Hanya kerana sos cili, seorang wanita yang sarat mengandung cedera dibelasah suaminya di rumah mereka di Jalan Ulu Klang, dekat sini.
Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Khamis lalu ketika pasangan berusia 30-an itu bersiap untuk berniaga di gerai makanan diusahakan mereka.
Menurutnya, mangsa dibelasah oleh suaminya yang berang selepas wanita itu membuang sebungkus sos cili ke dalam tong sampah.
“Mangsa dikatakan membuang sebungkus sos cili dalam tong sampah kerana mendakwa sos berkenaan sudah rosak sedangkan si suami berpendapat ia masih boleh digunakan.
“Berlaku pertengkaran sebelum suspek membelasah mangsa di muka dan badan bertubi-tubi tanpa menghiraukan mangsa sarat mengandung,” katanya.
Bukan itu saja, sumber memberitahu, suspek turut menghempap badan mangsa ke dinding dapur rumah mereka.
Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kesakitan dan lebam keluar rumah untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik selain bimbangkan kandungannya.
Sumber berkata, mangsa kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Tun Razak, di sini.
nya di rumah mereka di Jalan Ulu Klang, dekat sini.

0 comments:
Post a Comment