargai jasa kedua ibu bapa saya,” ujar anak kepada pasangan Amitabh Bachchan dan Jaya Bhaduri itu.
Sementara itu, Abhishek akan muncul dalam filem Dhoom 3, bersama Uday Chopra, Katrina Kaif dan Aamir Khan Disember ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gary lamar Ji Hyo?

Gary lamar Ji Hyo
TERKENAL dengan jolokan ‘Monday Couple’ dalam program Running Man, Gary dan Song Ji Hyo, terus membuatkan peminat mereka menjerit kegembiraan.
Dalam episod terbaru, Gary dan Ji Hyo perlu membuka helmet menggunakan kunci dan Haha secara spontan telah mengusik Ji Hyo dengan menyuruh mereka berkahwin jika Ji Hyo dan Gary berhasil membuka helmet tersebut.
Namun sebaik Ji Hyo berjaya membuka helmet Gary, Gary secara spontan mengajak Ji Hyo ke gedung perkahwinan dan mengharapkan rakaman episod tersebut dapat diselesaikan segera.
Beberapa peminat yang sudah menonton rakaman berkenaan mengharapkan Gary benar-benar berkahwin dengan Ji Hyo, apatah lagi peserta tunggal wanita dalam program itu dikatakan sudah kembali single.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BIAR BETUL...Abby tidak hormat suami?

Abby
TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.
Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai.
Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya. “Semua itu fitnah untuk memburukkan saya!
Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya. Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga. “Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya.
Tetap dengan pendirian Dalam pada itu, Abby turut mengulas kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi, 33, yang menempelak tindakannya dalam mengaitkan kehidupan artis dan maksiat ketika sesi ceramahnya sebelum ini.
Menurut Abby, dia hanya berkongsi pengalamannya ketika bergelar artis dan tindakan Zed membidasnya itu turut dibayangi jawapan politik. "Saya lihat kenyataannya tidak realistik.

Mengapa dia mahu fitnah saya?
Ini perjuangan saya untuk memperbetulkan apa yang berlaku dalam industri hiburan tanah air, yang mana kini terlalu banyak maksiat yang berlaku. “Namun, siapalah saya kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk dan mendidik acuan dalam industri hiburan.
Cuma apa yang dapat saya lakukan adalah berdakwah dan menyebarkan apa yang dibolehkan oleh agama,” katanya. Mengulas mengenai sikapnya yang tidak disenangi segelintir pihak, ibu kepada tiga cahaya mata ini nyata melahirkan rasa kecewa.
Bagaimanapun dia tidak mahu mendendami sesiapa yang tidak menyukainya. “Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Dan saya maafkan ketelanjuran mereka.
Bagi saya setiap manusia perlu melalui proses kematangan. “Saya memberikan peluang kepada sesiapa untuk memperbaiki niat mereka,” akhirinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GAMBAR MESRA, SHILA AMZAH DAN JOHAN AS'ARI TIDAK BERSELINDUNG LAGI

gambar mesra shila amzah dan johan asari tidak berselindung lagi

Sebelum ini sama ada penyanyi, Shila Amzah mahu pun pelakon Johan As`ari telah beberapa kali berkeras menafikan hubungan cinta mereka, malah mereka berdua akui hanya berkawan dan tidak lebih dari itu Namun, sejak akhir-akhir ini, Murai Batu tengok di laman sosial Instagram milik Shila Amzah atau Johan As`ari, kedua-duanya rancak memuat naik gambar mesra mereka bersama.
Mereka seolah-olah lebih terbuka untuk mendedahkan hubungan baik mereka yang dikatakan hanya berkawan itu. Malah ada peminat dan follower mereka di Instagram itu seronok lihat mereka bersama dan berharap agar hubungan mereka boleh kekal hingga ke jinjang pelamin.
Maknanya, bukan saya sahajalah yang nampak mereka berdua seperti pasangan kekasih tetapi peminat dan follower mereka sendiri lihat mereka seperti pasangan sejoli yang tidak dapat dipisahkan lagi.

Tapi mengapa kedua-duanya masih tidak mengaku bercinta apabila ditanya media?

Adakah Shila Amzah mahu menggunakan pendekatan yang sama dengan pelakon Nora Danish dan Nadeem?
Yelah pasangan ini pun tidak mahu mengaku mereka bercinta tetapi hanya meluahkan rasa cinta mereka di Instagram.

Terbaru, Shila Amzah dilihat mesra pergi menonton wayang dengan Johan, tetapi mereka tidak berdua kerana kelihatan seperti bersama ibu bapa masing-masing dan juga beberapa rakan artis.
Paling sweet, Johan sendiri memuat foto dia dan casing barunya pemberian Shila Amzah. Dalam entri foto itu Johan ucapkan terima kasih di atas pemberian itu.
Shila juga kerap memuat naik foto Johan dan tak kurang juga foto-foto bersama, tindakannya itu membuatkan peminat lagi gembira melihat hubungan mesra mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SITI NURHALIZA SIMPATI DENGAN NASIB NABILA DI AF2013

siti nurhaliza simpati dengan nasib nabila di af2013
Penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza Taruddin akui simpati dengan nasib salah seorang peserta Akademi Fantasia 2013 (AF2013), Nabila yang sering menerima tohmahan dan kritikan daripada penonton di luar.
Sebagai inspirer di minggu ke-7 hingga tamat AF 2013 nanti, Siti Nurhaliza berkata peminat tidak boleh menyalahkan Nabila kerana dia dan juga peserta yang lain masih mentah dan banyak yang perlu dipelajari. "Meskipun sudah masuk minggu ke-7 saya tahu, ramai orang di luar sana yang tidak berpuas hati dengan kewujudan Nabila di AF2013 hingga kini.
Tapi saya kasihan pada Nabila, malah saya sendiri mengharapkan yang terbaik daripadanya. "Kita tak boleh salahkan Nabila kerana kadang-kadang lagu yang diberikan kepadanya sering tidak menjadi. Tambahan pula kebanyakan peserta masih lagi gugup bila tiba hari persembahan mereka, padahal mereka telah lakukan yang lebih baik ketika rehearsal sebelumnya.
Namun, setelah seminggu bersama mereka di minggu ke 7 yang lalu, saya lihat kebanyakan mereka dah tahu skill bagaimana hendak jadi performer walapun mereka mengaku sebenarnya sangat susah nak jadi seorang anak seni apabila terpaksa diberikan tugas dalam masa yang singkat. "Lagi pun mereka ni masih bahan mentah yang baru hendak diproses sebelum mereka jadi sempurna.
Mereka perlukan masa,apa-apa pun AF ni kuasanya terletak pada orang di luar sana yang mengundi," katanya, selepas pelancaran produk kolagen okeh Dzar Global Holdings Sdn Bhd, di Bora Ombak Ampang, semalam.
Nabila antara peserta yang kurang digemari oleh pengkritik AF2013 kerana sering mendapat komen yang negatif daripada juri. Pun begitu, undian untuknya tidak pernah mengecewakan dan sering mendapat tempat antara yang teratas setiap minggu.
Siti Nurhaliza memberitahu dia berpendapat, setelah melihat situasinya itu Siti merasakan Nabila selama ini banyak meraih undian simpati daripada penonton. "Pada saya, kita manusia ni ada perasan cepat kasihan bila melihat orang lain dikutuk dan diberi komen yang agak keras.
Cara tegur yang agak keras mungkin buat Nabila raih simpati untuk mengundinya," luahnya lagi. Selain Siti, inpirer AF2013 yang sudah pun menjalankan tugas mereka adalah Faizal Tahir dan Melly Goslow.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOROK STATUS, WARIS DITUDUH KEKWAT, NAJWA LATIF PULA...

sorok status waris dituduh kekwat najwa latif pula

Rappers tempatan, WARIS mencipta sejarah baru buat dirinya apabila lagu rap yang dinyanyiakan dalam dialek Negeri Sembilan mendapat sambutan hangat peminat muzik tempatan.
Pun begitu, disebabkan dia menyembunyikan statusnya itu, WARIS dituduh pula berkelakuan berlagak dan kekwat.
Namun, WARIS mengatakan punca dia berkelakuan sebegitu disebabkan individu yang bertugas sebagai pensyarah.
Dalam pada itu, Najwa Latif difahamkan berminat untuk disatukan dengan WARIS.

Adakah Najwa sudah jatuh cinta dengan WARIS?
Ketahui jawapan isu ini dengan menonton temubual eksklusif bersama pengacara Ajieb Rosdi di segmen MURAI TV.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PLANET GEMPAK KUMPUL BINTANG TERNAMA DI BUKIT JALIL

planet gempak kumpul bintang ternama di bukit jalil

Karnival gilang-gemilang anjuran ASTRO, Planet Gempak bakal menemui masyarakat Lembah Klang pada 9 dan 10 November ini diperkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menampilkan ramai bintang ternama tempatan seperti Datuk Aznil, Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk AC Mizal, Dato’ Fazley dan Zizan Razak.
Lebih menarik lagi, acara yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam selama dua hari ini turut menampilkan pelbagai program havok yang melibatkan program TV popular di saluran ASTRO iaitu #AF2013, Kilaun Emas, FearFactor Malaysia, Maharaja Lawak dan MeleTop.
Istimewa untuk kanak-kanak, Planet Gempak turut menampilkan maskot comel Astro Ceria, Upin & Ipin, Aris & Ara dan Ultraman Mebius. Bagi peminat setia #AF2013, anda juga berpeluang menonton konsert separuh akhir #AF2013 yang bakal mengumumkan calon juara #AF2013.
Jadi, jangan lupa temujanji anda bersama bintang popular tempatan di lokasi terakhir Planet Gempak yang semestinya menghiburkan danmengamit memori indah buat anda semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JASON CHONG: FILEM ULAR BUKAN REMAKE ANACONDA

jason chong filem ular bukan remake anaconda
Pelakon yang kini bergelar pengarah, Jason Chong bakal tampil dengan filem kedua arahannya, Ular yang telah diterbitkan oleh Showbiz Productions.
Filem bergenre creature thriller ini adalah yang pertama dihasilkan di negara ini dan Jason memilih ular sebagai taruhannya.
Dalam pada itu, setelah menonton trailer filem tersebut disidang media Showbiz Productions semalam, Jason telah bersedia dengan jawapan mengenai filem yang dilihat menyamai filem Anaconda yang dilakonkan Jennifer Lopez pada 1997 tersebut.
Dia juga yakin dengan pertaruhannya memilih ular sawa sebagai subjek utama dan bukannya binatang ganas lain kerana ular spesis ini lebih banyak terdapat di rantau ini terutamanya negara kita. “Saya yakin dengan idea mengetengahkan ular sawa batik dalam filem genre creature thriller pertama dihasilkan di negara ini dapat mengingatkan tentang keganasan ular spesis ini.
Bermula daripada mitos hingga realiti sebenar, binatang berbahaya ini telah mengorbankan banyak nyawa di negara kita sejak dulu lagi. “Bermula daripada kajian saya mengenai spesis berbahaya ini hinggalah kepada waktu penggambaran, ia dekat dengan komuniti kita yang sememangnya menggeruni reptilia ini.
Jadi tidak perlu wujudnya spekulasi bahawa saya cuba untuk remake filem Anaconda kerana genre ini memang mengetengahkan binatang sebagai subjek utama dan ular sawa pilihan yang tepat.
“Walaupun Hollywood telah menghasilkan filem mengenai ikan jerung, piranha, buaya dan bermacam lagi binatang, tetapi sebagai yang pertama,Ular menjanjikan kelainan dan tidak perlu dibandingkan dengan Anaconda,” ulas Jason ketika ditemui di sidang akhbar Showbiz Productions yang berlangsung di GSC Pavilion, semalam. Sebagai pengarah filem, Jason tidak dapat lari daripada cabaran mengarah dalam waktu-waktu cemas terutama bagi filem bergenre sebegini.
Antara yang paling memberi cabaran kepadanya adalah waktu penggambaran yang 70 peratus dibuat pada waktu malam dan adegan di dalam filem tersebut yang memerlukan pelakon turun ke terowong lama yang usang di Batu Arang, Selangor. “Agak mencemaskan bila saya perlu membawa bayi serta pelakon untuk berada di dalam terowong usang yang dahulu digunakan untuk memproses batu arang.
Ada juga waktu yang agak mencemaskan tapi masih dapat dikawal. “Ada juga pelagak ngeri yang saya gunakan cedera ketika melakonkan adegan ngeri yang terdapat di dalam Ular tetapi bukanlah kecedaraan yang amat serius.
Lebih daripada separuh waktu penggambaran dilakukan pada waktu malam dan sudah tentu banyak halangan tetapi kami berjaya menghabiskan penggambaran Ular selama 25 hari di Pulau Pangkor dan Batu Arang,”tambahnya lagi.
Filem kedua arahan Jason selepas Belukar ini akanditayangkan pada 5 Disember ini dan dibintangi barisan pelakon seperti Lisa Surihani, Yusry KRU, Izzue Islam, Harun Salim Bachik dan diklasifikasi 18.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jackson's doctor evades fans, as freed early from jail

Jacksons-doctor-evades-fans-as-freed-early-from-jail/
Michael Jackson's former doctor Conrad Murray was released from jail Monday after serving two years of a four-year sentence for the late pop icon's death in 2009, officials said.
Murray, who was convicted of involuntary manslaughter in 2011 for giving Jackson the drug that killed him, evaded Jackson fans and cameramen as he left the Men's Central Jail in Los Angeles shortly after midnight. His release was brought forward due to good behavior and prison overcrowding.
The 60-year-old physician eluded hecklers outside the jail, where a small group of Jackson fans booed his release. "My client received the maximum term possible," said his lawyer Valerie Wass, who is expected to represent Murray in an appeal against his conviction, filed in April this year.
This is a man that had no (criminal) prior record. He had 20 years of exemplary service as a physician... They didn't let him out a minute early," she added.
A Jackson family statement countered: "It is clear Conrad Murray... killed Michael Jackson.
We hope he can never practice medicine again... and hurt another patient."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tolong! Saya tak nak sukakan awak!

Terdapat seribu satu sebab untuk berhenti sukakan seseorang. Beliau mungkin sudah berkahwin, seorang pembunuh bersiri, bapa kepada kawan anda atau beliau tidak tertarik kepada anda.
Ya, ada sebab lain namun saya lebih gemar berkongsi tip berdasarkan pengalaman peribadi. Kita tidak mampu memilih siapa yang menduduki takhta hati kita (biarpun kita semua miliki senarai lelaki idaman. Kebanyakan masanya kita akan tertarik kepada orang yang tidak penuhi ciri-ciri lelaki idaman tersebut),jadi kali ini saya bantu senaraikan cara untuk berhenti sukakan seseorang.

Jangan pandang 
Kalau tak nampak batang hidung dia, pasti anda akan berhenti sukakan dia. Tidaklah serta-merta, namun apabila anda tidak dekat dengan dirinya, ini bantu kurangkan memikir tentang si dia. Jadi lagi satu, buang telefon jauh-jauh jadi anda tidak terfikir untuk Whatsapp atau hubungi si dia.

Tumpukan kepada keburukan si dia
Masalah apabila kita sukakan seseorang, kita cenderung untuk melihat si dia sebagai manusia sempurna yang tiada dosa.
Contohnya kalau anda sukakan Aaron Aziz, pasti di mata anda Aaron Aziz itu lelaki terkacak di dunia yang tidak pernah melakukan salah atau silap. Pada hal hakikatnya Aaron Aziz Cuma manusia biasa yang juga pernah terkentut di depan orang awam.
Jadi perhatikan si dia jejaka idaman anda ini, dan cuba cari sesuatu yang menjengkelkan tentang beliau contohnya kedut dekat mata dia ke, cara dia ketawa atau apa-apa sahaja. Tumpukan pada ini dan anda akan berhenti sukakan dia secara perlahan-lahan.

Sibukkan diri 
Sibukkan diri dengan aktiviti seperti belajar bahasa baru ke buat kerja amal ke. Apabila jadual harian anda sibuk, anda tiada masa untuk fikir tentang si dia!

 Elakkan perkara yang berkaitan dengan dia
Jangan sebut nama si dia, jangan bercerita tentang si dia, jangan bercakap dengan si dia dan elakkan apa-apa sahaja yang akan ingatkan anda kepada si dia.
Jika dia sukakan bola sepak, pergi tengok persembahan ballet. Janji ia sesuatu yang bercanggah dengan minat si dia, jadi anda tidak akan fikir tentang si dia.

Jumpa orang baru
 Keluar, suai kenal dengan teman baru. Mana tahu, jumpa jodoh baru yang lebih baik. Jangan bimbang sangat kerana sentiasa ada cara untuk berhenti sukakan seseorang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ribut St Jude: 1,684 pelajar tajaan Mara di UK selamat

Kesemua 1,684 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di United Kingdom (UK) berada dalam keadaan selamat berikutan ribut St Jude yang melanda beberapa buah negara Eropah baru-baru ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata institusi pengajian yang melibatkan pelajar tajaan Mara berada di luar kawasan bencana. "Tiada berita buruk melibatkan mereka setakat ini. "Ribut berkenaan hanya melanda di sekitar Selatan London dan semakin reda sejak semalam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian dan Mara sentiasa mengawasi keadaan dan berusaha memastikan kesemua pelajar berada dalam keadaan selamat. Selain UK, terdapat 127 pelajar tajaan Mara di Jerman dan 151 orang di Perancis.
Ribut St Jude, yang dikatakan paling buruk dalam tempoh sedekad ini, dilaporkan bertiup pada kelajuan sehingga 160km sejam. Ribut itu melanda England dan Wales pada Isnin.
Menurut laporan media ribut itu turut melanda Jerman, Belanda dan Perancis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 KEMBALI, KEKAL FORMAT LAMA

maharaja lawak mega 2013 kembali kekal format lama
Kembali menemui peminat program lawak, Maharaja Lawak Mega 2013 masih mengekalkan format lama sama seperti edisi yang sebelumnya. Kelainan pada kali ini lebih tertumpu kepada kehadiran muka baru selain kolaborasi para pelawak dalam pembentukan sesebuah kumpulan.
Masih mengekalkan Dato’ Ac Mizal sebagai pengacara utama, pentas Maharaja Lawak Mega 2013 bakal menyaksikan penyertaan daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Seramai 13 buah kumpulan bakal bersaing dengan tujuh buah kumpulan baru dibentuk untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan baru yang dibentuk termasuklah Wala,Comey, Osama, Tulang, Bocey, Kucai dan SYJ.
Selain tujuh buah kumpulan baru, terdapat juga perebutan kerusi panas di mana 12 kumpulan bakal berentap bagi merebut peluang terpilih secara automatik ke pentas Maharaja Lawak Mega 2013 kelak. 12 kumpulan yang bakal berentap ialah Shake, Glory,Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak dan Keross.
Pemilihan 12 kumpulan ini akan dilakukan secara langsung pada 8 November jam 10 malam di Astro Warna (132) dan diadili oleh tiga juri profesional untuk memenuhi tiga kekosongan tempat di Maharaja Lawak Mega 2013. Menurut Pengurus Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani, sistem permarkahan masih sama dengan 70 peratus dari pihak juri dan 30 peratus daripada undian para penonton.
Para peserta juga bakal diberi tema yang lebih mencabar setiap minggu bagi merancakkan lagi pentas MLM 2013. “Kami masih mengekalkan format lama di mana 70 peratus diadili oleh empat pihak juri dan 30 peratus undian daripada para penonton.
Apa yang berbeza kali ini adalah penyertaan para peserta yang bebas untuk membentuk kumpulan mereka sendiri. “Jadi para penonton akan dapat lihat kolaborasi atau kerjasama para pelawak dan saya pasti ini akan lebih menarik minat para penonton untuk terus menyokong dan menonton program MLM 2013.
Para peserta juga bakal diberi tema yang lebih mencabar untuk merancakkan lagi pentas MLM kali ini,” jelas Encik Nizam pendek. Dalam pada itu, menurut Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, walaupun terdapat beberapa pertukaran ahli kumpulan untuk penyertaan kali ini, ianya pasti lebih menghangatkan suasana kerana para penonton dapat melihat prestasi setiap kumpulan yang bertanding. “Kami sedar beberapa pertukaran ahli kumpulan di MLM kali ini agak mengejutkan tetapi sudah pasti memberi kelebihan kepada kepada mereka juga sesuatu kelainan buat para penonton.
Seperti Nabil yang kini kembali solo selain penambahan ahli baru dalam kumpulan Sepahtu contohnya satu strategi baru buat mereka untuk menarik undi atau perhatian penonton kelak. “Jadi mereka bebas untuk memilih sesiapa sahaja ahli kumpul kali ini untuk dan kami turut percaya setiap kumpulan punya kelebihan dan keistimewaan mereka yang tersendiri,” ujar Encik Khairul pendek.
Juara Maharaja Lawak Mega 2013 bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakal tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.
Turut diperkenalkan semula aplikasi permainan percuma kepada pemilik telefon pintar Android dan iPhone dengan kemaskini terbaru permainan ‘Mana Naga?’ Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsikan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD 134) serta aplikasi Astro on-the-go.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WOW...WOW...WOW... NABIL AHMAD DAPAT RUMAH PERCUMA BERNILAI LEBIH RM1 JUTA

nabil ahmad dapat rumah percuma bernilai lebih rm1 juta
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa dapat menduga. Perumpamaan itu amat bersesuaian dengan finalis Super Spontan 2013, Nabil Ahmad apabila dia dihadiahkan sebuah kondominium mewah bernilai RM1.036 juta baru-baru ini.
Laporan mStar Online hari ini memetik, hasrat Nabil nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, pada mulanya hanyalah sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya itu tetapi pihak pemaju, sanggup memberikannya satu unit percuma jika dia bersedia menjadi duta perumahan itu.
Nabil berkata dia sememangnya terkejut kerana pada asalnya dia sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.
Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan bekas juara Raja Lawak 2 itu sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu Tambah Nabil, kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.
Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu. Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.
Sementara itu, Nabil berkata, dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakannya dan sudah memiliki tiga buah rumah termasuklah kondominium berkenaan.
Setakat ini dia telah pun membeli sebuah kondominium di Jalan Duta dan rumah itu dihadiahkan kepada ibunya.
Manakala sebuah lagi di Ara Damansara di mana dia tinggal sekarang bersama isterinya Nazirah Ayub.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RAHIM RAZALI STABIL, PERLU JALANI PEMBEDAHAN MINGGU INI

rahim razali stabil perlu jalani pembedahan minggu ini
Pelakon Datuk Rahim Razali, 71, perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang pendarahan dalam otaknya agar penyakit yang dikenali sebagai subdural hemorrhage tidak bertambah serius.
Menerusi laporan mStar Online, anak kepada seniman itu, Nadia Rahim, 41, berkata, ketika ini keadaan tekanan darah ayahnya tidak beberapa stabil membuatkan pihak hospital menetapkan tempoh dua atau tiga hari lagi bagi tujuan berkenaan. “Keadaan tekanan darah ayah tidak beberapa stabil tetapi pada hari ini (Isnin), keadaannya sudah menunjukkan tanda-tanda positif.
Doktor tidak boleh membuat pembedahan segera kerana usia ayah yang agak lanjut. Sebab itulah doktor memberi masa pada hari Rabu atau Khamis ini untuk pembedahan,” katanya pada Isnin.
Rahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di sini pada Ahad selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang sehingga terpaksa di bawa pulang ke Kuala Lumpur.
Selepas dihantar ke pusat perubatan itu oleh keluarga, pihak hospital perlu menahan Rahim apabila ujian sinar X mendapati terdapat kesan darah pada otaknya yang perlu dibedah segera.
Dalam pada itu Nadia berkata, pendarahan itu terjadi kerana Rahim tidak cukup rehat apabila terpaksa menjalani penggambaran sehingga di luar Kuala Lumpur.
Ayah tidak cukup rehat tetapi sejak seminggu lalu dia sudah mengadu sakit kepala. Hendak mendapatkan rawatan pun tidak sempat sehinggalah kejadian bertambah teruk ketika dia berada di Kuantan.
Saya berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraan ayah saya, katanya. Rahim kini masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AWIE DEDAH RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MINAT DENGAN BOLA SEPAK

awie dedah rahsia kenapa dia tidak minat dengan bola sepak
Vokalis kumpulan Wings, Awie akui yang dia gementar dan masih tidak percaya apabila dia diberi kepercayaan memegang watak bekas pemain bola sepak legenda negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dalam teater SuperMokh.
Menurut aktor yang dikenali dengan watak Husin dalam filem Hantu Kak Limah itu, dia kini dalam proses menyesuaikan diri dengan bola selepas meninggalkan sukan bola sepak selama 30 tahun. “Sejujurnya saya sudah lama tidak bermain bola sepak.
Dahulu ketika zaman sekolah saya aktif juga bermain bola di padang dan posisi saya selalunya penjaga gol. “Namun, selepas saya aktif dengan muzik rock dan kekecewaan saya terhadap dunia bola sepak yang waktu itu banyak gejala rasuah, saya terus berhenti mengambil tahu perkembangan bola sepak,” ujarnya yang mengakui sebagai peminat Mokhtar Dahari atau popular dengan gelaran SuperMokh.
Cerita lanjut tentang pendedahan Awie itu boleh diketahui dalam program MeleTOP yang akan bersiaran pada malam ini. Awie akan hadir sebagai tetamu jemputan untuk mempromosikan teater terbaru lakonannya iaitu SuperMokh.
Penyampai radio, Dina Nadzir yang terlibat dengan pementasan teater muzikal ini juga akan turut menemani Awie untuk berkongsi pelbagai cerita menarik tentang teater muzikal ‘SuperMokh’ selain berkongsi perkembangan terbarunya.
Selain mereka berdua, SuperMokh yang diarahkan oleh Hans Isaac turut akan menampilkan barisan pelakon hebat lain iaitu Rashidi Ishak, Dina Nazir, Maya Karin, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. Dalam pada itu, MeleTOP malam ini juga akan membawakan anda kumpulan Priaband yang diterbangkan khas dari Bandung, Indonesia.
Priaband yang popular dengan lagu ‘Kasih Jangan Pergi’ berada di Malaysia untuk mempromosikan album mereka di sini.
Jangan lupa untuk menonton program MeleTOP yang akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa malam ini yang akan bersiaran di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135) bermula jam 10.00 malam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CAREFREE KEMBALI LANCAR ALBUM BARU SELEPAS 30 TAHUN

carefree kembali lancar album baru selepas 30 tahun
Rasanya hampir 30 tahun kumpulan Carefree yang popular di zaman 70-an tidak mengeluarkan album. Kali terakhir kumpulan yang popular menerusi lagu, Belaian Jiwa, Rindu Bayangan dan Si Baju Hijau tampil dengan album ‘Kebebasan III’ pada tahun 1983.
Selepas daripada itu, Carefree hanya menyepi sehingga mereka berpecah secara rasmi pada tahun 1997. Namun baru-baru ini Carefree kembali muncul semula dengan album baru mereka berjudul ‘Bersama Carefree’ yang menampilkan tujuh buah lagu hasil ciptaan dan susunan mereka sendiri.
Bercakap kepada wakil Murai, vokalis kumpulan Carefree iaitu Hadi Hassan gembira dengan sambutan yang diterima oleh peminat walaupun baru dilancarkan dua hari yang lalu.
Menurut Hadi yang juga adik kepada penyanyi Salamiah Hassan, apa yang menarik tentang album ‘Bersama Carefree’ adalah usaha mereka menghasilkan album ini 100% tanpa bantuan khidmat komposer dan penulis lirik tempatan. “Selepas 30 tahun Carefree tidak keluar dengan sebarang material atau album, kini kami muncul dengan album terbaru berjudul ‘Bersama Carefree’ yang mengandungi tujuh buah lagu.
Apa yang menarik adalah 100% album ini adalah hasil kerja kami sendiri dan genre muzik berbeza dalam tujuh buah lagu yang dirakamkan. “Mengapa kami hasilkan album sendiri kerana kami mahukan kepuasan selain kebebasan untuk kami berkarya.
Sebelum ini kami perlu patuhi segala perancangan yang telah ditetapkan oleh Carefree sendiri untuk pembikinan sesebuah album.“Tapi kali ini Carefree mengambil langkah untuk belajar berdikari untuk menghasilkan sebuah album walaupun hanya selepas 30 tahun Carefree muncul dengan album baru,” jelas Hadi Hassan panjang.
Dalam pada itu, Hadi Hassan tidak menolak punca utama mereka tampil dengan album sendiri adalah untuk memenuhi kehendak pendengar masakini ditambah dengan pelbagai aliran muzik yang berada di pasaran. “Pada awal kami mahu keluarkan 13 buah lagu dalam album ‘Bersama Carefree’ tetapi setelah ditapis dan mengikut kepada kesesuaian untuk para pendengar, kami setuju untuk keluarkan tujuh buah lagu sahaja. “Kami mahukan kualiti selain mahu para pendengar dapat merasaikan pengalaman luarbiasa dengan muzik baru bawaan Carefree.
Maksud saya muzik baru Carefree bukan kami cuba ubah gaya muzik Carefree tetapi kami cipta lagu mengikut kesesuaian halwa telinga pendengar masa kini. “Walaupun genre muzik seperti Blues, Funk, Rock, Balada, Fusion dan sebagainya ada dalam tujuh buah lagu ini, tetapi saya yakin para pendengar pasti dapatkan rasakan bait-bait muzik Carefree yang dahulu masih “melekat” lagi,” ujar Hadi lagi.
Selain itu, Carefree turut menghasilkan sebuah lagu khas buat Jabatan Kebajikan Masyarakat berjudul ‘Find It In Your Heart’ yang banyak membantu dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan prihatin dengan isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia. “Idea untuk hasilkan lagu untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat datang setelah saya tonton tv dan lihat bagaimana institusi beri bantuan kepada masyarakat.
Saya tertarik dengan usaha Dato’ Noraini yang berusaha untuk tangani masalah-masalah serius yang berlaku di negara kita. “Jadi saya bincang dengan ahli kumpulan lain untuk sama-sama beri bantuan dalam bentuk hiburan atau muzik, maka hasilnya kami cipta lagu ‘Find It In Your Heart’ khas untuk Jabatan Kebajikan Masyakarat.
Melalui lagu ini secara tak langsung sama-sama menyokong dan hulur bantuan untuk bantu masyarakat kita. Album ‘Bersama Carefree’ kini berada di pasaran dengan harga RM19.90 di kedai-kedai muzik berdekatan dan anda juga boleh mendapatkannya secara online menerusi laman web rasmi Dream Music di www.dreammusic.com.my, www.drammedia.com.my atau www.brandmalaysia.com.my/dreamamusic.php Carefree kini dianggoi oleh lima orang ahli iaitu Simon (gitar/vokal), Hadi Hassan (bass/vokal), Zack (keyboard/vokal), Reeyan (dram/vokal) dan Hizey (keyboard/vokal).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIADA TAWARAN BERLAKON, ALMY NADIA JUAL KARIPAP

tiada tawaran berlakon almy nadia jual karipap
Aktres Almy Nadia akui yang dia terpaksa menjadi penjual karipap untuk menyara hidup selepas kurang mendapat tawaran berlakon hampir setahun lalu.
Bercakap kepada mStar Online hari ini, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, perniagaan kecil-kecilan itu dilakukan bersama ibunya sepanjang menetap di kampung halamannya di Pulau Pinang.
Almy turut menjelaskan yang dia sudah lama tidak mendapat tawaran berlakon dan kerana itu, adalah lebih baik dia lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap.
Aktres tersebut bagaimanapun bersyukur apabila yang dihasilkan bersama ibunya iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan.
Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar.Tambah Almy, hasil penjualan karipap tersebut dapat membantu meringankan beban untuk dia dan ibunya menampung kehidupan di kampung. Bekas peserta Super Spontan 2013 ini turut menambah, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.
Almy juga tidak kisah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 kerana itu adalah rezekinya. Dalam pada itu, Almy berkata, kemunculan ramai artis wanita baharu turut menjadi penyebab dia tidak lagi dipilih untuk membintangi drama atau filem daripada pihak produksi.
Tambah Almy, sikapnya yang tidak pandai untuk melobi kepada penerbit dan pengarah juga turut menyebabkan masalah itu menjadi lebih teruk.
Bagaimanapun kata Almy, dia tidak pernah meminta simpati sebaliknya berharap pihak produksi memandang kepada bakat lakonannya untuk diambil berlakon dalam drama terbitan mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kostum Halloween paling seksi

Kostum-Halloween-paling-seksi/

Menurut filem Mean Girls, Halloween merupakan satu-satunya malam dimana anak gadis boleh berpakaian seperti pelacur tepi jalan. Atau dengan istilah lebih baik, berpakaian lebih seksi.
Bukan sekadar dalam filem Mean Girls, malah selebriti Hollywood semua berebut-rebut mencari kostum paling seksi untuk digayakan.

Tetapi siapakah pemenang kategori kostum terseksi tahun ini?

Semestinya Paris Hilton! Di kala orang lain sibuk mentertawakan dan kecam kostum ala Miley Cyrus semasa persembahan MTV VMA baru-baru ini, si Cik Hilton kita pula dengan beraninya memilih untuk menjadi Miley sempena Halloween.

Nicole Scherzinger pun tidak mengalah, sebagai Vampire. Semestinya kaum Adam tidak kisah kalau leher mereka digigit Vampire macam Nicole!

Ibu muda Hilary Duff juga menggunakan peluang sebaiknya, sebagai seekor tikus. Minnie Mouse pun kalah dengan tikus seksi Hilary!

Lea Michele, daripada Glee memilih untuk menjadi gadis beer. Dan anda semua sedia maklum betapa menduga pakaian gadis beer!

Tidak lupa juga teman wanita baru Liam Hemsworth, iaitu Eiza Gonzalez yang menjadi seorang pelayar. Agaknya Liam dan Eiza pergi “melayar” pada malam Halloween, dengan pakaian Eiza yang berjaya menggoda semua lelaki.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ciara bakal berkahwin!

Ciara-bakal-berkahwin/
Sekarang ini musim kahwin ke apa?

Baru sahaja penyanyi rap Kanye West melamar teman wanita beliau, Kim Kardashian, kini seorang lagi penyanyi rap bakal menamatkan zaman bujang juga.
Penyanyi rap, Future baru melamar teman wanita beliau, penyanyi jelita dengan abs kental, Ciara dengan cincin berlian 15 carat semasa sambutan hari jadi ke-28 Ciara.
Romantik sungguh penyanyi rap mengambil hati wanita. Melamar pada hari jadi. Kalau macam ini gayanya, saya pun nak kahwin dengan penyanyi rap.
Kami ucapkan semoga bahagia sehingga akhir hayat bagi pasangan Ciara dan Future.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Miranda Kerr cerai sebab Justin Bieber?

Miranda-Kerr-cerai-sebab-Justin-Bieber/
Dunia memang nak kiamat agaknya. Siapalah mungkin tinggalkan suami sendiri demi lelaki seperti Justin Bieber?
Baru-baru ini kami semua terperanjat dengan berita bahawa peragawati jelita Victoria’s Secret, Miranda Kerr telah memutuskan hubungan dengan suami beliau, si pelakon Lord of The Rings, Orlando Bloom, setelah tiga tahun berkahwin dan miliki seorang cahaya mata.
Yalah, siapa tidak terkejut, mereka bagaikan pasangan sempurna, dari segi paras rupa dan sebagainya. Biarpun dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Bloom, 36 tahun dan Kerr, 30 tahun menyatakan keputusan berpisah itu dilakukan atas psersetujuan bersama ramai yang masih tertanya-tanya dimana silapnya.
Ada ura-ura menyatakan salah satu sebabnya adalah cemburu Orlando terhadap hubungan rapat antara Miranda dengan penyanyi remaja Justin Bieber. Serius? Macam geli sahaja nak cemburu dengan Justin Bieber! Miranda yang memang peminat lagu Justin dikatakan telah berparti bersama Justin sehingga menaikkan rasa cemburu Orlando.
Tambah marah lah cik abang apabila tahu Miranda mengajar anak mereka menyebut nama Justin! Mungkinkah Justin Bieber perosak rumah tangga orang?
Sukar untuk dipercayai tetapi benda pelik sentiasa berlaku kebelakangan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Helikopter bawa dua pesakit mendarat cemas di Muara Tebas

Sebuah helikopter yang membawa dua bayi kritikal dari Sibu ke Hospital Umum Kuching (HUS) terpaksa membuat pendaratan cemas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata helikopter yang membawa lima orang termasuk juruterbang, dua pesakit, masing-masing seorang doktor dan jururawat itu membuat pendaratan cemas di Jeti Muara Tebas, dekat Sebuyau.
Pada 1 tengah hari pusat kawalan polis menerima maklumat dari Menara Kawalan bahawa sebuah helikopter telah mendarat cemas di kawasan lapang sebelah Jeti Muara Tebas.
"Polis yang menerima laporan itu segera menuju ke lokas kejadian, namun disebabkan helikopter itu mendarat di seberang sungai, kami tidak dapat pergi ke helikopter itu," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata dua bayi, doktor dan jururawat itu kemudian dibawa ke HUS oleh sebuah helikopter lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEKIN: DAKWAAN PUTUS TUNANG BUKAN KERANA INGIN CARI PUBLISITI


pekin dakwaan putus tunang bukan kerana ingin cari publisiti
Aktor Pekin Ibrahim menolak dakwaan kononnya isu putus tunangnya dengan Uqasha Sensrose sengaja diada-adakan bagi mendapatkan publisiti.
Dalam kenyataannya kepada mStar Online hari ini, Pekin, 33, berkata, sepanjang pembabitannya dalam bidang lakonan dia tidak pernah cuba meraih sebarang publisiti murahan terutamanya mengenai kehidupan peribadi.
Pemilik nama sebenar Mohd Iznan Ibrahim ini juga berkata apa yang berlaku adalah salah faham dan tidak timbul soal cuba meraih populariti kerana itu bukan pendiriannya.
Isu tersebut adalah sesuatu yang tidak dijangka Pekin sendiri dan setakat ini ia telah pun dileraikan dengan cara yang baik.
Pekin sebelum ini membuat kenyataan hubungan cintanya dengan Uqasha berakhir selepas mendakwa mempunyai bukti tunangnya itu bermain kayu tiga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Bagiamanapun pertemuan empat mata di antara dia bersama pelakon itu telah merungkai salah faham isu berkenaan dan ia sudah dianggap selesai.
Selain itu, Pekin turut menyalahkan sebuah blog sebelum ini kerana menjadi pencetus isu tersebut selain mendakwa kenyataanya untuk putus tunang adalah kerana emosi.
Pekin juga bersyukur kerana pihak media lain dan peminat sentiasa memberikan sokongan positif kepadanya sepanjang kontroversi itu melanda dirinya."Ikutkan hati saya malas hendak komen mengenai isu berkenaan tetapi ia perlu dijelaskan kerana ia berpunca daripada kesilapan saya sendiri dan saya tidak mahu ia bertambah teruk tambahan pula apabila melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Sebagai seorang manusia biasa saya perlu mengakui kesalahan saya dan menjadikan insiden itu sebagai satu pengajaran pada masa hadapan," katanya.
Pekin kini telah pun berbaik semula dengan Uqasha dan kejadian itu telah menguatkan lagi hubungan di antara mereka dan bersyukur kerana hubungan di antara keluarga tidak terjejas.
Terbaru menurut Pekin, tunangnya itu telah mengadakan sebuah majlis hari jadinya di sebuah hotel di Subang Jaya pada malam Sabtu lalu dengan dihadiri oleh kenalan rapat mereka.
Pekin memberitahu dia sangat terharu dengan majlis berkenaan dan menganggap ia adalah sesuatu yang istimewa.
"Ia bukan lagi satu kejutan walaupun Uqasha ingin berbuat demikian tetapi saya memang terkejut apabila majlis yang diadakan itu sangat meriah dan saya cukup terharu," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

EZANI MASTERCHEF PILIH DOKTOR SAKIT PUAN SEBAGAI SUAMI

sebab ezani masterchef pilih doktor sakit puan sebagai suami
Majlis pernikahan dan dua majlis persandingan juara Masterchef Malaysia pertama, Dr Ezani Monoto bersama suaminya iaitu Dr Azrai Abu sudah pun selamat dilangsungkan pada pertengahan September dan Oktober lalu.
Namun, masih ramai tidak tahu hakikat sebenar doktor gigi ini memilih doktor pakar sakit puan sebagai suaminya yang mula dikenali pada Jun 2013. “Saya kenal dia Jun 2013. Dia satu hospital dengan kakak saya. Actually ,saya dikenenkan oleh kakak dan kawan-kawan.
Dia approach saya melalui Facebook. Mulanya saya dapat friend request dari dia, tapi saya tidak terimanya. “Seminggu selepas balik dari umrah, barulah saya tergerak hati nak approve dia dalam Facebook.
Kebetulan pula masa tu dia pun baru balik umrah. “Kalau tidak silap, masa tu dia baru lepas dua minggu balik umrah. Dia berasal dari Seremban dan saya pula berasal dari Johor,” kata Ezani.
Bercerita lanjut mengenai perkenalan itu, Ezani tidak ada rasa ragu untuk menerima Azrai sebagai suami walaupun hanya berkenalan dalam masa yang singkat. “Suami saya tidak tahu saya ni juara Masterchef Malaysia yang pertama.
Dia tahu tentang saya pun melalui kawan-kawan dia. Terus-terang, dalam bab memilih suami ni, saya pun tidak pernah ada menetapkan kriteria tertentu. “Kami dah pun pergi honeymoon selepas kami bernikah September lepas.
Kami hanya pergi ke Tanjung Jara selama 4 hari saja. Sejujurnya, suami saya seorang yang sporting. “Dia tidak kisah saya ni keluar TV. Dia tidak ada masalah.
Lagipun saya muncul di kaca TV untuk memasak. Keluarga mentua pun terima saya lebih kepada diri saya sendiri dan bukan sebagai juara Masterchef,” jelasnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FIZO OMAR & MAWAR SIBUK BUAT PERSIAPAN, KAHWIN 2 MINGGU LAGI

fizo omar  mawar sibuk buat persiapan kahwin 2 minggu lagi
Pelakon, Fizo Omar, 28, akui sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan bakal isterinya, Mawar Abdul Karim, 23, sebelum menjelang majlis pernikahannya yang akan berlangsung lagi 2 minggu.
"Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi. “Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar," katanya dalam laporan Utusan.
Menerusi laporan itu Fizo memberitahu dia akan mengadakan sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahannya di The Curve, Damansara, hari ini. Fizo memberitahu majlis pernikahannya bakal menjadi satu majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupannya.
"Bagaimanapun kami tetap akan mementingkan kesederhanaan sebagai teras kepada segala persiapan," kata pemilik rangkaian francais Hot Burger itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IMPIAN ZIZAN RAZAK BUKA RESTORAN BURGER TERCAPAI

impian zizan razak buka restoran burger tercapai
Pengacara, pelakon dan pelawak Zizan Razak sentiasa mengimpikan untuk memiliki sebuah restoran sendiri. Tetapi, kekangan waktu dan kesibukan bekerja membuatkan niat Zizan tertangguh dan impiannya itu terpaksa diketepikan seketika.
Namun baru-baru ini, impian hos AF2013 itu menjadi nyata apabila pada pertengahan 2013, Encik Rostam Affendy Abd Rahim yang kini merupakan rakan niaganya telah mempelawa untuk menjadi rakan kongsi dan mengusahakan restoran bersama.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, dia mula tertarik dengan menu Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul selepas melihat hidangan yang disediakan restoran berkenaan ringkas dan lazat selain konsep restorannya yang santai dan selesa. “Saya memang suka makan burger, di Burgerbyte saya lihat konsep hidangannya pelbagai jenis dan itu membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais. “Saya pula memang dah lama pasang niat untuk membuka perniagaan makanan, apabila Rostam pelawa saya, saya tak tunggu lama untuk menerima pelawaan beliau.
Alhamdulillah, impian saya akhirnya terlaksana. “Saya juga nekad menjadikan perniagaan restoran itu secara francais selepas kagum dengan keaslian rasa masakan Barat daripada sebuah restoran yang diusahakan orang Melayu,” katanya.
Zizan ditemui pada majlis pelancaran Restoran Burgerbyte miliknya di Damansara Perdana, dekat sini pada malam Sabtu. Tambah Zizan, kesibukan dengan kerja-kerja lakonan juga tidak penghalang untuk dirinya mengusahakan perniagaan tersebut. “Saya percaya apabila mempunyai tanggungjawab dalam perniagaan, sibuk macam mana sekalipun kita mesti buat. “Mungkin saya tidaklah berada di restoran dari pagi sampai malam tetapi sekurang-kurangnya saya akan mencuri masa untuk menguruskan Burgerbyte sebaik mungkin,” ujarnya.
Dalam pada itu, beritahu Zizan, restoran yang diusahakannya itu mempunyai sebanyak 62 jenis masakan, malah Zizan turut menambah beberapa menu lain sebagai memberi kelainan berbanding cawangan lain. Burgerbyte menawarkan kepelbagaian menu masakan Barat dan pada masa sama turut mempunyai menu citarasa masyarakat Malaysia.
Sehingga kini, Burgerbyte mempunyai tiga cawangan iaitu di Sentul, Senawang serta Damansara Perdana. Sementara di Sri Iskandar Perak, Bangi, Semenyih dan Bukit Beruang, Melaka masih dalam proses pembikinan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMBATALAN KONSERT KESHA WARRIOR TOUR, LIVESCAPE RUGI RM1.1 JUTA

pembatalan konsert kesha warrior tour livescape rugi rm11 juta
Sebuah kenyataan media telah dikeluarkan oleh Livescape, penganjur untuk konsert Kesha Warrior Tour setelah konsert tersebut yang dijadualkan pada 26 Oktober lalu di Stadium Negara telah dibatalkan. Menurut sumber Livescape, mereka telah tampil dengan dokumen mengikut garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
Namun di saat-saat akhir PUSPAL telah membatalkan penganjuran konsert tersebut walaupun pihak penyanyi bersetuju untuk menuruti garis panduan diberikan agensi tersebut.
Livescape sebagai sebuah agensi yang sering menjayakan konsert serta persembahan artis antarabangsa tampil untuk menyatakan bahawa mereka akur serta patuh dengan arahan PUSPAL.
Livescape memohon maaf dengan peminat dengan situasi yang telah berlaku dimana ia berada di luar bidang kuasa mereka. Mereka juga telah berjuang untuk meneruskan penganjuran tersebut dan menginginkan persembahan hebat daripadaKesha menjadi relaiti.
Kepada mereka yang telah mendapatkan tiket, anda boleh melawati www.facebook.com/livescapeasia untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan semula wang tiket anda. Kami juga menyediakan pembayaran balik kepada pemegang tiket yang telah datang ke Malaysia seperti peminat daripada luar negara serta yang di dalam negeri untuk menonton konsert ini.
Livescape juga ingin menyatakan bahawa mereka berterima kasih dengan Kesha dan semua krew yang terlibat kerana mahu dah bersetuju untuk menurut garis panduan yang telah diberikan kepada mereka.
Ini termasuklah lirik lagu,pemakaian dan beberapa perkara seperti yang diberikan oleh PUSPAL. Permohonan Livescape untuk mengadakan konsert ini dibuat pada 10 September 2013 dan pembatalan dibuat pada 11.24 pagi Jumaat, sehari sebelum konsert dijadualkan. Pihak Livescape telah menanggung kerugian yang dianggarkan sebanyak RM 1.1 juta

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FIZO OMAR BAKAL NIKAH MAWAR PADA 10 NOVEMBER INI

fizo omar bakal nikah mawar pada 10 november ini
Aktor, Fizo Omar, 28, mengesahkan bakal menikahi bakal isterinya, Mawar Abdul Karim, 23, di rumah pengantin perempuan di Country Heights, Kajang pada 10 November ini.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, mengesahkannya dalam satu sidang media yang diadakan di panggung wayang Cathay@Curve, Damansara pada jam 1 petang tadi.
Pasangan ini bagaimana pun bakal mengikat tali pertunangan sehari sebelum mereka disatukan dengan ikatan yang sah iaitu pada 9 Novemberini. Terdahulu.
Fizo sempat melakukan gimik dengan melamar Mawar, 24, sebelum sidang media diadakan sambil disaksikan oleh pihak media.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MIZZ NINA SUDAH BERHIJAB PENUH SELEPAS PULANG HAJI?

mizz nina sudah berhijab penuh selepas pulang haji

Sebelum penyanyi, Mizz Nina menunaikan Haji pun dia sudah mula mengenakan tudung, tapi perasan penyayi itu hanya berhijab setiap kali pergi ke kelas mengaji atau ke kelas agama sahaja.Namun, selepas pulang dari menunaikan Haji baru-baru ini, daripada foto-foto yang dikongsikan Mizz Nina dalam laman Instagram, dia seperti sudah mula kekal mengenakan hijab dengan caranya tersendiri.
Menerusi 2 keping foto yang dikongsikan, Mizz Nina berhijab penuh ketika hendak keluar bersama suaminya, Noh dan bila mengunjungi booth jualan barangan jenamanya Mizzdemeanor di Amcorp Mall kira-kira dalam beberapa hari ini.
Malah sejak pulang dari Haji belum pernah penyanyi itu berkongsikan gambarnya yang free hair. Wah, nampaknya Mizz Nina sudah mula selesa berhijab selepas bergelar Hajah ini.
Kita tumpang gembira jika ia dapat dikekalkan hingga selamanya.Kita doakan agar ianya Istiqomah. Setiap orang ada cara mereka tersendiri, tetapi seperti kebanyakan artis-artis tempatan sebelum ini, semuanya pasti pulang dengan perubahan yang besar.
Conthnya seperti penyanyi, Dato’ Siti Nurhaliza walaupun tidak berhijab penuh sebaik sahaja pulang menunaikan Haji, namun dia tetap mengenakan selendang untuk menutupi kepalanya.
Tetapi kini dia sudah bertudung litup. Berbeza pula dengan penyanyi Indonesia, Rossa yang hanya kekal berhijab penuh selama lebih kurang 2 bulan sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan Haji. Kemudiannya, dia tidak lagi mengenakan hijab. Apa-apa pun, Daoakan yang baik-baik sahaja untuk Mizz Nina dan Noh. Mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki mereka. Mana tau pulang dengan berita gembira ?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rezeki Dewi Sandra selepas berhijab

Dewi Sandra

SELEPAS mengambil keputusan untuk berhijab penuh, rezeki penyanyi jelita Dewi Sandra semakin mencurah-curah dan sentiasa sibuk dengan persembahan.
Menurut Dewi, mulanya dia gusar sekiranya keputusan itu menutup pintu rezekinya namun dia yakin dengan ketentuan Ilahi.
"Berhijab kerana ALLAH SWT, niat yang ikhlas Insya-ALLAH rezeki berada di mana sahaja.
"Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Saya yakin keputusan ini adalah tepat," katanya yang dahulu terkenal dengan imej seksi.
Sebelum ini, Dewi berkata suaminya, Agus Rahman sering menasihati dia agar berubah dan Agus merupakan insan yang paling gembira dengan keputusannya itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chacha Maembong Patah Tangan Kanan

chacha
Adik kepada Emma Maembong iaitu Chacha dilaporkan patah di bahagian pergelangan tangan kanannya akibat terjatuh di lokasi penggambaran drama slot akasia, malam tadi.
Media Hiburan online yang menghubungi pengurusnya iaitu Faliq, mengesahkan hal tersebut.
Ya, Chacha terjatuh selepas keluar dari tandas. Mula-mula dia diamkan saja tetapi selepas kesakitannya mulai terasa, dia memberitahu pihak produksi.
Kemudian dia dibawa ke klinik. "Melihatkan sesuatu yang dirasakan serius, doktor merujuknya ke hospital. Selepas menjalani imbasan x-ray, doktor mengesahkan pergelangan tangannya retak.
Tangan Chacha perlu disimen untuk tempoh tiga minggu," ujar Faliq.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Percaturan baru Aamir Khan

Aamir Khan
SERING tampil dengan watak hero, kali ini pelakon berbadan sasa Aamir Khan muncul dengan watak antagonis dalam filem terbarunya, Dhoom 3.
Malah, demi mempromosikan filem tersebut, Amir sanggup mempercepatkan penggambaran untuk filemnya yang akan datang bagi beri sokongan kepada rakan seangkatannya.
Amir meminta Hirani (pengarah) untuk meminda tarikh penggambaran filem lebih awal supaya dia sempat untuk berada di Mumbai pada 30 Oktober ini.
Dia juga sanggup bekerja lebih masa kerana ingin bercuti pada tarikh tersebut untuk pelancaran trailer filem itu akhir bulan ini," kata sumber.
Malah krew produksi tidak kisah dengan tindakan aktor itu kerana mereka juga dapat bercuti sehingga perayaan Diwali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

'Gelang emas' hadiah David Teo buat Diana Amir

Diana Amir
SEPERTI mana Lisa Surihani, pelakon yang berada di bawah naungan produksi besar, Metrowealth International Group (MIG), ini turut menerima hadiah istimewa dari 'taukenya', Mejar (K) David Teo. Malah, Diana kelihatan sangat terharu sebaik menerima hadiah seutas 'gelang emas' daripada David yang turut membantunya menguruskan majlis pernikahan.
Diana Amir
"Saya sangat bersyukur dengannya apa yang dia (David) lakukan untuk kami. "Mana mungkin saya dapat menyiapkan semuanya dalam masa seminggu selepas umum tarikh nikah. "Bos (David) yang banyak beri sumbangan dari segi persiapan nikah malam ini (kelmarin)," ujarnya.
Diana Amir
Malah, Diana turut menjelaskan bahawa David tidak mengetahui keputusannya untuk bertunang sebelum ini memandangkan majlis itu hanya untuk kaum keluarga sahaja. Namun, sebaik saja berita pertunangannya itu tersebar, Diana terus berjumpa David untuk menjelaskan perkara sebenar. "Dia sangat memahami keadaan saya.
Diana Amir
Cuma dia sedih kerana tidak memberitahunya lebih awal kerana dia sudah menganggap saya seperti anaknya sendiri. "Selepas itu dia sering tanya bila saya nak kahwin. Paling terharu bila dia dan staf yang lain sanggup membantu saya membuat persiapan hari bahagia saya ini," katanya.
Diana Amir
Selain MIG, majlis pernikahan Diana turut mendapat tajaan daripada Ezuwan Ismail, Fatimah Shaari Creation, Saiful Sin, Yakult, Shutterplace, Samsultahir, Lea Henna Artist, dan Sri Gading Catering. "Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi menaja dalam majlis ini.
Alhamdulillah... ALLAH mempermudah majlis pernikahan kami," katanya yang bakal mengadakan majlis resepsi pada awal tahun hadapan.

Kongsi detik perkenalan 
Berkongsi mengenai kisah pertemuannya bersama suami, Diana berkata, mereka sebenarnya bertemu secara tidak sengaja dalam satu majlis.
Jelas Diana, hubungan yang bermula atas urusan kerja itu lama kelamaan menimbulkan bibit cinta dan sayang antara mereka. "Kriteria pertama yang saya lihat dalam diri bakal suami saya ini adalah sikap bertanggungjawab. "Malah dia sanggup tunggu saya selama setahun tanpa rasa putus asa," katanya.
Melihat kesungguhan Habib, Diana berkata, dia yakin dengan jejaka itu lantas menerima lamarannya. Tambahnya, keperibadian Habib yang dekat dengan ilmu agama banyak membantunya mendalami ilmu yang dicari-cari itu.
"Sebelum ini saya tahu latar belakang Habib, dia pernah belajar sekolah agama dan seorang yang berpengetahuan luas dalam soal keagamaan. "Jika saya ada masalah, Habib sudi mendengar dan tidak pernah menyisihkan saya daripada hidupnya," kata Diana.

Ingin ramai anak
Sementara itu, Habib memberitahu, sikap Diana yang pandai menjaga hatinya dan juga keluarganya, membuatkan dia nekad menjadikan Diana sebagai suri hidupnya.
Malah dia tidak kisah dengan latar belakang Diana yang sebelum ini terkenal sebagai artis yang berimej seksi. "Imejnya yang dahulu tidak penting sebaliknya saya bersyukur dengan perubahannya kini. "Diana yang dulu berbeza dengan sekarang dan saya berharap dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik," katanya.
Ditanya mengenai zuriat, Habib berharap mereka ingin dikurniakan anak secepat mungkin. "Lagipun Diana sangat sukakan kanak-kanak dan kami tidak kisah anak yang ramai,' ujar Habib. Seperti mana suaminya, Diana juga tidak menolak sekiranya dikurniakan zuriat dalam tempoh terdekat.
"Insya-ALLAH... saya tidak menolak jika hamil kerana anak itu rezeki daripada Ilahi. "Tetapi saya perlu belajar untuk menjaga suami terlebih dahulu kerana sebelum ini semuanya saya lakukan untuk diri sendiri," katanya.

Tak halang Diana
Menurut Habib, dia tidak menghalang Diana untuk berlakon sekiranya ia memberi manfaat kepada masyarakat. Tegasnya, selagi Diana pandai menjaga batas sebagai seorang isteri dan Muslimah, dia tidak akan membantah.
Lagipun kontrak Diana bersama MIG masih berbaki setahun lagi. "Sekarang saya pun berhenti sementara sebagai pensyarah kerana mahu beri tumpuan dalam PHD. "Bagaimanapun, kami turut mengusahakan perniagaan bersama terutamanya pakaian Muslimah jenama Diana Amir Eksklusif," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanah runtuh: 1,200 penduduk terputus bekalan air

Lebih 1,200 penduduk Kampung Seri Bongsu, Terap, Karangan dekat sini yang mengalami gangguan bekalan air sejak seminggu lepas akibat paip pecah dalam kejadian tebing runtuh, berharap pihak berwajib segera menyelesaikan masalah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Bongsu Ismail Osman, 54, berkata kejadian tanah runtuh dan terputus bekalan air paip berlaku pada 19 Okt lalu dan aduan telah dibuat kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Kulim Bandar/Baharu dan Syarikat Air Darulaman (SADA).
"Setelah dimaklumkan pihak SADA ada membuat kerja-kerja pembaikan tetapi paip di situ pecah semula sehari kemudian," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Ismail berkata pihak JKR telah datang melawat lokasi tetapi hanya melakukan kerja-kerja memasang papan tanda amaran sahaja tetapi kerja pembaikan tidak pula dilakukan.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim Chua Thiong Gee yang melawat lokasi kejadian berharap pihak berwajib segera mengatasi masalah yang dialami penduduk kampung berkenaan "Kita difahamkan akibat musim hujan tanah runtuh telah berlaku mengakibatkan tebing jalan di situ rosak dan mengalami mendapan yang agak serius dan perlukan tindakan segera," katanya.
Katanya beliau telah menghubungi pihak SADA supaya mendahulukan kerja-kerja sambungan semula bekalan air kerana dalam tempoh seminggu dua akan datang, sempena cuti persekolahan banyak kenduri kahwin akan diadakan.
Beliau berharap JKR mempercepatkan kerja-kerja baik pulih tebing yang runtuh kerana ia boleh membahayakan keselamatan orang awam selain terdapat banyak lori dan treler membawa kelapa sawit menggunakan laluan itu.
Chua turut meminta polis trafik membuat rondaan di kawasan jalan itu kerana dilaporkan lori dipandu laju dan secara tidak berhemah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 jemaah haji meninggal dunia di Makkah

Jutaan jemaah


  • Jutaan jemaah berhimpun di Arafah untuk wukuf pada hari ini. 


Sebanyak 16 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci kerana masalah kesihatan ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, segala urusan pengebumian dan sijil kematian diuruskan oleh Tabung Haji di sana dan kemudian dihantar kepada waris di negara ini.
Haji hadir di kediaman keluarga Allahyarham bagi menyampaikan bantuan khairat kematian kepada anak sulung Allahyarham, Ghazali, 52. Abdul Azeez berkata Allahyarham merupakan jemaah ke-15 yang meninggal dunia di Makkah dan jenazah disemadikan di tanah perkuburan Syara’ik di Makkah.
Beliau berkata isteri arwah, Siti Aminah Abau, 70, dan anak bongsu, Abdul Rashid, 40, yang turut serta menunaikan haji akan pulang ke Malaysia pada 14 November ini.
Abdul Azeez berkata setakat ini, lebih 2,000 jemaah haji Malaysia telah pulang ke Malaysia dan penerbangan terakhir bagi musim haji kali ini adalah pada 17 November.
Sementara itu, Ghazali berkata arwah ayahnya sepatutnya menunaikan haji pada tahun lepas tetapi disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan, tahun ini baru arwah boleh ke sana. "Arwah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Sebelum berangkat, arwah sedikit bimbang untuk ke sana kerana tidak berapa sihat. Ayah dah lama simpan duit untuk ke Makkah. Dia bekerja buat bendang dan hasil duit itulah membolehkannya pergi menunaikan haji dengan mak," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TRW selesa, Bujang Senang terluka

TRW selesa, Bujang Senang terluka
Mampukah kegembiraan barisan pemain dan pengurusan TRW berterusan di Kota Bharu.

SEGALANYA kian menghampiri penghujung, pentas akhir 3 November ini pastinya menjadi rebutan empat pasukan yang meneruskan hasrat menjulang Piala Malaysia 2013.
Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pahang dan Sarawak terus membuktikan reputasinya memburu gelaran tersebut namun aksi separuh akhir pertama 18 dan 19 Oktober lalu seolah-olah memberi gambaran awal dua pasukan yang bakal beraksi di Stadium Shah Alam nanti.
Namun dalam bola sepak segalanya mungkin berlaku, 90 minit yang harus dilalui perlu dimanfaatkan sepenuhnya andai tidak mahu berputih mata.

 ELAK TEKANAN 
Beraksi di Stadium Selayang, 18 Oktober lalu bukan masalah besar buat The Red Warriors (TRW) apabila tempat duduk hampir dipenuhi peminat setia Pahlawan Merah seawal jam 6.30 petang.
Turun dengan kesebelasan utama, Kelantan ternyata garang dalam aksi tersebut walaupun cuba diberikan saingan ATM namun kelincahan Norfarhan Mohamad, kebijaksaan Mohd Badri Radzi dan kekuatan luar biasa 'orang besi' Dickson Nwakaeme memastikan pasukan pulang dengan kemenangan 2-1.
Menjelang aksi kedua di Kota Bharu, sudah pastinya peminat setia TRW mahu anak didik Bojan Hodak mempamerkan aksi bertenaga kerana jaringan gol ditempat lawan yang dicapai sebelum ini seharusnya tidak memberi tekanan.
Perlu tenang dan elak kesilapan mudah serta gol awal perlu tercipta jika ingin beraksi dipentas akhir buat kali kedua berturut-turut.

 MISI SUKAR 
The Gladiators seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang yang pastinya akan mengubah corak permainan.
Mohd Fitri Omar dan Hairudin Omar antara pemain yang kecewa pada perlawanan tersebut namun mereka berjanji akan bangkit dalam aksi di Kota Bharu.
Bruno Sebastian Martelotto ternyata tenggelam dibahagian tengah kerana hanya mengejar bola dari pemain lawan dan bukannya mencipta gerakan kepada Marlon Alex James.
Bertandang ke Stadium Sultan Muhammad IV, pastinya menjanjikan ujian getir dan ketiadaan dua tonggak pertahanan tengah, namun itulah yang perlu dihadapi ketua pasukan, Hairuddin Omar dan rakan-rakan selepas gawang mereka dibolosi pada minit ke-15 oleh kapten TRW, Badhri Radzi.
Meskipun sukar, ia bukan misi yang mustahil kerana ATM pernah meraih kejayaan 3-1 di sana pada kempen Liga Super, seminggu selepas tewas 2-3 di Stadium Paroi pada penamat saingan pusingan pertama liga. Lebih manis, kemenangan itu menamatkan rekod tanpa kalah 42 perlawanan Kelantan di gelanggang keramat mereka dengan B Sathianathan pastinya mengharapkan persembahan bertenaga dari anak buahnya.

BEKAL SELESA
Tok Gajah mengamuk di Stadium Darul Makmur, buktikanya tiga gol terhasil pada separuh masa pertama untuk membenam Sarawak 3-1.
Tumpuan pastinya terarah kepada pemain versatil, Azamudin Akil (Alex) yang menjaringkan dua gol sebelum Matias Ruben Conti turut meletakkan nama selaku penjaring gol ketiga Pahang.
Menyedari bekalan selesa perlu dibawa ke Kuching, anak didik Dollah Salleh beraksi garang sebaik wisel ditiupkan pengadil perlawanan, sorakan penyokong setia Hitam Putih Takkan Padam turut menaikkan semangat pemain Pahang.
Alex terus membuktikan bisanya selaku orang lama apabila menyempurnakan peluang terhidang untuk gol pertama (m-30) sebelum mengandakan jaringan tiga minit kemudian hasil tandukan cantik menewaskan Sani Anuar Kamsani dibenteng terakhir Sarawak.
Mendahului dua gol, barisan pemain Pahang dilihat masih belum puas dan terus melancarkan serangan melalui bahagian sayap kiri serta kanan yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan pelawat.
Kurang persefahaman komunikasi antara Sani dan benteng memudahkan Conti menjaringkan gol ketiga yang pastinya bekalan selesa menjelang aksi di Stadium Negeri malam ini.

PASTI BERBEZA 
Corak pemainan Sarawak pasti berubah malam ini, kehadiran semula Joseph Kallang Tie dan Ronny Haron yang terlepas aksi pertama minggu lalu pastinya mengubah permainan Bujang Senang.
Bolos tiga gol ditempat lawan namun sedikit lega apabila satu gol dihasilkan Ketua Pasukan Mohd Shahrol Saperi (m-40) seharusnya menaikkan semangat anak didik Roberts Alberts.
Rekod kebal dilaman sendiri yang dipegang musim ini seharusnya dipertahankan selain perlu bijak menyekat pergerakan Alex dan Amirul Hadi yang dikhabarkan bakal beraksi selepas pulih dari kecederaan.
Bobby Gonzales, Mohd Shahrol dan Asri Chuchu perlu kreatif dalam mengatur serangan dan memanfaatkan sepenuhnya peluang terhidang.

AYUH BUKTIKAN
Kelantan dan ATM yang akan beraksi awal pastinya menarik begitu juga Sarawak menanti kunjungan Pahang, namun bayangan awal telah dijelmakan pada aksi pertama minggu lalu.
Tempoh 90 minit terlalu panjang, kelebihan pastinya buat penyandang juara, Kelantan dan Pahang dengan bekalan dimiliki.
Namun tidak mustahil segalanya mungkin berubah, tapi yang diharapkan penyokong dan peminat pastinya ingin melihat aksi bertenaga serta semangat berpasukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Final Piala Malaysia: Pahang bertemu TRW

Final Piala FA: Pahang bertemu TRW
Pemain Sarawak Booby Gonzales (kiri) dihalang oleh pemain pertahanan Pahang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri hari ini.
Pahang layak ke final selepas menundukkan Sarawak dengan agregat 4-2.

PAHANG layak ke final Piala Malaysia 2013 dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Sarawak selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Negeri di sini, malam ini. Pada perlawanan di sini, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1.
Bobby Gonzale membuka jaringan untuk Sarawak pada minit ke-32 manakala Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi jaringan Fauzi Roslan.
Pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 19 Oktober lepas, Pahang mengalahkan Sarawak 3-1. Pahang akan menentang juara bertahan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 3 November ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Layak ke final, TRW terima habuan RM150,000

trw
SKUAD Kelantan menerima 'durian runtuh' berjumlah RM150,000 selepas melangkah ke final Piala Malaysia 2013.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa turut membayangkan imbuhan lebih besar menanti skuad kendalian Bojan Hodak jika berjaya mengekalkan kejuaraan piala berprestij itu musim ini.
"Saya selalu kata bila menang kita tak perlu cakap sangat soal bonus. Kita tak melatih pemain kita bermain kerana bonus dan yang tahunya dia ada dapat bonus malam ini, dan bila mereka ke final akan dapat bonus lagi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kelantan mara ke pentas final apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi agregat 4-3 selepas terikat 2-2 pada perlawanan separuh akhir kedua di sini semalam.
"Saya berbangga kerana pemain-pemain, walaupun bonus tidak tinggi sebenarnya untuk separuh akhir, tapi mereka masih menunjukkan semangat...itu yang kita mahu," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Johan As'ari akui terpaut dengan seorang artis

johan asari akui terpaut dengan seorang artis
Pelakon popular, Johan As'ari mengakui dirinya kini sudah terpaut dengan seorang wanita yang juga merupakan selebriti, namun Johan enggan meluahkan perasaan hatinya kepada wanita itu.
"Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih. "
Pada saya biarlah kami diijabkabul dahulu, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andai kata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri," ujar Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Malah, pelakon berusia 27 tahun ini juga memberitahu bahawa dia mempunyai perancangan untuk bertunang pada tahun ini, namun ia hanya sekadar rancangan sahaja.
Tambah Johan lagi,dia berasa selesa dengan wanita tersebut kerana mereka saling mempercayai dan tiada timbul rasa cemburu. "Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu. "
Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi. InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya."
Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem terbaru bergandingan dengan pelakon jelita Siti Saleha dalam "Balada Pencinta" arahan Khir Rahman yang telah ditayangkan pada 24 Oktober lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts