translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

CONTOH--AZAB SAAT SAKARATUL MAUT


Beginikah yang akan berlaku kepada kita bila saat nyawa kita di ambil oleh MALAIKAT JIBRIL?????????WAALLAHUALAM.........Setiap insan tidak sama amalanya,jadi berbeza la saat mati nya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKSI BERANI MATI


Sesiape yang lemah semangat jangan tengok la..den tak tanggung kalau tejadi apo-apo kat korang....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SENJATA MAKAN TUAN..


Bukan senang nak belajar menembak tau..ini la jadi nye kalau menembak tak fokes betul-betul..Kalau den la mesti pakai baju kalis peluru..Sayang nyawa wooiiiiiiiii.......Idup sekali je..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KES-BOTAK CHIN

Kisah mengenai Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin (lahir 1951 di Kuala Lumpur) adalah seorang penjenayah terkenal di Malaysia. Mendakwa dirinya sebagai Robin Hood moden, merompak orang kaya untuk menolong orang miskin, tetapi sejarah membuktikan sebaliknya. Dia akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara. Ketika berusia 28 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KISAH BEKAS BANDUAN DI PENJARA SEPANJANG HAYAT

Cerita Talib dan Jamil Ahmad yang dibebaskan dari penjara dengan pengampunan setelah mencipta sejarah sebagai tahanan paling lama menjalani hukuman penjara di negara ini bukanlah setakat cerita yang tiada pengajarannya.

Cerita benar ini boleh dijadikan teladan kepada insan-insan lain terutama sekali bagi mereka yang sering bertindak mengikut nafsu.

Apabila dibebaskan dengan pengampunan, kedua-duanya memanjatkan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana kini mereka dapat menghirup udara bebas selepas lebih separuh usia dihabiskan di dalam penjara. .


Kedua-duanya yang bersahabat dijatuhkan hukuman sepanjang hayat pada 1976 selepas terbabit dalam rompakan bersenjata api dalam satu kejadian di Alor Star. Setelah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun, 11 bulan dan 9 hari, mereka diberi pengampunan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan telah dibebaskan. .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KERETA KEBAL MENGGILIS MAYAT HINGGA HANCUR

Askar rejim, Muhammad El-Mahmud yang merakamkan aksi kereta kebal menggilis mayat seorang penduduk hingga hancur dilaporkan telah berjaya dibunuh oleh pasukan Tentera Syria Bebas di Jabal Zawiyah beberapa hari selepas dia melakukan aksi kejam tersebut. Sementara dalam hari yang sama, 29 rakyat awam dan 3 orang askar yang berpaling tadah dilaporkan terkorban akibat keganasan tentera rejim. Menurut sumber Pusat Kajian Hak Asasi Manusia Syria, kerugian yang dialami oleh pasukan tentera rejim juga adalah dalam anggaran jumlah yang besar ekoran pertempuran yang berlaku adalah di luar jangkaan. Selain itu, jumlah kematian yang tinggi di pihak tentera rejim antaranya berdasarkan faktor semangat juang daripada pihak rakyat awam dan askar yang berpaling tadah yang sama-sama memikul senjata. Mereka ini lebih mengetahui keadaan setempat yang mampu bertahan di pertahanan masing-masing. Tindakan ini menyukarkan pihak askar rejim yang kebanyakannya datang dari luar menyerang kampung halaman mereka. Menurut sumber itu lagi, jumlah kematian askar rejim yang dicatatkan tidak termasuk ribuan tali barut (syabih) yang berjaya dibunuh oleh rakyat dan tentera bebas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENYAMBELIHAN TERBARU DI PINGGIR DAMSYIK ''25 TERBUNUH''

Penyembelihan terbaru berlaku di pinggir Damsyik (1 Ogos 2012) apabila lebih 25 syuhada’ ditemui dibunuh. Bandar ini telah diserang dan digempur sejak 6 hari lalu (serangan berlaku dari Bukit Qasiyun dan dari berek tentera yang berdekatan). Maka tindakan ini telah memaksa kebanyakan penduduk melarikan diri. Semalam, askar rejim Syria telah memulakan operasi dengan menyerang rumah-rumah milik penduduk, mencuri, merampas harta benda dan membakar rumah-rumah. Mereka membunuh sesiapa sahaja dari kalangan penduduk awam di pertengahan jalan. Bandar tersebut kini musnah dan ranap sama sekali. Bilangan yang terkorban mencecah puluhan orang. Terdapat dari kalangan mereka yang dibunuh dengan cara disembelih, ada yang dibakar hidup-hidup, ada yang ditembak dalam keadaan tangan diikat. Jumlah kematian setakat ini yang mampu dihitung seramai 27 orang manakala bilangan yang cedera lebih 100 orang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LELAKI BERJUBAH PUTIH MENGANGKAT PEMUDA SYAHID DENGAN SEBELAH TANGAN

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata. Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja. Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam. Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak. Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera. Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa. Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim. 2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!). Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam. Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin. Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu. Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut. Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

''HADIAH LUAR BIASA'' BAKAL PENGANTIN

Seorang bakal pengantin lelaki tidak sangka diraikan dengan ‘hadiah perkahwinan luar biasa’ oleh majikannya empat hari lalu apabila dibuang kerja tanpa alasan munasabah hingga menimbulkan pelbagai tekanan kepadanya.

 Lebih mengecewakan, majikan lelaki itu hanya memaklumkan berita malang itu menerusi SMS tanpa menyerahkan surat berhubung tindakan berkenaan.

Pekerja kontrak dikenali sebagai Shahrul Zainorizam, 26, berkata dia terkilan apabila menerima SMS terbabit daripada penyelia syarikat kontraktor projek jalur lebar itu pada jam 8.28 malam,

 Rabu lalu. Menurutnya, mesej itu menyatakan majikan berkenaan menamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa serta-merta.Katanya, majikannya mendakwa tindakan itu diambil akibat kegagalannya memaklumkan permohonan cuti kerja pada hari berkenaan (Rabu lalu) biarpun perkara itu diketahui penyelia syarikat dan dibenarkan berbuat demikian.

 “Selama ini saya tidak pernah ponteng kerja selain bertungkus-lumus menyiapkan beberapa tugasan, termasuk membuat laluan kabel bagi projek jalur lebar di kawasan Gelang Patah. “Namun permohonan cuti pada Rabu lalu bertujuan berurusan di Jabatan Agama Johor (JAJ) bagi membincangkan berkaitan pernikahan saya bersama tunang pada 11 Mac depan.

 “Saya pelik apabila didakwa mengambil ringan soal kerja biarpun menyiapkan projek itu hampir 60 peratus sejak diserahkan pada Disember lalu,” katanya yang datang ke pejabat Metro Ahad, di sini semalam.

 Shahrul berkata, majikan itu sepatutnya menyerahkan surat peringatan mahupun menasihatkannya berkaitan sebarang aduan diterima berhubung tugasannya dan bukan mengambil tindakan secara terburu-buru.

Menurutnya, dia yang berpengalaman bekerja di syarikat itu lebih setahun juga tidak menerima tuntutan gaji selepas diberhenti kerja, selain diminta berurusan dengan jabatan kewangan syarikat.

Katanya, bagi mendapatkan penjelasan mengenai tindakan itu, dia juga menghubungi penyelia sebelum ke rumah pengurus syarikat pada hari sama selepas menerima SMS.

“Meskipun penyelia mahupun pengurus menyedari saya bakal berkahwin, mereka seolah-olah tidak mengambil berat berkaitan soal kebajikan dan masa depan saya apabila menyatakan keputusan itu muktamad. “Hingga kini, mereka juga gagal menyerahkan surat berhubung tindakan itu dan sekadar menghantar SMS berkenaan.

 “Saya bimbang perkara berkenaan menjejaskan perancangan untuk berumah tangga kerana ia mungkin menggugat keyakinan bakal keluarga mentua,” katanya yang memberitahu majlis pernikahannya hanya tinggal 20 hari lagi. Shahrul turut membuat laporan polis di Balai Polis Taman Johor Jaya, di sini, semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAUBAT NASUHA DARI SEORANG PRAMUGARI

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. “Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital. Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa kakak menangis?” “Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.” “Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan. “Habis yang kakak pergi haji ini?” “Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.” “Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi. Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di azab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini. “Betul ke kak?” tanya saya, terkejut. “Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.” “Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. ” sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui… azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.” Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.” Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. “Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis. Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh. “Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya. “Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. “Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.” Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di azab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.” “Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…” “Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.” Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya di azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal….” itu dah terlambat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEREKA FESYEN TEKEMUKA CALVIN THOO MEMELUK ISLAM

Pereka fesyen terkemuka tanah air, Calvin Thoo mengesahkan yang beliau telah memeluk Islam pada 3 petang Ahad. Walau bagaimanapun, graduan fesyen dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) itu enggan mengulas lanjut ketika dihubungi portal Red Carpet. “Salam. Saya minta maaf kerana tidak dapat meluangkan masa untuk ditemu-bual. Terima kasih,” katanya ringkas. Beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Datuk Ismail Kamus, Datuk Dr. Asri Zainal Abidin dan Ustaz Solihin Mokhyi. Calvin telah melibatkan diri dalam industri fesyen sejak lebih 17 tahun lalu malah sudah mempunyai label jenama sendiri. Beliau sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis seperti Anita Sarawak, Marsha Londoh, Erra Fazira dan Datuk Siti Nurhaliza dalam program-program besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugeah Fesyen Antarabangsa Malaysia dan Festival Fesyen Islam KL Calvin Thoo mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Ismail Kamus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KANTOI KETIKA CUBA LUPUS JANIN

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan berikutan penemuan janin yang dibawanya dalam satu sekatan jalan polis di PJS 10/4 petang semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, anggota polis yang bertugas bertindak menahan kereta Proton Wira yang dinaiki dua individu yang berada dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, pemeriksaan lanjut anggota polis kemudiannya menemui janin yang dibalut dengan tuala kecil yang masih belum cukup sifat di dalam but keretanya. “Suspek memberitahu bahawa teman wanitanya baru mengalami keguguran dan dipercayai cuba melupuskan janin tersebut,” katanya. Arjunaidi berkata, polis turut menahan wanita berusia awal 20an yang merupakan kekasih lelaki berkenaan untuk soal siasat dan selepas itu dia dibawa ke klinik untuk rawatan. .lanjut

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANGGIL IBU DAN AYAH KETIKA DI GILIS

Atlet pelapis lumba basikal Terengganu, Muhammad Syafiq Imran Syahril, 15, maut digilis treler ketika menjalani sesi latihan bersama sekumpulan 44 atlet pelapis lain di atas jambatan Kampung Bukit Guntung, Tepoh dekat sini semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika kumpulan atlet pelapis basikal itu melalui jambatan di Kampung Bukit Guntung dan seorang daripada atlet itu cuba mengelak jalan tidak rata yang terdapat di laluan tersebut. Tindakan atlet yang cuba mengelak jalan tidak rata itu menyebabkan tiga orang atlet terjatuh dari basikal masing-masing. Mengimbas detik sebelum tragedi itu, rakan mangsa, Che Ku Mohd. Nazmie Che Ku Romli, 19, berkata, dia yang bergerak di tengah-tengah kumpulan tersebut pada mulanya terlanggar tayar belakang basikal seorang rakan yang diekori ketika melalui laluan tersebut. “Saya dan basikal jatuh ke laluan bertentangan bersama dua rakan lain termasuk Muhammad Syafiq,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BANJIR MENYEBABKAN PENDUDUK JUAL EMAS

BANGKOK: Penduduk Thailand dilaporkan mula mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menjual emas untuk ditukarkan dengan wang tunai selain menyimpan bekalan makanan dan air minuman berikutan keadaan banjir yang dilaporkan semakin buruk. Pelanggan di sekitar Bangkok datang ke kedai kami sama ada The Old Siam atau Wong Wian Yai untuk menjual emas. Mereka berpendapat lebih baik menyimpan wang tunai berbanding emas dalam keadaan kecemasan sekarang, kata Pengerusi MTS Gold Futures, Kritcharat Hirunyasiri yang dipetik The Bangkok Post, semalam. Kedai kami biasanya tutup jam 5.30 petang tetapi kini kami melanjutkan operasi hampir jam 9 malam untuk menunggu wang tunai dari bank pusat berikutan overdraf wang tunai harian kami di bank sebanyak 500 juta baht (RM50 juta) tidak mencukupi. Syarikat itu menjual kira-kira 3.5 tan emas sehari bernilai 7 bilion baht (RM70.71 juta) sejak Jumaat hingga Isnin, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding jualan biasa berikutan permintaan tinggi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGANTIN BARU DAN GANGGUAN KESIHATAN

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap. "Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor. Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga. "Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri. "Sumaat.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIGA EKOR PUNTIANAK BERLUMBA

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah."Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?" "Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu..."Err aku tadi tak nampak".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENJAGA GOL JERMAN,ENKE MAUT DI LANGGAR KERETAPI

HANOVER: Penjaga gol antarabangsa Jerman, Robert Enke terbunuh selepas dikatakan melintas ketika kereta api sedang memecut, semalam. "Dia terbunuh ketika melintas di lintasan Neustadt am Rubenberge," menurut jurucakap polis Martina Stern. "Dia melonjakkan badannya di bawah kereta ketika sedang bergerak dan maut di tempat kejadian. Ia adalah satu cubaan bunuh diri," katanya. Rakan rapat Enke, Jorg Neblung, yang juga penasihat kepada penjaga gol itu juga mengesahkan bahawa Enke membunuh diri. "Robert bertindak mengakhiri nyawanya pada jam 6 petang," katanya. Satu sidang akhbar di Hannover lewat hari ini dijangka mendedahkan lagi kejadian membabitkan penjaga gol yang kini mempunyai enam cap permainan untuk Jerman. Berusia 32 tahun, Enke juga bermain untuk Hannover 96. Dia meninggalkan isteri dan seorang anak angkat perempuan berusia lapan bulan yang diambil Mei lalu - tiga tahun selepas kematian anak perempuannya berusia dua tahun kerana sakit jantung. Enke dikeluarkan daripada skuad Jerman dua hari sebelum pasukan itu mencatat kemenangan 4-0 terhadap Azerbaijan pada kelayakan Piala Dunia, awal September lalu. Bagaimanapun, dia kembali bersama skuad kebangsaaan dan berlatih sejak bulan lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 ARTIS CUN INI SUDAH MURTAD..((NAUZUBILLAH MINZALI.............))






Masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Happy Salmah. Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja. Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia. Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu. Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi. Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka. “Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy. Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin. Selain itu ialah artis Pinkan Mambo. Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa. Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain. Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak. “Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje. Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas. Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat. Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan. Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya. “Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya. Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan. Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya. Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan. Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGALAMAN MENYEDEKAHKAN FATIHAH DAN ZIKIR

Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa... AMIN..
 Utk renungan bersama.Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan.Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga.Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya.Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia.Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan.Saya bagi tau wife.Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.
 Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan.Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.

Allahu 'alam..

Assalamualaikum,

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim .... Bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita,mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad.Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.Apabila malaikat memberi salam,seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a.bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata meAreka:

Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s,Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota :
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: 1) Sedekah/amal jariahnya 2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. Wassalam .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AIR MASIN DAN AIR TAWAR TIDAK BERCANTUM

Mengimbas sejarah pertemuan antara dua laut ini ialah apa yang berlaku dekat South America, kat Amazon (Bukan di Cape Town South Africa).
 Dua sungai ni mengalir bersama-sama dan akhirnya bertemu di laut. Yang bestnya, kat laut tu pun 'mereka berdua' takmo bercantum. Antara keduanya takde pemisah, takde tali tangsi, takde blok, takde penapis, mahu pun jaring ikan. Semuanya bergerak mengikut ketententuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Meskipun ada ombak besar, ribut taufan atau gempa bumi (takde kot) yang melanda, namun 'mereka' tetap tidak bercantum dan tidak melompat menyeberang antara satu sama lain.

 Saintis telah pun mengkaji 2 sungai ni, dan didapati kedua-duanya mempunyai perbezaan komposisi, suhu, kemasinan dan juga ketumpatan. Tetapi al-Quran sudah menyebutnya 1400 tahun lampau. Masa tu ilmu sains mana ada lagi. Cuma zaman kini lah pun para saintis dapat membuktikannya melalui penemuan demi penemuan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini: 1) YA ALLAH YA RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 2) YA ALLAH YA RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam 3) YA ALLAH YA RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat 4) YA ALLAH YA JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 5) YA ALLAH YA MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin 6) YA ALLAH YA WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin 7) YA ALLAH YA ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku dan redhaikanlah aku... AMIN...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERBUNUH AKIBAT MAGIK TAK MENJADI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REAL!! SKUAD PEMUSNAH BOM YANG GAGAL..KALAU TAKUT JANGAN TENGOK

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AYAH YANG TIDAK PERASAN ANAKNYA JATUH DARI MOTOR

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UNIK @ GANJIL

Pernahkah anda terfikir kadang-kadang ada sesetengah benda yang kita lakukan sebenarnya pelik, atau dalam kata yang lebih mudah difahami iaitu tabiat aneh. Tabiat merujuk kepada tingkah laku manusia. Tabiat aneh bermaksud kelakuan pelik dilakukan seseorang yang sama sekali menyimpang daripada kehidupan normal dan selalunya ia membabitkan perlakuan luar biasa. Manusia sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi penampilan, tingkah laku dan tabiat. Jadi apakah tabiat pelik manusia sering lakukan yang mungkin anda sendiri tidak sedar? Penulis pasti setiap seorang daripada kita mempunyai tabiat pelik tersendiri. Sama ada sedar atau tidak, ia wujud dalam kehidupan seharian. Tapi kebiasaannya, sesiapa yang mempunyai tabiat aneh tidak akan sedar apabila dia sedang lakukan sesuatu perkara itu. Namun ada juga yang sedar apabila membabitkan tingkah laku di hadapan orang ramai. Contoh aneh-aneh Jika anda sedar, ada individu dalam kalangan kita bersangkut-paut dengan tabiat aneh. Ada sebilangan yang mementingkan kebersihan secara terlampau. Contohnya, setiap kali sebelum duduk, dia pasti akan mengelap kerusi bersungguh-sungguh walaupun keadaan kerusi bukannya kotor. Kalau perihal makan, dia akan pastikan apa yang dimakan sangat bersih hinggakan sebelum makan anggur pun dia sanggup mengelap setiap butir anggur satu persatu dengan tisu. Selain itu ada juga segelintir manusia yang tidak kisah untuk memakai pakaian yang baru keluar dari tempat pengering. Mungkin disebabkan mereka gemar pakai pakaian lembap atau tidak mempunyai pilihan baju lain, itu persoalannya. Ada golongan yang gemarkan bau-bauan. Contoh nya, suka mencium bau buku dan perabot baru dibeli hingga melekat menjadi tabiat sampai ke tua. Lebih luar biasa apabila ada yang tidak boleh mencium bau minuman contohnya susu, susun baju di dalam almari mengikut warna dan parkir kereta di tempat sama setiap hari antara kelakuan pelik yang wujud di sekeliling kita. Cara tersendiri Kelakuan ganjil ini secara tidak langsung menjadikan individu itu berperwatakan unik. Lain kisahnya jika tabiat itu membabitkan perkara yang terlarang. Tapi bagi penulis, ia seolah-olah membentuk identiti kita sendiri tanpa sedar. Mungkin sesetengah perlakuan aneh itu melecehkan dan mungkin juga menyenangkan. Kita boleh berkongsi dan bertukar pendapat mengenai hal ini dan tak mustahil ia boleh dijadikan bahan gurauan sekiranya membabitkan perkara lucu. Tak kisah apa juga jenis tabiat, Allah SWT menjadikan kita berbeza untuk melengkapi antara satu sama lain. Setiap individu memiliki keistimewaannya tersendiri sekali gus menjadikan kita berlainan antara satu sama lain. Tabiat kekal Setiap manusia ada tabiat unik. Sama ada dari segi perbuatan, percakapan ataupun fizikal seseorang, wujud antaranya. Tidak keterlaluan jika dikatakan tabiat ini ibarat identiti seseorang, Jadinya, tidak mustahil ia akan kekal hingga ke akhir hayat. Bagaimanapun, kita boleh mengikis tabiat sekiranya nekad untuk melakukannya. Jika anda rasakan tabiat unik anda itu tidak comel? Perlahan-lahan untuk belajar menghilangkannya. Dan jika difikirkan tabiat itu menampakkan anda macho sekali gus, kekalkanlah hingga ke usia tua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUJANG TELAJAK

“Bila lagi aku nak timang cucu ini. Entah-entah sampai matilah aku tak dapat tengok kau naik pelamin,” keluh seorang ibu kepada anak lelakinya yang sudah mencecah usia 30 tahun tapi masih membujang. Senario itu acap kali menghantui kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang dibesarkan di luar bandar. Mentaliti dan ideologi seorang ibu dan ayah sudah tentu ingin melihat anak teruna berkahwin seterusnya memiliki keluarga sendiri tanpa memikirkan kesan dan aspek lain. Bukan menuding permintaan orang tua itu salah kerana inginkan anaknya segera berkahwin apabila usia melewati 30-an, tapi hakikatnya mereka melihat hidup berkeluarga, memiliki isteri dan anak sebagai keperluan hidup yang sepatutnya diambil serius. Realitinya, anak muda hari ini terutamanya lelaki tidak melihat berkahwin sebagai satu tuntutan kerana terlalu banyak perkara lain harus difikirkan terlebih dulu. Tapi dilema ini bagai sudah sinonim dengan mereka, menerima desakan keluarga untuk berkahwin. Mengapa ramai lelaki belum bersedia untuk berkahwin? Persoalan itu sudah banyak kali dibincangkan baik menerusi media massa mahupun sembang kedai kopi. Mengikut statistik negara, memang terbukti masih ramai lelaki yang bekerja di bandar atau memiliki kerjaya yang baik, lewat membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Fakta diperkukuhkan lagi dengan data bancian oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyatakan perangkaan lelaki dan wanita bujang pada tahun 2002 adalah 3.1 juta dan 2.4 juta. Sementara pada 2004, peratusan lelaki bujang sebanyak 59.6, manakala wanita bujang sebanyak 40.4 peratus. Jika dulu ramai mengatakan status ‘andartu’ atau anak dara tua lebih ramai berbanding ‘lelaki lanjut usia’, namun semuanya sudah berubah kerana lelaki pula yang sukar membuat keputusan berkahwin pada usia muda. Senario membabitkan golongan wanita berkahwin lewat bersandar pada alasan dan punca mudah. Wanita sering kali mengatakan kesukaran mendapat pasangan sepadan atau masalah terlalu memilih sebagai alasan mereka lambat berkahwin. Malah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, mahu membantu keluarga, berjawatan profesional atau mementingkan kerjaya juga masalah peribadi adalah jawapan paling selamat bagi mengelakkan diri dikatakan ‘tidak laku’. Tapi itu wanita. Lupakan seketika si andartu kerana fokus utama kita kini adalah golongan Adam dan sedar atau tidak, bilangan lelaki berkahwin lewat usia juga makin meningkat hari demi hari. Puncanya mudah, berdasarkan tinjauan dilakukan, pelbagai sebab diberikan sekali gus mempengaruhi diri seseorang lelaki itu untuk terus membujang atau lewat berkahwin kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan, menganggap diri tidak bersedia dari segi mental atau fizikal, takut atau bimbang rumah tangga tidak bahagia dan meragui kemampuan seksual sendiri. Selain itu, tiada nafsu terhadap wanita, melalui pengalaman pahit ketika bercinta, mahu bebas dan suka hidup sendiri, tidak mahu mengecewakan pasangan serta hantaran kahwin tinggi juga antara sebab mereka mengelak untuk menggenggam tanggungjawab itu. Lelaki lebih beremosi berbanding perempuan apabila bercerita soal putus cinta. Kebanyakan lelaki yang mengamalkan seks sejenis adalah mereka yang kecewa kerana dipermainkan wanita sebelumnya dan itu antara sebab ramai lelaki tidak kisah soal kahwin. Lihat secara rambang kehidupan di bandar, lelaki lebih terdedah dengan kehidupan bebas yang mana tiada komitmen atau ikatan. Kahwin bukan lagi lesen untuk seseorang lelaki melakukan seks kerana aspek itu sudah banyak ditawarkan tanpa perlu sijil nikah. Seks bukan lagi faktor untuk seseorang itu mengambil keputusan berkahwin sebaliknya ramai anak muda hari ini sudah pun mengikut budaya Barat yang menolak konsep perkahwinan serta menghalalkan seks bebas, sekali gus menyebabkan akidah tergelincir sehingga meningkatkan kes masalah sosial masyarakat. Bagaimanapun lelaki yang berkahwin lewat kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan tidak langsung bimbang soal memiliki keluarga. Ada juga berpendapat berkahwin akan lebih menambahkan masalah saja. Dalam perspektif Islam, perkahwinan adalah perjanjian antara lelaki dengan wanita sebagai satu ikatan sah dan bersih dengan tujuan mengembang dan memanjangkan zuriat. Walau apapun pandangan mengenai isu kahwin lewat, ia perlu bersandarkan nilai agama dan budaya masyarakat negara ini. Alasan tiada jodoh tidak boleh dijadikan sebab utama lewat berkahwin kerana sebagai umat Islam, perlu ada usaha untuk mencari pasangan. Setiap manusia sudah ditetapkan jodoh dan kita perlu berusaha mencarinya. Faktor kesibukan bekerja, sukar mencari pasangan atau berpendidikan tinggi juga tidak boleh dijadikan alasan. Dalam satu hadis ada menyebut, ibu bapa hendaklah mengahwinkan anak mereka apabila sudah layak mendirikan rumah tangga. Jadi dalam hal ini setiap orang perlu berusaha mencari jodoh malah orang yang berkahwin awal boleh diibaratkan seperti menunaikan separuh daripada iman. Jika tidak menemui jodoh, pergi berjumpa orang alim seperti tok guru, imam atau ulama untuk meminta panduan dan nasihat. Seseorang itu tidak boleh menunggu atau mencari pasangan mereka di sekeliling saja kerana soal mencari jodoh tidak terhad kepada orang Melayu sebaliknya boleh mencari warga asing asalkan Islam. Malah dalam satu laporan akhbar ada menyebut yang mengutamakan hal lain sehingga mengetepikan perkahwinan sangat tidak digalakkan dalam Islam. Katanya, Nabi Muhammad pernah bersabda: “Wahai pemuda, siapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan, hendaklah berkahwin”. Itu menunjukkan perkahwinan amat ditekankan Islam malah ada ayat al-Quran meminta wali atau sesiapa yang bertanggungjawab terhadap seseorang wanita mengahwinkan jagaannya. Islam melihat perkahwinan sebagai keperluan dan ibadat. Ia penting untuk melahirkan generasi baru. 10 sebab mengapa lelaki membujang 1. Tidak ada nafsu terhadap perempuan. 2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. 3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak-peranda. 4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berumahtangga. 5. Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti. 6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri. 7. Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri. 8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan. 9. Bimbang tidak dapat membahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya. 10. Senantiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka inginkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BANJIR LANDA TENGAH EROPAH

Berlin: Pihak berkuasa di beberapa kawasan tengah Eropah memberi amaran bencana alam sambil berusaha mengukuhkan pertahanan banjir kelmarin ketika air sungai melimpah berikutan hujan lebat beberapa hari. Beberapa orang maut atau hilang dalam banjir di Jerman, Republik Czech, Austria dan Switzerland sejak Khamis lalu manakala penduduk juga dipindahkan daripada kawasan banjir di barat daya Poland. Pegawai Republik Czech berkata, hadangan besi dibina bagi mengelak banjir selepas air sungai Vltava di Prague dijangka mencapai paras kritikal. Tutup kereta api bawah tanah Datuk Bandar sementara, Tomas Hudecek, berkata pihak berkuasa menutup lapan stesen kereta api bawah tanah di ibu kota dan menggesa penduduk tidak masuk ke bandar raya itu. Beliau berkata, seluruh perkhidmatan kereta api bawah tanah ditutup pada jam 11 malam kelmarin, sejam lebih awal berbanding waktu normal manakala tiga laluan di tengah Prague terus ditutup. Menjangkakan masalah trafik, beliau berkata, semua taman jagaan, sekolah rendah dan menengah di ibu kota itu turut ditutup. Di bandar Trebenice, lokasi seorang wanita dan lelaki ditemui mati di bawah runtuhan kediaman musim panasnya dipercayai disebabkan banjir, lapor televisyen. Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan hilang. Banyak jalan raya dan landasan kereta api ditutup, termasuk satu dari Prague ke timur negara itu. 6 kawasan diisytihar darurat Perdana Menteri Republik Czech, Petr Necas, berkata 300 anggota tentera dikerah membantu pihak berkuasa manakala 2,000 lagi diarah bersiap sedia. Kerajaan juga mengisytiharkan darurat di enam kawasan, di barat sebahagian negara itu dan Prague yang teruk dilanda banjir. Beribu-ribu orang dipindahkan daripada rumah mereka di seluruh negara, terutama di utara dan selatan. Di Prague, pihak berkuasa mengarahkan perpindahan sebahagian zoo bandar raya itu yang terletak di tepi sungai. Pesakit di hospital di Prague juga dipindahkan ke tempat tinggi. Di Jerman, sekurang-kurangnya empat maut atau hilang dan Canselor Angela Merkel menjanjikan bantuan persekutuan untuk kawasan terjejas selain mengerah askar membantu jika perlu. Beberapa bandar raya termasuk Chemnitz di timur dan Passau serta Rosenheim di selatan, mengeluarkan amaran bencana. Passau, yang terletak di pertemuan tiga sungai, melihat peningkatan paras air mengatasi rekod 2002, kata Datuk Bandar, Juergen Dupper. Agensi berita Jerman, DPA, melaporkan laluan utama kenderaan di sungai Rhine, Main dan Neckar ditutup kepada kapal. Pemindahan juga dilakukan di Austria dan Switzerland. Sungai melimpahi tebing di beberapa kawasan pedalaman di barat daya Poland, dan penduduk dipindahkan. Di satu tempat, banjir menghanyutkan kereta bomba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KONGSI BILIK TIDUR DENGAN ULAR SENDUK

Dua beranak tidak menyedari selama ini mereka tidur ‘ditemani’ seekor ular senduk yang bersarang di bawah katil sehinggalah salah seorang daripada mereka mendengar bunyi dengusan kuat dalam kejadian di Kampung Keramat, di sini, kelmarin. Penghuni rumah berkenaan Mas Saifuddin Tajuddin, 27, berkata, dalam kejadian di bilik tidur utama rumahnya kira-kira jam 2.30 petang, isteri dan anaknya yang sedang tidur di atas katil tiba-tiba terdengar bunyi dengusan kuat dari bawah katil. Menurutnya, rasa ingin tahu mendorong anaknya yang berusia empat tahun menyelak kain cadar di bahagian sisi katil sebelum melihat bentuk sebuah objek hitam berada di bahagian bawah katil. “Mujur anak saya tidak panik dan dengan perlahan-lahan mendapatkan isteri saya yang sedang tidur. “Isteri saya segera membawa keluar anak saya dari bilik itu dengan perlahan-lahan sebelum menutup pintu bilik bagi mengelakkan reptilia berbisa itu keluar,” katanya. Mas Saifuddin berkata, isterinya segera menghubunginya untuk memaklumkan perkara itu dan dia segera pulang dari tempat kerja. Menurutnya, selepas disahkan haiwan terbabit sememangnya berada di dalam biliknya, Mas Saifuddin segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kerian. Sepasukan anggota JPAM Kerian diketuai Koperal Hashim Latib segera tiba ke tempat kejadian dan mengarahkan anggota lain mengeluarkan barang-barang berharga yang berada di bawah katil, manakala seorang lagi anggota bertugas membawa mangsa sekeluarga keluar dari rumah. Sementara itu, Pegawai Bahagian Latihan dan Operasi JPAM Kerian B Sugumaran berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap ular senduk sepanjang 2.5 meter dan seberat tiga kilogram berikutan haiwan berbisa itu memberikan tindak balas sangat agresif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NYAWAKU UNTUKMU

Demi mempertahankan adik angkatnya daripada dirogol, seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dibelasah tiga lelaki dalam kejadian di Sri Rampai, Setapak, di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi Selasa lalu itu, lelaki berkenaan bersama adik angkatnya yang berusia 21 tahun berada di dalam kereta di kawasan tempat letak kereta di kawasan kejadian sebelum dihampiri tiga lelaki berusia 20-an. Tindakan ketiga-tiga lelaki itu menyebabkan mangsa cuba meninggalkan kawasan berkenaan namun keretanya ditahan lelaki terbabit sebelum dia dan adik angkatnya diarah keluar. Sumber berkata, dua daripada lelaki berkenaan menarik keluar wanita itu daripada kereta sebaik dia enggan berbuat seperti diarahkan. “Sebaik diheret keluar, ketiga-tiga lelaki terbabit cuba memperkosa wanita itu,” katanya. Katanya, melihat kejadian berkenaan, mangsa cuba menghalang hingga berlaku pergaduhan. “Tiga lelaki terbabit kemudian bertindak membelasah mangsa hingga terjatuh dan tidak sedarkan diri. “Wanita terbabit menjerit meminta tolong, namun tiada yang membantu berikutan kawasan kejadian sunyi dan gelap,” katanya di sini, semalam. Sumber berkata, melihat mangsa tidak sedarkan diri, tiga lelaki itu melarikan diri. Katanya, adik angkat mangsa kemudian menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dan menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian. “Doktor yang merawat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala,” katanya. Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dan kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Katanya, ketiga-tiga lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu sudah ditahan sehari selepas kejadian. “Semua mereka kini direman. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

EDDY MENINGGAL DUNIA SELEPAS SEMBILAN JAM KOMA

Saya masih ingat perkataan terakhir serta kelakuan pelik Eddy petang itu (24 Mei) sambil arwah hulurkan duit RM20 dan sempat berpesan ‘mak jangan susah hati, minggu depan Eddy balik betulkan kereta ayah, kunci mak pegang’. “Pada malam kedua dia berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), saya bermimpi arwah suami mahu membawa Eddy pergi. Tanpa diduga ia petanda Eddy akan meninggalkan kami,” kata Dara Mahilah, 50-an, ibu kepada penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Rosdhi Rosiman, 29, yang meninggal dunia awal pagi semalam selepas sembilan hari koma di HSA. Rosdhi atau mesra dengan panggilan Eddy bersama adiknya, Roshanajid, 28, dan 11 rakan lain menyaksikan perlawanan JDT menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini, pada 25 Mei lalu. Selepas tamat perlawanan, Eddy dikatakan membuka ikatan bendera pasukan JDT dan terjatuh daripada tempat duduk teratas dengan ketinggian kira-kira 30 meter. Menurut Dara, kali terakhir dia bertemu anak kelima daripada lapan beradik itu Eddy berjanji mahu membaiki kereta Proton Iswara milik arwah bapanya yang tersadai di bawah rumah. “Kereta itu dia belikan untuk arwah bapanya. Bapanya juga pernah berpesan lepas habis bayaran jangan jual, tetapi baiki kerosakan dan gunakan saja. “Belum pun hilang rasa rindu pada arwah bapanya yang meninggal dua tahun lalu akibat penyakit usus, dia pula menyusul pergi semalam,” katanya ketika ditemui di rumah sewa Eddy di Taman Tampoi Utama, di sini, semalam. Dara berkata, ketika koma dia beberapa kali melihat dan berada di samping Eddy untuk memberikan kata semangat sebelum Eddy disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi kelmarin. “Sejak dimasukkan ke hospital, saya tidak putus berdoa dan berharap Eddy sembuh dengan cepat. Walaupun dia mungkin tidak boleh berjalan, tetapi hanya mahu dia sembuh depan mata saya dan tidak pernah menyangka dia akan meninggalkan kami. “Memang saya reda tetapi sebagai ibu, hati saya terkilan sebab macam baru semalam berjumpa dan dengar gelak ketawa dia. “Malah saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ia ketentuan Allah SWT. Ini bukan kali pertama dia menyaksikan perlawanan bola kerana sebelum ini dia tidak pernah ketinggalan ke stadium, malah siap upah jahit untuk bendera Johor kerana sokong JDT,” katanya. Dara menyifatkan Eddy sebagai anak yang baik dan tidak banyak kerenah. Menurutnya lagi, sebagai ibu dia sering mengusik arwah berkaitan jodoh memandangkan dua adiknya sudah bertunang, manakala abang dan kakaknya sudah berumah tangga. “Apa yang membuatkan saya terharu ialah Eddy sering menjawab, biarlah adik-adiknya lepas dulu dan dia akan menjaga saya, namun semua kata-kata itu hanya tinggal kenangan,” katanya.http.//jumtengok2.blogsport.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AWIN NURIN SAH JADI ISTERI IZZUE ISLAM



Selepas enam tahun menyulam cinta, penyanyi dan pelakon muda, Muhammad Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam, 23, selamat diijab kabul dengan pasangannya, Nurinafilah Waharudin, semalam. Berlangsung di Dewan Shah Alam, di sini, dengan sekali lafaz saja, Nurinafilah atau Awin Nurin sah menjadi isteri Izzue tepat jam 9.45 pagi dengan berwalikan bapanya, Waharudin Jonit. Pada upacara akad nikah yang dihadiri ahli keluarga terdekat, Izzue membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada Awin berserta mas kahwin sebanyak 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11. Meskipun berumahtangga pada usia muda, menurut Izzue yang juga anggota kumpulan Forteen, dia gembira disatukan dengan gadis pilihannya yang juga pengurus kepadanya itu. “Saya sudah bersedia memikul tanggungjawab seorang suami. dan bersyukur disatukan dengan Awin yang sangat memahami saya selama ini. “Biarpun berkahwin pada usia sebegini, saya yakin dengan ketentuan Allah SWT menjodohkan saya dengan dia. Saya juga yakin dengan ‘masjid’ yang baru kami bina ini semestinya perkara baik dan pasti mendapat keberkatan,” katanya. Cukup anggun dalam persalinan rona putih rekaan Satris Anggun, menurut Izzue yang turut menyambut hari lahirnya semalam, perkahwinan itu jadi lebih bermakna buatnya. Ramai ke wanita di luar sana yang kecewa bila Izzue Islam berkahwin? Semalam telah berlangsung majlis pernikahan pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam, atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan dengan gadis pilihan hatinya Nurinafilah Waharudin, atau lebih mesra dikenali sebagai Awin Nurin. Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada pukul 9.45 pagi oleh bapa Awin di Dewan Shah Alam. Jumlah mas kahwin pula ialah 11 dinar dengan hantaran berjumlah RM11,111.11. Pihak lelaki memberi sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran oleh pihak wanita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NEKAD REMPUH POKOK ELAK MAUT

 Tindakan nekad seorang pemandu lori muatan ikan siakap merempuh deretan pokok menyelamatkannya dari maut selepas kenderaan dipandu mengalami masalah teknikal di Kilometer 205, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di susur masuk Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Air Keroh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian itu, lori 11 tan dipandu Mohd Rizal Md Yusof, 40, bersama kelindan Amir Ismail, 43, dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh tebing di tempat kejadian, jam 1.20 pagi.

Sumber berkata, mangsa dan rakannya dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi, Johor ke Pulau Pinang untuk menghantar bekalan ikan siakap segar.
“Kemalangan dipercayai berpunca apabila brek, gear serta stereng tidak berfungsi,” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Rizal mengakui tidak mempunyai pilihan selain meredah longkang kecil di kanan jalan sebelum merempuh tiga pokok di susur masuk R&R berkenaan.

“Kami bertolak dari Sedeli, Kota Tinggi, jam 9 malam dan berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh untuk melakukan pemeriksaan rambang pada lori sebelum meneruskan perjalanan dan berhenti sekali lagi di R&R Air Keroh,WWW.JUMTENGOK2.LOGSPORT.COM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ENAM KALI DI TETAK


Seorang peniaga sayur warga Myanmar maut selepas diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya dalam kejadian di pekarangan tempat letak kereta Pasar Borong Selayang Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Nasir, 40-an, mati di tempat kejadian selepas cedera parah akibat ditetak di beberapa bahagian badan manakala rakannya mengalami cedera ringan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, mangsa sedang menaiki motosikal bersama rakannya dan dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya di pasar berkenaan apabila tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki.
“Hasil pemeriksaan awal polis, terdapat enam kesan tetakan di seluruh badan mangsa termasuk di tangan kanannya yang hampir putus.

“Dipercayai ketika kejadian ramai orang awam berada di kawasan parkir itu, namun sebaik saja melihat kejadian, mereka terus lari menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala rakan mangsa turut dihantar di hospital sama untuk rawatan.
Foto
PENIAGA sayur warga Myanmar dibunuh di pekarangan Pasar Borong Selayang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh. Beliau turut meminta saksi kejadian agar tampil menyalurkan maklumat.WWW.JUMTENOK2.BLOGSPORT.COM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUCI HATI ATOK


Kuala Kangsar: Hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan RM300 sebulan, namun seorang lelaki warga emas layak digelar ‘datuk super’ apabila sanggup memikul tanggungjawab sukar membesarkan sembilan cucu angkat.
Ramli Zulkifli yang kini mencecah usia 60 tahun terpaksa menggunakan kudratnya membesarkan sembilan cucu angkat berusia dua hingga 19 tahun selepas ibu bapa mereka menyerahkan urusan jagaan itu kepadanya atas alasan kemiskinan.
Lebih menyukarkan, dia mengambil alih urusan menjaga enam cucu angkat itu selepas ibu dan bapa kandung mereka menghilangkan diri, manakala tiga cucu angkat yang lain pula tidak mempunyai sijil kelahiran.

Keadaan bertambah sukar apabila isteri Ramli, Kamariah Dahaman, 68, meninggal dunia dua bulan lalu, sekali gus tugas membesarkan sembilan cucu itu ditanggungnya bersendirian.
Foto
Ramli (duduk tengah) bersama sebahagian cucu angkatnya.

Ramli yang dikenali sebagai atuk Ramli berkata, dia bagaimanapun tidak pernah mengeluh sepanjang membesarkan sembilan cucunya itu, namun sedikit kesal kerana ibu dan bapa kandung mereka langsung tidak pernah menghulurkan sebarang nafkah bagi meringankan beban ditanggung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts