Kontinjen negara ke Temasya Sukan Perpaduan Islam Ketiga masih bersemangat untuk meneruskan pemburuan pingat emas pada hari ketiga temasya walaupun telah mencapai sasaran tiga pingat emas semalam.
Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata perjuangan atlet negara masih belum berakhir biarpun berjaya mencapai sasaran tiga pingat emas seperti yang ditetapkan sebelum ini.
"Kita masih dahagakan kemenangan dan tidak harus cepat berpuas hati dengan pencapaian semalam, sebaliknya perlu terus berusaha untuk mendapatkan pingat kerana banyak lagi acara seperti wushu, olahraga, taekwondo dan memanah masih belum bermula.
"Sebaliknya kita perlu usaha menambah bilangan pingat untuk dihadiahkan kepada semua rakyat Malaysia dan saya harap atlet negara mampu mengutip beberapa pingat lagi," katanya kepada Bernama hari ini.
"Sebaliknya kita perlu usaha menambah bilangan pingat untuk dihadiahkan kepada semua rakyat Malaysia dan saya harap atlet negara mampu mengutip beberapa pingat lagi," katanya kepada Bernama hari ini.
Malaysia berjaya mencapai sasaran tiga pingat emas semalam, apabila skuad renang negara melengkapkan impian tersebut menerusi dua pingat emas yang diraih Yap Siew Hui dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita dan Yap See Tuan menerusi acara 200 meter kuak dada lelaki.
Sebelum itu, pada hari pertama kejohanan Isnin lepas, Malaysia bermula langkah kanan apabila Lim Chee Wei muncul juara bagi acara Kata individu lelaki dengan mendapat markah penuh 5-0 mengatasi atlet Algeria, Djaafer Islam yang meraih pingat perak.
Megat Zulkarnain berkata kejayaan tersebut membuktikan atlet negara kini berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk menghadapi temasya Sukan SEA di Myanmar, Disember nanti.
Beliau berkata harapan pingat bonus negara selepas ini tertumpu kepada acara renang, angkat berat, wushu, olahraga dan karate.
Sementara itu, beliau berkata masalah penginapan atlet di perkampungan sukan berjaya di atasi hasil perbincangan dengan pihak penganjur dan beliau berharap atlet negara dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertandingan selepas ini.
"Kita telah berjaya mengatasi masalah penginapan hasil perbincangan dengan pihak tuan rumah dengan mengurangkan kepadatan bilik dan tempatkan beberapa atlet di hotel sekitar Palembang agar mereka tidak tertekan dengan suasana bilik yang padat," katanya.
Pada hari pertama kejohanan, atlet negara terpaksa berkongsi lima orang sebilik apabila beberapa pasukan ada di antara atlet dari sukan bola sepak dan bola keranjang tidak mahu pulang ke negara masing-masing walaupun telah tamat acara.
0 comments:
Post a Comment