translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

YUNA SAHKAN JULIAN SCHRATTER DENGAN DIRINYA BERCINTA


Sebelum ini Yuna pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Qi Razali. Kira-kira setahun lepas hubungan itu telah terputus dan mereka berdua telah membawa haluan masing-masing. Sejak itu timbul desas-desus yang Yuna bercinta dengan jurugambarnya di Amerika Syarikat, Julian Schratter atau lebih dikenali sebagai Jules di kalangan peminat Yuna.
Ini bagaimanapun dinafikan oleh Yuna yang mendakwa mereka bekerja atas dasar profesional memandangkan Julian ialah jurugambarnya.

Menerusi laman tumblr miliknya baru-baru ini, Yuna kini telah mengakui yang dia dan Julian sudah memasuki fasa percintaan.
Sometime around tonight, last year, a special person walked into my life and I can’t imagine my life for the past year if we had never crossed paths.
Oh how life would be monotonous.
Love, colors, paintings, skateboards, roti canai, laughters and smiles all the way and the only way.
I learned a lot from my past relationships to not screw this one up. I can feel it. InshaAllah.

Kepada Yuna, selamat maju jaya diucapkan, dan semoga sampai ke jinjang pelamin. Semoga status terbaru ini memberikan lebih banyak inspirasi kepada Yuna untuk menghasilkan lagu-lagu yang penuh jiwa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SHERRY IBRAHIM SUDAH ADA KEKASIH BARU,ENGGAN KOMEN ISU ASHRAF MUSLIM..


Buat anda yang tidak tahu, Sherry Ibrahim pernah menjadi kekasih Ashraf Muslim. Namun begitu hubungan mereka telah terputus kira-kira 4 tahun yang lalu. Apabila diminta memberikan komen mengenai isu Ashraf Muslim yang sedang hangat sekarang ini, Sherry enggan dikaitkan lagi kerana antara mereka sudah tiada apa-apa kaitan.
sherry ibrahim
Kata Sherry Ibrahim kepada Mstar Online:-
Jujurnya, saya tidak membaca gosip-gosip di media dan saya tidak mahu mengambil tahu tentang perkara itu. Apabila pihak media meminta saya komen tentang isu Ashraf mahu kahwin dua, saya tak boleh nak komen sebab ia tiada kaitan dengan diri saya. Lagipun itu hal adalah urusan rumah tangga dia yang saya rasa ia tidak elok untuk saya memberi sebarang pandangan
sherry ibrahim
Ini baru betul tak berikan sebarang komen. Tak macam si Sakinah yang kata taknak komen tapi cerita panjang lebar. Bagus betul si Sherry ini. Sayangnya kalau anda nak mengorat dia, lupakanlah sahaja hasrat itu. Sherry sudah ada kekasih baru yang merupakan seorang jejaka Mauritius.
Saya sudah ada kekasih dan kami telah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu. Bagaimanapun saya tak boleh nak ceritakan siapa dia. Cukuplah yang orang tahu saya sudah berpunya. Apa yang saya boleh katakan, dia juga bekerja di dalam bidang yang sama cuma bukan sebagai pramugara. Dia sebaya saya iaitu 30 tahun.
Jejaka Mauritius pun jejaka Mauritius lah. Kalau dah memang jodohnya dengan orang luar, apa salahnya kan? Yang penting bahagia. Kepada Sherry, semoga percintaan anda akan berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ELFIRA LOY NAFI BERCINTA DENGAN BAIM WONG,PENGAKUAN BAIM HANYA GIMIK TELIFILEM


Baru-baru ini agak kecoh juga dunia Internet bila pelakon popular Indonesia, Baim Wong mengakui dirinya bercinta dengan Elfira Loy melalui program MeleTOP.

Dalam program itu, Neelofa telah bertanya kepada Baim Wong tentang apa yang istimewa tentang telefilem ‘Untuk Terakhir Kali’ yang dilakonkan dengan Elfira Loy, dan dan ia dijawab dengan mudah oleh Baim–kerana Elfira.
Memang benar bercinta.
Itu ialah jawapan Baim bila ditanya oleh Neelofa dan Nabil tentang hubungannya dengan Elfira Loy, dan dia turut menunjukkan SMS dengan Elfira Loy untuk membuktikan percintaan mereka.
Hari ini melalui Utusan Malaysia, Elfira telah menerangkan mereka sebenarnya tidak bercinta, sebaliknya apa yang dilakukan oleh Baim ialah sekadar gimik untuk telefilem tersebut:-
Saya masih lagi belum berpunya. Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan digosipkan bercinta bersama.
Antaranya yang pernah dikaitkan bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman.
Walaupun ada peminat Elfira yang bersorak tentang perkhabaran ini, nampaknya terpaksa menerima hakikat yang ianya tidak berlaku. Tak apalah, mula-mula gimik. Manalah tahu kalau nanti betul terjadi pula?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PIERRE ANDRE KINI BERGELAR SUAMI SITI NUR HIDAYAH


Dengan hanya sekali lafaz, Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28 tahun , sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah, 26 tahun pada hari Ahad lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.
gambar perkahwinan pierre andre
Majlis pernikahan dijalankan dalam keadaan sederhana dengan dihadiri oleh lebih kurang 200 tetamu. Pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalasnya dengan 9 dulang. Mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000 telah dihantar oleh pengantin lelaki.
gambar perkahwinan pierre andre
Jutaan tahniah diucapkan kepada Pierre Andre dan Nur Hidayah atas perkahwinan ini. Semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke syurga. Sama-samalah kita doakan. Lagi 4 keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan pengantin ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya..
gambar perkahwinan pierre andre
gambar perkahwinan pierre andre
gambar perkahwinan pierre andre
gambar perkahwinan pierre andre

BACA YANG INI PULAK:-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MISHA OMAR LAMBAT KHAWIN BUKAN KERANA TUNGGU SURAT CERAI


Jika anda pengikut tegar perkembangan dunia hiburan Malaysia, pastinya ada pernah terdengar gosip yang menyatakan Misha Omar pernah berkahwin.Si “suami” Misha Omar adalah seorang ahli perniagaan Kelantan. Malah ada gosip yang menyatakan kelewatan perkahwinan Misha dengan Firos adalah kerana sedang menunggu surat cerai daripada si “suami” itu.
misha omar kahwin
Menurut Misha Omar, dia mengenali lelaki yang membuat dan menyebarkan tuduhan tersebut. Kata Misha kepada Mstar Online:-
Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama. Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan. Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin
misha omar pernah kahwin
Siapakah gerangan lelaki yang membuat tuduhan sebegini terhadap Misha Omar? Adakah lelaki itu kecewa kerana Misha menolak cintanya? Kalau lelaki itu betul-betul ada bukti, tampilkanlah surat bukti Misha pernah berkahwin. Setakat cakap kosong, semua orang pun boleh buat. Tak gitu?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GADIS PERTIKAI HUKUM ALLAH DAPAT BALASAN





Sebagai seorang hamba Allah, kita perlu tahu bahawa kita adalah insan yang lemah dicipta oleh Allah SWT. Maka jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka Dia akan berikan kepada siapa yang dikehendakinya. Di bawah ini terdapat sebuah kisah yang melibatkan seorang gadis. Gadis ini mempunyai imej yang bukan seperti seorang Islam. Ikuti kisah apakah yang menyebabkan gadis ini diberi balasan oleh Allah SWT.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OMG : Jangan Tiru Gaya Hidup Gadis Yang Nak Sangat Kurus Ini

Jangan Tiru Gaya Hidup Gadis Yang Nak Sangat Kurus Ini.
Si gadis, Valeria Levitin ini ingin menjadi seorang model sejak dari usia yang muda. Tetapi dengan tubuh badannya yang agak besar, dia mungkin tak mempunyai peluang yang cerah. Jadi dia bernekad untuk kuruskan badannya sehingga satu tubuh yang mungkin bakal menakutkan anda juga. Jadi jangan tiru ye gadis-gadis di luar sama. Kini pada usia mencecah 39 tahun, beratnya cuma 25kg.
p/s: Admin rasa kalau anda hidup dengan gaya hidup yang sihat, semuanya tak ada masalah.

Gambar 1 - 4 adalah ketika dia masih dalam keadaan sihat. Seterusnya gambar terkininya yang kurus. 










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Farah Hilang Pekerjaan Kerana Shah Jaszle


Cinta itu buta. Cinta itu juga boleh buat seseorang hilang kerja. LOL, apa yang terjadi terhadap Farah, gadis yang ditangkap khalwat bersama Shah Jaszle. Dia telah diarahkan meletak jawatan dalam tempoh 24 jam selepas Shah Jaszle datang menyerang di tempat kerjanya baru-baru ini.



Farah merupakan seorang pekerja di sebuah bank di Bangsar. Gara-gara serangan daripada Shah Jaszle itu, pihak pengurusan mengarahkan Farah untuk meletakkan jawatan dalam tempoh masa 24 jam. Kata Farah:-

Jika dia memberitahu media saya adalah kru produksi, bagaimana beliau tahu tempat saya bekerja! Shahz ditemani tunangnya, Puteri “menyerang” saya di bank tempat saya bertugas Rabu lalu tanpa pengetahuan saya dan kebenaran dari pihak majikan. Dia buat kecoh dan menjerit-jerit memarahi saya.

Bukan setakat itu saja, Shahz turut bekerjasama dengan kru program hiburan, Galaksi merakamkan kekecohan yang berlaku di premis bank itu. Pihak pengurusan kesal dengan kejadian tempoh hari dan mengarahkan saya untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam kerana isu saya dikhuatiri memberi imej negatif kepada syarikat

Sekarang saya tak ada kerja tetap, puaslah hati Shahz kan? Gara-gara serangan tempoh hari, saya telah hilang punca pendapatan. Terima kasih Shahz! Dia pula putus tunang, semua itu karma. Bagaimanapun saya mengakui kesilapan kerana menjalin hubungan dengannya dan meminta maaf pada keluarga Puteri, keluarga Shahz dan keluarga saya sendiri. Sebaliknya Shahz selepas kejadian khalwat itu, dia langsung tak minta maaf, jauh sekali bertanggungjawab.

Entry macam melodi. Haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gadis Guna Korset Selama 3 Tahun Demi Ukuran Pinggang TERSEKSI Di Dunia


Untuk mencapai impian mendapat ukuran pinggang yang paling kecil di dunia, Michelle Kobke, gadis 24 tahun dari Jerman telah menggunakan korset untuk 3 tahun. Mari lihat gambar sebelum VS selepas di bawah ini. 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts