translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Bawa anak ugut terjun dari bumbung


Puchong: Hanya kerana suami ingin menceraikannya, seorang wanita warga China bersama anak perempuannya berusia setahun cuba membunuh diri dengan terjun dari bumbung sebuah hotel empat tingkat di Bandar Bukit Puchong, di sini, semalam.
Bagaimanapun, cubaan wanita berusia 35 tahun itu gagal selepas bomba dan polis berjaya memujuknya sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, wanita terbabit tertekan selepas suaminya yang juga warga tempatan ingin menceraikannya.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Bukit Puchong diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Sehat Bedol tiba ke tempat kejadian beberapa minit kemudian dan mendapati seorang wanita bersama anaknya berada di atas bumbung hotel.

“Kami memujuk mangsa 20 minit sebelum wanita itu membatalkan niat membunuh diri.
Foto
ANGGOTA bomba memujuk wanita terbabit.
“Sebaik berjaya menyelamatkan wanita dan anaknya itu, kami membawanya ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts