translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

NYAWAKU UNTUKMU

Demi mempertahankan adik angkatnya daripada dirogol, seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dibelasah tiga lelaki dalam kejadian di Sri Rampai, Setapak, di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi Selasa lalu itu, lelaki berkenaan bersama adik angkatnya yang berusia 21 tahun berada di dalam kereta di kawasan tempat letak kereta di kawasan kejadian sebelum dihampiri tiga lelaki berusia 20-an. Tindakan ketiga-tiga lelaki itu menyebabkan mangsa cuba meninggalkan kawasan berkenaan namun keretanya ditahan lelaki terbabit sebelum dia dan adik angkatnya diarah keluar. Sumber berkata, dua daripada lelaki berkenaan menarik keluar wanita itu daripada kereta sebaik dia enggan berbuat seperti diarahkan. “Sebaik diheret keluar, ketiga-tiga lelaki terbabit cuba memperkosa wanita itu,” katanya. Katanya, melihat kejadian berkenaan, mangsa cuba menghalang hingga berlaku pergaduhan. “Tiga lelaki terbabit kemudian bertindak membelasah mangsa hingga terjatuh dan tidak sedarkan diri. “Wanita terbabit menjerit meminta tolong, namun tiada yang membantu berikutan kawasan kejadian sunyi dan gelap,” katanya di sini, semalam. Sumber berkata, melihat mangsa tidak sedarkan diri, tiga lelaki itu melarikan diri. Katanya, adik angkat mangsa kemudian menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dan menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian. “Doktor yang merawat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala,” katanya. Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dan kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Katanya, ketiga-tiga lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu sudah ditahan sehari selepas kejadian. “Semua mereka kini direman. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts