“Kami ada berbincang pasal kahwin, tapi dia belum lagi bercadang untuk melamar saya dalam tempoh terdekat ini.
Saya pula tidak mahu memberi tekanan kepadanya kerana lelaki memang tidak suka bila mereka didesak dalam soal kahwin.
“Apa yang penting, kami bahagia sekarang dan saling menghormati antara satu sama lain. Kami juga ingin fokus pada karier masing-masing terlebih dulu kerana saya percaya soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Saya pasrah kepada-Nya,” kata pelakon Sherry Ibrahim, 30.
Sherry berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana hubungannya dengan lelaki yang berasal dari Mauritius yang dikenalinya lebih setahun itu. “Setakat ini, ibu bapa kami sudah tahu dengan hubungan ini dan tidak menghalang dengan siapa saya ingin berkawan.
Apa yang penting, mereka ingin melihat saya bahagia. “Sepanjang tempoh lebih setahun kami menjalinkan hubungan semuanya berjalan lancar tanpa masalah.
Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin jika jodoh kami sudah sampai,” katanya yang enggan mendedahkan nama lelaki terbabit.
0 comments:
Post a Comment