translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

BETUL KE FIZZ FAIRUZ NAK KAHWIN ALMI NADIA??????


Fizz nak kahwin Almy
Bagai sudah dapat menjangka soalan yang ingin diajukan kepadanya, pelakon, Fizz Fairuz, 34, terus mengaku hubungannya dengan bekas kekasih, Almy Nadia, kini kembali terjalin.

Bahkan, bintang Nur Kasih ini turut membayangkan, ikatan yang bertaut semula sejak beberapa bulan lalu itu bakal berakhir di jenjang pelamin.
Mengambil iktibar atas apa yang berlaku sebelum ini, termasuk pertunangan dengan wanita yang dikatakan masih bergelar isteri orang, Azlyn Massiela, 26, Februari lalu, Fizz menganggap semua itu sebagai pengajaran hidup.


Tidak menolak jika jodohnya memang ditakdirkan dengan Almy, 27, Fizz malah merancang menamatkan zaman bujangnya tahun depan.

“Memang betul kami kembali bercinta. Mungkin dialah juga jodoh saya. Biarlah apa orang nak cakap kalau ia memang sudah ditentukan sedemikian. Apa yang berlaku sebelum ini pula biarlah berlalu.

“Insya-Allah, saya memang bercadang untuk menjadikannya isteri saya yang sah, secepat mungkin. Begitupun, setakat ini belum ada perbincangan yang serius dan saya sendiri perlu berjumpa dengan keluarganya terlebih dulu,” katanya kepada HIP.

Nak terus kahwin
Ditanya apakah mereka merancang untuk bertunang terlebih dulu, Fizz berasakan tidak perlu berbuat demikian kerana masing-masing sudah cukup faham dan mengenali hati budi. Sebaliknya dia lebih suka jika mereka terus saja berkahwin.

Menganggap Almy wanita yang sempurna di matanya, pelakon ini berkata, percintaan mereka selama tujuh tahun sudah begitu utuh untuk menyaksikan kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri.

“Jodoh ditentukan Allah dan saya tidak menolak jika dialah jodoh saya. Dengan apa yang berlaku sebelum ini, dia seorang yang amat memahami dan masih mempercayai saya,” katanya yang kini menggalas tanggungjawab sebagai guru seni persembahan bagi program Akademi Fantasia 2013.

Almy enggan komen panjang

Sebelum ini, Almy turut mengeluarkan kenyataan dalam sebuah rancangan televisyen mengatakan hubungan mereka kembali terjalin. Namun, ketika dihubungi HIP semalam, pelakon 4 Madu itu enggan memberikan ulasan mengenai pengakuan terbaru Fizz.

Sedikit terkejut mendengar kenyataan daripada aktor terbabit, Almy bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada lelaki berkenaan.

“Saya tidak mengiyakan atau menafikan, sebaliknya biarlah Fizz saja yang memberikan kenyataan. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen lagi, takut nanti disalah faham dan orang ramai sekali lagi akan menyalahkan saya.

“Memang benar saya ada berikan komen sebelum ini, tetapi mungkin orang salah faham maksud saya. Apapun, kita tunggu saja ketentuan Tuhan,” katanya yang ketika ini sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Ibu, Mami, Mama.

Mahu berlaku adil kepada semua media, ibu kepada Nur Afrina, 4, lebih selesa mengambil tindakan berdiam diri.

“Saya bukan nak mengelak atau melarikan diri, cuma takut komen yang akan diberikan memakan diri sendiri. Saya perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, bimbang ia melukakan hati orang lain,” katanya yang turut menganggap semua yang berlaku sebelum ini sebagai pengalaman berguna buatnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts