translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

GERBANG PERKAHWINAN SELEBRITI DI TAHUN 2013


gerbang perkahwinan selebriti di tahun 2013
Setiap hari dan tarikh yang berlalu sepanjang tahun sudah tentunya meninggalkan ingatan yang pelbagai bagi setiap daripada kita. Tidak lengkap tugas portal Murai jika terlepas untuk memberikan cerita terkini dan sorotan terpenting terutama sekali hari-hari istimewa antaranya detik ijab kabul yang melibatkan selebriti tempatan sepanjang 2013.
Walaupun dua perkahwinan berstatus dan bertaraf Wedding of the Year pasangan Jovianina dan CheTa – Zain seakan menenggelamkan ingatan anda kepada perkahwinan selebriti lain, mari kita lihat kembali perkahwinan selebriti mana yang membuka tahun 2013. Bermula dengan bulan Januari 2013, dalam sorotan khas Murai bagi Perkahwinan Selebriti sepanjang 2013.
Rizal AF & Maria (16 Januari 2013)
Bekas pelajar Akademi Fantasia ke-5, Rizal Ayub telah mendirikan rumah tangga bersama tunangnya pada 16 Januari di Kuching, Sarawak. Rizal dan isterinya, Maria Mohd Harun yang memegang jawatan Eksekutif Syarikat Penerbangan Firefly telah memilih pakaian rona putih dan merah jambu hasil rekaan Santubong Bridal.
Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan manakala majlis resepsi telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching.
Liyana Jasmay & Fathuddin (2 Februari 2013)
2 Februari 2013 mengukir satu sejarah baru dalam hidup Liyana Binti Jasmay atau lebih dikenali dengan Liyana Jasmay, 24, apabila dia sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan, 28 pada tarikh tersebut.
Bertempat di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, majlis penyatuan dua hati ini telah disempurnakan oleh bapanya, Dato' Hj Jasmay Md Shah yang menikahkan sendiri anak perempuan bongsunya itu dengan jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan.
Dengan 2 kali lafaz, Liyana sah bergelar isteri kepada Fathuddin pada tepat jam 10.26 pagi dengan mas kahwin dalam bentuk gelang emas bernilai RM 5500 dan wang hantaran berjumlah RM 28,388 dalam bentuk cek.
Jehan Miskin & Julie Camilia (4 Mei 2013)
Dalam khabar yang mengejutkan, Jehan Miskin akhirnya membuat pengakuan akan mengahwini wanita pilihannya yang berasal daripada Korea iaitu Julie Camilia Rhee. Pasangan tersebut telah diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai pada 4 Mei lalu.
Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang di Carcosa Seri Negara dan majlis berlangusng dengan kehadiran pihak keluarga Julie daripada Korea.
Izzue Islam & Awin Nurin (2 Jun 2013)
Bertempat di Dewan Shah Alam ahli kumpulan Forteen berusia 23 tahun, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurus peribadinya, Awin Nurin dengan sekali lafaz sekitar 9.45 pagi pada tarikh 2 Jun 2013.
Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Awin Nurin sendiri, Waharudin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 untuk pihak perempuan.
Perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin mendapat perhatian ramai peminat kerana mereka berjaya merahsiakan percintaan selama lima tahun mereka dari pengetahuan semua & bertunang pada Jun 2012 lalu
Pengurus kepada penyanyi dan pelakon, Izzue Islam iaitu Awin Nurin akui perkahwinannya dengan ahli kumpulan Forteen itu adalah atas permintaan keluarga selepas mereka mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.
Hanny Irmi & Shamsul Akmar (29 Jun 2013)
Anak kepada produser popular, Julie Dahlan iaitu Hanny atau nama sebenarnya Hani Nur Zara selamat diijabkabulkan dengan adik kepada penyanyi popular, Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin. Pasangan ini selamat diijabkabulkan di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 29 Jun.
Dalam pada itu, Hanny, 31, yang dikenali menerusi lakonannya dalam drama bersiri Roda-Roda KL berkata dia mengambil masa hampir enam bulan sebelum menerima cinta suaminya, Shamsul, 33, sewaktu di awal pengenalan mereka dahulu.
Hanny berkata, dia tertarik dengan Shamsul kerana sifat lelaki itu yang baik hati, romantik dan penyayang. Majlis resepsi pasangan ini yang bertemakan tradisional diadakan di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai.
Pierre Andre & Hidayah (23 Jun 2013)
Dengan hanya sekali lafaz pelakon dan pengarah, Pierre Andre, 28, sah begelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang, pada 23 Jun lalu. Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre dan Hidayah dinikahkan oleh Imam masjid tersebut Mohamad Zuhdi Razali.
Mengenai majlis pernikahan itu, turut dihadiri lebih kurang 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, sahabat handai, beberapa rakan artis dan juga rakan-rakan media yang turut sama memeriahkan majlis
Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM20,000 sebagai wang hantaran
Disamping itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, satu set barangan kemas jenama Habib Jewel, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi.
Zahid AF2 & Sarah (7 Jun 2013)
Penyampai radio Era, Zahid atau Ahmad Zahid Baharuddin, 32, menamatkan zaman bujangnya bersama kekasihnya Sarah Julifa yang telah dikenalinya setahun lalu menerusi laman sosial Twitter.
Zahid berkata dia kini sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Zahid dan pasangannya, Sarah Julifa Yusof, selamat diijab kabul pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak, 7 Jun lalu.
Beego & Linda Hashim (7 Jun 2013)
Pasangan pelakon, Md Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, dan Norhazlinda Hashim atau Linda, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zahid, Wangsa Maju, pada tarikh yang sama dengan Zahid AF iaitgu 7 Jun 2013.
Pasangan yang mengikat pertunangan pada 3 November 2012 itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Wahab disaksikan bapa Linda, Hashim Yusuf dengan mas kahwin RM300.
Amar Asyraf & Arna Salleh (7 Jun 2013)
Selain daripada Zahid dan Beego yang memilih 7 Jun 2013 sebagai tarikh keramat melangsungkan perkahwinan, Amar Asyraf yang popular dengan drama Setia Hujung Nyawa turut memilih tarikh yang sama.
Dalam majlis itu, Amar Asyraf menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000 kepada pihak perempuan selain membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Majlis tersebut telah berlangsung di Bidor iaitu disebelah perempuan yang hanya dihadiri pihak keluarga dan dibuat secara tertutup. Majlis persandingan dibuat pada 17 Ogos di Melaka dan aktor ini telah menjemput media untuk menghadirinya.
Abby Abadi & Farhan (9 Julai 2013)
Abby Abadi mengenjutkan ramai pihak apabila bernikah dengan Farhan, seorang jejaka berasal dari Kelantan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan peminat.
Pasangan ini telah bernikah di Thailand kerana ingin mempercepatkan proses yang diperlukan kerana jika di negara ini prosedur yang perlu dilalui untuk Abby dan Farhan berkahwin mengambil masa. Oleh itu dia membuat keputusan untuk menglangsungkan perkahwinan di Thailand. Kedua pasangan ini turut mengadakan majlis resepsi dikedua belah pihak iaitu di Kuala Lumpur dan Kelantan.
Ashraf Muslim & Wan Sakinah (7 Julai 2013)
Ashraf Muslim mencetuskan kontroversi selepas dianggap terburu-buru bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada 9 April lalu. Dia dan Sakinah telah berkahwin pada 7 Julai lalu di selatan Thailand.
Namun begitu, reaksi daripada umum dan masyarakat serta peminat Ashraf Muslim yang rata-rata terus menghukum dan menyalahkan pengamal perubatan Islam ini apabila dia dilaporkan berkahwin lagi satu di Selatan Thai, benar-benar mengecewakan dirinya.
Hattan & Ariani (24 Julai 2013)
Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya pada 24 Julai. Dengan lafaz sebanyak 2 kali, pasangan itu selamat disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Majlis akad nikah ringkas pasangan itu berlangsung sekitar jam 6 petang di Hotel Marriot, Putrajaya. Hattan dan Aryani telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa.
Bront Palarae (31 Ogos 2013)
Aktor popular, Bront Palarae akhirnya membuat pengakuan yang dia sudah bernikah pada hari sambutan kemerdekaan iaitu Sabtu, 31 Ogos lalu. Pengakuan Bront itu dibuat sendiri ketika dia dihubungi media selepas beberapa hari dia berkahwin dengan wanita pilihannya yang difahamkan teman baiknya.
Sebelum ini ada media memetik yang Bront dan isterinya, seorang kenalan lama sejak zaman persekolahan telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Taman Tun Dr. Ismail, Ustaz Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.
Black & Naquia Yasira (13 September 2013)
Hanya dengan sekali lafaz Hanifah Md Hanafiah, 26, atau lebih dikenali sebagai Black sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan pada 13 September 2013.
Black dan Chira telah diijabkabulkan oleh bapa Chira sendiri dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.
Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju serta kasut Charles & Keith, dan juga set kosmetik Kanebo.
Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini telah dihadiri oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga.
Majlis persandingan Black dan Chira akan diadakan di dewan komuniti Bangsar pada waktu malam berkonsepkan ‘english contemporary’ untuk sebelah perempuan. Sebelah lelaki pula akan diadakan pada 14 September bertempat di Zebra Square, Kampung Pandan.
Bagaimana pun, Black telah mengadakan majlis resepsi mereka untuk kali ketiga di padang bola PPRT Pantai Dalam pada hari Ahad, 15 September bagi meraikan hari bahagianya bersama para peminat di tempat dia membesar.
Fouziah Gous & Zhafran (21 September 2013)
Pelakon Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof, 30, dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, pada 21 September.
Akad nikah disempurnakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhammad Sujak Mohd Dasuki.Ia diwakil walikan oleh abang pengantin perempuan, Abdul Wahab Mohd Gous, kira-kira pukul 9.40 malam. Fouziah, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000.
Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah Sirih Junjung, set barang kemas, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, beg tangan dan kaca mata, manisan dan coklat.
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, sebentuk cincin, jam tangan, kaflin dan kaca mata, tali pinggang, pen dan cluth, set wangian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.Marriot, Putrajaya, manakala sebelah lelaki pada 5 Oktober depan di kediamannya di Bukit Jelutong.
Fiza Elite & Adam AF2 (26 September 2013)
Adam AF dan Fiza Halim atau nama sebenanrnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, bernikah pada 26 September 2013 dan perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai kerana pengumuman yang datang tiba tiba. Bekas anggota kumpulan Elite itu, menjelaskan yang dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30.
Pasangan yang telah berrhijrah ini selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Shah Alam pada pagi 26 September lalu.
Amir Jahari & Kartini Ismail (5 Oktober 2013)
Dalam diam, penyanyi yang popular dengan lagu Penghibur Jalanan iaitu Amir Jahari telah pun menamatkan zaman bujangnya pada 5 Oktober 2013. Majlis pernikahan Amir dengan gadis pilihan hatinya iaitu Kartini Ismail telah pun selamat dilangsungkan di Penview Hotel, Kuching
Amir telah memberikan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas manakala RM10 ribu sebagai wang hantaran kepada pihak perempuan. Bagaimanapun tiada barang hantaran diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Majlis resepsi untuk kedua-dua belah turut diadakan selepas pernikahan.
Diana Amir & Habib (25 Oktober 2013)
Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim telahpun selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz pada 25 OKtober 2013.
Majlis Ijab dan Qabul ini menyaksikan kedua-dua mempelai tidak berbalas dulang hantaran, cuma terdapat tiga dulang berupa sebentuk cincin, senaskah Al-Quran dan mas kahwin sebanyak RM 1000.
Seramai lebih kurang 300 orang tetamu termasuk ahli keluarga, sahabat terdekat dan rakan media hadir menyaksikan seri pengantin Diana Amir dan Habib telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Hazaruddin Baharuddin dan disaksikan oleh 2 orang Imam masjid berkenaan. Dalam majlis akad itu, Diana telah berwakil walikan bapanya, Mohd Kassim.
Mempelai yang mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail kemudian ke sesi membatalkan air sembahyang yang mana Habib telah menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Diana Amir.
Raja Azmi & Eddie CRK (13 Oktober 2013)
Raja Azmi dan Eddie CRK telah bergelar suami isteri yang sah dengan sekali lafaz pada 13 Oktober yang lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Istana Budaya. Majlis tersebut telah dibuat secara besar-besaran dan dihadiri jemputan daripada kedua-dua belah pihak.
Raja Azmi, 54, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Akad nikah mereka telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan Mejar (B) Ismail Wan Ahmad kira-kira pukul 9.20 malam. Raja Azmi diwalikan oleh abangnya iaitu Raja Azman Raja Sulaiman
Fizo Omar & Mawar Abdul Karim (10 November 2013)
Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar selamat menikahi Mawar Abdul Karim dengan hanya sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Country Heights Kajang, kira-kira jam 9.30 pagi 10 November 2013.
Mempelai dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Selangor iaitu Mohd Arif Abdul Samat serta disaksikan oleh abang Fizo iaitu Wan Zamani Wan Omar. Tidak seperti pasangan pengantin yang lain, Fizo Omar dan isterinya, Mawar telah memberi sentuhan kelainan dalam majlis pernikahan mereka.
Selain masing-masing menerima sebuah motosikal, Fizo turut menghadiahkan jongkong emas seberat 1.011 kilogram yang berukir ‘Fizo Love Mawar’ kepada isterinya itu.
Jalani Sidek & Wan Zaleha (9 November 2013)
Lagenda badminton negara, Dato` Seri Jalani Sidek telah pun melangsungkan majlis resepsi perkahwinannnya dengan ahli perniagaan, Datin Seri Hajah Wan Zaleha Mohd Khalid pada 9 November 2013. Majlis ini telah berlangsung sebulan selepas perkahwinan bekas isteri Jalani iaitu Raja Azmi dengan pemuzik kumpulan CRK iaitu Eddie. Namun begitu pasangan ini masih merahsiakan tarikh perkahwinan sebenar mereka.
Jovian Mandagie & Nina Sabrina (11 Disember 2013)
Pereka fesyen popular, Jovian Mandagie akhirnya selamat bergelar suami kepada Nina Sabrina Ismail Sabri di Balai Rong Seri, Muzium Istana Negara sekitar jam 5:40 petang 11 Disember 2013.
Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa dan wali pengantin perempuan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Istana Negara, Ustaz Nik Riduan.
Dengan hanya sekali lafaz, Jovian telah menghadiahkah Nina dengan seutas gelang emas sebagai mas kahwin pernikahan.
Jovian telah menyerahkan 11 hantaran termasuk senaskah Al-Quran, manakala Nina telah menghadiahkan 13 hantaran kepada suaminya. Kesemua hantaran disimpan dalam peti kayu khas dan ditutup rapat serta dihias indah.
Rozita Che Wan & Zain Saidin (11 Disember 2013)
Dengan sekali lafaz, pelakon, Rozita Che Wan, 40, sah menjadi isteri kepada pelakon, Zain Saidin, 29, di majlis akad nikah yang diadakan di Setia City Convention Centre, pada jam 9.05 malam 11 Disember 2013.
Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Aluwi Parman berwakilkan wali oleh adik kepada pengantin perempuan, Roshidi Che Wan. Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menerima mas kahwin sebanyak RM 9,300 dan wang hantaran RM 23,000 daripada pelakon drama Oh My English itu.
Zain kemudian menyarungkan cincin ke jari manis Che Ta untuk sesi membatalkan air sembahyang.Zain Saidin dan Che Ta turut bertukar-tukar hantaran dengan jumlah dulang yang sama iaitu sembilan. Zain menyerahkan 9 dulang hantaran berupa 3 biji tas tangan berjenama, 5 pasang kasut, manisan cokelat, wangian, kain pasang, tepak sireh, cek hantaran , telefon bimbit dan al-Quran bersama sejadah.
JFK X-Fresh FM & Nasiha (11 Disember 2013)
Bekas pengacara dan penyampai radio ASTRO yang dikenali dengan panggilan nama JFK akhirnya sah bergelar suami kepada Nasiha Nassuruddin jam 10 pagi tadi. JFK atau nama sebenarnya Johan Farid Khairuddin yang pernah menjadi pengacara Mentor musim pertama telah selamat bernikah di Masjid Kelana Petra SS7/13.
Difahamkan, JFK telah mengenali isterinya itu melalui laman sosial selepas Nasiha meninggalkan komen di salah satu gambar yang dimuat naik oleh bekas penyampai radio X-Fresh FM. Perkenalan selama hampir setengah tahun itu disifatkan cinta pandang pertama JFK terhadap wanita yang berasal dari Kelantan dan bertugas sebagai seorang guru.
Farawahida & Shukur (16 Disember 2013)
Penyanyi Farawahida telah pun selamat bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain tepat jam 10.30 pagi 16 Disember lalu dengan sekali lafaz.Pasangan ini telah dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria.
Fara menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang. Fara menerima mas kahwin RM1000 beserta dua bertuk cincin. Di majlis pernikahan tersebut, Fara kelihatan lebih tenang berbanding suaminya yang mnegalirkan air mata saat sah diijabkabul.
Aril Pilus & Puteri Edlinda
Penyampai radio ERA fm yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril AF7 telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Puteri Erma Edlinda binti Haji Megat Aminuddin pada 20 Disember lalu.
Dengan sekali lafaz, Puteri Edlinda selamat bergelar isteri kepada Aril dan pasangan ini telah dinikahkan di Kota Bahru, Kelantan berwalikan bapa Puteri Edlinda.
Isteri Aril menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihannya sendiri dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular Posts