translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Ops Cantas Khas:- 304 anggota kongsi gelap diberkas


Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas 304 anggota kongsi gelap menerusi Ops Cantas Khas yang dilaksana sejak 17 Ogos lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata polis juga membuka 236 kertas siasatan mengenai pertubuhan kongsi gelap terbabit. 
"Antara anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan ialah Geng 04 sebanyak 60 orang, Geng 08 (110 orang), Geng 18 (12 orang) dan Geng 36 (60 orang)," katanya dalam sidang media, di sini hari ini. 

Menurutnya setakat hari ini, polis menahan 11,036 individu di bawah operasi itu selain merampas 23 laras senjata api, 14 pucuk senapang angin buatan sendiri, satu bom tangan, 1,238 butir peluru dan pelbagai senjata lain.

Katanya daripada jumlah yang ditahan itu, 47 disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA), manakala baki di bawah kesalahan-kesalahan lain.

"Walaupun kita dah tahan ramai tetapi kita tidak dapat meneruskan tindakan di bawah PCA kerana tidak diluluskan pihak pendakwa raya tapi mereka dituduh di bawah kesalahan lain di mahkamah," katanya. 

Ops Cantas Khas dilaksana oleh PDRM bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi. 

Mengulas lanjut, Khalid berkata polis kini giat memburu pesalah trafik terutama pemandu kenderaan komersial seperti lori dan bas yang tidak membayar saman tertunggak. 

"Jadi mulai sekarang saya nasihatkan buat semakan dan mana ada saman tertunggak sila jelaskan segera, tak lama lagi bila kita akan ambil alih Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) nanti, lagi mudah kita mencari mereka ini," katanya. 

Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMM KL), Datuk Daud Daros berkata pihaknya mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana berjaya dalam usaha membanteras penjenayah tegar sejak pelancaran Ops Cantas Khas. 

"Tindakan itu berkesan meningkatkan kepercayaan masyarakat perdagangan dan industri Malaysia dan telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pasukan polis. DPMM KL harap pasukan polis meneruskan tindakan itu sehingga ke akar umbi," katanya dalam kenyataan hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts