translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Manchester City menang bergaya 4-1, ke atas Manchester United


LONDON: Sergio Aguero menjaringkan dua gol bagi membantu Manchester City mencatatatkan kemenangan bergaya 4-1, ke atas Manchester United, pada perlawanan Liga Perdana, di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Jaringan pertama menyaksikan Aguero melakukan `volley' pada minit ke-16, untuk meletakkan City di depan dan kemudian meletakkan pasukannya tiga gol di depan seminit sejurus babak kedua bermula. 
Rakan sepasukannya, Yaya Toure pula memperoleh gol kedua City sebelum perlawanan babak pertama tamat. 

Pertahanan United jelas begitu rapuh sehingga tampak `koyak' apabila giliran Samir Nasri pula mendapatkan jaringan keempat City pada minit ke-50.
Foto

Jaringan itu menjadikan igauan buruk buat pengurus United, David Moyes bertambah parah.

Dengan Robin van Persie yang tidak dapat diturunkan kerana mengalami kejang otot, United jelas tidak dapat menguasai perlawanan sejurus sepak mula.

Bagaimanapun, United kemudian memperoleh jaringan tunggal perlawanan menerusi Wayne Rooney yang cantik melengkokkan sepakan untuk menumpaskan pengaja gol City. 

Tetapi, jaringan Rooney gagal memberi sebarang makna kerana penyokong City begitu gembira sehingga mengigatkan mereka kejayaan 6-1, ketika menumpaskan United di Old Trafford, pada Oktober 2011.

United kini tewas empat daripada lima perlawanan menentang City yang kini mengumpul 10 mata. 

United kini berada di kedudukan kelapan liga dengan tujuh mata.

Moyes mungkin dapat menenangkan diri kerana Alex Ferguson pernah tewas 5-1 di tangan City. 

Tapi, daripada tiga perlawanan iaitu menentang City, Chelsea dan Liverpool, barisannya hanya mampu mengutip satu mata. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts