translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Kali ke-3 memang nahas:-Pemandu leka berbual layan telefon bimbit


Johor Bahru: Pemandu bas ekspres dua tingkat berusia 23 tahun yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, jam 5.50 pagi semalam, dilihat leka berbual di telefon bimbit sebelum kejadian.
Seorang penumpang dikenali sebagai Awin, 37, mendakwa, dia yang duduk di bahagian tengah bas di tingkat bawah beberapa kali memerhatikan tindakan pemandu bas terbabit.

Menurutnya, ia berikutan lelaki itu dua kali menekan brek kecemasan bagi mengelak terbabit dalam kemalangan iaitu di Melaka dan di Seremban, Negeri Sembilan.
“Saya tidak sangka, akhirnya kejadian tidak diingini berlaku hingga meragut nyawa pemandu bas dan seorang penumpang.

“Pemandu bas terbabit seolah-olah memarahi seseorang di telefon dan ia dipercayai menyebabkan dia hilang tumpuan ketika memandu,” katanya.

Sementara itu, seorang pemandu kereta Mazda, Muzakkir Shukri, 25, berkata, kereta dipandu berpusing kira-kira 30 meter akibat terlanggar longgokan papan yang bertaburan di atas jalan raya.

 “Papan itu melayang masuk ke dalam bas dan ia terhenti kira-kira seinci dari dahi saya. Jika ia terus meluncur, saya mungkin maut dalam kemalangan ini,” kata Razlan Abdullah Ismail, 46, semalam.
Razlan seorang daripada 22 penumpang bas ekspres dua tingkat yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Johor Bahru, yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler membawa muatan papan di Kilometer 45.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, jam 5.50 pagi, semalam.
Dalam kejadian itu, tiga maut membabitkan pemandu kedua bas, R Shashi Kumar, 23, penumpang bas, Edi Setiono, 41, dan pemandu treler, A Majid Sadar Mohd, 59.

Seramai 14 penumpang bas berkenaan cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kulai (HP).
Foto
KEMALANGAN membabitkan bas ekspres dan lori membawa kayu di Kilometer 45.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, semalam.

Razlan berkata, kejadian berlaku kira-kira dua jam selepas dia berbual dengan Shashi Kumar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts