translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Gerak hati sudah jangka


“Arwah pergi dengan sekelip mata kerana saya baru saja bersamanya menikmati makan malam selepas solat Isyak dan hanya mengetahui dia tiba-tiba sakit apabila pintu bilik saya diketuk kakitangan Tabung Haji yang meminta buku rekod kesihatannya jam 11.30 malam.
“Kepada anak-anak, mak di sini Insya-Allah sihat, sentiasa doakan mak di sini dan bacalah al-Quran selalu serta hadiahkan doa pada abah,” kata Rosnamsiati Mohd Daham, 59, balu kepada Hashim Abdul Latif, 60, yang meninggal dunia akibat masalah jantung di sini, Sabtu lalu.

Walaupun dia reda dengan pemergian suaminya itu, di sebalik hati kecil ibu kepada lima orang anak itu tersimpan perasaan sedih kehilangan insan tersayang dan mengharapkan doa daripada anak-anak untuk memberinya kekuatan bagi meneruskan ibadat haji.
Mengimbas kembali kejadian itu, Rosnamsiati yang kelihatan tabah ketika ditemui berkata, dia bersama arwah suaminya sudah menunaikan ibadat umrah dan pada hari kejadian, suaminya sempat menunaikan solat Jumaat sebelum pulang ke bilik penginapan.

Pada malam kejadian, dia sempat menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram dan pulang menikmati makan malam bersama sebelum kembali ke bilik untuk berehat serta tidak melihat sebarang perubahan pada diri arwah.

“Pada malam kejadian, saya sempat memasuki bilik arwah dan dimaklumkan rakan sebiliknya arwah tiba-tiba jatuh di dalam bilik air serta terus pengsan.
Foto
ROSNAMSIATI ditemu ramah kakitangan Tabung Haji.
“Rakannya melaporkan kejadian kepada pihak Tabung Haji dan hati kecil saya sudah menjangka arwah sudah tiada selepas melihat doktor di dalam biliknya,” katanya sambil menambah arwah seorang yang peramah kerana bekerja di syarikat insurans dan ramai rakannya tidak mengetahui beliau meninggal dunia.

Ketika ditanya sama ada arwah suaminya mempunyai sejarah penyakit jantung, Rosnamsiati berkata, arwah pernah mendapatkan pemeriksaan di hospital selepas mengadu sakit dada ketika berjoging, tetapi penyakitnya gagal dikesan cuma kadar kandungan gula di dalam tubuhnya agak tinggi.
“Arwah sangat mesra, malah setiap kali selepas solat dia akan pegang tangan dan memeluk saya. Saya akan cuba tabahkan hati untuk menghadapi musibah ini dengan sering mengaji dan bersolat supaya dapat melupakan kejadian ini kerana arwah pergi dengan cara baik.

“Saya amat berterima kasih kepada Tabung Haji kerana memberi sokongan dan saya ditemani ustazah ketika menunaikan solat jenazah di Masjidil Haram, malah anak-anak juga selalu bertanyakan khabar berita dan saya juga sering memberi semangat kepada anak-anak selepas ketiadaan arwah,” katanya turut berharap pihak TH dapat menghantarnya pulang lebih awal apabila selesai menunaikan ibadat haji kelak.

Arwah Hashim Abdul Latif, 60, yang berasal dari Lot 50721, Regat Rapat Jaya, Kampung Rapat Jaya, Ipoh, disahkan meninggal dunia di Klinik Maktab 100, Rehab Janadriyyah jam 12.01 pagi Sabtu dan dikebumikan di tanah perkuburan Ma’la di Makkah selepas solat Zuhur

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts