translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Polis tahan dua lelaki bersama bahan berkaitan Chin Peng


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan dua lelaki iaitu seorang warga tempatan dipercayai bergelar Datuk Seri dan seorang rakyat Hong Kong kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng, di sini malam tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil pemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan komunis selain 11 cendera hati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar mendiang Chin Peng.
Suspek warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berumur 59 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk pemeriksaan lanjut.
"Mereka dipercayai membawa bahan yang mungkin untuk kegunaan sendiri atau edaran.
Buku itu menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Cina," katanya.

Difahamkan kedua-dua lelaki itu tiba dengan penerbangan komersial dari Bangkok dan ditahan kira-kira 10.30 malam di balai ketibaan selepas 30 minit pesawat mendarat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts